Wednesday, March 31, 2010

barah rahim & pap smear

pap smear ialah satu ujian yang boleh mengesan penyakit barah rahim dan lebih khusus lagi barah pintu rahim atau cancer of the cervix..

penyakit ini kalau dibiarkan sehingga peringkat barah akan memaksa pembedahan membuang rahim (hysterectomy) dibuat dan kemungkinan pula perlu disusuli dengan rawatan ridioterapi. kalau tidak dirawat, ia akan membawa maut..

pap smear boleh mengesan perubahan sel pada peringkat awal iaitu 5-15 tahun sebelum sel itu menjadi barah..

barah pintu rahim ini hanya menyerang wanita-wanita yang telah mengalami persetubuhan sahaja dan tidak pula menyerang anak gadis. boleh juga terjadi kepada wanita yang mendapat anak pertamanya umur 20 tahun.

kajian menunjukkan salah satu sebab utama perkaitan barah ini dengan menghisap rokok dan dengan penggunaan ubat-ubat pencegah hamil dan juga kepada bilangan anak yang telah dilahirkan..

sejenis virus yang terdapat pada manusia iaitu Human Papilloma Virus (HPV) virus ini dijangkiti melalui persetubuhan. ada 20 jenis HPV hanya dapat dikesan dengan pap smear sahaja (tidak semestinya akan menyebabkan barah)

HPV mempunyai kemungkinan mengalami perubahan pada sel-sel pintu rahim mereka yang membawa kepada barah sekiranya jumlah sejenis vitamin B kompleks yang diambil iaitu asid folik adalah rendah.

asid folik adalah vitamin yang penting sewaktu kehamilan untuk membina sel otak anak. oleh itu adalah wajar sekali bagi wanita mengamalkan asid folik sebagai makanan tambahan sewaktu hamil.

jauhkan diri dari barah pintu rahim ini. jagalah kebersihan diri, keselamatan anak serta keluarga dan jangan melakukan perhubungan jenis yang tidak terkawal..

MENGENALI SERVIKS

servik bermaksud leher iaitu pintu rahim seorang wanita.

servik berfungsi untuk membantu seseorang wanita itu hamil dan servik juga menjaga kehamilan itu. sel-sel yang menjadi pelapik kepada lubang servik itu mengeluarkan lendir dan pada suatu waktu lendir ini pekat dan berfungsi untuk menahan bakteria daripada masuk ke dalam rahim.

apabila telur perempuan menetas dari ovum, lendir ini menjadi lebih cair semacam putih telur untuk membolehkan benih lelaki memasuki rahim melalui pintu rahim ini.

biasanya lubang ini kecil. jari kelengkeng pun tidak boleh menembusinya. tetapi sewaktu sakit bersalin pintu ini akan kembang dan terbuka untuk membolehkan bayi dilahirkan.

serviks ini ialah penjaga rahim, tetapi ia sendiri ada kelemahan. sel-sel lemah iaitu yang menjadi pelapik lubang serviks dan sel-sel yang diluarnya. disinilah biasanya berlaku perubahan sehingga menjadi barah yang akan mula tumbuh dan merebak..

TERIMA KASIH KEPADA :-

DATO' DR NOOR LAILY DATO' ABU BAKAR

yang elok itu budi..doa untuk suami..

sayangkan anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayangkan suami dibawa ke mati. kasih sayang suami isteri dalam sesebuah rumah tangga bersifat subjektif. ada pelbagai cara orang meluahkan kasih sayang. ada yang begitu menonjolkannya dengan kata-kata indah pagi, petang, siang dan malam dan ada juga yang menyimpannya sendiri di dalam hati. bagi orang seperti ini, kasih sayang bukan terletak pada kata-kata tetapi bukti rasa kasih itu yang penting.

namun lumrahnya bagi seorang wanita, kasih sayang suami biar jelas, yakni melalui perbuatan dan kata-kata. namun berbeza bagi kebanyakan lelaki. bagi mereka, kata-kata cinta adalah mainan bibir untuk menyedapkan hati. apa yang penting tanggungjawab untuk melunaskan cinta itu. inilah dilema yang sering 'memerangkap' sebuah hubungan dalam perkahwinan. bila cinta tidak terluah dan bila doa tidak kesampaian..

taknaklah terlalu mengikut kata hati, kerana syurga seorang anak di bawah telapak kaki ibunya dan syurga seorang isteri ada di bawah naungan kasih seorang suami..

tanggungjawab seorang isteri memang besar kerana ditangannya terletak sumber kebahagiaan sebuah rumahtangga. doa ikhlasnya yang tanpa jemu mudah dimakbulkan. apatah lagi jika doa itu untuk kebaikan suami dan anak-anak. kerana itu, wanita dan isteri solehah boleh memilih pintu syurga yang mana ingin dimasukinya, setelah berjaya menjalani amanah yang terpikul di bahu..

untuk itu, selagi ada kasih di dada seorang isteri untuk seorang suami, berdoalah kerana doa seorang isteri cepat didengar ALLAH..BARAKALLAH..INSYAALLAH..

Friday, March 5, 2010

ikan panggang sumbat kelapa

bahan
4 ekor ikan cencaru saiz sederhana
1 biji bawang besar
2 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia
5 biji cili merah
1 mangkuk kelapa parut
1 helai daun kunyit dihiris halus
1 inci belacan dibakar
garam secukkup rasa

cara
1.  kisar bawang besar,bawang merah, bawang putih, halia, cili merah dan belacan.
2.  kemudian masukkan bahan di kisar bersama kelapa parut dan hirisan daun kunyit.
3.  gaul semua bahan sebat dan .masukkan garam
4.  bersihkan ikan dan potong belakangnya di bhg tengah
5.  ambil kelapa yang telah digaul tadi dan masukkan ke dalam bahagian ikan yang telah di belah belakangnya
6   panggang ikan sehingga masak..

*  dengan memanggang, ikan lebih berkhasiat dan memberi rasa yang lebih istimewa..wow..wow..!!

    hmm...ala senang je ekk...
    akmal selalu main panggang2 ikan, sotong, udang ...
    yang lain dok tunggu..siap untuk di makan je laa...ea :)

ikan kukus pedas

bahan
1/2 biji bawang besar
3 hiris halia
2 biji cili merah
1 sudu kecil belacan serbuk
2 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
4 sudu besar minyak masak
1 biji telor
3 sudu besar santan
1 helai daun kunyit dihiris
2 helai daun limau purut dihiris
1 cawan isi ikan merah
1 helai daun pisang

cara
1.  tumbuk bawang, halia,cili merah dan belacan sehingga hancur.
2.  campurkan bahan yang ditumbuk tadi dengan serbuk kunyit, garam,gula minyak,
      hirisan daun kunyit dan  daun limau purut serta isi ikan.
3.  gaul rata sehingga mesra.
4.  pecahkan telor dan pukul hingga kembang.
5.  kemudian masukkan ke dalam bahan tadi dan gaul rata sekali lagi.
6.  akhir sekali campurkan santan sedikit demi sedikit- gaul rata.
7.  ambil sehelai daun pisang yang etlah dibersihkan.
8.  letak semua isi ikan di atas daun pisang.
9.  kemaskakn isi ikan tersebut dan lipat daun pisang.
10 sediakan kukus dan kukus bungkusan daun pisang berisi ikan selama 10 minit.

* ikan kukus pedas ini mudah disediakan.  selain itu ia juga enak dimakan begitu sahaja..hehe ratah je..
   oleh itu, bagi sape2 yang tak  makan nasi..ha, boleh la cuba resepi ini...
  
*  dulu2...nenek mama suka buat ikan kukus pedas ni..
    maklum la takut cucu nya ni tercekik tulang...hehe
    nanti mama pun nak buat untuk cucu mama jugak.
    hehe taknak dia tercekik tulang  :)
    boleh gitu..yani..??  jani..??  :)

acar ikan bawal

bahan
1 ekor ikan bawal hitam ( saiz besar)
5 biji bawang merah
1 biji bawang besar
1 biji lobak
1 biji timun
1/2 inci halia
1 biji cili merah (buang biji dan hiris)
1/4 cawan cuka
1/4 cawqan air
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil biji sawi
1 sudu besar gula
1 sudu besar minyak masak

cara
1.  bersihkan ikan kemudian panggang sehingga setengah masak.
2.  angkat dan ketepikan.
3.  potong bawang besar menjadi 4 bahagian sementara bawang putih dan bawang merah tidak perlu di hiris
     sebaliknya biarkan sebiji2.
4.  halia pula dihiris memanjang.
5.  buang kulit lobak merah dan potong bbrp bhg, kemudian potong  memanjang.
6.  begitu juga dgn timun, buang empulurnya dan potong memanjng sama mcm lobak merah.
7.  panaskan kuali dan tumis biji sawi, bawang putih, bawang merah dan bawang besar menggunakan minyak
     yang sedikit.
8.  setelah bahan ini separuh layu, masukkan cuka, air dan gula.  Kacau sehingga gula hancur.

9.  masukkakn lobak merah dan biarkan separuh masak.
10 akhirsekali, masukkan cili, timun dan serbuk kunyit.
11. kacau hingga rata dan sehingga sayur-sayuran tadi sedikit empuk tetapi taknak sampai terlalu empuk.
12. masukkan ikan dan biarkan sebingga ikan masak.
13. angkat dan hidangkan..

ha..resepi berasaskan ikan ini memang baik utk kesihatan tau..
rendah kolestrol , kaya omega-3 tu..
sebab itu kita digalakkan agar memakan pelbagai jenis ikan terutama ikan yang mengandungi banyak asid lemak omega-3 seperti makeral, ikan bilis, salmon,sea bass dan halibut secara kerap, sekurang2nya dua kali seminggu

ceh..ceh..cehhh..mama ni mcm cikgu ERT pulak ehh..

Thursday, March 4, 2010

sup tulang seberang tambak

bahan
1 kg tulang lembu
2cm halia-tumbuk halus
3 biji bawang putih - tumbuk halus
5 biji bawang merah - tumbuk halus
2 bungkus sup bunjut
2 tangkai daun sup/bawang - hiris
10gm bawang goreng
garam secukup rasa
sedikit kulit kayu manis,  buah pelaga, bunga lawang dan cengkih utk menumis

cara
1.  rebus tulang hingga empuk dagingnya..
2.  masukkan sup bunjut..
3.  tumis bahan penumis dan bahan tumbuk dalam kuali berasingan sehingga wangi..hmm :)
4.  kemudian curahkan bahan ini termasuk minyak ker dalam periuk berisi air rebusan tulang tadi..
5.  masak lagi sehingga mendidih..

* sup tulang enak dihidangkan ketika masih panas bersama sambal kicap..wow..wow.wow..

papa suka sup tulang ni..biasa dia cicah roti ..hmm tah sedap sangat ke..??
mama pulak suka celur bihun, makan dengan sup tulang ni..dgn sambal kicap tu..memang sedap..
hani pulak suka makan makaroni dengan sup tulang ni..macam kak ita masak kat sekolah..seddappp...

hmm...sukati lah ye..macam2 ragam, selera kita berbeza..ingat tu..

puding feverat mama

bahan kastad
1 mangkuk tepung kastad
5 mangkuk air

cara
1.  panaskan 3 mangkuk air..hingga meruap ( bukan mendidih ye..)
2.  bancuh tepung kastad dengan 2 mangkuk air..
3.  masukkan ke dalam air yang telah meruap tadi..
4.  kacau hingga mendidih..
5.  basahkan loyang, tuang adunan kastad tadi..sejukkan.

bahan kuah
1 tin susu cair
3 tin air
2 senduk gula pasir
2 helai daun pandan
2 sudu besar tepung kastad + 1 cawan air

cara
1.  masak susu cair, air, pandan dan gula hingga meruap
2.  masukkan bancuhan tepung kastad, kacau hingga mendidih
3.  kuah agak pekat dan manis ni..( hmm mama suka)
4.  sejukkan..hidang dengan ais.
5.  semasa hidang masukan koktel buah-buahan ke dalam kuah..
6.  masukkan juga kismis jika suka ..

puding berkuah ni sebenarnya masakan kegemaran mama..
semua adik2 mama malahan adik2 ipar juga suka puding mama ni..alaa..senang je ekk..
boleh dikatakan masakan wajib  sbg hadiah besday utk anak2 ketika diorang kecik2 dulu la..
skrg ni semua dah besar..dah ada duit sendiri..nak raikan sendiri..sedih la pulak..huhu..

boleh dikatakan setiap kali rumah mama buat marhaban untuk cikgu2 sekolah,
puding ni antara hidangan wajib mama la ni..hehe

mama dah turunkan resepi puding ni pada puteri kesayangan mama..
masa kat matrik dulu, dia buat jualan kelas dia..
hai..dengarnya berebut2 dak laki nak beli..hehe
tah le tu..

agar-agar laici mama

bahan

1 pek agar-agar
1 cawan gula pasir
1 tin susu cair
1 sudu besar tepung kastad ( cairkan)
1 tin laici
2 mangkuk air
1/2 biji nanas - potong kecil

cara
1.  masukkan air dan agar-agar ke dalam periuk.
2.  masak sehingga agar-agar larut
3.  setelah itu, masukkan gula. tungu sehingga gula larut sepenuhnya. masukkan susu cair dan air laici.
4.  masukkan bancuhan tepung kastad dan kacau rata.  masak sekitar 5-10 minit.
5.  tutup api.
6.  tuang bancuhan ke dalam bekas dan kemudian tabur isi laici dan nanas.
7.  sejukkan sebelum di simpan dalam peti sejuk.

agar2 ni lebih kurang macam kuah puding la jugak..
senang dan ringkas je..kalo nak masuk koktel pun boleh juga
cuaca panas ni memang segar makan agar2 berkuah ni...

makaroni goreng mama

bahan
1 bungkus makaroni
2 biji bawang besar potong dadu
6 biji bawang putih cincang halus
10 biji cili merah dikisar
1 sudu besar pes tomato
1/2 kiub pati ikan bilis
300gm udang sederhana besar
3 biji tomato di belah 4
100gm brokoli dicelur sekejap
150gm mentega
1 biji telur dadar dan potong nipis untuk hiasan
1 tangkai daun sup/bawaang - dipotong untuk hiasan
sedikit minyak
sedikit garam

cara
1.  panaskan minyak dan letak kan mentega
2.  tumis bawang putih dan goreng hingga naik bau..hmm.. :)
3.  maasukkan pula bawang besar dan biarkan sehingga layu (lembut)
4.  taknak biarkan menjadi garing-hanya layu je ye..
5.  kemudian masukkan cili kisar dan pes tomato, kiub ikan bilis dan garam.
6.  kacau.
7.  masukkan udang dan tomato.
8.  selepas 5 minit, masukkan makaroni, gaukl rata.
9.  akhir sekali masukkan brokoli, kacau supaya mesra..
10..hidang telur dadar dihiris nipis  serta daun sup..

hmm...jani pandai masak makaroni goreng ni..em, sedap jugak..secukup rasa..:)
siap masuk daging cincang lagi ek.. hehe..
sebab tu boleh.....ehem, ehem..haha...  

kerabu kacang botor papa

bahan

200gm kacang botor
1 kuntum bunga kantan
2 biji cili benggala (warna kuning/merah)
1 biji bawang besar
1 biji buah tomato

sambal kerabu
3 biji cili merah
1 sudu kecil belacan bakar
2 camca besar udang kering
2 camca besar kerisik
3 biji limau kasturi - amibi airnya
1 camca besar gula dan garam secukup rasa

cara
1.  bersihkan semua sayuran dan tos
     kacang botor dihiris serong, cili benggala dihiris nipis bentuk batang mancis, bunga kantan, tomato dan
     bawang besar di mayang.
2.  basuh udang kering kemudian kisar bersama cili merah, belacan, gula dan sedikit garam.
3.  gaul semua sayuran bersama sambal kerabu, kerisik dan air limau kasturi.
4.  sesuai dihidang bersama nasi putih untuk makan tengahari..

emm...sila la cuba ye..senang je. gaul2  dah boleh pikat selera ni.
kalo kerabu2 ni, selalu mama buat untuk makan berdua dengan papa je..
tak penah hidang untuk anak2..
kacang botor dan bungan kantan ni papa ada tanam depan rumah..
nak makan baru petik terus buat kerabu..hmm, kalo malas buat ulam je cicah budu..

Wednesday, March 3, 2010

kanser

 LAMBAT MERAWAT - punca sel kanser merebak

Kenali Kanser

kanser payudara ialah pertumbuhan sel atau kumpulan sel yang tidak normal (ketumbuhan atau tumor) pada payudara.  sel ini amat berbeza berbanding sel biasa yang sihat kerana sel ini tidak terkawal dan mula menghasilkan tisu tambahan yang disebut tumor.

tumor ini boleh bersifat benigna (bukan kanser) dan maligna (kanser).  sel-sel maligna agak berbahaya kerana boleh terpisah daripada tumor dan beredar ke bahagian tubuh yang lain.  sel kanser payudara boleh merebak ke nodus limfa ketiak (nodus aksilari) atau ke salur darah yang membawanya ke paru-paru, hati, tulang dan lain-lain..

antara mereka yang berisiko menghidap kanser:
*  sejarah kanser payudar individu
*  sejarah kanser payudara dalam keluarga terdekat.
    jika kanser terjadi sebelum putus haid atau terjadi dalam kedua-dua belah payudara
    pada mana-mana ahli keluarga tersebut..
*  mula datang haid pada usia muda
*  mengalami putus haid pada usia lanjut
*  mula hamil selepas umur 30 tahun
* obesiti
* banyak mengambil minuman keras

antara tanda-tanda yang perlu diperhatikan ialah:
*  ketulan atau ketebalan di mana-mana bahagian pada payudara
*  lekukan atau kecutan kulit pada payudara
*  puting yang tertolak ke dalam ( kebiasaannya tidak begitu)
*  lelehan dari puting keluar dengan sendirinya dan meninggalkan tanda pada pakaian
*  terdapat sebarang perubahan pada bentuk, tekstur atau warna kulit

diabetes

jenis 1  :  diabetes yang bergantung pada insulin

*  selalu terjadi di kalangan kanak-kanak atau remaja
*  disebabkan kekurangan insulin
*  hanya boleh dikawal dengan suntikan insulin. kawalan pemakanan dan senaman
*  mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetes

jenis 2  :  diabetes yang tanpa bergantung pada insulin

*  selalunya berlaku di kalangan oeng dewasa (40 tahun ke atas )
*  individu yang mempunyai berat badan berlebihan
*  disebabkan kekurangan insulin atau insulin yang dikeluarkan kurang berkesan
*  biasanya boleh dikawal dengan pemakanan dan senaman atau gabungan pemakanan
    senaman dan ubat-ubatan
*  mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetes
 

wanita  :  - lebih mudah menghidap diabetes jenis 2 berbanding lelaki
              - faktor keturunan
             


kesan retino diabetes
i.       penglihatan kabur
ii.      penglihatan berubah-ubah
iii.     benda terapung di dalam medan penglihatan
iv.     hilang penglihatan sama sekali
             

Monday, March 1, 2010

diary mama hari ini 2.3.10 selasa

 jiwa kacauu....!!

hish..sakitnyaa..hati..!! risauu....!!!!!!

ALLAH..ALLAH..ALLAH.. YA ALLAH..ALLAH..YA ALLAH..ALLAH..YA ALLAH..ALLAH..ALLAH ALLAH YA ALAH....

YA ALLAH...tutup la rasa risau dan bimbang  di hatiku ini....tutup lah rasa amarah di hatiku ini..

HASBIALLAH...HASBIALLAH..YA ALLAH...

singgang daging

bahan

1.5 kg tulang berdaging (potong kecil)
3 liter air
5cm lengkuas
5 biji cili api
1 sudu besar ketumbar (tumbuk kasar)
1 sudu teh lada hitam(tumbuk kasar)
3 keping asam gelugor
1/2 sudu teh garam

cara

1.  rebus tulang dan daging hingga empuk..
2.  buang lemak yang timbul dan buih kotor..
3.  masukkan semua bahan di atas.
4.  slowkan api..
5. rebus selama 30-40 minit
6. tambah air jika perlu..
7.  masuk garam dan kiub pati lembu knorr ( jika suka)
8.  siap unutk di hidang..
9. masukkan daun sup dan bawang goreng


mama suka masak  masa anak2 masih kecil dulu2..
kalo nak buat tomyam boleh guna bahan di atas tp kene tambah beberapa bahan lain
kene masuk serai, daun serta jus limau purut, bawang besar serta daun ketumbar..
nak pedas lagi, masuk cili api kampung..berasap beb..haha :)
cuba la gerenti jadi tomyam ala mama gitu..

ha..akmal..!! mari rasa yek..
hmmm...ok la ni..hehe