Monday, May 31, 2010

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

bersedia melangkah megah
walaupun sukar bakti ku curah
demi mu ibu pertiwi
sumpah ku lafaz janji ku kota
berikrar eratkan bangsa

kukuhkan cinta kepada negara
berjasa terus berjasa
menyebarkan ilmu tiada batasnya
guru pembina negara bangsa
gagah perjuangkan visi negara

bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
demi agama dan nusa tercinta
guru pembina negara bangsa
tetap unggul senadakan suara
sehaluan menggapai matlamatnya
cemerlang dan gemilangkan malaysia

buat kali ke-2..tema hari guru

"Guru Pembina Negara Bangsa"

sambutan hari guru peringkat daerah telah di adakan di SMK BENUT - 2:00 ptg

slogan - TERIMA KASIH, CIKGU...

majlis berlangsung dgn penuh warna-warni, ringkas dan padat..

tahniah kepada penganjur..

alhamdulillah dan barakallah..

tahniah..!! kapada kak ilah ( hjh jamilah bt bajuri dan suami - cg yusof)

~ TOKOH GURU 2010 ~

juga rasa kagum kepada AHMAD B MASLAM..:) hee

sanggup panggil 6 orang guru yang pernah mengajar beliau..
dan beri hadiah lagi..emm..

banyak juga janji2 beliau tadi..
harap2 bukan lah janji kosong ye..
hmm hmm kalo janji kosong..siap la ko ahmad..
memang nak kena rotan la tu..
guru2 yang pernah mengajar ko dulu tu tentu tunggu semua janji2 ko ni..

apa2 pun..tunggguuuuu...

Friday, May 28, 2010

laksam

bahan

1 paket tepung beras
1 sudu tepung gandum
1.5 liter air

cara

1.. campur semua bahan hingga sebati
2.. sapu loyang dgn minyak
3.. kukus 3 minit
4.. keluarkan dari loyang, gulung elok2..
5.. dah siap..!! senang je kan..:)
6.. hidangkan dgn kuah laksa lemak..
7.. hias dgn kobis, tauge dan sambal belacan

hmm hmm..sape suka laksam ?? angkat tangan..!!
mama akan buat laksam bila semua anak2 berkumpul di rumah ye..

Insya ALLAH..

makaroni berkuah radio ikim

bahan

1 paket makaroni ( rebus dan tos )

6 ulas bawang merah -blend
5 ulas bawang putih -blend
1 inci halia - blend
1 biji bawang besar - potong dadu
5 sudu sos tomato
5 sudu sos cili
1 1/2 tin susu cair
1 kiub ayam ( jika suka)
1 tin cendawan butang - hiris nipis2
1/2 kg ayam - potong kecil2
1/2 kg udang + sotong ( jika suka )
daun sup/ daun bawang - hiris halus
1 paket bawang goreng
3 sudu minyak sapi QBB

cara

1..panaskan 3 sudu minyak sapi QBB ( aroma yg menyelerakan..hmm hmm )
2..tumis bahan yg tlh di blender hingga naik bau.masukan bawang besar hingga lay
3..masukkan sos tomato, sos cili, susu cair dan ayam.
4..masukkan cendawan yg tlh dihiris.
5..masukkan kiub ayam. (jika suka)biar mendidih 3 minit.
6..masukkan garam, gula secukup rasa.
7..bila nak hidang, masukkan makaroni.
8..tabur daun sup, daun bawang dan bawang goreng
9..taa daa..dah siap..!!
10.sedia dimakan panas2 ni.. :)

hmm..hmm..wow..wow..wow..!!

:) mama belum cuba resepi ni..
mama dengar dari radio ikim pagi tadi..
nora bt ariffin bagi resepi ni ..
nora kata resepi ni sedap sbb guna minyak sapi tau..
resepi ni mcm senang boleh ubah suai..

kalo tak suka ayam, boleh ganti dgn udang atau sotong..
kalo tak suka garam, boleh ganti dgn kiub ayam..

hmm..cuba la..!!

macam lebih kurang aje dgn laksa nyonya mama..

Tuesday, May 25, 2010

Diary mama hari ini 25.05.2010

Salam semua,

Entri hari ini, lebih kepada perkongsian perasaan seorang wanita dan ibu yang berkarier dan sayangkan keluarganya..

ANTARA KELUARGA DAN KERJAYA~~

Memang menakutkan setiap kali mendengar wanita-wanita yang punya karier hebat namun gagal di dalam rumahtangga. Saya tak nak jadi begitu. Oh, saya tak dapat bayangkan bagaimana saya terpaksa hidup tanpa suami dan anak-anak. Mereka lah jantung hati saya. Nasib baik lah suami dan anak-anak memahami..tapi saya tak pernah ambil kesempatan..

Setiap orang pasti ada masalahnya yang tersendiri. Lain orang, lain masalahnya. Dari segi karier, saya pernah dapat anugerah cemerlang pada 1995 di Johor Bahru..(masih dlm memori indah saya)

Saya mampu menjalin hubungan baik dgn para guru, kakitangan dan para pekerja sekolah saya. Mungkin saya ada cara tersendiri untuk menangani mereka. maklumla..semua ada ego tersendiri. Jadi nak menegur ke..kena ada cara. Bukan main boleh macam tu saja.Selain itu, saya juga bukan jenis yang suka marah-marah. Mungkin juga kerana saya tak pernah bawa masalah di rumah ke sekolah dan begitu juga sebaliknya. Saya tegas tapi kena pada tempat..(ye ke ni..?? :)hee)

Pun begitu, di rumah lain pula keadaanya. Saya punya 3 orang anak remaja yang sedang membesar dan seorang anak gadis yang masih kecil, dan anak sulung yang telah berumahtangga. Kiranya saya dah kurang bebanan kerana tak ada anak kecil yang masih baby. tak perlu bangun malam. Namun, punya anak-anak yang sedang meningkat remaja ada cabaran lain pulak yang menanti. Jadi, sebagai ibu, saya tetap tidak lupa untuk mengambil tahu tentang setiap seorang daripada mereka.

tidak dinafikan, bukan senang untuk seimbangkan di antara karier dan rumahtangga. apatah lagi bagi seorang wanita. jadi, saya sentiasa ingatkan diri saya: supaya sentiasa ambil berat tentang keduanya : karier saya perlukan dan keluarga pula saya sayang. memang menakutkan setiap kali mendengar wanita-wanita yang punya karier hebat namun gagal di dalam rumahtangga. saya taknak jadi begitu.OOHH, saya tak dapat bayangkan bagaimana saya terpaksa hidup tanpa suami dan anak-anak. merekalah jantung hati saya. nasih baik lah suami dan anak-anak memahami. tapi saya tak pernah ambil kesempatan. saya berusaha untuk mendapatkan kasih sayang mereka. misalnya bersama suami, saya sangat menjaga perasaannya..saya tak pernah membiarkan dia rasa saya tidak hormatkan dia kerana dia sudah bersara..jika terpaksa balik lambat, saya akan menelefon untuk beritahu, bukan tunggu dia telefon saya. jika itu berlaku, seolah-olah saya tak respect dan ambil peduli tentang perasaan suami.

jika saya berkursus jauh, saya akan SMS di mana saya dan dengan siapa. saya nak dia tahu saya jujur dan setia padanya. apabila sama-sama free, kami akan selalu makan bersama. waktu itulah kami akan bincangkan soal anak-anak. nampaknya, apa yang saya buat berbaloi. suami juga bertindak sama seperti saya. segala aktivitinya dia akan beritahu saya. kuncinya, kena saling percaya dan menghormati diri masing-masing.

soal anak-anak ( kecuali si sulong telah berumahtangga )segala urusan di rumah, saya uruskan sendiri. saya juga bernasib baik kerana suami punya lebih masa di rumah. dapatlah dia tolong tengok-tengok kan anak-anak. tapi saya akan pastikan mereka telefon saya di mana mereka berada. saya juga akan pastikan mereka juga akan beritahu saya dan papa mereka jika hendak keluar bersama rakan-rakan. jika hari cuti, saya akan pastikan masa saya adalah untuk keluarga sepenuhnya. biasanya saya akan memasak apa saja yang mereka ingini. saya suka jika dapat keluar bersama anak-anak dan makan bersama mereka. tak dinafikan, kadangkala badai melanda juga. kami bukan serba sempurna. namun, kami berusaha untuk mengatasinya kerana kami sekeluarga saling sayang-menyayangi.. Insya ALLAH..

mungkin lain orang lain caranya. tapi itulah di antara apa yang saya lakukan. saya tak malu mengaku bahawa saya berusaha untuk memastikan kedua perkara yang paling penting dalam hidup saya ini berjalan seiringan. Ya, memang payah..tapi saya tetap berusaha kerana saya tak sanggup kehilangan salah satu daripadanya.

mungkin ramai wanita berkarier di luar sana yang mengalami situasi seperti saya. nasihat saya, kita perlu kuat dan tabah menghadapinya. kalau kita sayangkan keduanya, berusaha lah supaya kita tidak perlu untuk membuat pilihan dan terpaksa memilih salah satu daripadanya ..!!

insya ALLAH.. barakallah..

Thursday, May 20, 2010

TOM YAM - BUJANG

Bahan

1 paket tom yam adabi
4-5 ketul ayam (nk potong kecil mcm kiub pun boleh jgk)
2 batang serai - titik
3 tangkai cili padi- ketuk
3 helai daun limau purut
1 biji bawang besar-hiris
1 biji tomato- potong 4
1 biji limau nipis- ambil jus shj..
5 ekor udang atau sotong ( jika ada)
daun ketumbar-hiris

cara

1.. masukkan 1paket tom yam adabi, serai dan 2 1/2 cawan air ke dlm periuk.
2.. masukkan 4-5 ketul ayam ke dlm periuk. rebus hingga mendidih..
3.. masukkan juga udang atau sotong - jika ada la.. :)
4.. bila mendidih, masukkan cili padi, daun limau purut, tomato dan bawang besar.
5.. biar mendidih lagi 3 minit.
6.. angkat dan hidang..
7.. hias dengan daun ketumbar
8.. taa daa..dah siap..!! cukup mudah yek :)
9.. sedia utk di makan dgn nasi putih

hmm..hmm..tom yam bujang :)
istimewa utk orang bujang ni..

boleh juga masuk kan :-
1. bunga kobis
2. saleri
3. putik jagung

tom yam bujang ni permintaan kapten @ Mohd Rozaini b Abd Rahim :)
special untuk anda ni..
sila la cuba ye..

hai..untung la isteri anda nanti yek.. :)
anda suka memasak..

Wednesday, May 19, 2010

mee sup bebola daging

bahan

100 gm spaghetti atau bee hoon gandum penuh (whole wheat)
2 cawan air rebusan daging
100 gm daging lembu (batang pinang) hiris
1 cm halia muda - hiris
10 gm daun bawang- bhg putih
10 gm cendawan shitake-hiris
2 ulas bawang merah-hiris
3 tangkai cili padi-titik
1 sudu sos tiram
1/4 sudu kecil gula
1 sudu makan nam pla (sos ikan thai)
1/4 sudu kecil serbuk lada putih
1/2 cawan tauge-celur
1 tangkai cili merah-hiris
10 gm daun bawang-hiris
1 biji limau nipis utk hiasan
segenggam kecil daun selasih

bebola daging

100 gm daging lembu cincang
1 ulas bawang putih-cincang
5 gm daun bawang-cincang

cara
1..utk bebola daging, campurkkan semua bahan di dlm mangkuk, gaulkan dgn rata dan
bulat-bulatkan.
2..didihkan air stok di dlm periuk, masukkan halia, daun bawang, bawang merah, cili
padi dan cendawan shitake ke dlm periuk, didihkan seketika supaya dapat
menerbitkan rasa dan aroma ke dlm sup. kemudian masukkan bebola daging dan
hirisan daging ke dlm sup.
3..tambah perasa sup dgn sos tiram, nam pla, serbuk lada putih dan gula. didihkan
selama 10 minit.
4..aturkan spaghetti atau mihun di dlm mangkuk hidang, tuangkan kuah sup yang
masih panas.
5..hiaskan hidangan dengan bebola daging, tauge, daun selasih dan daun bawang.
6..taburkan cili merah dan perahkan jus limau nipis ke dlm sup sebelum di makan.

hmm..hmm..panas dan menyegarkan..
boleh juga jika nak buat sambal cili api..
hua..meletup..!!

kalo org indon..
diorang kata mee sup ni..BAKSO..!!

ha..ha..ha.. bakso..la
hmm..hmm..

Tuesday, May 18, 2010

Tom Yam seafood (menu sihat)

bahan

6 ekor udang sederhana, kupas kulitnya
2 ekor sotong segar, bersihkan dan potong bunga
100gm lala segar, bersihkan
1/2 kg kupang
2 cawan stok rebusan kulit udang
2 ulas bawang merah- belah dua
3 biji tomato ceri - belah dua
2 ulas bawang pitih- ketuk
8 tangkai cili padi- ketuk
2 batang akar ketumbar - hiris
30 gm cendawan tiram - hiris
2 batang serai - ketuk
2 cm lengkuas muda - ketuk
4 helai daun limau purut - koyak
1/2 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu makan nam pla (sos ikan thai)- p cari kat supermarket ye :)
2 biji limau nipis, perah jusnya ( petik je depan rmh mama ye)
sedikit daun ketumbar segar untuk menghias

cara

1. didihkan air di dalam periuk, masukkan bawang merah dan putih bersama serai
lengkuas, cili api, akar ketumbar, daun limau.
2. didihkan diatas api yang kuat untuk aroma yang harum ke dalam
tom yam.
3. masukkan pula makanan laut dan cendawan tiram.
4. tambah tom yam dengan garam, gula dan nam pla, didihkan buat seketika lagi.
5. akhir sekali masukkan tomato ceri.
6. alihkan dari api, perahkan air limau nipos ke dalam tom yam dan hidangkan dalam
mangkuk hidangan.
7. hiaskan dengan daun dan hidangkan ketumbar.
8. hidangkan sewaktu masih panas..

hmm..hmm..ini memang sedap..
masukan nam pla lg sedap ye.. :)
mama sekeluarga memang suka tom yam putih ni dpd tom yam merah..
segar, pedas dan masam..
aroma daun ketumbar yang membangkitkan selera..
hmm..hmm..nyam3.. :)

sila lah cuba dan rasa nikmatnya..

Saturday, May 15, 2010

Biar ku menjadi lilin ( 16.05.2010)

biar aku menjadi lilin
memberikan cahaya
terangi sekeliling dengan diri terbakar
tak siapa yang sedar
di saat kegelapan rela aku berkorban
demi satu harapan

biar masa berlari
dan aku terus mendaki
aku tenang di sini dengan sabar menanti
tanpa dendam dan benci
andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
kurawat biar sembuh

aku tak kan bertanya
apakah nanti balasanya
setiap pengorbanan setiap pemberian
demi satu ikatan

keikhlasan di hati
walaupun kau ragui
pada suatu masa dan suatu ketika
akan ketara jua

biarku menjadi lilin
memberikan cahaya
saat kau kesepian saat kau kegelapan
kurela menerangkan
aku senang begini dapat terus berbakti
dengan cara sendiri..

kepada semua warga guru..

"SELAMAT HARI GURU"

SUBHANALLAH..BARAKALLAH..ALHAMDULILLAH.."

BIAR SEDIKIT ASAL BAHAGIA..

Salam semua,

Biar sedikit asal bahagia dari banyak tetapi menderita...

Allah memang menghendaki supaya kebaikan disebarluaskan, namun DIA jugalah yang menciptakan cemuhan-cemuhan yang datang menerusi mulut manusia.

Dari seluruh hidup anda, maka yang dikira adalah umur yang membahagiakan, melapangkan,mententeramkan, dan bersedia menerima apa sahaja yang ditentukan buat anda. Namun rakus, tamak dan sikap bongkak sungguh bukanlah kehidupanmu yang asli. Semua itu adalah lawan dari kesihatan, kebugaran dan kecantikan anda. Kerana itu, berusahalah untuk mencapai redha Allah, menerima pembahagian, meyakini ketentuan dan tidak bimbang menghadapi masa akan datang.

Jadilah anda seperti rama-rama, ringan perawakan, indah dipandang, sedikit bergantung pada yang lain, terbang dari satu bunga ke bunga yang lain, dari satu tangkai ke tangkai yang lain dan dari satu taman ke taman yang lain. Pendek kata hidupnya sentiasa berpusing dari yang baik kepada yang baik.

Kalau tidak, maka jadilah anda seperti seekor lebah yang sentiasa memakan sesuatu yang baik dan mengeluarkan yang baik pula. Jika ia jatuh di atas tangkai, tidak memecahkannya,menyentuh nektar tetapi tidak melukainya, mengeluarkan madu dan tidak menyengat, terbang dengan rasa cinta dan hinggap dengan tali kasih. Ia mempunyai dengungan sukacita dan bisikan kerelaan. Seakan-akan ia utusan kerajaan langit atau duta dari alam yang kekal datanG berkunjung.

Pedoman hidup:-

Allah suka kepada orang-orang yang bertaubat kerana mereka kembali dan mengadu hanya kepada-NYA

"Sesungguhnya segala puji adalah kepunyaan ALLAH yang telah melenyapkan dukacitaku."

alhamdulillah..barakallah..insyaALLAH.

Monday, May 10, 2010

diary mama hari ini..10.5.2010

Salam semua..

HARI IBU SEDUNIA..

Hari Ibu..??

Mama terpanggil untuk meluahkan perasaan keibuan mama..saja je nak luah perasaan :)

Sebenarnya bagi mama hari ibu ni takyah lah nak dirai-raikan sebab hanya akan menyusahkan anak-anak dan diri ibu tu sahaja..apa taknya, anak-anak akan rasa bersalah jika tak berikan hadiah atau ucapan 'selamat hari ibu' kepada ibu,mak, umi,mama,mumy atau apa saja panggilan kepada ibunya. begitu juga kepada si ibu pula, akan merasa sedih andai anak-anak tidak menalipon atau menghantar mesej atau memberi hadiah. malah si ibu akan merasa kecil hati..dikatakan anak dah lupakan dirinya la, sibuk dgn urusan peribadi la..dan mcm2 lagi andaian yang mengganggu fikiran si ibu pula..haha, mengarut je ek..ni semua perayaan omputih la..dlm islam takde ni semua..

bagi mama 'hari ibu' lain la pulak, mengikut persepsi mama la..

setiap tahun mama raikan 'hari ibu' sebanyak 5 kali..

kenapa ye..??

sebab setiap kali ulangtahun anak-anak,itu lah 'hari ibu' bagi diri mama. mama akan bersedekah makanan dan minuman kepada seluruh warga sekolah,murid,guru serta kakitangan sekolah. Mama akan minta ustaz membacakan doa untuk anak yang diraikan ulangtahunnya agar hidup anak mama sentiasa di dalam barkah ALLAH..InsyaALLAH dan pagi Jumaat yang dekat dgn tarikh lahir anak mama..bacaan yasin dan tahlil ringkas diadakan..mama ambil kesempatan ini untuk hadiahkan pahala tersebut kepada anak-anak mama yang diraikan ulangtahunnya..

sebenarnya anak-anak tak tahu mama raikan ulangtahun mereka disekolah bersama warga sekolah mama..jadi dalam setahun 5 kali mama akan bersedekah makanan dan minuman.. sempena ulangtahun anak-anak mama.ini lah cara mama raikan 'hari ibu' mama ..unik kan..untuk tahun 2010 ni, ada tambahan..ulang tahun menantu mama..juga mama buat seperti anak-anak mama yang lain tu..pun tanpa pengetahuan beliau..

bila bersama anak-anak yang diraikan ulangtahunnya di rumah, biasanya hanya ala-kadar dan secara ringkas shj..atau belanja makan di luar mengikut selera masing2.

mama menjadi ibu ialah pada hari mama melahirkan anak sulong mama..
Anak sulong - Nur Iryani 19 April 1987
Anak kedua - Khairul Anwar 10 September 1988
Anak ketiga - Khairul Azri 9 Ogos 1991
Anak keempat- Khairul Akmal 18 September 1995
Anak bongsu - Nur Hani 5 Ogos 2003..

Allah anugerahkan mama gelaran ibu dan hadiah yang tidak terhingga bila anak-anak menyambut ulangtahun kelahirannya setiap tahun..anugerah kesihatan dan keselamatan buat anak-anak mama..

kini
1 anak sulong dah berumur 23 tahun & suami (26 tahun)
2 anak kedua dah umur 22 tahun
3 anak ketiga dah umur 19 tahun
4 anak keempat dah umur 15 tahun
5 anak bongsu dah umur 7 tahun

..syukur alhamdulillah, barakallah

begitu lah cara mama sambut 'hari ibu' mama..
tak perlu nak heboh2 raikan seluruh dunia..
hari lahir setiap anak adalah lebih bermakna bagi mama sebagai ibu..
setiap anak ada keistimewaan masing2 yang tersendiri..
walau sesibuk mana sekalipun,
mama tetap tak pernah lupa hadiahkan kalian..
'alfatihah' 40x setiap hari selepas solat subuh..
anak2 adalah buah hati yang mempunyai tempat tersendiri dalam hati mama..
walaupun kadangkala..
anak2 buat air mata mama mengalir jatuh ke pipi..
itu adalah air mata kerinduan jua..
insyaALLAH..
kalian adalah amanah ALLAH yang perlu mama jaga..

Sunday, May 9, 2010

daging bakar batang pinang + air asam

1 kg daging batang pinang
100 gm rempah kari
50 gm serbuk cili
50 gm jintan manis + jintan putih ( di sangai)
50 gm ketumbar (ditumbuk halus)
3 sudu makan minyak
garam secukup rasa

bahan kisar

3 cm lengkuas
3 cm halia
100 gm bawang merah
60 gm bawang putih
2 batang serai
60 gm kunyit hidup

bahan air asam

150 ml air asam jawa
30 gm bawang merah
1 biji cili merah - hiris halus
1 biji cili hijau - hiris halus
1 kuntum bunga kantan-hiris halus
1 biji tomato-potong kiub
gula dan garam - secukup rasa

cara

1. perap daging dgn bahan kisar 15 minit.
2. kemudian gaul dengan rempah kari, serbuk cili, jintan manis , jintan putih, serbuk ketumbar, gula, garam dan minyak.
3. biar selama 30 minit dan kemudian dibakar di dlm oven pada suhu 180 C
4. setelah daging masak. hiris nipis dan sedia utk di hidang.
5. utk membuat air asamnya, gaul semua bahan dan sedia utk pencicah daging..

wow3..!! meleleh air liur laa...
hmm..hmm..daging batang pinang ni memang sedap buat daging bakar..
feveret papa ni..

hidangan istimewa utk ulangtahun papa..

Saturday, May 8, 2010

ikan bawal penyet ( special utk yani )

bahan

1 ekor ikan bawal
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
2 biji cili padi
2 cm belacan
sedikit air asam
sedikit minyak utk goreng

cara

1. goreng ikan bawal sehingga masak tetapi tidak garing.
2. goreng cili dan belacan di dalam kuali.
3. tumbuk cili dan belacan hingga lumat dan masukkan air asam.
( garam + gula -jika suka)
4. ratakan sambal atas dan bawah ikan yang telah di goreng tadi.
5. hiaskan dengan ulam-ulaman..

* emm..mama selalu dengar yani suka makan nasi ayam penyet..( mahal ye..)
kali ni, cuba yani tukar ayam kepada ikan pulak..
ikan tak menggemukkan body...

* cuba la sayang ye..
tersangat la senang nya..
gerenti jadi punyer.. :)
kalo takde ulam-ulaman, timun pun dah ok

* yani pernah ajak mama papa makan nasi ayam penyet ni kat area Tmn U..
hmm..masyaAllah, takleh habis la makan..
penuh perut mama, kalo tau, boleh share 2 orang..

muffin lobak merah istimewa

bahan

360 gm tepung naik sendiri
3 biji telur
170 gm gula kastor
14 gm serbuk penaik
270 mentega
70 gm susu UHT
70 gm lobak merah
( hiris atau cincang - ikut suka)

cara

1. pukul mentega dgn gula sehingga kembang
2. masukkan telur satu ke dalam adunan dan pukul hingga kembang
3. akhir sekali masukkan tepung dan serbuk penaik.
4. masukkan lobak merah yg telah dihiris ke dalam adunan.
5. lakukan kaedah 'kaup dan balik'
6. masukkan ke dalam acuan. bakar 30-40 minit dgn suhu 180 c

* hani suka tolong mama sebab boleh 'kacau-kacau'..
'best main masak-masak ek ..'
' mama, kaklong dulu..pandai tak buat mcm ni..??'
tu la ayat hani masa kacau-kacau adunan muffin ni

bila muffin keluar dari oven..ha..taa daaa..mcm2 rupa jadinya.. :)
takpe..hani juga yg makan muffin tu..

muffin blueberry sedap

bahan

360 gm tepung blue key
14 gm serbuk penaik
3 biji telur
170 gm gula halus
270 mentega
70 gm blueberry ( beli d pasaraya)

cara

1. pukul mentega bersama gula hingga kembang.
2. masukkan telut satu persatu. pukul hingga sebati
3. masukkan tepung bersama serbuk penaik
4. masukkan perisa blueberry ke dalam adunan
5. masukkan ke dalam acuan dan bakar selama 30-40 minit dgn suhu 180 c

* boleh juga jika nak letak blueberry tu dlm muffin mcm inti
atau boleh juga jika nak letak atas muffin

terpulang pd citarasa masing2..

muffin coklat - versi cawan + krim coklat

bahan A (kacau rata)

1 cawan susu cair
1 cawan air
1 cawan butter cair
atau
1 cawan minyak jagung (boleh gak)
2 cawan gula perang

Bahan B (ayak)

2 cawan tepung superfine
1/2 cawan serbuk koko
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat

bahan C ( kacau rata)

1 biji telur
1 s/k esen vanila

cara

1. panaskan kukusan
2. kacau semua bahan A supaya sama rata.
3. masukkan bahan B dan kacau lagi.
4. Masukkan bahan C dan kacau lagi supaya tidak bergentel.
5. lapikkan papercup dlm acuan apam dan masukkan adunan.
6. kukuskan selama 15minit dgn api sederhana.
7. sejukkan dan hias dgn krim coklat.

krim coklat

250gm cooking coklat
1 s/b cocoa butter (butter)

cara

1. coklat dicincang kecil.
2. masukkan coklat dan cocoa butter dlm mangkuk bertangkaai dan tahan panas.
3. panaskan coklat dan kacau sampai coklat cair dlm kuali yg diisi sedikit air.
3. bila nampak separuh coklat telah cair tutup api.
4. kacau lagi coklat sampai semua cair.
5. bila nampak coklat agak pekat boleh sapukan atas kek mengikut suka hati
6. hias mengikut pilihan sendiri..

muffin chocolate rice

bahan

360 gm tepung gandum
3 biji telur
170 gm gula aising
14 gm serbuk penaik
270 gm mentega
70 gm susu UHT
70 gm chocolate rice

cara

1. pukul mentega dgn gula sehingga kembang dan berkrim. kemudian masukkan telut
satu persatu dan kacau sehingga sebati.
2. masukkan tepung bersama serbuk penaik diikuti chocolate rice. kacau adunan
hingga rata. ginakan kaedah 'kaub dan balik'
3 masukkan ke dalam cawan kertas muffin dan bakar selama 30 minit - 40 minit dgn
suhu 180 C


mama dapat resepi ni dari PERHEBAT...

nanti mama masukkan resepi muffin yang lain..

mama dah cuba buat muffin dgn hani,

cukup mudah dan cepat..

Friday, May 7, 2010

Ayam Masak Merah Mama

bahan

1 ekor ayam (potong 12)
4 sudu makan tomato puri
atau
1 cawan sos tomato
1 cawan air
garam,gula secukup rasa
minyak utk menumis

bahan kisar
15 tangkai cili kering (rendam air panas @ rebus)
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia

cara

1. panaskan minyak. gaul ayam dgn serbuk kunyit dan garam.
2. goreng ayan1/2 masak saja. angkat dan ketepikan.
3. guna sedikit minyak goreng ayam tadi.
4. timiskan bahan yang telah dikisar hingga naik bau. masukkan tomato puri atau
sos tomato.
5. masukkan garam, gula dan 1 cawan air.
6. bila kuah nak mendidih, masukkan ayam goreng tadi, biar 10 minit.
7. rasalah kuahnya, harus ada rasa masam, manis dan pedas.
8. tabur bawang goreng dan kacang peas.
9. boleh juga tabur daun pudina dan daun ketumbar yang dihiris ..
jadi baunya hmm hmm wangi....
boleh juga kalo nak tabur badan atau gajus goreng..

anakku..

cuba la ye...

sangat mudah dan simple je,

selamat memasak n cooking with love...

Tuesday, May 4, 2010

ikan keli masak lemak cili padi

bahan

2 ekor ikan keli
7 tangkai cili padi
4 biji bawang merah
1/2 inci kunyit hidup
2 batang serai
1 1/2 mangkuk santan

cara

1. goreng ikan keli dan ketepikan..
2. masukkan bahan-bahan ditumbuk kedalam periuk bersama santan dan masak dgn api
sederhana.
3. setelah kuah mendidih, masukkan ikan keli goreng tadi.
4. masukkkan garam dan perasa..
5. angkat dan hidangkan..

* senang jerr..daan mudah sangat kan.. :D
sila la cuba ye...

Monday, May 3, 2010

kerapu 3 rasa

bahan

300 gm ikan kerapu
5 sudu gula pasir
2 sudu air limau nipis
2 sudu sos cili
2 sudu sos thai
6 tangkai cili padi - cincang halus
1/2 biji bawang besar
1 keping nanas - potong dadu
3 ulas bawang putih - potong dadu
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

cara

1. goreng ikan dan ketepikan seketika
2. sementara itu, tumis bawang putih, sos cili, sos thai dan masukkan gula serta
sedikit air, biarkan seketika.
3. setelah bahan tadi mendidih, masukkan pula cili padi, air limau nipis, nanas,
garam, dan bawang besar.
4. setelah masak, angkat dan curahkan atas ikan kerapu yang siap di goreng tadi..
5. hmmm....dah siap..!! senang je kan..
6. apalagi..makan la dengan nasi panas ye..


alahai..sedapnyeerrr...!!

:)cuba la ye

bawal stim cendawan

bahan

2 ekor ikan bawal
100 gm cendawan
5 cm halia - di hiris
1 biji bawang besar - di hiris
6 biji cili padi - di hiris
2 batang serai - di ketuk
2 sudu sos tiram
2 biji asam boi atau 1 keping asam gelugur
1/2 senduk air
garam dan gula secukup rasa

cara

1. panaskan air dan stim ikan sehingga masak.
2. kemudian, masukkan semua bahan dan biarkan ia sehingga benar-benar masak.
3. sedia dihidangkan..
4. taa daa...senang je
5. sedapp...dan mudahh..

kali ni..mama bagi resepi yang senang2 dan mudah di masak..

cepat di masak dan sedap di makan..

cuba la..