Saturday, July 31, 2010

ayam panggang rempah bermadu

bahan

700 gm dada ayam
5 ulas bawang putih-blend
3 ulas bawang merah-blend
2 cm kunyit hidup-blend
3 camca besar ketumbar-blend
4 tangkai cili kering-blend
5 camca besar madu
1 camca teh jus limau nipis
1 camca teh serbuk lada hitam
10 helai daun pandan
garam secukup rasa
sedikit minyak sapi

cara

1. perap dada ayam bersama bahan yang telah dikisar, serbuk lada hitam, garam dan
jus limau nipis. biarkan semalaman.
2. sapukan minyak sapi pada sekitar dada ayam.
3. balut ayam dgn daun pandan dan panggang hingga masak.
4. setelah masak sapukan madu pada keseluruhan ayam panggang tersebut.
5. hidangkan panas-panas..

kalo takde daun pandan nak balut ayam tu,
gunakan je foil paper ala kertas timah tu la..hmm :)

perap lama sikit baru rencah meresap dalam isi ayam yek..

ok sila la cuba ye..

Friday, July 30, 2010

kailan goreng ikan masin

bahan

1 ekor ikan masin (potong kecil)
400 gm sayur kailan (basuh & potong)
3 camca besar sos tiram
2 camca teh sos cilli
6 bijji cili padi (hiris)
4 ulas bawang putih-blend
3 ulas bawang merah-blend
2 cm halia muda-blend
2 cm belacan-blend
50gm udang kering-blend
sedikit minyak
100ml air
gula & serbuk perasasecukup rasa

cara

1. tumiskan semua bahan yang telah di blender, cili api da ikan masin hingga naik
baunya..
2. masukkan sos cili, sos tiram, gula, serbuk perasa, batang kailan dan air.
3. akhir sekali, masukkan daun kailan dan biarkakn hingga mendidih.
4. angkat dan hidangkan..


hmm hmm senang je kan..
masak sendiri lebih afdhal utk santapan suami..

sila la cuba ye..

ikan pari bakar dengan jus asam boi

bahan

1 kg ikan pari ( potong sederhana)
5 helai daun kunyit
2 camca besar serbuk kunyit
5 ulas bawang merah-blend
4 ulas bawang putih-blend
1 camcateh air asam jawa
2 camcateh serbuk lada hitam
sedikit minyak sapi
gula dan garam secukup rasa

jus asam boi
30gm asam boi merah
4 biji lada merah -blend
2 cm belacan-blend
1/2 keping gula melaka (hancurkan)-blend
2 camcabesar jus limau nipis
gula dan garam secukup rasa

1. gaul ikan bersama bahan yg tlh dikisar,serbuk kkunyit, air asam jawa,serbuk
lada hitam, gula dan garam. biarkan selama 20minit.
2. bungkus ikan dengan daun kunyit, sapukan sedikit minyak sapi dan bakar hingga
masak.
3. campurkan semua bahan utk membuat jus asam boi dan gaul rata.
4. hidangkan ikan bakar bersama jus asam boi tersebut..
5. hmm hmm...jika suka lagi pedas, boleh hiriskan cili padi dlm jus asam boi..

walaupun ringkas dan mudah nak masaknya..
namun pasti tetap menyelerakan..
makan dgn tertib, taknak gelojoh2 yek..

hmm..hani la tu..

sila la cuba ye..

nasi minyak

bahan
600 gm beras (cuci dan toskan)
1.2 liter air
3 camca besar minyak sapi
2 camca teh mentega
300 gm sos tomato
5 ulas bawang merah - blend
4 ulas bawang putih - blend
2 cm halia
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
100 gm kismis
200 gm sayur campur (mix vage)
5 sudu besar susu cair
garam secukup rasa

cara

1. panaskan mentega dan minyak sapi. tumiskan semua bahan yang telah dikisar
sehingga naik baunya.
2. masukkan pula kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, air, susu cair,
sos tomato dan garam.biarkan hingga mendidih.
3. masukkan beras dan masak hingga nasi menjadi lembut.
4. sebelum diangkat masukkan sayur campur dan kismis. tutup seketika dan siap
untuk dihidang.
5. tabur dgn bawang goreng..

sedap di makan dengan acar buah kering..serta lauk-pauk yang lain..
ayam, daging, dalca dan sebagainya..

hidangan untuk 4 orang makan..

sila la cuba ye..

chip tempe

bahan

10 keping tempe ( potong dadu - hiris nipis2 )
minyak utk menggoreng
2 camca teh air asam jawa
6 ulas bawang merah - blend
6 ulas bawang putih - blend
10 tangkai cili kering - blend
3 cm belacan - blend
200 gm udang kering blend
100 gm bijajn (goreng tanpa minyak)
200 gm gula pasir
garam & serbuk perasa secukup rasa
sedikit air

cara
1. goreng tempe hingga kekuning-kuningan. Angkat dan ketepikan.
2. tumis semua bahan yang telah dikisar, gula, garam, serbuk perasa, air asam jawa
dan sedikit air. kacau hingga benar-benar pekat.
3. masukkan tempe yang telah digoreng dan gaul hingga rata.
4. sebelum dihidangkan, tabur bijan diatasnya.



kalo tak sempat nak masak2..
hidang kan tempe ni dgn nasi pun boleh jgk..


sila la cuba ye..

Wednesday, July 28, 2010

acar aneka buah-buahan kering

bahan

40 gm kismis
40 gm buah kana
40 gm buah prune
40 gm buah kundur
100 gm buah asam kering
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
10 tangkai cili kering-kisar
3 ulas bawang merah-kisar
4 ulas bawang putih-kisar
20 gm udang kering-kisar
2 cm belacan-kisar
2cm halia-kisar
2cmca teh ketumbar-kisar
1 keping gula melaka-kisar
2 camca besar sos cili
80ml air
sedikit minyak
gula dan garam secukup rasa

cara

1. tumis kulit kayu manis, bunga lawang,bunga cengkih dan semua bahan
kisar,garam,gula dan serbuk perasa hingga naik baunya. kemudian masukkan
sedikit air.
2. masukkan buah-buah kering dan gaul hingga sebati. apabila sudah agak kering,
angkat dan sejukkan.
3. untuk lebih sedap, hidangkan bersama nasi beriani..:D
4. hmm hmm makan dengan nasi putih pun sedap juga ek..hehe

mama pernah buat acar buah kering ni..
masa tu, punya la banyak buah asam dlm paket papa beli..
macam2 aneka asam.. hai..
sebenarnya boleh jer, apa2 aneka buah kering yg kita suka ye..

hmm ada dalam 6 bulan baru habis makan acar buah kering ni..
balik sekolah masak nasi, goreng sayur, goreng ikan dan acar buah ni..
ha dah ok dah selera makan dahh..

hmmm hmm cuba la ye..

Tuesday, July 27, 2010

pengalaman indah hari ini.. hahah ( 27.7.2010)

salam semua,

entiri hari ini adalah tentang perasaan mama..

perasaan yang sangat memilukan,terkejut dan sebal tetapi sangat berharga buat diri ini..

alahai..,

petang semalam dan malam tadi, mama dah terjah portal KPM..namun pagi tadi terlupa pulak nak buka semula..

niat di hati sebenarnya ingin memantau tugasan yang telah diberikan kepada sorang guru baru supaya melakukan pengisian data secara online..segala maklumat telah mama sediakan(nak tengok dia ni ada intergriti dlm diri ke tak)

jika segala data telah dimasukkan, ok la (hmm 'no komen')
jika tidak dimasukkan nampaknya PPD atau JPNJ akan menelepon dan menjeritlah..!!
'Pn Hjh Z..,sila kemaskini data ye..'

niat dihati mama,tidak lain hanya ingin menyemak dan mengemaskini data..malangnya mama terlupa ID Pengguna dan ID kata laluan..hmm tak dapat la nak menolong..

pagi tadi, teringat carta organisasi 'linus' belum buat..siapkan jap...beres,hmm..
masuk kelas mengajar mcm biasa..semua ok jer..


masa rehat, dengar guru2 laki dok sibuk citer ttg isteri masing2 dah mula mengandung dan mabuk2 la..hmm dah takde citer lain lah tu..sukati korang la eh.. tengok muka ada 'sorang'cg ni, macam sengal je..takde kualiti langsung..!! tah camana minat jd cg tu ..tak tau la yek..habis kecoh pasal isteri dia mabuk la..muntah2 la..nak hantar balik kampung la..hai loghat benar nampak..!! alasan, tak boleh nak bg komitmen pada tugas buat ketika ini..huh, menyampah..!! tengok pada kredibiliti mcm 'mcgyver' maklum la 'orang KH' tp dua kali tengok mcm hampeh je..takde kualiti langsung daa..mcm dia sorang ada isteri tengah mabuk lak..uwek..

hmm..tepat 12.30 tengahari tadi, dapat panggilan dari kementerian tentang data..
kelam-kabut sahabat mama ni, sebab takleh nak jawab..mama akan tanggung risiko ini.
hai data punya hal la ni,apalagi mama la kena..!! baru beri salam, dah kena terjah..
'ha..ni sape pulak ni..??!!..wah, dasyatnya ayat..macam nak masuk semula suara mama yang steady lemah lembut ni..mama perkenalkakn diri dan jawab segala soalan yang diterjah dan segala tengking herdik tu dgn suara yang mantop..!! baik punyer cover..dalam hati 'siap ko A...!! rupanya memang ko takde intergriti la ye..beri tempoh 3 - 4 hari pun ko tak buat jugak eh.'

dengan segala rendah hati dan rendah diri, kata2 maaf dipohon dan dengan jasa baik En Z..... dari Kementerian tu walaupun setelah ditengking2, mama dapat juga ID pengguna dan ID katalaluan..syukur, terima kasih banyak2 ye En Z.....

dengan bantuan cg. Cd, mama siapkan data secara online wp dah tarikh tutup pada 24hb Julai jam 12 tengah malam..dengan di pantau oleh en Z.....di kementerian sana.. hmm sedih dan geram ni tau..huhu :(

dua kali tau, mama call En Z.....tu, namun suara dia tetap garang dan memang takleh nak lembut la..mama siap suara sedih lagi ni macam nak terkencing ada, nak terberak ada, macam nak terberanak pun ada jugak tau..punya la rayu kalo tak boleh nak isi data hari ini juga nak buat macam mana..alahai, YA ALLAH..TOLONG LA HAMBAMU INI..

cg. cd siap call PPD namun PPD pun tengah bengang, rupanya PPD pun tak boleh online jugak..apa daa..entah2,dorang pun tengah kena marah dgn kementerian jugak eh.. takpe2 buat hati2, slow n steady..hahah.ALHAMDULILLAH..BERJAYA..!!!BEERRJAAYYAAAA..!
HAHAHAHA...suara cg CD seronok la gelak..
ALHAMDULILLAH, BARAKALLAH...SYUKUR....... YA ALLAH ..

mama cuba call balik en Z.....namun tak diangkat. takpe lah..dah selesai.

kepada 'yang berkenaan' tu..watchout you eh..
pasni takde tangguh2 lagi kerja..mesti up-to-date..!!
sayang la, orang muda..baru grad, dah ada sikap malas..
kalo nak jd guru, jadilah guru yang berkualiti dan berintergriti tinggi..
bukan kerana nak gaji aje tp keje mcm sampah..!!
tunjukkan dan tonjolkan kualiti diri dan ilmu yang ada di dalam dada tu..
Ada ke jawab, nak bukak portal KPM pun tak tau..hee teruknya..!!

nama aje sekolah tinggi2 kat Universiti Malaya tu..buat malu jerr..
lain la mama ni, dulu2 buat assignment guna mesen taip..
ketuk2 sampai masuk jari2 di celah butang mesen taip tu..

huhh..buka facebook pandai pulak, chating YM boleh pulak..
nak bukak portal KPM tak pandaiii..?? memang pembohong, penipu..dan bodoh betul la
mama kena 'betulkan kepala otak budak ni'..
dia nak jd cg ke nak makan gaji buta ke..
ingat kita di luar bandar ni,
sangat2 harapkan tenaga muda ni bertugas dengan ikhlas bukan pemalas..

hmm aduhai..la sayang,

mama tak marah pun pada 'yang berkenaan' ni..tp mama akan sentiasa pastikan beliau akan berada di landasan yang betul demi anak didik yang ada..mama doakan beliau berjaya di masa akan datang dan akan dapat belajar 'sesuatu' dan dapat 'pengalaman berharga' pd hari ini..

takpe..it's ok..it's alright..remeh je tp masih teringat2 kata2 pedas, pedih menusuk kalbu sanubari suara terjah tengking herdik en Z.....tu..

cg CD kata, kalo la en Z..... ni nampak camne wajah mama ni, tentu dia tak jd marah punya..alahai..kessiiaaannn.. :) hehe..

apa2 pun, ini lah rencah asam garam kehidupan dunia guru..
ada kala kita marah orang bawah, ada kala kita pulak kena marah dgn orang atas..
tp hari ni bukan PPD atau JPNJ..
dengan Kementerian terus..:)hehe

namun..ini lah memori yang akan menjadi kenangan indah mama..

astarghfirullah..100x

Monday, July 26, 2010

Hari Istimewa Mama N Papa ( Isnin - 26.7.2010)

Salam semua..


Hari Ulang Tahun Perkahwinan Mama dan Papa (267)

Bagi pasangan suami isteri tarikh keramat saat di ijab kabul merupakan detik indah untuk di kenang sepanjang hayat..

Ungkapan 'Happy Anniversary' ini seakan wajib diraikan pasangan suami isteri demi memakmurkan hubungan serta meningkatkan kualiti ksih sayang..

Bukan semua budya barat tidak sesuai kita praktik dalam kehidupan seharian, yang baik diambil dan yang tidak elok buang jauh-jauh..

Hampir saban tahun meraikan hari ulangtahun perkahwinan, mana mungkin sambutan tahun lepas sama dengan sambutan tahun ini..hmm kata orang, lagi jauh usia perkahwinan lebih istimewa sambutan yang perlu dirancang..ye ke begitu..??

sebenarnya, mama tak pernah harapkan sebarang hadiah ..
hanya mengharapkan kasih-sayang papa dan mama bertambah kukuh..
selagi ada usia memamah diri..
selalunya kami akan berpuasa sunat agar hidup kami di dalam redhaNYA..
Insya ALLAH..

ikut mama imbas kembali ye..

Ulangtahun perkahwinan ke 1 hingga 5,

raikan bersama 2 anak yang sangat comel,
pergi makan2 dan selalunya balik rumah mak dan ayah..
mak masak special, makan ramai2..
sungguh bahagia

ulangtahun perkahwinan ke 10,

mama dapat kereta Proton Wira 1.5 automatik atas nama mama..
wah, tak sangka betul. Papa hadiahkan dengan plat JEE 267
wow, sama tarikh pernikahan kami..!! hmm ..)
Sampai sekarang, mama sayangkan wira tu..masih elok dan sedap dipakai..
mama tetap servis setiap 5,000 km dan kalo sayang dah keje dan takde duit nak beli kete, pakai la dan guna la wira mama ni..
tapi bila dah beli kete sendiri, pulang lah balik wira ni pada mama yek :)haha

ulangtahun perkahwinan ke 15,

kami mengerjakan fardu haji, alhamdulillah..barakallah
seolah-olah pergi 'honey-moon'
walaupun dalam hati menjerit rindu anak2 yang ditinggalkan di sana-sini..
oohhh, kalian tak tahu mama sangat rindukan kalian semua.

Ulangtahun perkahwinan ke 20

Bercuti ke kelantan..hmm apalagi, shopping semua tempat..haha
tunjuk je..semua dapat..best. siap tido hotel lagi tu..
sudahnya kena marah dgn sedara mara..buat apa buang duit tido hotel..??
hmm..padan muka kami :)hehe

Ulangtahun perkahwinan ke 22

mama pulak buat tempahan kete baru, konon nak guna duit sendiri..
sudahnya duit papa jugak yang down payment nya..haha..
(takpe kasih suami pada isteri - hmm keihklasan mu tidak ku ragui..)

mama pulak buat tempahan plat - JLA 267

sekarang mama guna JEE 267 dan JLA 267
dan yang pasti warna feveret mama merah maroon dan merah chili

Ulangtahun perkahwinan ke 23

kami saling menghadiahkan jam tangan walaupun citizen aje..
hmm nampak serasi, pakai sama patern dan sama warna 'gold'

Ulangtahun perkahwinan hari ini 26.7 2010..

mama dan papa berpuasa sunat agar kehidupan kami dirahmati dan dibarkati ALLAH..
semoga kehidupan kami bertambah bahagia, beroleh kejayaan dan keredhaan ALLAH di dunia hingga akhirat, di murahkan rezeki dan kesihatan yang baik, dihindari sebarang penyakit nyanyuk serta jauh sebarang gangguan dan musibah. juga semoga anak2 juga beroleh kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki yang melimpah ruah lagi barkah dan beroleh ilmu yang bermunafaat..insyaALLAH..

buka pose dengan masakan istimewa kegemaran papa..
apalagi, kari kepala ikan..kek coklat dan sos coklat serta bubur cacar..

alhamdulillah..barakallah..syukur ke hadrat ilahi..

Malam ni juga adalah malam nisfu sya'aban..
jadi malam ni juga akmal mengikut papa ke surau dan membaca yasin..
semoga kesihatan azri bertambah baik..sihatlah dari penyakitnya
begitu juga bangah, dimurahkan rezeki lah hendakNYA..

semoga kalian juga, beroleh kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat..

InsyaALLAH..

Sunday, July 25, 2010

MENANTI HARI ESOK.. :D

SABAR MENANTI..

hmm hmm..

sabar menanti hari esok..

ada apa, esok..??

hmm hmm...

Saturday, July 24, 2010

kek kacang / coklat / jagung fatimahwati

bahan

1 buku buttercup
6 biji telur
2 cawan gula kastor disukat rata
2 cawan tepung gandum- diayak
2 kacang tanah goreng - dikisar halus
sedikit esen vanila

cara

1. pukul telur dan esen vanila sampai kembang dan putih.
2. pukul mentega dan gula sampai kembang.
3. masukkan telur ke dalam mentega, pukul lagi hingga rata dan sebati.
4. masukkan kacang. kacau sebati
5. masukkan tepung.
6. alas loyang dgn kertas minyak dan tuang adunan.
7. bakar 180C .. hingga masak.

* kek coklat

tukar kacang kepada 1 cawan coklat van houten + 1 cawan air - larutkan.
masukkan coklat selepas di letak tepung.

* kek jagung

4 biji jagung manis di parut.
cara sama dengan kek kacang

kek kacang dan kek coklat mama dah cuba buat..
hasilnya memang umphh!! sedap..
kek jagung tu mama tak cuba lagi..
bila beli jagung rebus, habis dimakan begitu je.. :D

resepi ni adalah ciptaan cg fatimahwati..
dia pun suka memasak..
badan pun kembang sebab selalu makan kek..

kek prune

bahan

2 camca teh bikarbonaate of soda
2 cawan prune + 2 cawan air
2 cawan gula halus
2 camca besar koko
200 gm mentega
2 cawan tepung gandum
4 biji telurbdipukul hingga naik

cara

1. buah prune masak dgn 2 cawan air.
2. rebus hingga kembang
3. putar mentega dan gula hingga kembang.
4. masukkan telur yang telah dipukul.
5. masukkan air rebusan prune yang telah dicampurkan soda bikarbonate.
6. masukkan koko dan tepung,gaul rata.
7. masukkan buah prune rebus.
8. gaul rata.
9. bakar 180C hingga masak.

kek prune rebus ni, rasanya masam2 manis
kek ni adalah dari Pn Maznah bt Mahmud.
beliau pernah mengajar di sm vokasional azizah..
jadi resepi ni adalah hasil tangan beliau..
mama ni suka memasak jadi semua resepi dari beliau pasti menjadi..

cuba la ye..

kek buah rebus

bahan

1 cawan gula - buat gula hangus
1 cawan air
275 gm butter
1 kotak buah campuran
2 1/2 cawan tepung gandum
1 camca teh soda bikarbonate
3 biji telur pukul hingga kembang

cara

1. masak gula hangus pastu masukkan 1 cawan air , buah campur dan butter.
2. sejukkan bahan rebusan tadi.
3. ayak tepung dgn soda bikarbonate dlm mangkuk adunan.
4. pukul telur hingga kembang.
5. buat lubang ke dalam tepung dan masukkan rebusan buah.
6. kacau perlahan-lahan hingga adunan sebati.
7. masukkan telur dan kacau rata.
8. alas acuan dan masukkan adunan.
9. bakar dalam ketuhar 180C hingga masak
10. jika suka nak kukus, pun boleh juga..selama 2jam

mama suka buat kek buah rebus ni sebab senang sangat..
mama selalu bakar je sebab tak perlu tunggu lama..

hmm..buah campur tu bila dah direbus akan kembang dan sedap bila dimakan..
semua buah tu akan penuh rata dalam kek..
pernah makan kek buah yang buahnya mendap di bawah..??
tu..sebenarnya kek buah 'tak jadi' la tu..
hehe..
tp org yang tak tau semua kata 'sedap' jer..

sila la cuba ye..

Friday, July 23, 2010

kek kukus buah-buahan wati

bahan

1 1/2 butter
1 kotak buah campur
3 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus
5 biji telur
1 cawan gula pasir ( buat gula perang)
1 camca teh bikarbonate
1 camca teh cream of tartar

cara

1. gaul tepung dengan buah-buahan campuran serta bikarbonate dan cream of tartar
hingga rata.
2. pukul butter dan masukkan gula sikit2 hingga kembang.
3. masukkan telur sebiji2 hingga habis.
4. masukkan campuran tepung dan buah2 campuran sikit2 - kacau rata.
5. gula pasir dimasak hingga pekat dan perang.
6. masukkan dalam adunan dan gaul rata.
7. masukkan dalam loyang dan kukus selama 4-5 jam
8. pastikan api sederhana saja dan tidak terlalu kuat.

resepi kek kukus buah ni adalah resepi asal arwah mak mama..
kek kukus buah ni adik mama paling pandai buat ..
sebab arwah mak selalu soh dia bancuh kalo ada orang tempah

* sayang..
kalo nak cuba buat kek kukus buah makti ni..
cuba buat 1/2 adunan je ye..
periuk kukus dan loyang dah ada kan..
pasti 'jadi' punyer la..

cornflake madu

bahan

1/2 cawan madu
3/4 cawan gula pasir
1/2 ketul butter
500gm cornflake

cara

1. cairkan madu, gula dan butter dalam kuali hingga mendidih.
2. masukkan cornflake, sira hingga sebati.
3. masukkan dalam cup kecil.
4. bakar 3 minit.
5. simpan dalam bekas kedap.


senang je kan..!!
sedap di makan...
duduk depan tv,
tak sedar dah makan 1 balang..
hehe..

anak-anak mama la tu..

ingatan..!!

jika masukkan lebih gula atau lebih madu, cornflakes akan keras macam batu..

almond london

bahan

1 buku mentega
1 biji kuning telur
3/4 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum - ayak
2 cawan tepung jagung - ayak
badam - panggang 5 minit ( inti)
coating chocolate (tulip)

cara

1. pukul butter dan gula dan gula hingga kembang
2. masukkan tepung yang telah di ayak.
3. gaul hingga jadi doh.
4. masukkan badam di dalam doh dan gentel bulat2 hingga adunan habis.
5. bakar 170 C.
6. sejukkan dulu baru boleh coating.
7. masukkan dalam cup, tabur serbuk badam

mama suka buat biskut ni banyak2 dan simpan kedap.
bila dekat nak raya baru buat coating, sama2 dgn papa :)
anak2 suka coklat2 mcm ni..
hmm hmm ..

sila la cuba ye..

mama caries

bahan

150 gm butter
200 gm tepung
50 gm gula icing
60 gm tepung jagung
1/2 sudu vanila

cara

1. satukan semua bahan, gaul dan ramas hingga lembut.
2. canai dan terap.

topping

bahan
40 gm putih telur
150 gm gula icing
15 gm tepung jagung
esen vanila

cara

1. pukul semua bahan hingga kembang. (boleh jgk guna blender)
2. asingkan sedikit. masukkan warna coklat.
3. sapu atas biskut dan lukis corak ( ikut kreatifivi)
4. bakar 180 C

biskut ni,
yani paling sabar dan pandai lukis coklat nya ni..
cantik sangat.. :)

pasni, nak ajar hani pulak..
insyaALLAH pasti 'jadi' juga..

kek coklat kukus farrahzakiah fadzillah

bahan A
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil nescafe

bahan B
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
2 biji telur
1 cawan gula

bahan C
1 cawan air suam

cara

1. campurkan semua bahan A - gaul rata.
2. blender semua bahan B hingga sebati..(farrah guna blender, dia takde mixer)
3. tuang bahan B yg tlh di blend tadi ke dalam mangkuk adunan.
4. masuk tepung ke dalam bahan B sedikit demi sedikit selang seli dengan air suam.
5. gaul rata semua bahan.
6. tuang adunan ke dalam loyang atau muffin cup.
7. kukus hingga masak 30minit(jika guna muffin cup 20minit je)
8. hmm..kek coklat kukus sedia untuk dihidang


kek kukus coklat farrah ni memang sedap..ada uumph..!!
ada rasa pahit2 sikit sebab farrah masukkan nescafe..
farrah suka guna muffin cup sebab senang nak bg kawan2..

ha..farrah,
nampaknya, murid2 pend.khas pun dah pandai buat kek coklat ni..
diorang siap ada sos coklat lagi..!!

hmm hmm memang sedap..!!

kita tunggu resepi kek coklat bersos pula,

selanjutnya ye.. :)

Thursday, July 8, 2010

soto mama

bahan A

50 gm bawang merah-blend
30 gm bawang putih -blend
1/2 inci halia-blend

bahan B

1 biji bunga lawang
4-5 biji bunga cengkih
1 keping kulit kayu manis

bahan C

125 gm rempah sup
1 bungkus sup bunjut
1 bungkus nasi impit nona
sedikit suun (goreng)
sedikit bawang goreng ( em, beli ready made je)
sedikit daun sup

cara

1. rebus nasi impit nona 1 jam dan sejukkan ( potong dadu)
2. rebus ayam hingga empuk , tos dan sejukkan.
3. carik isi ayam dan ketepikan.

1. tumis bahan A dan bahan B hingga wangi.
2. Masukkan rempah sup dan 1 bungkus sup bunjut.
3. masak dgn api perlahan sehingga rempah sup masak secukupnya.
4. masukkan air rebusan ayam. biar mendidih.
5. masukkan garam secukup rasa.
6. masukkan nasi impit ke dalam mangkuk. tuang kuah soto.
hias dgn isi ayam , suun goreng,bawang goreng, daun sup dan bergedel.
7. hidangkan ketika panas.
8. boleh juga bubuh sambal kicap cili api jika suka pedas.

* hidangan soto ni, mama suka masak ketika raya ke-2 sebab ketupat masih banyak
anak2 murid mama suka datang rumah raya ke -2 dari pagi lagi..

apa lagi, hidangan ringkas dan yang penting kenyang makan soto ni..
boleh beri tenaga utk mereka bertandang ke rumah seterusnya..

wah, tahun ini rumah mama pasti meriah sebab semua adik2 mama beraya di pontian..
tam tam tum bunyi mercun.. :) hehe

em anak menantu mama camana pulak ye..
ke utara atau di selatan ye.. :)
hmm..

mi kari

bahan A

50 gm bawang kecil- blend
30 gm bawang putih - blend
1/2 inci halia - blend

bahan B

2 biji bunga lawang
5 biji bunga cengkih
1 keping kulit kayu manis

bahan C

2 sudu besar udang kering - blend
5 - 10 biji buah keras

bahan D

125 gm serbuk kari ikan
1/2 sudu besar serbuk cili
1 camca teh serbuk kunyit
santan segar ( ikut kepekatan yg dikehendaki)
2 helai daun limau purut (jika ada)
sedikit tauge
sawi ( jika suka)

1 kilo mi kuning

cara

1. tumis bahan A dan bahan B hingga naik bau.
2. kemudian masukkan bahan C. kacau sebati
3. masak gunakan api sederhana.
4. masukkan bahan D. kacau hingga terbit minyak.
5. mahu lebih sedap masukkan air rebusan udang(jika ada) atau sedikit air.
6. masukkan santan segar.
7. celur mi kuning dan tauge
8. letakkan mi kuning ke dalam mangkuk, masukkan kuah dan hias dengan tauge.

info~

boleh juga tambah fish ball, fucuk, isi kerang, ayam rebus..
em..boleh juga masukkan udang jika suka..

semua tambahan ini boleh dimasukkan ke dalam kuah kari yang dimasak.
tambahn sayur-sayuran dalam hidangan mi kari lebih menyihatkan ..

* sayang..,

cuba la resepi mi kari yang sangat senang ni ye..
dah pandai masak kari kn..mama beri 5 bintang utk kari ayam kelmarin :)sedap..

kek lapis masam manis

bahan A

300 gm mentega
3 sudu besar susu pekat
1/2 camca teh esen vanila

bahan B

12 biji kuning telur
4 biji putih telur
170 gm gula kastor
120 gm tepung hong kong
1 camca teh serbuk penaik
64 kepng haw flake

cara

1. pukul bahan A hingga kembang dan ketepikan.
2. pukul kuning telur dgn gula kastor hingga kembang.
3. Masukkan kedua2 jenis tepung dan gaul sebati.
4. pukul putih telur hingga kembang dan gaul dlm adunan tepung tadi.
5. Masukkan bahan A dan gaul lagi hingga sebati.
6. sediakan loyang saiz 7x7x3 inci
7. sukat dua sudu besar dan ratakan.
8. bakar dlm ketuhar hingga kuning.
9. selepas lapisan ketiga, susunkan haw flake dan bakar hingga kuning.
10. ulangi hingga adunan habis..
11. sejukkan, potong ikut suka dan sedia utk di hidang


* mama paling suka kek lapis masam manis yang cikna buat..
hmm hmm skrg ni makteh pun dak ekspet buat kek lapis masam manis ni..

hmm..apalagi soh je makteh buat utk raya nanti yek.. :) hehe..

Tuesday, July 6, 2010

pajeri terung istimewa (manis pedas)

bahan

4 biji terung panjang
4 biji bawang merah kecil (blend)
2 ulas bawang putih (blend)
sedikit halia
1/2 biji kelapa (jadikan kerisik)
3 sudu rempah kari ikan
2 sudu besar air asam jawa
kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
2 camca teh minyak masak
gula, garam secukup rasa

cara

1. tumis bawang merah dan bawang putih
2. masukkan kayu manis dan bunga lawang
3. masukkan rempah kari dan biar seketika hingga naik bau
4. masukkan terung beserta air dan tunggu sehingga air mandidih
5. masukkan air asam jawa dan kerisik.
6. gaul perlahan supaya terung tidak hancur.
7. masukkan garam dan gula secukup rasa
8. hidangkan panas-panas..

selamat mencuba.. :)

terung ni sesuai dimasak kari, goreng berlada, masak lemak, bakar mahupun dimakan sebagai ulam setelah dicelur..ikut kreativiti dan selera masing2 ye.. :)

kalo mama suka terung celur dan cicah dgn santan pekat cekur..wow3 terangkat hmm..

Monday, July 5, 2010

Pajeri Nanas

bahan

1 biji nanas
1 genggan udang kering
4 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm kayu manis
3 biji bunga lawang
2 biji bunga cengkih
4 biji buah pelaga
1 paket serbuk kari daging
4 camca besar kerisik
3 camca besar gula
daun kari
garam secukup rasa

cara

1. bersih kan nanas dan potong ikut saiz yang sesuai.
2. basuh udang kering - blend
3. bawang merah, bawang putih dan halia - blend
4. panaskan minyak, masukkan rempah tumis, bahan yang telah diblend,rempah kari
hingga naik bau dan terbit minyak..
5. masukkan kerisik, daun kari dan nanas..
6. masukkan santan pekat, garam dan gula.
7. masak hingga mendidih dan kuah pekat , nanas empuk serta naik minyak
8. hmm hmm dah siap..
9. taa daa..boleh di hidang..