Sunday, August 22, 2010

karamel gula hangus

bahan

7 biji telur ayam
6 sudu besar gula pasir
2 tin susu cair
1 gelas air masak
5 sudu besar gula pasir (jadikan gula hangus)

cara

1.  pukul telur dan gula pasir sehingga kembang. lebih elok gunakan mesin.
2.  masukkan susu cair dan pukul semula.
3.  masukkan air dan kacau sehingga rata.
4.  tuang dalam loyang yang sedia ada gula hangus.
5.  kukus selama 30 minit.

* first sekali, letak gula pasir 5 sudu besar  dlm loyang.
   letak loyang atas api, gunakan api yg kecil shj hingga gula cair.
   matikan api, ratakan gula hangus dlm loyang. biarkan sejuk.

hmm simpan dlm peti sejuk ye..
boleh makan ketika berbuka pose.. :)

sila la cuba ye..

Saturday, August 21, 2010

biskut cornflakes klasik

bahan A

150 gm tepung gandum
120 gm tepung jagung
1/2 camca teh serbuk penaik

bahan B

180 gm gula halus
250 gm mentega
2 biji kuning telur
2 camca teh esen vanila
180 cornflake (kisar kasar)

cara

1. pukul mentega dan gula hingga ringan dan kembang.
2. masukkan esen dan kuning telur. pukul sebati.
3. kaup dan balik bahan A dgn cornflake
4. bentukkan bebola kecil.letak ceri di atasnya.letas atas dulang pembakar.
5. bakar 180C selama 20 minit atau hingga kuning keemasan..

ooohhh..ikhlas kah saya..??

salam semua..

di bulan ramadan yang penuh barkah ini..

saya dihujani dengan pelbagai masalah yang merumitkan akal fikiran saya..dengan sistem fail yang perlu dikemaskini,[dah siap pun..:)] dengan program2 yang perlu selari dan selaras dengan takwim yang telah saya buat di awal tahun, dengan laporan2 bergambar yang perlu dijadikan bukti, dan juga masalah anak2 didik yang tidak berdosa yang menagih ilmu seikhlas mungkin dari saya ..

ooohhh ikhlas kah saya..dalam menangani ini semua..??

saya di asak dengan pelbagai soalan bahawa saya telah tersalah ambil tindakan..
hmm, tersalah ambil tindakan..?? terkejut saya mendengarnya..
eh ye ke..?? bila saya lakukan kesalahan itu..?? ohh agaknya saya terlalu mengikut perasaan kott.. saya emosi..?? hai..saya ni penyabar dan penyayang kepada anak2 didik saya..fitnah ni, fitnah ni..itu lah realiti seorang guru, bila terlalu perihatin pun salah..apatah lagi kalo tidak peka, lagi lah salahh..!!

saya telah dipersalahkan oleh seorang guru besar sekolah lain kerana telah menjemput dan menandatangani sepucuk surat untuk perhatian seorang guru cemerlang di sekolah beliau..ini adalah kerana guru besar saya tiada di sekolah atas urusan kerja..( baru saya tahu tandatangan saya tak laku sebenarnya..tapi kenapa segala urusan dengan PPD, tandatangan saya laku pulak..??

yang penting, saya menghantar surat tersebut melalui PPD dan telah diluluskan tanpa sebarang kemusykilan..apa yang penting peranan guru cemerlang tersebut sangat di perlukan untuk anak didik sekolah saya..mereka perlukan info untuk menjawab UPSR..

OHH..keihlasan saya dipertikaikan..ikhlas kah saya..??

hal di atas adalah sangat remeh untuk diperbesarkan..

ada lagi..

saya telah menghantar beberapa orang murid yang mempunyai masalah pembelajaran berjumpa seorang doktor dan telah disahkan oleh doktor tersebut bahwa murid2 ini benar2 'berkeperluan khas'..arahan tersebut dikeluarkan oleh PPD agar saya yang perlu membawa murid2 tersebut berjumpa doktor..

segala dokumen yang perlu telah disahkan oleh pihak doktor dan kebajikan masyarakat..tiada paksaan kepada ibubapa apatah lagi mewajibkan murid2 ini memasuki kelas pendidikan khas..jika sayangkan anak2 yang terlalu lemah ini, boleh masuk kelas PK dan jika tak mahu tiada sebarang paksaan..saya hanya boleh mengesyorkan demi masa depan anak2 didik yang tiada dosa yang dahagakan ilmu yang tak tentu masa depan mereka..

OOHH..saya telah dilabelkan oleh ibubapa mereka sebagai telah menyenaraikan anak2 murid ini sebagai anak2 murid yang cacat otak mereka..OOhhh mengapa lah boleh jadi begini..?? ada pula ibubapa yang hendak repot polis dan hendak membuat saman malu.. hai, apa pulaknya ni..?? ada yang terus membawa ahli keluarga yang kononya bijak pandai ke PPD, alahai..kenapa laa tak rasional langsung..??

saya dengan fikiran waras dan terbuka telah merayu kepada para ibubapa tersebut dan membuat penjelasan terang-terangan dan sejelas2nya tentang murid2 yang berkeperluan khas demi masa depan anak2 ini..

nampak ada garis senyum di wajah mereka dan alhamdulillah..anak2 yang lemah ini telah menjalani pembelajaran mereka dengan riang dan ceria..malah telah menunjukkan banyak kemajuan..

ohh..persoalan masih di asak..ikhlas kah saya..??

saya perlu faham zaman sekarang tidak sama dengan zaman ibubapa saya dulu..
dulu..anak orang adalah anak kita, tapi sekarang..anak orang tetap anak orang..

maknanya..,

saya tak boleh membuat dan melakukan sesuatu tindakan mengikut akan fikiran saya walaupun sebenarnya saya benar2 ikhlas demi anak2 didik sekolah saya..mereka tetap ada ibubapa mereka..keputusan saya walaupun betul masih lagi boleh dipertikai kan..

ada lagi..walaupun peristiwa ini telah berlalu beberapa tahun yang lalu namun masih segar diingatan saya..

seorang murid telah diserang sawan semasa perhimpunan..boleh dikatakan dalam seminggu ada dalam 3 kali dia pengsan..saya dengan rasa keibuan dan rasa terkilan di hati berfikir, kenapa la mak bapak anak ini tak bawa jumpa doktor..kesian anak ini asyik pengsan je kat sekolah..dan lagi susahkan guru2 juga..tak kan nak biarkan anak orang ni..buatnya terus pengsan tak sedar2, salah saya juga kenapa tak bawa p klinik..

jadi, saya pun arahkan seorang guru panggil ambulan. anak ini pun dibawa laa ke hispital..namun bila ibubapa anak ini datang ke sekolah, ingatkan dia nak ucap terima kasih.. huh kena marah la pulak..!! dia kata..kenapa cikgu bawak p hospital? dia memang mcm tu, kejap lagi dia baik la..pandai2 je cikgu bawak ke hospital.. saya pulak kena bebel dgn bapa anak didik saya..huhu..

keihlasan saya dipertikaikan..ikhlas kah saya..??

satu lagi peristiwa yang tak boleh saya lupakan..

Abd M.... bin O..., adalah seorang pelajar yang secara jelas dan nyata memang seoang anak yang memerlukan perhatian khusus. maksudnya dia berkeperluan khas. namun kenapa dia dimasukkan ke sekolah kebangsaan..??ketika itu hanya sktk sahaja yang menyediakan kelas PK..

siapalah saya untuk berkata itu dan ini..saya hanya seorang yang menurut perintah sahaja..OOhh begitu banyak perhatian saya untuk anak ini..dengan berbagai masalah dan dugaan..bayangkan lah, jika anak ini datang ke sekolah dengan hingus hijau yang sentiasa menghiasi wajah dan tidak boleh bertutur sebarang perkataan..bayangkan lah jika anak ini buang air kecil atau air besar di dalam kelas ketika P&P sedang berlangsung..saya juga lah yang akan menguruskan anak ini,mandi serta salin pakaiannya. saya lakukan itu semua dengan rasa keibuan diri saya..ohh sungguh kesian anak ini..tak tau nak bertutur..selalunya saya akan mengusap kepalanya dan bacakan fatihah utknya..kesiann sanggatt.hari ini, anak ini sudah pandai memanggil2 nama saya dan sering menunggu saya setiap pagi..utk salam dan mencium tangan saya.

sehinggakan seorang guru telah menjalankan 'kajian kes' mengenai anak didik saya ini. dan tahniah kepada beliau kerana telah menjadi johan peringkat kebangsaan..

oohh, saya soal diri saya dan sepanjang hari saya berfikir..ikhlas kah saya..??

saya membuat andaian dan keputusan bahwa semua anak2 didik saya adalah pesakit yang dahagakan ilmu dan saya adalah doktor yang akan memberi mereka ubat iaitu pelajaran..saya akan melayan anak2 didik ini dengan penuh kesabaran dan kasih sayang.mereka adalah pesakit dan saya adalah doktor..saya akan sentiasa melayan mereka dengan senyuman walaupun kadangkala hati saya sendiri yang sakit..

saya juga akan melayan kerenah para ibubapa anak2 didik saya dengan senyuman dan lapang dada..bolehkah saya anggap mereka juga sebagai pesakit..?? saya rasa mereka juga 'sakit kerana jahil dan kurang ilmu. ya lah..mereka kan semuanya berpendidikan rendah..dan suka datang sekolah dengan marah2..

saya juga akan gunakan perkataan yang baik2 dengan nada yang lembut(selalunya memang lembut pun)serta komunikasi yang berkesan agar tiada lagi yang boleh salah faham dengan tindakan yang saya ambil. sebenarnya wajah saya memang nampak lembut namun sebenarnya tindakan saya selalu tegas..semuanya demi anak2 didik saya..

saya akui,saya memang seorang yang begitu dominan..mereka akan otomatik senyap bila saya berdiri di depan perhimpunan walaupun saya hanya diam shj.. walaupun nada dan intonasi saya lembut tapi ayat saya begitu tegas!! saya nak anak2 didik saya berdisiplin dan mempunyai cita2 tinggi bukan sebagai nelayan atau menyawit sahaja..

ohh..

sesungguhnya..saya meletakkan segala urusan saya adalah kerana ALLAH bukan kerana untuk mendapatkan apa2 pun..segalanya yang baik2 adalah datang dari ALLAH dan segala kelemahan adalah diri saya sendiri.

semoga masa depan anak2 didik saya 'cerah dan berjaya' menjadi insan yang berguna kepada diri mereka sendiri dan juga kepada ibubapa mereka khasnya..

insyaALLAH..

Wednesday, August 18, 2010

apam

bahan

250 ml air aiskrim soda
500 gm gula pasir
750 gm tepung gandum
4 biji telur
1 sudu makan ovellate
mangkuk kertas/acuan apam

cara
1. satukan semua bahan.
2. pukul hingga kembang.
3. masukan warna hijau ( apa warna pun takpe..)
4. sudukan dalam mangkuk kertas atau acuan apam
5. kukus 10 minit.
6. angkat dan sedia di hidang..

hmm resepi ni senang je ek..
kalo malas nak sudu2kan dalam mangkuk kertas tu..
curah je dalam loyang.. haha lagi senang.:)
terus kukus..
boleh juga dimakan dgan kelapa muda gaul dgn garam

sila la cuba ye..

roti bakar berdaging

bahan

1 bungkus roti sandwich
1 tin susu cair
1 biji bawang besar-potong dadu
400 gm daging cincang
1 biji telur
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin
1 bungkus mix vagetable
daun sup+daun bawang (hiris halus)
bawang goreng
2 sudu besar rempah kari
garam secukup rasa
gula secukup rasa

cara

1. potong dadu bawang besar dan tumis hingga naik bau.
2. masukkan rempah kari, daging cincang, garam dan gula.
3. masak hingga empuk.
4. susu cair, telur dan marjerin dipukul sebati.
5. roti di potong 2.
6. masukkan ke dalam susu dan gaul sebati.(jika nak ramas hancur pun boleh,takpe)
7. tambah garam jika suka..
8. masukan daging yang sudah dimasak tadi, sayur campur, daun sup, daun bawang dan
bawang goreng. gaul rata.
9. masukkan tepung jika terlalu cair.
10. Bakar hingga masak.


resepi ni mama dah 'makan' berkali2.. :) hehe
buat sendiri tak penah..dasyat tu..
nape..??

sebab murid2 pendidikan khas cukup pakar buat resepi ni..
gerenti punye akan dapat sepiring, panas2 lagi..
hmm mama sayang korang semua..

walaupun korang ni ada kureng sikit..
namun korang sume sayang mama kann..??
dan
mama pun saaayyang koranggg...hmm

Laksamana Sunan @ Saifudin.. 'bagaikan puteri'

salam semua..

mama sangat terkesan dgn sepotong doa 'Laksamana Sunan@ Saifudin'(Bagaikan Puteri-RAM) yang begitu menusuk kalbu hati sanubari,lafaz yang dizahirkan dengan sesungguh hati. ayat yang begitu indah tersusun yang terlalu takut..takut kepada ALLAH

'Ya ALLAH, aku berlindung kepada-MU dari siksa api neraka jahanam. Aku berlindung kepada-MU dari fitnah dajal yang pembohong. Aku berlindung kepada-MU dari fitnah hidup dan fitnah mati. Aku berlindung kepada-MU dari banyaknya dosa dan hutang. Aku berlindung kepada-MU dari kejelikan fitnah fakir. Aku berlindung kepada-MU dari kejelikan pendengaran, penglihatan, lisan, sentuhan dan hatiku. Aku berlindung kepada-MU dari dikembalikan kepada umur yang terlalu tua. Aku berllindung kepada-MU dari mati dalam keadaan engkar kepada agama-MU'

renung2 kan...dan selamat beramal..

Friday, August 13, 2010

pahala ramadhan..

salam semua..

mama sangat terkesan dengan tazkirah pagi jumaat hari ini..

sangat menarik dan begitu teruja untuk meningkatkan amalan sepanjang bulan ramadhan ini..begitu banyak info yang telah mama lupa terpanggil kembali 2-3 hari ini..

Subhanallah..Maha Suci ALLAH..

pagi2 tadi, mama dah dengar 5 perkara jika di lihat sahaja sudah mendapat pahala..
Maha Suci ALLAH..Ya Allah..Kau Maha Pemurah namun hamba Mu ini masih lagi alpa dan lupa..Ya Allah..ampuni la hamba..

1. memandang Al-Quran - apatah lagi membacanya.
2. memandang wajah ibu-bapa - hargailah selagi mereka masih hidup
3. memandang laut - segala hidupan di laut akan beristighfar utk manusia
4. memandang ka'abah - apatah lagi jika bertawaf di sana
5. mamandang wajah guru - ikhlas memberi ilmu

tentang tazkirah pagi tadi pula ni,

setiap pagi jumaat, perhimpunan pagi diadakan bacaan asma'ul husna, bacaan yaasin dan tazkirah di pimpin oleh Tn Hj ustaz sallehudin b Hj Mohd Jaafar dan En Mohd Fadzil bin Selamat.

pagi tadi, ustaz salleh berkata..

"Bulan Ramadhan ini adalah temasya iman, pesta pahala..kenapa..?? Sebab pahala ramadhan ini adalah milik penuh orang yanhg berpuasa, yang empunya tubuh badan, yang akan menjamin tuan punya badan di akhirat nanti.

hmm..contohnya,

semasa hayat hidup saya, telah mengejek2 dan menyakitkan hati cg. Fadzil.. di akhirat nanti segala pahala solat, pahala zakat dan segala2 pahala yang ada akan di berikan kepada cg Fadzil sehingga habis semua pahala yang ada. jadi apa yang akan membela diri saya ini..?? haa..ini lah pahala puasa di bulan ramadhan adalah milik penuh diri saya..

jadi,

bulan ramadhan ini adalah pesta mengutip pahala dan temasya iman kepada seluruh umat islam di muka bumi ini..MasyaALLAH, Maha Pemurah Ya ALLAH..
bayangkan lah di hari2 biasa 1 kebaikan diberi 1 pahala namun di bulan ramadhan ini 1 kebaikan diberi 70 kali ganda pahala..hmm mahu kah dilepaskan begitu sahaja..??
jom banyakkan membaca al-qur'an, berzikir atau apa sahaja kebaikan yang boleh dilakukan..

seperkara lagi,

di bulan ramadhan ini juga..

seluruh hidupan di lautan yang luas mata memandang..segala ikan atau apa sahaja yang tidak diketahui yang berada di laut akan beristighfar dan pahalanya adalah untuk umat manusia yang berpuasa..MasyaALLAH..Maha Pemurah Ya ALLAH..sedangkan ikan2 di laut pun beristighfar untuk kita..kenapa lah kita tak mahu memohon ampun untuk diri kita sendiri..?? "

demikianlah tazkirah hari ini..

semoga kalian semua mendapat fadhilat dan kebarkahan..insyaALLAH

OOhhh..tak nak lah jadi orang2 yang di dalam kerugian, anak-anak ku..jadi lah kalian orang2 yang menang dan beruntung..InsyaALLAH

semoga kalian semua di dalam perlindugnan ALLAH serta sentiasa mendapat hidayah dan di dalam barkah-NYA

InsyaALLAH, BARAKALLAH..

Amin..

Wallah hu'alam

Thursday, August 12, 2010

NASI KERABU (versi pantai timur)

bahan

Nasi putih (masak sendiri mcm biasa)
Nasi biru(letak pewarna)

bahan untuk serunding ikan

3 ekor ikan kembung-panggang(ambil isi)
1/4 biji kelapa parut
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2cm halia
2 batang serai(hiris halus)
1 susdu teh garam
1 sudu teh gula
sedikit lada hitam(jika suka)

cara
1. gaul isi ikan, bawang merah, bawang putih serai dan halia.
2. masukkan gula,garam lada hitam.
3. kisar semua bahan hingga lumat.
4. masukkan bahan kisar dengan kelapa parut, gaul rata dan sebati.
5. goreng hingga rata dan kering.
6. angkat dan sejukkan.

bahan untuk kuah

4 ulas bawang merah-kisar
4 ulas bawang putih-kisar
sedikit belacankisar
10 tangkai cili kering-kisar
2 cm haliakisar
1 batang serai-hiris halus utk dikisar
2sudu teh gula
1sudu teh garam
2cawan santan cair
1/2cawan santan pekat

cara
1.masak santan cair dlm periuk hingga mendidih.
2. masukkan bahan yang dikisar.
3. kacau sebati dan biar mendidih.
4. masukkan santan pekat, garam dan gula
5. perlahankan api,biar beberapa minit hingga kuah pekat.
6. matikan api dan sejukkan.

bahan untuk ulam-ulaman

1/2 biji timun-hiris halus
1/4 biji kobis bulat-hiris halus
1 ikat daun kesum-hiris halus
2 batang serai-hiris halus
2 kuntum bunga kantan-hiris halus
5 batang kacang panjang-hiris halus
sedikit taugeh
2sudu makan budu
2 biji cili api
1 biji limau

cara
1. gaul semua ulam-ulaman yang telah dihiris halus.
2. sediakan budu dgn cili api dan limau
3. kemudian boleh dihidang dengan nasi dan serunding ikan di atas.
4..boleh dimakan dengan koropok goreng, telur masin, solok lada atau daging bakar
atau daging goreng kunyit.

solok lada

bahan

6 batang cili hijau besar
2ekor ikan kembung( ambil isi shj- guna sudu)
1 biji teluur
1ulas bawang putih
4-5 sudu kelapa parut
sedikit garam

cara
1. tumbuk isi ikan bersama kelapa parut dan bawang putih.
2. masuk garam dan gaul bahan ditumbuk dengan telur.
3. belah tepi lada dan buang biji.
4. sumbat isi ikan tadi ke dalam lada hijau.
5. rebus solok lada dengan santan cair hanya separuh bahagian dpd lada hijau.
( taknak lebih dpd lada kerana bimbang isi ikan akan terkeluar dari lada)
6. bila mendidih, matikan api.
7. angkat dan sejukkan

okeyyy...
dah boleh makan dengan nasi kerabu di atas..

sebenarnya hidangan yang sangat ringkas wp nampak mcm rumit

sayang,

selamat mencuba ye..:)

Wednesday, August 11, 2010

BINGKA JAGUNG

bahan

1 cawan susu cair
1 1/2 cawan air
2 biji telur
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kastad
1 tin jagung krim
3/4 cawan gula
2 sudu makan mentega/marjerin cair

cara

1. panaskan oven 180C dan sapu minyak pd loyang bulat 8inci
2. masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan kacau hingga rata
3. tuangkan bahan ke dalam loyang
4. bakar selama 1 jam
5. sejukkan dan potong..
6. hidang utk minum petang..

*boleh gantikan susu cair dgn santan pekat dpd 1 biji kelapa.
gunakan 21/2 santan pekat

mama suka guna santan pekat lagi lemak dan sedap..
kalo sayang..tentu la suka guna susu cair ek..
nak jaga body kann..:)hehe

Tuesday, August 10, 2010

KUIH LOPEZ - versi mama

bahan

2 cawan beras pulut
1 1/2 cawan air
secubit garam
1 sudu minyak masak
setitik pewarna hijau (jika suka)

1 biji kelapa parut (ambil putih shj)
secubit garam
(kukus kelapa parut + garam 10 minit dan ketepikan)

cara

1. basuh beras pulut.
2. masukkan 1 1/2 cawan air, garam , minyak dan pewarna hijau.
3. masak atas api kecil (nak pulut masak rata dan takde kerak)
4. bila mendidih, kacau rata dan tutup periuk.
5. bila dah masak, gunakan cawan sbg acuan..
6. ambil 2 sudu pulut dan tekan padat-padat dlm cawan..
7. keluarkan dan gaul dgn kelapa parut kukus tadi
8. ulang proses hingga pulut habis.
9. hidang kuih lopes dgn sirap gula melaka
10. sedia untuk di makan..:)hehe

sirap gula melaka

1 ketul gula melaka
1/2 cawan air

cara

1. masak gula melaka dan air hingga mendidih dan pekat
2. angkat dan sejukkan

resepi kuih lopes ni permintaan menantu mama..

jani & yani,
cara mama ni yang paling mudah dan senang dibuat..
buat la bersama ye ketika menekan pulut ke dlm cawan tu..

sila la cuba ye..

Monday, August 9, 2010

Badak Berendam Pulut Hitam

bahan inti

1 biji kelapa parut
2 keping gula kabung
1 helai daun pandan
gula pasir secukup rasa
1/2 cawan air

bahan doh
1 paket tepung pulut
1 cawan tepung pulut hitam
air secukupnya

bahan kuah
4 cawan santan
1cawan tepung gandum
sedikit garam

cara inti

1. campurkan semua bahan inti dalam kuali
2. masak atas api kecil hingga bahan pekat dan agak kering.
3. angkat dan sejukkan.
4. kemudian ambil sedikit dan bulat2 seperti guli.

cara doh

1. campurkan semua bahan dan uli hingga menjadi doh.
2. ketepikan.

cara kuah

1. masukkan santan, tepung gandum dan garam ke dalam mangkuk
2. dan kacau hingga sebati
3. ambil penapis dan tapis bahan ini bagi mengelakkan tepung yang berketul2.
4. ketepikan.

cara memasak

1. ambil sedikit doh, bulatkan dan leperkan
2. ambil sebiji inti dan letakkan di atas tepung tadi.
3. tutup dan gentel bulat.
4. ulang proses hingga tepung dan inti habis.
5. letak beberapa biji kuih dalam loyang yang telah di lapik dgn daun pisang.
6. letakkan kuah di dalam loyang.
7. masukkan dalamperiuk kukus
8. biar sehingga masak selama 20minit.
9.sedia utk dihidang..

hmm siapa suka lemak dan manis ni ..boleh cuba la ye..

apa kata cuba la buat sikit dulu ye,
kalo jadi..boleh la buat banyak2..
jamu selera kawan2 ye..

sayang,
sila la cuba ye

BUAH MELAKA

bahan

2 cawan tepung pulut
1 sudu makan tepung gandum
1 ketul gula melaka
air secukupnya
pewarna hijau
1 biji kelapa parut muda( ambil putih shj)
1 sudu teh garam

cara

1..gaul kelapa parut dgn garam..kukus 10minit
2..sejukkan kelapa.
3..potong dadu gula melaka saiz kecil.ketepikan
3..campurkan tepung pulut,tepung gandum dgn air secukupnya dan pewarna hijau,
uli hingga jadi doh yg lembut.
4..ambil sedikit doh dan leperkan.
5..kemudian masukkan seketul gula melaka dan tutup semula.
6. bentukkan seperti bebola.
7..didihkan air panas separuh periuk..
8..masukkan buah melaka ke dalam air mendidih.
9..bila buah melaka telah timbul, angkat dan golekkan kelapa parut kukus tadi.
10.ulang proses hingga tepung dan gula melaka habis..
11.sedia dihidang..

sayang,
resepi ini lah yang paling senang dan mudah dibuat..
kalo 2 cawan tepung tu banyak sangat, buat la 1 cawan dulu ye..
buat sikit ni tentu sedap dan cepat habis..
makan elok2 taknak rebut2 ye..:)hehe

ONDEH-ONDEH

bahan inti

1 biji kelapa parut
2 keping gula kabung (ala gula melaka la)
1 helai daun pandan
gula pasir secukup rasa
1/2 cawan air masak

cara

1. satukan semua bahan inti dlm kuali..
2. masak hingga pekat dan agak kering dgn api kecil..
3. angkat dan sejuk kan
4. ambil sedikit dan bulat2 seperti guli

bahan doh

1 paket tepung pulut
air secukupnya
minyak menggoreng
bijan secukupnya

cara

1. campurkan tepung pulut dgn air secukupnya hingga jadi doh.
2. agak2 doh yang lembut ye..taknak terlalu keras nanti
ondeh2 tu liat..haha
3. ambil sedikit tepung doh, bulatkan kemudian leperkan.
4. ambil sebiji inti dan letakkan atas tepung tadi.
5. kemudian tutup dan ratakan ondeh2 dgn bijan hingga penuh.
6. ulang proses hingga tepung dan inti habis
7. goreng hingga kuning dgn api sederhana.
8. sedia utk dihidang.

perhatian:

kecilkan api jika terlalu panas takut nanti ondeh2 tu meletup pulak ek..

ohh..ada juga orang kata ondeh2 ni kuih bom..

hmm hmm ikut suka la yek..nak panggil apa..

hmm ada juga orang kata ondeh2 ni buah melaka..

emm mana satu yek yang betul..??

KUIH KERIA

bahan

500 gm keledek
garam secukup rasa
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
1/2 cawan air
2 sudu tpg gandum

cara

1. rebus keledek dgn garam hingga empuk..
2. buang kulit,lecek keledek panas2 dan biarkan sejuk.
3. masukkan tepung sikit2, gaul sebati hingga jadi doh.
4. uli bulat2 dan buat lubang di tengah.mcm gelang
5. buat hingga doh habis..
6. goreng hingga kekuningan dgn api sederhana..

sira gula

1. masukkan gula 1 cawan + 1/2 cawan air.
2. masukkan 2 sudu tpg gandum
3. biar hingga mendidih, menggelegak dan pekat..matikan api.
4. masukkan kuih keria,kacau rata hingga gula melekat pd keria
5. sedia utk dihidang dgn teh'o' panas


* perhatian:

semasa masukkan tepung, biar sikit2 dulu sebab nak doh yg lembut.
kalau terlalu banyak tepung, doh akan keras dan kuih keria jadi liat..
hmm boleh baling ke dinding tu...:)hehe

keria yang lembut dan sira gula yang melekat penuh
hmm hmm memang teruja lah..

oh ya,

dari resepi kuih keria ini, boleh juga buat kuih cek mek molek..
gula pasir jadi inti di dalam, jadi tak perlu sira
sayang pernah makan cek mek molek kan..??

hmm cuba la ye.. :)

sayang,

ingat..air tangan isteri lebih afdhal utk suami tercinta ye..

Saturday, August 7, 2010

donut

bahan

1/2 kilo tepung gandum
3 sudu besar margerin
3 sudu besar susu tepung
1 sudu teh garam
2 sudu besar gula pasir
1/2 paket mauripan(yis kering)

cara

1. gaul dan ramas semua bahan hingga rata dan sebati.
2. sedia air suam (agak2 1 mangkuk kecil)
3. masukkan air suam sedikit demi sedikit sambil uli hingga jadi doh yang lembut.
4. uli hingga doh tidak melekat di jari.
5. biarkan 30 minit sampai naik ..
6. bila dah naik, uli balik..
7. panaskan minyak dgn api sederhana
8. buat bulat2 dan kecil2, biarkan 5 minit
9. bila nak goreng, buat lubang di tengah donat..
10. masukkan ke dalam kuali, goreng hingga kekuningan
11. angkat dan taburkan dgn gula icing..
12. sedia utk dihidang..bersama teh'o' panas

sayang,

sila la cuba ye..

Thursday, August 5, 2010

walimatul urus Mohd Idzaney dan Nur Iryani

salam semua,

mama dah lama nak masukkan gambar2 majlis walimatul urus puteri sulung mama..
baru ada kesempatan ruang dan masa..

jom layan slide majlis malam pernikahan ..

Sabtu 13.02.2010

Mohd Idzaney bin Hj Zakaria dan Nur Iryani bt Hj Ahmad zulkifly



jom layan majlis besar seterusnya di sebelang siang ..

Ahad 14.02.2010

Nur Iryani & Mohd Idzaney


Tuesday, August 3, 2010

keluarga mama

salam,

sebenarnya mama ni suka mencuba..

walaupun orang lain dah lama mendahului hal yang simple dan mudah ni namun mama masih lagi ketinggalan..

takpe lah ..percubaan pertama ni

sila la lihat slide mama ni ye :)

Monday, August 2, 2010

hani dah naik al-qur'an besar

salam semua..

syukur ya ALLAH...alhamdulillah..barakallah...!!

mama rasa seronok sangat, rasa sejuk hati..sejuk perut mama ni...

akhirnya,

hani naik juga qur'an besar..dah tamat iqra'6 nya..

sebenarnya..dah patut naik qur'an besar tu dari awal tahun lagi..mama dah target hani mesti naik qur'an ni bulan 4 yang lepas tapi hani masih nak lewat2 kan bacaannya..

hmm hari ini, akhirnya hani dah boleh naik qur'an juga..alhamdulillah YA ALLAH..

mama harap hani boleh khatam qur'an tahun depan..insyaALLAH..semoga dia terus tekun dan rajin menambah bilangan helaian mukasurat bacaan qur'an setiap hari..

mama akan beri semangat dan dorongan kepadanya agar minat membaca qur'an setiap hari..hani ni moody sikit cepat sangat tersentuh hatinya..selalu juga dia 'tersentot' dengan mama..takde angin takde ribut tetiba dia dah 'tersentot' hmm apalagi..merajuk la buah hati mama ni..

selalu sebelum baca, dia buat perjanjian dulu..nak baca 2 helai aje, kalo mama kata ok..hmm segalanya berjalan lancar malah boleh terlajak sampai 4 atau 5 helai pulak..
tp kalo mama tak layan atau awal2 bacaan mama dah naik angin satu badan dia pun dah jadi 'batu' alamat sehelai pun tak leh baca..

harap2 hani boleh khatam al-qur'an sama macam kaklongnya semasa darjah 2 nanti .. sebab nanti bila dah naik sekolah agama di tahap 2, senang dan lancar serta mudah lah guru agama nak mengajar lagu serta tajwid pulak..atau bila naik sekolah menengah aliran agama, boleh lah gurunya teruskan mengajar taranum pulak..

mama suka dengar yani baca qur'an dengan taranum yang sedap lagunya..bukan lagu nyanyian rentak irama malaysia atau rentak rock atau rentak rap aje sedap didengar tapi lagu taranum al-quran lebih sedap didengar tau..

seperkara lagi, hani juga dah boleh mengambil wuduk mengikut tertib dan juga sudah pandai mendirikan solat serta dengan bacaan mengikut tertib..

alhamdulillah YA ALLAH..

cuma mama kena pantau setiap solat setiap hari setiap anak..
insyaALLAH..semoga hani boleh mengikut jejak kakaknya yang baik ini..

semoga harapan mama diperkenankan ALLAH..

al-fatihah buat kalian 40x setiap hari..mantap..
teruslah menjadi anak yang baik dan mendengar kata..

insyaALLAH, BARAKALLAH..