Saturday, March 19, 2011

muffin tanpa kolesterol

bahan
375gm tepung naik sendiri
300gm lobak merak-diparut halus
250gm dadih rendah lemak
250gm susu rendah lemak
170gm kismis
4 sudu makan bijan-disangai keperangan
3 sudu makan margerin (rendah lemak)
1 sudu teh rempah campuran
1/2 sudu teh soda bokabonat
3 biji putih telur-pukul perlahan

cara membuat
1.  ayak tepung,soda bikabonat dan rempah ke dlm adunan yg besar.
2.  masukkangula perang,lobak merah,bijan dan kismis.kacau hingga adunan rata.
3. pukul dadih, susu, marjerin dan putih telur di dalam jag. tuang ke dlm campuran lobak tadi. gaul adunan
    hingga sebati.
4. sudukan adunan ke dlm tin muffin yg sudah di sapu dgn sedikit marjerin.
5. bakar dlm keruhar 200C selama 20-25minit atau hingga keemasan.

bagus utk kesihatan...

cuba la ye.. :)

Wednesday, March 16, 2011

nikmat apabila diFITNAH

Peristiwa ini berlaku pada tahun 1995...
masih segar diingatan ini..
satu pengalaman yang memalukan, memilukan dan menggentarkan jiwa saya yang lemah ini..

Percaya atau tidak..saya bukanlah sesiapa tetapi habuan fitnah yang saya dapat macamlah saya ini seorang selebriti.Memang tak masuk akal!! Dunia saya hanyalah rumah dan tempat kerja tetapi fitnah yang dilemparkan kepada saya seolah-olah saya ini orang yang sangat penting hingga perlu untuk diburuk-burukkan dan dijatuhkan tertiarap begitu.

Saya telah difitnah mencubit mata seorang anak kecil perempuan yang comel dan memukul tangan serta belakang badannya dengan kayu..alahai..masayaALLAH...Tidakkah itu aneh..?? Mengapa mereka sanggup menabur fitnah serupa itu..?? Tidakkah mereka tahu dosanya sangat besar sebab berjuta-juta manusia akan tertipu oleh fitnah itu..??

Saya telah ditimpa perasaan yang teramat malu dan tertekan oleh sebab fitnah ini..Pihak jabatan(JPN) telah sanggup menyediakan seorang peguam jika saya ingin membuat saman malu..apa ke tidaknya, pada hari kejadian, saya memang sentiasa ceria dan bergaya sakan sedondon warna merah dari tudung hingga kasut untuk memulakan tugas. Namun ceria wajah saya bertukar menjadi cemas, takut, pucat tak berdarah pabila saya didatangi 3 orang pegawai penyiasat bertanyakan apa yang telah saya lakukan petang semalam..


Saya disoalsiasat dan tidak dibenarkan menjalankan tugas..semua kenyataan dari anak kecil lagi comel ini telah diambil malah anak kecil ini juga telah di bawa ke jabatan untuk di ambil kenyataannya..alahai, takutnya saya..adakah saya akan dibuang kerja..?? akan disumbat ke lokap atau penjara..?? kanun keseksaan seksyen berapa saya akan dituduh..??

Suami saya sentiasa memberi kata2 semangat agar saya mengingati semula kejadian yang berlaku..saya memang tak boleh tenang, tak boleh tidor, jiwa memberontak kenapa saya difitnah..!!Setelah di siasat, fitnah ini hanya sedikit gurauan dari kawan suami saya, dia memang seorang pegawai kanan bhg( dirahsiakan) namun bolehkah perkara yang mengaibkan diri saya dipermainkan..??

Saya berazam tidak akan memaafkan dia. Mengapa saya mesti memaafkan..?? Saya minta siasatan diteruskan dan tindakan sewajarnya diambil..kejamkah saya..??meskipun dia membuat penafian, pada saya tidak semestinya semua orang yang tahu kisah saya itu akan membaca penafian atau kenyataan memohon maaf dari dia..huh..maka itulah saya tidak mahu memaafkan biar berapa pun harganya..dia menggunakan 3orang pegawai penyiasat yang benar, aduan kes yang benar, buka fail kes yang benar, nyata memang hendak membunuh saya.Mengapa mesti memaafkan begitu saja..?? betulkah tindakan saya ini..??

DR.HM TUAH ISKANDAR memberi jawapan yang menyejukkan hati dan perasaan saya..
katanya...,

Selagi anda tidak difitnah, anda bukanlah sesiapa. sebaik shj anda difitnah,itu tandanya anda sedang berjaya. Mereka yang memfitnah anda sedang mengukur kejayaan anda dan mereka amat takut melihat keupayaan anda melakar sejarah sedangkan mereka berada di tempat sama.

Inilah realiti kehidupan-manusia memang tidak senang dengan kejayaan orang lain tetapi gembira apabila orang tersungkur di hadapan mata. Anda telahpun menang apabila tidak menyerang balas dengan membuat saman malu. Itulah apa yang sebenarnya mereka kehendaki iaitu serangan balas anda serupa spt apa yang mereka lakukan. Dari situlah mereka akan menelanjangi anda, akhirnya anda akan semakin nampak bersalah sebab orang begini memang penuh dengan strategi 'kesyaitanan'.

usahlah bersedih, sebab meskipun buruk di mata masyarakat, jika anda dipihak yang benar, anda tetap mulia bahkan boleh jadi lebih mulia daripada mereka yang melemparkan fitnah.

Hak anda lah apabila tidak mahu memaafkan.walaupun memberi maaf itu baik,namun tiada paksaan dalam islam untuk memberi maaf. ,ia boleh menjadi modal untuk dikutip hasilnya di mahkamah akhirat kelak..

walaupun kisah ini telah berada dalam lipatan sejarah kerjaya saya, saya telah pun memaafkan dia di dalam diam. namun saya masih mengingati fitnah yang telah membuat saya semakin berjaya menjadi insan yang sentiasa berhati-hati didalam apa jua perkataan mahupun perbuatan..

Jadikanlah kisah saya sebagai iktibar kepada anda semua..

alhamdulillah..barakallah buat diri saya, suami dan anak-anak saya..kami bahagia di sini..
semoga kehidupan kami sekeluarga berakhir di dalam husnul khatimah.

.insyaALLAH..

AMIN...

kejutan...ohh, kejutan...

ohh...walaupun cerita ini telah 3 bulan saya tahu tapi ia menghantui fikiran saya..ohh..!!kenapa kejutan seperti ini yang saya dengar...??? rasa sedih dan tak mau..tak mau saya ingatkan..tapi fikiran saya asyik terkenangkan nya..bagaimana saya boleh melupakannya..??ohh..istighfar..istighfar...

majlis reunion suami saya telah menemukan saya dengan jiran2 baik saya..ohh, seronoknya bertemu mereka..dah hampir 11 tahun kami terpisah akibat berpindah tempat kediaman kerana suami masing2 bertukar daerah tempat bertugas, mahupun suami yang bersara samada bersara hakiki ataupun bersara pilihan..

di dewan besar penuh nostalgia itu, saya bertemu kembali kak nah abang hashim, liza bani, zie nik robert, kak yam abang rahman, sapura azman(fizah kata pora mami jarum-ada je), jemey (azman-menantu wak sukiman) ohh, saya jumpa juga emak siti salbiah, anak murid saya zaman huri anak sarjan hassan kak zarah..sekarang di pulai perdana.. wahh..ramai lagi tak tertulis lahh...saya tercari-cari maria mail dan zana azmi.kak timah abang ghafar, awey ros dan murni brahim...kesemua mereka ini adalah jiran2 saya yang sangat rapat dan saling bekerjasama memasak juadah makanan bila nak buat marhaban di bulan syawal..aduhh..!! indahnya kenangan...

ohh..saya juga bertemu dengan kak zai abang hashim..wah memang bergaya betul nenek ni..masih vouge gitu..!! kak zai abang hashim ni la chef yang akan menentukan menu masakan tiap kali marhaban di bulan syawal..menu masakan memang meletop..pasti ramai hadiran dan hadirat yang datang.. apalagi kak yam abang rahman,berpeluk-peluk sedih penuh kerinduan pada anak2 bujang teruna saya..alahai tangkap leleh lah pulak.. hehe memang lah seronok tak terkata dapat bertemu jiran2 lama ni..

kami makan2 dan bertukar2 cerita perkembangan terkini..bertanya khabar anak masing2..mujur saya membawa 3orang anak, jadi dapatlah mereka berjumpa dan berpeluk2 sakan dengan anak2 saya yang sedang meningkat remaja ini..maklumlah semasa kami berpindah dulu saya membawa 4 orang anak tapi kini ada tambahan lagi sorang..hehe..anak lepas pencen dan sesudah menunaikan fardhu haji..

kejutan pertama..abang g dah madukan kak t dengan madu 3..!! MasyaALLAH..bagai bom berdentum di jantung saya..isteri ketiga ini boleh berikan anak pada abang g..aduhaii..kak t begitu steady..

kejutan kedua..m.. a.. juga telah berkahwin dengan wanita seberang (indonesia) yang comey lotey..

kejutan ketiga..m.. a.. telah ceraikan isteri pertamanya..alahai..kenapa, a..buat begini..?? ohh, mentang2 lah gaji dah melebihi 4ribu..boleh buat sesuka hati ye,,??sedih..sungguh sedih..!! a.. ni kawan baik kami..dia memang sorang yang sangat baik, anak2 semua pandai2 belaka..

kejutan keempat..helmi (anak  murid saya) telah berkahwin dengan pompan filipino..tak kisah lah tu..tapi kejutannya ialah dah taknak balik malaysia lagi dah..!! hai, kenapa begitu..?? dah buang semua ahli keluarga.. hai..saya masih ingat lagi kesemua adik2nya ni..semua comel2 dan pandai2..

kejutan seterusnya yang mengganggu fikiran saya ialah b..sedang bercintan cintun dengan sorang awek wpc.. hai memang dah kenapa gaknya ye..??ohh,,sebab pangkat dah besar,gaji pun dah besar, boleh ke ..?? dah lah dah bermenantu, dah bercucu pulak ..memang buang tebiat betol la..saya tercari2 dia tapi sampai balik tak dapat jumpa..nape la dia tak datang yek..?? padahal dia dah tau kami semua pasti akan datang..

hmm..benci lah dengan kejutan2 seperti ini...mengganggu fikiran saya yang waras tau.. saya amat berharap semua kejutan2 di atas adalah fitnah semata-mata..dan iktibar buat diri saya..

tambah terkejut bila liza tunjukkan anak gadisnya yang cantik lagi comel..asyik senyum je bila wajah kami bertemu..namun sedih pulak bila liza kata, anak gadis ini tak boleh bertutur dan tk boleh mendengar.. alahai sayang, nasib baik abang dan kakaknya alia begitiu ekspet menggunakan bahasa isyarat..memang istimewa. saya sangat teruja nak bertemu dengan alia, skrg sdg study berkaitan pendidikan khas..syabas alia!! semoga alia boleh menjaga adik yang istimewa ini dengan sempurna..

hmm..kejutan berikutnya ialah ogen dah jadi pegawai polis..hmm, nape dia pilih bidang ini ye..??dia anak murid saya, namanya ialah ruzaini tapi dah sedap panggil ogen.dia ni suka sukan, olahragawan.. ijat pulak dah nak jadi doktor, hmm sedang hangat bercinta..teruskan jat, semoga berjaya, tak lama lagi mak abah kamu akan ke sana ..tungguuu..

seandainya...semua kejutan tersebut adalah fitnah..sesungguhnya, ALLAH sedang menguji tahap keimanan mereka..bersyukur lah..hanya insan yang terpilih sahaja akan di uji tahap keimanan mereka..


wallahu a'lam..

Saturday, March 12, 2011

KHASIAT DI SEBALIK PAHIT PERIA KATAK...

     Peria katak mempunyai kulit yang menggerutu dan berwarna hijau muda, selalunya dimakan mentah..ala ulam laa..peria katak rendah kalori dan mempunyai kandungan serat yang tinggi, kaya dgn besi, beta korina 2 kali ganda dpd brokoli, kalsium 2 kali ganda dpd bayam dan kalium 2 kali ganda dpd pisang..hmmm...

     sayur ini turut mempunyai juzuk fito unik yang disahkan mengandungi kesan hipoglisemik yang dikenali sbg charantin.  selain itu, ia turut mengandungi Polypeptide P yang dikenali sbg pengganti INSULIN bagi sesetengah pesakit DIABETES ( mcm mama ni..)  Insulin Tumbuhan ini amat disyorkan untuk pesakit kencing manis..( mama dah di berhentikan oleh doktor dari mengambil insulin kerana boleh mengawal pemakanan sendiri..)

     Rasa pahit peria katak ini datangnya dari kandungan kuinin yang tinggi.  Peria katak ini juga turut digunakan sebagai pencetus PENGGUGURAN.  Selain itu, ia juga boleh digunakan sbg bahan sapu utk merawat masalah kulit,vaginitis, buasir, ruam gatal,ekzema dan kusta.

     Peria katak turut berguna jika dicampurkan dgn herba lain utk tujuan merawat penyakit.  Antaranya jus peria katak amat berguna utk merawat penyakit darah spt kegatalan berkait dgn keracunan darah.  Cara penggunaannya ialah dengan mencampurkan dua auns jus peria katak dgn sedikit jus limau. Hirup air ini perlahan-lahan sewaktu perut masih kosong setiap hari = 4 hingga 6 bulan.

     Bagi yang mengalami masalah sistem pernafasan, anda boleh lah minum 2 auns jus peria katak yg di campur madu dan sedikit air. Minumlah ramuan ini setiap hari utk memperbaiki masalah asma, bronkitis dan pharyngitis.

     Walaupun terdapat pelbagai khasiat ubatan peria katak ini, penggunaannya perlulah dapatkan nasihat dari orang yang lebih arif..bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari..

     Mama lebih suka peria katak ini dimakan mentah...ye lah sebab pesakit kencing manis perlukan insulin timbuhan yang real..pucuk betik juga pahit ek..hehe
(Ingatan  : orang mengandung takmo makan ulam peria katak ni ye..boleh gugur tau..)

    Ulam-ulaman baik untuk kesihatan  kita semua...



  

Friday, March 11, 2011

Pai Epal Hijau

Bahan inti:
8 biji epal hijau
2 sudu jus lemon
1 sudu tepung jagung
100gm gula kastor
15gm mentega

Bahan pastri:
250gm tepung gandum
125gm mentega
secubit garam
sedikit air sejuk
mangkuk kertas

cara membuat pastri
1.  gaul tepung,gula kastor dengan mentega hingga menjadi serbuk roti.
2.  masukkan air sedikit demi sedikit hingga mendapat doh sederhana lembap.sejukkan 30 minit.
3.  bahagi dua pastri dan canai sebelum dimasukkan ke dalam mangkuk kertas.
4.  potong kecil bahagian satu lagi utk disilangkan di aatas pai. sejukkan.

cara membuat inti
1.  masukkan semua bbahan ke dalam periuk dan masak selama lima minit.  sejukkan.
2.  masukkan ke dalam acuan di alas pastri tadi.  letakkan intinya sebelum ditutup secara silang dengan
     bahagian pastri yang satu lagi.
3.  bakar 45minit.
4.  hidangkan...


sila lah cuba ye...:)

Tat Keju Bluberi dan tat buah-buahan

Tat Keju Bluberi

Bahan kulit:
500gm tepung gandum
250gm mentega sederhana lembut
120gm gula aising
2 biji kuning telur
2 sudu teh esen vanila
2 sudu makan air sejuk

bahan inti:
500gm krim keju
120gm gula halus
50gm mentega
2 biji kuning telur
jam bluberi secukupnya

cara membuat kulit tat:
1.  satukan tepung gandum dan gula aising.
2.  campurkan mentega dan gaul hingga menjadi serbuk kasar.
3.  masukkan esen vanila,kuning telur,dan air sejuk.
4.  uli hingga menjadi doh yang lembut
5.  rehatkan 15minitoh
6.  canai dan terap di dalam acuan.
7.  bakar selama 10minit atau sehingga masak pada suhu 180.  keluarkan dan ketepikan.

cara membuat inti:
1.  pukul krim keju,mentega dan gula halus hingga kembang lembut.
2.  masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
3.  masukkan ke dalam beg piping dan paipkan ke dalam kulit tat tadi.
4.  kemudian paipkan jem bluberi ke atas inti keju sebagai hiasan.
5.  bakar lagi sehingga 15minit pada suhu 180


tip 1...
lembutkan mentega SEBELUM digunakan agar senang dan mudah diputar...


Tat Buah-buahan

bahan tat:
500gm tepung gandum
250gm mentega lembut
120gm gula aising
2 biji kuning telur
2 sudu teh esen vanila
2 sudu teh air sejuk

bahan inti
200gm coklat masakan-cairkan
100gm tepung kastad segera
240ml air
buah kiwi,pic dan ceri merah - dihiris

bahan jeli:
250ml air
80gm gula pasir
12gm jeli segera

cara membuat kulit tat:
1.   cara sama seperti kulit tat keju bluberi.

cara membuat inti:
1.  satukan tepung kastad dan air di dalam periuk.  masak di atas api perlahan sehingga pekat.  masukkan ke
     dalam beg piping.
2.  sapu coklat masakan ke dalam pastri tat.  kemudian paip inti kastad ke dalam pastri tat.
3.  susun buah-buahan di atas inti.
4.  kemudian sapu jeli di atas buah yang di susun tadi.

tip 2
masak aiir sehingga mendidih.  gaul jeli segera dan gula pasir.   kacau dan biar sekejap hingga pekat



selamat mencuba ye...