Monday, May 30, 2011

Durian Belanda..ANTI KANSER..??

Assalamualaikum semua.. :)

Durian Belanda, buah daripada jenis pohon graviola ialah pembunuh semula jadi sel kanser yang ajaib dengan 10,000 kali lebih kuat daripada kemoterapi....Ini lah rahsia disebalik makanan.. :)

Pokoknya rendah, buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isinya putih, rasanya manis-manis masam, sedap dimakan begitu sahaja atau sedap dibuat jus.

Khasiat Durian Belanda ini memberikan kesan antitumor atau antikanser yang sangat kuat dan terbukti secara perubatan, dapat menyembuhkan segala jenis kanser.  selain menyembuhkan kanser, buah ini juga dikatakan berfungsi sebagai antibakteria, antifungus dan cukup berkesan melawan pelbagai jenis parasit/cacing, menurunkan tekanan darah tinggi,depresi,stress dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Ia dapat menyerang sel kanser dengan lebih berkesan secara semula jadi.  tanpa rasa mual, berat badan turun, rambut gugur,seperti yang terjadi pada kemoterapi.  Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dairpada infeksi yang mematikan. Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.  tenaga meningkat dan penampilan fizikal semakin baik.

Hingga hari ini....

Saya masih boleh tersenyum manis lagi...

KENAPA...??

Saya telah pun menjalani ujian saringan pengesanan Kanser Payudara.. :)
Sesungguhnya..

Saya tak boleh tidor selama 3 minggu, terlentang, tergolek, mengiring kiri dan kanan..namun..mata saya begitu sukar untuk lelap apatah lagi untuk lena dengan nyenyak..hurrmmm...

Minda saya berbolak balik samada nak atau taknak menjalani ujian saringan ini..aduhai tenang lah wahai hati,. saya takut, sesungguhnya amat takut, andai ujian ini nanti akan memberikan jawapan yang menghibakan hati saya..saya asyik tekenangkan nasib yang telah menimpa arwah emak saya yang telah meninggal dunia akibat kanser payudara ini..memang betul jika kanser ini dikatakan pembunuh senyap kaum wanita.

Perkara pertama bermain di minda..andai saya disahkan..ohhh, bagaimana penerimaan suami saya..?? adakah beliau akan meninggalkan saya, terkontang kanting dengan penyakit ini..?? ohh..TIDAKK... saya harus berani menjalani ujian saringan ini..umur saya telah melebihi 40an dan sedang menuju ke angka 50..saya nekad untuk menjalani ujian saringan kesihatan pemeriksaan kanser payudara pada 20hb mei 2011 - 10:00 pagi (jumaat)

ohh..sepanjang pagi, jiwa saya tidak tenteram, berdebar2 dan tidak karuan di jiwa..hmm, berpeluh2 dan agak stress sikit..asyik teringat2 arwah mak..aduhai..tiba giliran saya masuk ke dalam bilik pemeriksaan..kena buka coli lah dulu, kalo tak camne nak buat ujian tu..alahai nak buka cangkuk pun jari tak leh nak buka, terketar2 je jari2 ni..selawat banyak2 agar tenang lah wahai hati dan jiwa yang berbolak balik ni..hmmm, malu,malu..

semasa nak baring pulak, kepala boleh terhantuk ke dinding..adooiii..boleh benjol tu...relek..relek..buat tak tau je la ek..walopun, doktor tu buat tak nampak (nasib baik bukan DR.SIDIK..)

Sepanjang pemeriksaan dijalankan, sepatah perkataan pun tidak keluar dari bibir saya..hanya selawat saja di dalam hati yang debarannya sangat kencang..duk,geduk,duk,geduk..alahai..pemeriksaan dilakukan sebanyak 4kali, setiap sebelah sebanyak 2kali..hai, mata saya asyik menjeling2 ke komputer tu, nak tengok gimana la gaknya ek..memang cemas, apa ke tidaknya..mata budak perubatan ni kejab kecik sampai sepet mata dia, kejab terbeliak pulak..hai memang cemas tengok muka dia..hish nak kena budak ni, betul ke budak ni doktor ek..??

selesai pemeriksaan, dia tanya macam2 la pada saya..pastu dia pun tunjuk la hasil pemeriksaan dalam komputer dia tu..tapi pasni doktor sidik akan hubungi saya sendiri..hai takuuttt...namun hasil awalnya saya memang dah boleh tersenyum manis..semanis kurma..ewahh..haha..konfem takde..kanser..!! huh..lega..!!

sekarang,

tidur saya di ulit mimpi indah dan lena..
wahai anak-anak ku, akan ku jaga kesihatan diri ini agar dapat ku tunai kan amanah ALLAH terhadap diriku untuk menjaga dan membelai kalian semua dengan penuh keikhlasan. Agar dapat ku mendoakan kalian semua setiap waktu, sentiasa di dalam redha dan barkah ALLAH..InsyaALLAH..

Amin, amin, amin..

Wallahu a'alam..

WASSALAM...

Thursday, May 19, 2011

Masakan Kampong

Masak Tempoyak Pucuk Ubi
 bahan-bahan
200gm pucuk ubi
5 batang serai-dihiris halus
4 helai daun kunyit-dihiris halus
5 ulas bawang merah-dihiris halus
100gm udang saiz sederhana
15 tangkai cili padi
sedikit kunyit hidup
250ml santan
2 sudu besar tempoyak
garam secukup rasa

cara membuat
1.  bawang merah,cili padi dan kunyit hidup ditumbuk halus.
2.  masukkan santan dan tempoyak.
3.  masukkan pucuk ubi, daun kunyit dan serai yang dihiris. gaul rata dan biarkan kuahnya mengering.
4.  masukkan udang dan biarkakn udang masak.
5.  masukkan garam sesedap rasa.


Ayam Masak Sambal
bahan

1/2 ekor ayam
5 ulas bawang merah-dihiris
3 ulas bawang putih-ditumbuk
15 tangkai cili merah-ditumbuk
sedikit halia-ditumbuk
minyak masak untuk menumis
minyak masak untuk menggoreng ayam
garam secukup rasa.

cara membuat
1.   goreng ayam separuh masak.
2.  tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili merah yang telah di tumbuk tadi.
3.  masuk garam.
4.  masuk ayam dan kacau hingga masak..
5.  taadaa..haha dah siap..!! senang sesangat je ek.. :) hehe

ala..lauk cam ni je...balik sekolah kelam kabut pun boleh masak..senang sangaat..hehe :)

sila la cuba ye..