Saturday, November 19, 2011

TERASA HATI..!!

Salam semua..

'Dia' dah buat saya terasa hati..

Benar-benar terasa di hati saya..
Sampai hati betul 'dia' mempergunakan 'kami' di zon kukup dan zon pekan nanas ni..

Kalau 'dia' memang benar-benar cuma nak beri anugerah segala kecemerlangan hanya kepada zon benut dan zon bandar sahaja..tak perlu lah wajibkan kehadiran 'kami' dari zon kukup dan zon pekan nanas ni..

saya rasa macam tertipu dan terpedaya dengan gaya orang politik ni..
Ada ke kami ni para guru2 besar dan penolong2 kanan ni boleh di politik kan..??
di minta hadir dan memenuhkan dewan Jubli Intan datang hanya untuk menjadi penonton sahaja..?? siap dengan paluan kompang, pertunjukan silat meraikan kedatangan 'dia' dan 'lagi sorang' tu..siap dengan para media wartawan dan wakil TV lagi..
hanya untuk mendengar ucapan bongkak 'dia' kononnya sangat prihatin la sangat pada kami di sekolah2 luar bandar yang macam dipinggirkan ni tapi nampaknya 'dia' yang nak tunjukkan segala bapak keangkuhan 'dia' je di mata 'kami'
saya sangat kecil hati ni..macam bodoh je saya datang..!! huh..!! benci dan marah serta rasa tertipu yang teramat sangat ni...!!!

lebih baik saya basuh baju2 yang bertimbun di rumah..!! dah la hari sabtu, hari tak bekerja, hari pertama cuti sekolah lagi..kena tinggal anak dara bongsu sorang2 kat rumah..betapa hati saya merasa sangat bimbang tinggalkan si bongsu di dalam rumah yang saya kunci malah grill pun saya mangga sekali..hmm..

Lain kali kalau muka 'dia' minta 'kami' datang lagi untuk apa aje acara yang berkaitan walaupun atas nama tiket pendidikan atau perguruan..saya tak akan hadir..muktamat..sekali saya rasa sangat tertipu dan terpedaya, saya dah tak percaya dengan 'dia' terus..!! dah rasa macam.. ah, tak leh cakap dah..

Astargfirullah..MasyaALLAH..

Ampunkan saya..saya rasa sangat marah ni..tapi tak terluah kepada sesiapa..
Semoga Allah ampunkan saya kerana menyimpan rasa marah kepada 'dia' dan semoga Allah jua akan ampunkan dan sedarkan 'dia' yang telah mempergunakan 'kami' demi kepentingan diri 'dia' sendiri..semoga Allah menutup segala kelemahan kita semua..InsyaALLAH..Allah Maha Pengampun kepada setiap manusia yang bertaubat..

Semoga hati saya cepat sejuk..
alahai..
merajuk..??
hmm..pujuk la sendiri ek.. :D hehe

Thursday, November 17, 2011

Ucapan Wakil Guru Besar - Majlis HAKA 2011

UCAPAN PENOLONG KANAN HAL EHWWAL MURID
MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK 2011

sirih berlipat sirih pinang,
sirih dari Pulau Mutiara,
pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.. :D hmm..
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt, salam perpaduan dan salam 1 Malaysia..:D

Yang Berusaha,
En Hamzah b Isa-Ketua Kampong Penerok..
Tn Hj Jawahir b Sohor- Tn Imam Masjid Jamek Penerok..

Yang Di Hormati,
Guru-guru, AJK PIBG, Tuan2, Puan2 serta murid2 yang dikasihi sekalian..

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNYA, dapat kita berkumpul pada pagi ini yang berbahagia ini bagi meraikan Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Graduasi Pra Sekolah bagi tahun 2011.Ribuan terima kasih pada yang hadir hari ini.

Saya selaku PK HEM sebagai wakil Guru Besar amat berharap agar hubungan pihak sekolah dan ibubapa dapat mengeratkan silaturrahim dan hubungan muhibah untuk mempertingkatkan kemajuan dan kecemerlangan akademik semua murid dalam arus pendidikan perdana di sekolah ini.

Justeru itu, saya amat berharap semoga barisan pendidik di sekolah ini dapat mempertingkatkan kegigihan untuk sentiasa menjana kecemerlangan murid2 di sekolah ini. Saya sentiasa menaruh keyakinan tinggi bahwa barisan pendidik di sekolah ini berkemampuan menabur bakti untuk memperkasakan lagi SK Penerok, Pontian.

Di samping itu, saya juga berharap semoga para pelajar dapat mempertingkatkan ketekunan dalam usaha menimba ilmu terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. sesungguhnya ilmu dan pengetahuan akan menjadi obor yang sangat berguna dalam hidup sepanjang zaman.

Di sini, saya suka untuk menjelaskan tentang KSSR tahun 1 yang baru bermula 2011. Untuk pengetahuan para ibubapa, murid tahun 1 tiada peperiksaan secara formal. Jadi, tiada nombor kedudukan mengikut rangking atau urutan. Pencapaian prestasi berdasarkan 'Band'..iaitu mengikut aras pengetahuan murid. Band 1 adalah yang paling rendah dan band 6 adalah yang paling tinggi. Penilaian mutid berdasarkan PBS iaitu 60:40 yang dijalankan mulai tahun 1 hingga tahun 6.. kegiatan Ko-Kurikulum adalah amat penting sebab termasuk dalam 40% berdasarkan aktiviti yang dijalankan.

Seterusnya pesanan dari Tn Guru Besar adalah menjemput para ibubapa hadir beramai2 ke sekolah esok mulai jam 11:00 pagi hingga 12:00 tghr atau 3:00 petang hingga 4:00 petang bagi urusan bantuan awal persekolahan 2012 sebanyak RM 100/=
Di sini, saya juga hendak menyampaikan amanat Tn Guru Besar supaya para ibubapa dapat menyalurkan bantuan tersebut untuk kegunaan dan pembelian barang2 keperluan anak2 sahaja. Wang akan diberi secara tunai/cash dan tiada sebarang potongan atau di tolak apa2 pun. Namun pihak sekolah ada mencadangkan dan tiada sebarang paksaan agar wang tersebut digunakan bagi pembelian buku dan alat tulis sekolah anak2 tuanpuan sekalian. Bagi ibubapa yang masih belum menjelaskan atau masih ada baki bayaran yang belum dijelaskan , sila lah datang ke pejabat sepanjang cuti persekolahan dan diharap dapat menjelaskan hutang tersebut ye.. :D

Hari ini juga, kita akan ketahui keputusan UPSR. Tahniah kepada yang berjaya..
Terima kasih kepada ibubapa dan penjaga yang telah banyak memberi kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program kecemerlangan dan meningkatkan prestasi anak2 Tahun 6..PK 1 akan balik dari PPD pada jam 10:00 pagi nanti membawa keputusan.

Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan kecemerlangan akademik sekolah ini. InsyaALLAH.. mudah-mudahan sekolah ini akan terus cemerlang dan gemilang..'usaha pasti jaya'

Sekian..
Wassalam... :D

Friday, November 11, 2011

Pencen umur 60..?? ok ke..

salam semua..

hangat di perdebatkan,
di kantin..
di bilik guru..
di pejabat..
malah di bilik privacy saya..

Cuba la anda bayangkan, seorang nenek mengajar murid2 di Tahun 1..
Saya la ni.. :D hehe
akmal dan hani gelakkan saya.. :D haha haha haha pecah perut..

Saya bayangkan camana saya melayan kerenah dan kenakalan cucu2 saya nanti.
Tentu lah saya dah tak garang lagi ek.. :D hehe
alahai tentu bertambah manja la murid2 saya..

Saya bayangkan tentu gigi-gigi saya semuanya dah tukar dengan gigi palsu..hohoi
Ustaz Salehuddin syorkan saya keluarkan dulu gigi palsu, baru boleh marah murid2 Tahun 1 ni..dan seterusnya semua murid lain semasa di perhimpunan pagi..Saya kan Penolong Kanan, tentu akan berucap dan berleter panjang ketika perhimpunan pagi.
huh..!!kalau dah umur 60 tahun nak berucap dan berleter,hmm..tentu murid2 akan mengumpat di dalam hati..hah, nenek dah berleter la tu..kesian saya ketika itu ek..

Saya akui saya adalah dominan, tegas (garang) tapi kalau dengan murid2 Tahun 1 ni, saya memang penyayang,penyabar,lemah lembut dan alahai memang kalah dengan keletah anak2 comel lagi manja ni..bayangkan anak2 murid saya sekarang ni suka suki diorang je panggil saya ibu, mama, maklong macam2 la..sebenarnya saya suka, saya suka,suka,suka sesangat.. :D Saya suka mengajar murid Tahap 1 terutamanya Tahun 1

Dulu2..

En suami suka menolong saya menyiapkan ABM ( alat bantu mengajar) mewarna la, menggunting la, memotong polisterin la..macam2 la..dulu, belum ada komputer lagi, yang ada hanyalah kertas ROBOT yang akan disaikostail, digelek dengan dakwat hitam untuk membuat lembaran kerja..potostat pun takde lagi..hmm kesian..

Sekarang ni, dah ada mesen potostat untuk lembaran kerja, BBM pun senang sangat(sekarang sebut bahan bantu mengajar)..boleh guna terus laptop dan gunakan LCD..SERONOK..!! murid2 suka dan dapat menguasai PnP tanpa sempadan..guru boleh layari internet dapatkan bahan, senang kata ilmu dihujung jari anda saja..tepuk dada tanya selera, samada hendak atau tidak saja..

Buku rekod mengajar pun dah senang sangat sekarang ni..ye la zaman dah berubah.. dulu2 kena tulis takleh potostat rancangan pelajaran tahunan, mingguan dan harian..sekarang rancangan tahunan dah disediakan cuma buat poket kecil je dan rancangan harian boleh guna fail, just copy paste and print out je pastu masuk dalam fail..dah siap..takyah nak tulis2 berjela2..tu lah gunanya ICT..

saya pun pergi kursus jugak cara2 menggunakan ICT untuk PnP ni tapi ketika kurusu tu je semangat kemain berkobar-kobar ingin tau namun hmm..bila balik sekolah ada kecairan ilmu di mana-mana, dah lesap di tengah jalan..lupa!! kena tunggu anak2 balik rumah and then baru boleh tanya apa yang tak faham tentang ICT..nasib baik anak2 tak lokek ilmu, boleh di ajarnya mama yang lemah ni..
sekarang, saya agak ok la jugak..boleh dah nak guna apa jua sistem yang diperkenalkan untuk memudahkan saya melaksanakan urusan seharian saya..

tapi..

bila diheboh2kan di sana-sini tentang usia bersara 60 tahun ni, saya rasa tak selesa la..
secara paksa ke..
atau
sukarela..??
atau
paksarela..??
kenapa..??
dah tua sangat ke..??
tak larat..??

hmm...
no idea..
tak tau nak cakap apa..

hmm..
renung-renungkan..

banyangkanlah kalo saya masih mengajar di Tahun 1 ketika umur saya 60 tahun akan datang..adoii..tenangkan jiwa saya ni..Saya ada berura-ura untuk bersara awal tapi en suami terus memujuk..teruskan la sampai pencen..apa salahnya ditebarluaskan ilmu yang ada, dok rumah pun nak buat apa..bukannya pandai berniaga apatah lagi nak berkebun..

Bos saya awal2 lagi dah beritau taknak bersara umur 60 tahun. dia kata lama sangat la..dah tua sangat la..nak guna tongkat la..nak naik tangga tingkat 3 nak p bilik muzik tu tinggi sangat la..tak larat la..nak drive dari taman nilam mata dah kabur la..nak berlumba dengan orang2 yang keje kat Tg.Bin tu tak boleh la..hmm, itu bukan alasan tapi kenyataan!!

saya camana pulak?? sebenarnya saya dah sign umur 56 tahun..saya ada hasrat dan cita-cita lain selepas umur tu..rasa2 taknak la sampai 60 dok p sekolah lagi..saya harap sangat cita2 selepas umur 56 ni akan tercapai..insyaALLAH
semata2 KERANA ALLAH JUA..

jika anda ada cadangan..sila la beri komen ye..

Wednesday, November 9, 2011

Kole Kacang

bahan

180 gm gula melaka (potong2)
50 gm gula pasir
200 ml air
1 helai daun pandan
150 gm tepung kacang hijau
250 ml santan
600 ml air
secukupnya tahi minyak(untuk tabur atas kole kacang)

cara membuat
1. Masak gula melaka, gula pasir, daun pandan dan 200ml air hingga mendidih.
Tapis dan ketepikan.
2. Satukan tepung kacang hijau,santan dan air.
Kacau rata. Masukkan air gula tadi, kacau sebati.
3. Tapis adunan dan masak dalam kuali dengan api sederhana.
Kacau hingga pekat.
4. Tuang dalam loyang dan ratakan. Tabur tahi minyak dan biat sejuk.
Potong dan hidangkan.


tahi minyak
masak santan dengan api sederhana hingga santan jadi minyak..
ambil ketulan kecil2 warna coklat tu..
tu la dia tahi munyak.. :D

sayang,
mama pernah masak sambal tahi minyak masa sayang kecik2 dulu..
tentu dah lupa kan?

sila la cuba ye..

Tuesday, November 8, 2011

Kalau boleh hendak mati dalam PELUKAN..!!

Salam Aidil Adha..

Best betul tajuk di atas kan..?

hendak mati dalam pelukan,
kalau boleh saya hendak mati dalam pelukan suami..

Hmm..saya dapat idea ni bila adik2 gelakkan saya and suami petang semalam semasa kita semua bersembang santai2 di meja batu di halaman rumah..

Semalam,
Anak2 ada call dan mesej tidak dapat balik kampong sebab ada urusan kerja..Anak di Putrajaya call tak balik, anak di Ipoh mesej tak dapat balik dan anak di JB akan balik petang setelah selesai tugasnya..ok takpe, hanya adik di Kuantan akan balik.Jadi saya hanya buat persediaan biasa2 saja..ala ketupat, rendang ayam, serunding, sambal kacang dan sayur lodeh..

Oh..surprise..!!
rupanya adik2 saya semua balik ke rumah saya bersama anak2 mereka..
tak sangka Aidil Adha kali ini jadi sungguh meriah dengan kejutan mereka.
sorang anak buah ingin sambut ulang tahun di rumah saya..Apa lagi dah jadi pesta perut la semua orang..masing2 membawa pelbagai juadah dan menikmatinya..pot luck!! western food pun ada la..
Ini juga merupakan hadiah yang paling indah bila adik2 yang dah berjaya dalam hidup masing2 masih ingat untuk datang menjenguk saya di daerah ini..Terima kasih kalian semua ye..saya sayang kalian semua walaupun emak ayah kita dah lama tiada, ikatan ukhwah kita semua masih tetap kukuh.

alhamdulillah..barakallah buat kita semua..

En suami saya memang seronok dan gembira dengan kedatangan adik2 saya ni sebab adik2 beliau semua jauh merata di seluruh Malaysia..mereka semua hanya dapat berjumpa bila ada majlis perkahwinan atau majlis kematian sahaja..kesian betul ek..hmm, no komen lah..semua orang ada kisah suka duka disebalik kehidupan masing2..

Selama ini..en suami memang mempunyai ayat glamornya pada saya..dia suka sangat guna ayat ni bila nak suruh saya berehat..tempat saya paling suka ialah di dapur..di area tu la saya akan memasak dan menyediakan pelbagai hidangan. Di dapur saya juga ada sudut menonton tv, jadi sambil memasak saya akan menonton cerita2 yang saya ikuti siarannya..anak2 menunggu saya memasak dengan menonton tv atau vcd..pastu menikmati juadah depan tv di dapur, saya juga ada sudut membaca..kekadang saya suka membaca novel sambil menunggu pizza di bakar..senang kata en suami dan anak2 semua suka berada ruang dapur saya ni..hmm, nak tau apa ayat feveret en suami saya?

:D hmm..selama ni saya tak kisah pun sebab en suami dah sering mengucapkannya. tapi bila adik2 saya gelakkan dia, saya 'terasa sesuatu' pula..sesuatu yang halus sedang menjalar di dalam perasaan hati sanubari saya ni..macam selalu bila en suami nak suruh saya ke ruang depan atau nak ajak saya bersembang,senang kata nak saya keluar dari dok di dapur tu la, dia akan cakap begini ' dah siap..? jom, kita baring-baring..!!'
hmm..sebenarnya selama ni memang en suami suka guna ayat tu tapi saya tak rasa apa2 dan tak kisah pun..sebab dia serius bukan ayat kelakar pun..selalunya saya akan ikut cakap dia, masuk bilik dan bersembang..dia suka sembang dalam bilik :D
dia suka privacy..(selalunya dia ada topik yang akan dibincangkan)

Petang semalam en suami ajak saya masuk ke dalam rumah, dengan selamba je dia ucapkan ayat feveret dia tu.(dah siap.? jom kita baring-baring..)Bila adik2 saya dengar ayat en suami saya ni..apa lagi punya la gelak sakan mereka semua tu..uii, dasyat la..masih romantik..gempak la..wah, seronok betul mereka gelak2 en suami saya ni ek...huh!! semasa mereka masih seronok gelak menyakat kami, mata en suami terus memandang saya seolah-olah berbicara melalui mata..hati saya merasa sesuatu yang sangat indah, terasa disayangi..adoi..

En suami saya seorang yang serius, tidak mudah nak senyum, apa tah lagi bergelak ketawa gitu2..namun begitu, saya pasti dia memang sangat menyayangi diri saya..cewah..!! tetiba saya rasa takut andai saya kehilangan dia..saya takut andai saya bangun tidur esok hari, dia terus tidur. selama ini, dia lah yang bangun seawal 4:30 pagi tiap hari melakukan solat sunat sebelum ke masjid untuk solat subuh..dia akan kejut saya walaupun saya memang dah bangun..'bangun sayang'
lebih baik berterus terang, saya takut kalau dia 'pergi' dulu..dia selalu tanya samada saya akan terus setia hingga akhir hayat.. dan saya pula selalu berkata andai saya 'pergi' dulu, esok abang boleh nikah lagi..saya izinkan..:D sebenarnya, kalau boleh saya hendak mati dalam pelukan suami saya..hmm..

En suami langsung tak kecil hati bila adik2 saya ketawakan ayat dia tu..mana ada kelakar, ayat serius tu tak kelakar langsung..sebenarnya, adik2 saya tak tau bahwa ayat tu memang dah lama en suami saya gunakan..en suami nak saya keluar dari ruang dapur, berhenti dari membasuh pinggan atau menonton tv atau membaca novel atau berhenti buat apa saja yang saya sedang lakukan..dia nak saya beri sepenuh tumpuan pada apa yang hendak dia sampaikan, jadi dia guna la ayat ferevet dia tu..hmm..jom baring-baring..alahai..ayat power tu.. :D hehe

selepas kejadian gelak ketawa tersebut, en suami automatik terus tukar ayat..lebih manis sikit kot..ok, jom masuk. hmm adik ipar perempuan saya terus tersenyum lebar sampai telinga..

tak kisah lah..apa2 pun..
gelak ketawa membawa bahagia..yang penting tak ada yang menangis kesedihan ye.. kalau ada yang meleleh air mata tu pun sebab terlebih gelak sampai terkeluar air mata..adoii..dasyat la korang semua ek..

alhamdulillah, barakallah..

bahagia memang MILIK KITA SEMUA..

AMIN..AMIN..AMIN..