Tuesday, February 7, 2012

NASI KAROT

BAHAN
2 cawan beras
1 bunga lawang
1 buah pelaga
1 kulit kayu manis
2 ulas bawang putih-hiris
5 biji bawang merah-hiiris
1 batang karot-parut/sagat halus
1 sudu minyak sapi
1 cawan susu cair
1 cawan air

Cara membuatnya:-
1.  basuh beras- toskan.
2.  panaskan minyak sapi dan tumis bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga.
3.  masukkan bawang putih dan bawang merah yang telah dihiris hingga naik bau.
4.  masukkan air dan susu cair.
5. masukkan beras dan karot.
6. biar hingga masak.
* gunakan rice cooker lebih senang...

boleh di makan dengan ayam / daging masak merah atau masak kurma..

hmm..hmm..memang sedap..
telah diuji dan terbukti memang sedap..!!

sila la cuba ye.. :D