Thursday, September 20, 2012

Bebola Ayam

Bahan

400 gm isi ayam
100 gm tepung gandum
50   gm tepung ubi
1     liter air untuk merebus

Cara membuat.

1.  Masukkan isi ayam cincang ke dalam bekas.
2.  Masukkan tepung gandum dan tepung ubi.
3.  Masukkan sedikit garam.
4.  Gaul sehingga sebati dan bentukkan menjadi bebola kecil.
5.  Didihkan 1 liter air.
6.  Masukan bebola ayam..
7.  Angkat dan sejukkan..
8.  Guna bila diperlukan..

Tips..
1.  Jika ingin buat bebola daging, ikut langkah yang sama dan gantikan isi ayam dengan daging cincang.
2.  Boleh juga guna cara yang sama untuk buat bebola udang, ketam ataupun ikan.
3.  jika suka bebola yang berperisa, boleh tambahkan serbuk lada hitam, lada sulah atau tambahkan keju di 
     tengah2 bebola ayam.
4.  Bebola yang telah direbus boleh dimakan begitu sahaja.
5.  Bagi yang ingin menggoreng bebola tadi, bolehlah disalut dengan telur dan serbuk roti sebelum digoreng
      bagi menambah keenakannya.

sayang..
sila la cuba ye..

air tangan ikhlas isteri..
penambat kasih suami dan anak2..
insyaALLAH.. Barakallah..

cooking with love.. :D

Wednesday, September 19, 2012

Bukan Babu..Bukan Ratu..

Assalam semua,

Saya suka tajuk tu..Best kan..!!!
Bukan BABU.. Bukan RATU..

Jika terdapat suruhan Nabi s.a.w agar isteri dilayan bak ratu..
sudah pasti yang lebih layak menerimanya ialah para isteri, anakanda Nabi dan isteri para sahabat. Namun jelas, para wanita soleheh ini tetap melakukan kerja-kerja rumah..sehingga Fatimah r.ha datang mengadu kesukarannya, lalu Nabi memujuknya dengan zikir penguat jiwa.. ( sangat terkesan di hati sanubari saya dan sering saya mengingatkan diri sendiri agar mencontohi Fatimah r.ha.)

andai suami sudah bermandi peluh dan keringat serta memerah minda dan fizikal untuk mencari nafkah keluarga, apa salahnya isteri membantu menyelesaikan tugasan rumahtangga. ia bukan sekadar meringankan beban suami tetapi demi cinta isteri yang mahukan  kedamaian dan ketenangan di rumah.

Penolong bagi suami

Isteri menampung kekurangan, mengganti atau mewakili suami apabila diperlukan..isteri perlu berusaha menjaga penampilan diri agar tampil menawan di mata suami..tidak pernah alpa dalam setiap munajatnya untuk menyebut nama suami dan anak-anak agar mereka dinaungi rahmat dan keberkatan-Nya.. Isteri yang bijak akan berusaha membangunkan rumahtannga, sementara isteri yang jahil akan meruntuhkannya..

Redha dan Ikhlas

Jalan kebahagiaan sebuah perkahwinan terangkum dalam 2 perkataan iaitu redha dan ikhlas..Para isteri sahabat tetap menguli tepung, mengangkat air dan membersihkan kediaman dengan tangan mereka sendiri walaupun tubuh dihambat lelah dan penat.

Tidak perlu untuk highlight untuk istilah 'ratu' kepada wanita sebagai memberi layanan buat suami apatah lagi istilah 'babu' bagi menggambarkan kerja-kerja seorang isteri dalam sesebuah rumahtangga, takut-takut jika wanita hanya mengambil yang 'manis' sahaja daripada kenyatan tanpa bermuhasabah tentang peranan menjadi hamba Allah yang terbaik di muka bumi ini..

Kesenangan yang sebenar adalah apabila berada 'di sana' nanti. Isteri solehah menjadi permaisuri bidadari, manakala suami soleh menjadi raja yang dilayan sepenuh hati. InsyaALLAH, sekecil zarah kebajikan pasti berbalas jua dengan kebaikan di sisi Ilahi..

Walau bagaimanapun, dalam suasana wanita bekerja membantu suami menjana ekonomi, maka kedua-dua suami-isteri dalam melaksanakan tanggungjawab rumahtangga amat diperlukan.sementelah wanita umpama tulang rusuk maka suami perlu melenturnya dengan berhati-hati dan bijaksana...lakukan kerana rasa cinta bukan terpaksa..

Buat para suami..bukan daripada tulang ubun dia dicipta sebab berbahaya membiarkannya disanjung dan dipuja. tidak juga daripada tulang kaki kerana nista dan cela menjadikannya diinjak-injak dan diperbudak..tetapi daripada rusuk kiri, dekat dengan hati bagi dicintai dan dekat dengan tangan bagi dilindungi, itulah seorang isteri...

wallahu a'lam...

InsyaALLAH..Barakallah buat kita semua ye..