Saturday, January 19, 2013

Ketam Masak Lemak Daun Cekur

bahan

1 kg ketam - siang dan belah dua
2 batang serai- ketuk
1 keping asam gelugor
5 helai daun cekur- hiris halus
250 ml santan pekat
1 liter air atau secukupnya
garam dan gula secukup rasa

bahan kisar halus

5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10 tangkai cili padi
2 cm lengkuas
 4 cm kunyit hidup

cara menyediakan

1.  Satukan santan pekat, air, serai dan bahan kisar ke dalam periuk.
2.  Masukkan asam gelugor.
     Masak hingga mendidih.
     Masukkan ketam. (Jika kurang kuning, masukkan serbuk kunyit ye..:D )
3.  Masak sekejap sehingga ketam masak sempurna.
     Akhir sekali masukkan daun cekur, garam, dan gula secukup rasa.
     Kacau rata. Matikan api.
4.  Sedia untuk dihidangkan.
5.  Jom menjamu selera dengan nasi panas..


ketam masak lemak cekur ni memang laa kegemaran saya..
apalagi dapat fresh dari nelayan baru balik laut tu..
hmm..balik sekolah terus masak..!!


psssttt..
cekur boleh mengembalikan tenaga wanita selepas bersalin dan mereka yang merasa kurang bermaya..


Tuesday, January 15, 2013

Gulai Tempoyak Pucuk Ubi Dan Perut

Bahan

150 gm pucuk ubi - hiris halus
100 gm daun kaduk - hiris halus
3 batang daun kesum - hiris halus
2 helai daun kunyit - hiris halus
250 gm perut lembu - rebus dan hiris halus
100 gm tempoyak
1 liter santan
15 tangkai cili padi - kisar
5 ulas bawang merah - kisar
2 inci kunyit hidup - kisar
garam dan gula secukup rasa

cara memasak

1.  Masukkan santan dan perut lembu dan bahan kisar ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.
2.  Kemudian masukkan semua dedaun dan tempoyak, masak hingga sayur tersebut lembut.
3.  Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
4.  Angkat dan sedia untuk dihidang..
5.  Makan tengahari bersama tersayang..

Ubi mempunyai khasiat sebagai anti kanser..
pucuk ubi pun begitu juga laa..

Monday, January 14, 2013

Nasi Goreng Bunga Kantan Hani

Bahan

3 mangkuk nasi putih
2 batang bunga kantan- hiris halus-halus
1/2 batang lobak merah- hiris halus
3 batang kacang panjang- hiris
5 tangkai cili padi- hiris
10 ekor udang
100 gm isi ayam
3 ulas bawang putih- hiris
minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Cara membuat

1.  Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau.
2.  Masukkan isi ayam dan goreng hingga kekuningan.
3.  Masukkan udang, lobak dan kacang panjang.
4.  Masukkan cili padi, bunga kantan dan nasi.
5.  Masukkan garam secukup rasa.
6.  Gaul sebati,
7.  Sedia untuk dihidang.


Nasi goreng bungan kantan ni memang feveret anak kesayangan ( Hani)
Kalau boleh setiap pagi nak menu nasi goreng bunga kantan ni..
hmm.. lebih kurang sama je macam nasi goreng kerabu hanya gantikan ikan masin kurau dengan isi ayam je..

cuba la..
memang pedas dan berasap telinga, jika suka pedas la..

sila cuba ye..

Sunday, January 13, 2013

Brownies Keju Marble

Bahan

250 gm mentega
1 cawan serbuk koko
1 1/2 cawan gula kastor
1 1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan tepung gandum
 1 sudu kecil serbuk penaik
 1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila
3 biji telur

Bahan Lapis Keju

250 gm krim keju
250 gm gula kastor
 1 biji telur

Cara menyediakan:

1.  Panaskan oven suhu 175 C
2.  Cairkan mentega, masukkan serbuk koko dan kacau rata.
     Dalam mangkuk berlainan, campurkan gula dan telur.
     Kacau sebati secara manual.
3.  Kemudian masukkan telur dan serbuk koko, diikuti dengan susu cair.
     Masukkan pula esen vanila serta tepung yang telah diayak, kacau rata.
     (simpan sikit untuk proses melorek)
4.  Alaskan loyang saiz 10x10, guna kertas minyak.
     Tuang adunan brownies.
5.  Bakar lapisan brownies selama 20 minit menggunakan api bawah.
6.  Sementara itu, sediakan pula lapisan keju.
     Pukul krim keju dan gula hingga kembang.
     Masukkan telur dan pukul lagi.
7.  Bila brownies dah masak, keluarkan.
     Letakkan krim keju di atasnya, ratakan.
8.  Seterusnya lorekkan sikit adunan borwnies tadi di bahagian atas krim keju mengikut kreativiti..
9.  Bakar selama 20 - 30 minit lagi hingga masak..

hmm..hmm..
memang sedap brownies keju ni..
nak rasa..cuba la..

saya memang suka apa saja berasaskan koko atau coklat.. hehe

sila la cuba ye..

Saturday, January 12, 2013

Durian Crepe

Pemanis mulut berinti Raja Buah

bahan

250 gm tepung gandum
2 biji telur
500 ml santan
1/2 sudu teh garam
pewarna kuning

inti

krim segar
isi durian yang dilenyek

cara

1. Campur semua bahan kemudian kisar dan tapis.
2. Panaskan non-stik pan dengan api kecil.
3. Tuang 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe.
4. Isikan 1 sudu inti pada bahagian tengah crepe dan lipat ( atas, bawah, kiri dan
kanan )
5. Alas crepe durian dengan kertas minyak yang telah di gunting 4 segi
6. Sedia untuk dihidang..
7. Taa.. daa.. istimewa buat tetamu yang berkunjung..


resepi ini special sebab isi durian ni , selain dari dibuat tempoyak sampai tak larat nak habiskan.. buat crepe lebih enak kannn..

isi durian campur dengan krim..
hmm..hmm..memang sedap..!!

cuba la ye..

4 keping crepe durian ni, harganya RM10.00 tuu..