Wednesday, August 14, 2013

Udang Masak Lemak Belimbing Buluh

Bahan
500 gm udang besar ( buang kepala dan bersihkan)
10 biji belimbing buluh ( belah dua)
1 helai daun kunyit
1 batang serai
500 ml santan
garan dan gula secukup rasa

bahan tumbuk
5biji bawang merah
3 cm kunyit hidup
10 tangkai cili api

cara memasak
1.  Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk bersama santan, serai dan didihkan dengan api perlahan.
2.  Kemudian, masukkan belimbing buluh. Kacau rata dan biarkan mendidih sebentar, masukkan daun
     kunyit.
3.  Akhir sekali, masukkan udang dan perasakan garam serta gula. Tutup api dan sedia dihidangkan.
4.  Makan bersama nasi putih..

senang je kannn..!!
cuba la..

ohhhh..anak bongsu saya suka sangat hidangan ni.. :D hee

Tuesday, August 13, 2013

Talam Cendol


Bahan (lapis bawah)
100 gm cendol
200 gm tepung suji
1 sudu makan tepung jagung
400 ml air
300 ml santan pekat
170 gm gula
1/2 sudu teh garam

Bahan (lapis atas)
150 gm tepung gandum
300 ml santan pekat
4 biji telur
1/2 sudu teh garam
250 gm gula kabung
50   gm gula kastor
500 ml air

Cara membuat
1.Untuk lapisan bawah, masukkan tepung suji, tepung jagung, santan pekat dan air di dalam periuk dan
   adun sebati.
2.Masukkan pula garam dan gula. Kacau sebati. Masak hingga naik wap dan tutup api.
3.Angkat dan masukkan cendol dan gaul sebati. Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus selama 25 atau
   30 minit (hingga masak)
4. Selepas masak, cakar bahagian atas kuih dengan garpu, ketepikan.
5. Untuk lapisan atas, cairkan gula kabung dengan gula kastor bersama air di dalam periuk. Sejukkan.
6. Setelah itu, masukkan tepung gandum, telur, santan pekat dan garam. kacau sebati. Masukkan perwarna
    coklat.Masak hingga naik wap dan tutup api.
7. Tuang adunan ke atas lapisan pertama tadi dan kukus selama 20 hingga 25 minit.
8. Selepas masak, biarkan sejuk dan barulah dipotong.
9. Hidangkan dan sedia dinikmati..

pssttt..!!
potong kuih talam ni setelah betul sejuk yee.. :)

Cuba la ye.. :D
Selamat menikmati talam yang lembut dan enak ni..

Selamat mencuba Doktor Linda..

Monday, August 5, 2013

Sayur Masak Lodeh

 
Bahan-bahan ( 10 orang )
  • Bahan yg dikisar halus * :-
  • *10 tangkai cili kering
  • *2 biji bawang besar
  • *2 ulas bawang putih
  • *1 jari kunyit hidup
  • *1 hiris halia
  • *2 sudu udang kering
  • *2 sudu ikan bilis
  • *sedikit belacan - jika suka
  • *2 sk jintan kasar - sangar
  • 2 batang serai - dititik
  • 4 helai daun salam
  • 1/2 jari lengkuas - diketuk
  • 200 g udang hidup yg dikupas kulit
  • Bahan sayur di potong kecil ikut cara masing2 :-
  • 1/2 biji kobis
  • 8 batang kacang panjang
  • 1 batang lobak merah
  • 1 biji sengkuang kecil
  • 1 biji terung panjang
  • 1 keping tahu kering - rendam
  • 4 biji kentang
  • 4 keping tauhu - di potong kecil dan goreng
  • 4 keping tempe - dipotong dan digoreng
  • 2 ikat su'un - direndam
  • lada merah dan hijau - dipotong serong
  • 2 ltr santan pekat dan cair - drpd 3 biji kelapa
  • air secukupnya
  • garam secukup rasa
  • 1/4 cawan minyak utk menumis

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dlm periuk dan tumis bahan2 kisar dan serai hingga wangi.Masukkan udang dan tumis lagi dan masukkan santan,daun salam,lengkuas dan masak hingga mendidih.
  2. Masukkan sayur2an bermula dgn yg keras dulu dan tambah air secukupnya hingga sayur tenggelam. Bubuh garam secukup rasa dan masak lagi hingga mendidih dan sayur lembut.
  3. Lontong_batang
    Hidang sayur lodeh dgn lontong,ketupat atau nasi himpit dan juga sambal tumis dan serunding.