Friday, July 30, 2010

nasi minyak

bahan
600 gm beras (cuci dan toskan)
1.2 liter air
3 camca besar minyak sapi
2 camca teh mentega
300 gm sos tomato
5 ulas bawang merah - blend
4 ulas bawang putih - blend
2 cm halia
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
100 gm kismis
200 gm sayur campur (mix vage)
5 sudu besar susu cair
garam secukup rasa

cara

1. panaskan mentega dan minyak sapi. tumiskan semua bahan yang telah dikisar
sehingga naik baunya.
2. masukkan pula kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, air, susu cair,
sos tomato dan garam.biarkan hingga mendidih.
3. masukkan beras dan masak hingga nasi menjadi lembut.
4. sebelum diangkat masukkan sayur campur dan kismis. tutup seketika dan siap
untuk dihidang.
5. tabur dgn bawang goreng..

sedap di makan dengan acar buah kering..serta lauk-pauk yang lain..
ayam, daging, dalca dan sebagainya..

hidangan untuk 4 orang makan..

sila la cuba ye..

No comments: