Peristiwa ini berlaku pada tahun 1995...
masih segar diingatan ini..
satu pengalaman yang memalukan, memilukan dan menggentarkan jiwa saya yang lemah ini..
Percaya atau tidak..saya bukanlah sesiapa tetapi habuan fitnah yang saya dapat macamlah saya ini seorang selebriti.Memang tak masuk akal!! Dunia saya hanyalah rumah dan tempat kerja tetapi fitnah yang dilemparkan kepada saya seolah-olah saya ini orang yang sangat penting hingga perlu untuk diburuk-burukkan dan dijatuhkan tertiarap begitu.
Saya telah difitnah mencubit mata seorang anak kecil perempuan yang comel dan memukul tangan serta belakang badannya dengan kayu..alahai..masayaALLAH...Tidakkah itu aneh..?? Mengapa mereka sanggup menabur fitnah serupa itu..?? Tidakkah mereka tahu dosanya sangat besar sebab berjuta-juta manusia akan tertipu oleh fitnah itu..??
Saya telah ditimpa perasaan yang teramat malu dan tertekan oleh sebab fitnah ini..Pihak jabatan(JPN) telah sanggup menyediakan seorang peguam jika saya ingin membuat saman malu..apa ke tidaknya, pada hari kejadian, saya memang sentiasa ceria dan bergaya sakan sedondon warna merah dari tudung hingga kasut untuk memulakan tugas. Namun ceria wajah saya bertukar menjadi cemas, takut, pucat tak berdarah pabila saya didatangi 3 orang pegawai penyiasat bertanyakan apa yang telah saya lakukan petang semalam..
Saya disoalsiasat dan tidak dibenarkan menjalankan tugas..semua kenyataan dari anak kecil lagi comel ini telah diambil malah anak kecil ini juga telah di bawa ke jabatan untuk di ambil kenyataannya..alahai, takutnya saya..adakah saya akan dibuang kerja..?? akan disumbat ke lokap atau penjara..?? kanun keseksaan seksyen berapa saya akan dituduh..??
Suami saya sentiasa memberi kata2 semangat agar saya mengingati semula kejadian yang berlaku..saya memang tak boleh tenang, tak boleh tidor, jiwa memberontak kenapa saya difitnah..!!Setelah di siasat, fitnah ini hanya sedikit gurauan dari kawan suami saya, dia memang seorang pegawai kanan bhg( dirahsiakan) namun bolehkah perkara yang mengaibkan diri saya dipermainkan..??
Saya berazam tidak akan memaafkan dia. Mengapa saya mesti memaafkan..?? Saya minta siasatan diteruskan dan tindakan sewajarnya diambil..kejamkah saya..??meskipun dia membuat penafian, pada saya tidak semestinya semua orang yang tahu kisah saya itu akan membaca penafian atau kenyataan memohon maaf dari dia..huh..maka itulah saya tidak mahu memaafkan biar berapa pun harganya..dia menggunakan 3orang pegawai penyiasat yang benar, aduan kes yang benar, buka fail kes yang benar, nyata memang hendak membunuh saya.Mengapa mesti memaafkan begitu saja..?? betulkah tindakan saya ini..??
DR.HM TUAH ISKANDAR memberi jawapan yang menyejukkan hati dan perasaan saya..
katanya...,
Selagi anda tidak difitnah, anda bukanlah sesiapa. sebaik shj anda difitnah,itu tandanya anda sedang berjaya. Mereka yang memfitnah anda sedang mengukur kejayaan anda dan mereka amat takut melihat keupayaan anda melakar sejarah sedangkan mereka berada di tempat sama.
Inilah realiti kehidupan-manusia memang tidak senang dengan kejayaan orang lain tetapi gembira apabila orang tersungkur di hadapan mata. Anda telahpun menang apabila tidak menyerang balas dengan membuat saman malu. Itulah apa yang sebenarnya mereka kehendaki iaitu serangan balas anda serupa spt apa yang mereka lakukan. Dari situlah mereka akan menelanjangi anda, akhirnya anda akan semakin nampak bersalah sebab orang begini memang penuh dengan strategi 'kesyaitanan'.
usahlah bersedih, sebab meskipun buruk di mata masyarakat, jika anda dipihak yang benar, anda tetap mulia bahkan boleh jadi lebih mulia daripada mereka yang melemparkan fitnah.
Hak anda lah apabila tidak mahu memaafkan.walaupun memberi maaf itu baik,namun tiada paksaan dalam islam untuk memberi maaf. ,ia boleh menjadi modal untuk dikutip hasilnya di mahkamah akhirat kelak..
walaupun kisah ini telah berada dalam lipatan sejarah kerjaya saya, saya telah pun memaafkan dia di dalam diam. namun saya masih mengingati fitnah yang telah membuat saya semakin berjaya menjadi insan yang sentiasa berhati-hati didalam apa jua perkataan mahupun perbuatan..
Jadikanlah kisah saya sebagai iktibar kepada anda semua..
alhamdulillah..barakallah buat diri saya, suami dan anak-anak saya..kami bahagia di sini..
semoga kehidupan kami sekeluarga berakhir di dalam husnul khatimah.
.insyaALLAH..
AMIN...
No comments:
Post a Comment