Salam semua..
Hari Ulang Tahun Perkahwinan Mama dan Papa (267)
Bagi pasangan suami isteri tarikh keramat saat di ijab kabul merupakan detik indah untuk di kenang sepanjang hayat..
Ungkapan 'Happy Anniversary' ini seakan wajib diraikan pasangan suami isteri demi memakmurkan hubungan serta meningkatkan kualiti ksih sayang..
Bukan semua budya barat tidak sesuai kita praktik dalam kehidupan seharian, yang baik diambil dan yang tidak elok buang jauh-jauh..
Hampir saban tahun meraikan hari ulangtahun perkahwinan, mana mungkin sambutan tahun lepas sama dengan sambutan tahun ini..hmm kata orang, lagi jauh usia perkahwinan lebih istimewa sambutan yang perlu dirancang..ye ke begitu..??
sebenarnya, mama tak pernah harapkan sebarang hadiah ..
hanya mengharapkan kasih-sayang papa dan mama bertambah kukuh..
selagi ada usia memamah diri..
selalunya kami akan berpuasa sunat agar hidup kami di dalam redhaNYA..
Insya ALLAH..
ikut mama imbas kembali ye..
Ulangtahun perkahwinan ke 1 hingga 5,
raikan bersama 2 anak yang sangat comel,
pergi makan2 dan selalunya balik rumah mak dan ayah..
mak masak special, makan ramai2..
sungguh bahagia
ulangtahun perkahwinan ke 10,
mama dapat kereta Proton Wira 1.5 automatik atas nama mama..
wah, tak sangka betul. Papa hadiahkan dengan plat JEE 267
wow, sama tarikh pernikahan kami..!! hmm ..)
Sampai sekarang, mama sayangkan wira tu..masih elok dan sedap dipakai..
mama tetap servis setiap 5,000 km dan kalo sayang dah keje dan takde duit nak beli kete, pakai la dan guna la wira mama ni..
tapi bila dah beli kete sendiri, pulang lah balik wira ni pada mama yek :)haha
ulangtahun perkahwinan ke 15,
kami mengerjakan fardu haji, alhamdulillah..barakallah
seolah-olah pergi 'honey-moon'
walaupun dalam hati menjerit rindu anak2 yang ditinggalkan di sana-sini..
oohhh, kalian tak tahu mama sangat rindukan kalian semua.
Ulangtahun perkahwinan ke 20
Bercuti ke kelantan..hmm apalagi, shopping semua tempat..haha
tunjuk je..semua dapat..best. siap tido hotel lagi tu..
sudahnya kena marah dgn sedara mara..buat apa buang duit tido hotel..??
hmm..padan muka kami :)hehe
Ulangtahun perkahwinan ke 22
mama pulak buat tempahan kete baru, konon nak guna duit sendiri..
sudahnya duit papa jugak yang down payment nya..haha..
(takpe kasih suami pada isteri - hmm keihklasan mu tidak ku ragui..)
mama pulak buat tempahan plat - JLA 267
sekarang mama guna JEE 267 dan JLA 267
dan yang pasti warna feveret mama merah maroon dan merah chili
Ulangtahun perkahwinan ke 23
kami saling menghadiahkan jam tangan walaupun citizen aje..
hmm nampak serasi, pakai sama patern dan sama warna 'gold'
Ulangtahun perkahwinan hari ini 26.7 2010..
mama dan papa berpuasa sunat agar kehidupan kami dirahmati dan dibarkati ALLAH..
semoga kehidupan kami bertambah bahagia, beroleh kejayaan dan keredhaan ALLAH di dunia hingga akhirat, di murahkan rezeki dan kesihatan yang baik, dihindari sebarang penyakit nyanyuk serta jauh sebarang gangguan dan musibah. juga semoga anak2 juga beroleh kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki yang melimpah ruah lagi barkah dan beroleh ilmu yang bermunafaat..insyaALLAH..
buka pose dengan masakan istimewa kegemaran papa..
apalagi, kari kepala ikan..kek coklat dan sos coklat serta bubur cacar..
alhamdulillah..barakallah..syukur ke hadrat ilahi..
Malam ni juga adalah malam nisfu sya'aban..
jadi malam ni juga akmal mengikut papa ke surau dan membaca yasin..
semoga kesihatan azri bertambah baik..sihatlah dari penyakitnya
begitu juga bangah, dimurahkan rezeki lah hendakNYA..
semoga kalian juga, beroleh kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat..
InsyaALLAH..
No comments:
Post a Comment