salam semua,
entiri hari ini adalah tentang perasaan mama..
perasaan yang sangat memilukan,terkejut dan sebal tetapi sangat berharga buat diri ini..
alahai..,
petang semalam dan malam tadi, mama dah terjah portal KPM..namun pagi tadi terlupa pulak nak buka semula..
niat di hati sebenarnya ingin memantau tugasan yang telah diberikan kepada sorang guru baru supaya melakukan pengisian data secara online..segala maklumat telah mama sediakan(nak tengok dia ni ada intergriti dlm diri ke tak)
jika segala data telah dimasukkan, ok la (hmm 'no komen')
jika tidak dimasukkan nampaknya PPD atau JPNJ akan menelepon dan menjeritlah..!!
'Pn Hjh Z..,sila kemaskini data ye..'
niat dihati mama,tidak lain hanya ingin menyemak dan mengemaskini data..malangnya mama terlupa ID Pengguna dan ID kata laluan..hmm tak dapat la nak menolong..
pagi tadi, teringat carta organisasi 'linus' belum buat..siapkan jap...beres,hmm..
masuk kelas mengajar mcm biasa..semua ok jer..
masa rehat, dengar guru2 laki dok sibuk citer ttg isteri masing2 dah mula mengandung dan mabuk2 la..hmm dah takde citer lain lah tu..sukati korang la eh.. tengok muka ada 'sorang'cg ni, macam sengal je..takde kualiti langsung..!! tah camana minat jd cg tu ..tak tau la yek..habis kecoh pasal isteri dia mabuk la..muntah2 la..nak hantar balik kampung la..hai loghat benar nampak..!! alasan, tak boleh nak bg komitmen pada tugas buat ketika ini..huh, menyampah..!! tengok pada kredibiliti mcm 'mcgyver' maklum la 'orang KH' tp dua kali tengok mcm hampeh je..takde kualiti langsung daa..mcm dia sorang ada isteri tengah mabuk lak..uwek..
hmm..tepat 12.30 tengahari tadi, dapat panggilan dari kementerian tentang data..
kelam-kabut sahabat mama ni, sebab takleh nak jawab..mama akan tanggung risiko ini.
hai data punya hal la ni,apalagi mama la kena..!! baru beri salam, dah kena terjah..
'ha..ni sape pulak ni..??!!..wah, dasyatnya ayat..macam nak masuk semula suara mama yang steady lemah lembut ni..mama perkenalkakn diri dan jawab segala soalan yang diterjah dan segala tengking herdik tu dgn suara yang mantop..!! baik punyer cover..dalam hati 'siap ko A...!! rupanya memang ko takde intergriti la ye..beri tempoh 3 - 4 hari pun ko tak buat jugak eh.'
dengan segala rendah hati dan rendah diri, kata2 maaf dipohon dan dengan jasa baik En Z..... dari Kementerian tu walaupun setelah ditengking2, mama dapat juga ID pengguna dan ID katalaluan..syukur, terima kasih banyak2 ye En Z.....
dengan bantuan cg. Cd, mama siapkan data secara online wp dah tarikh tutup pada 24hb Julai jam 12 tengah malam..dengan di pantau oleh en Z.....di kementerian sana.. hmm sedih dan geram ni tau..huhu :(
dua kali tau, mama call En Z.....tu, namun suara dia tetap garang dan memang takleh nak lembut la..mama siap suara sedih lagi ni macam nak terkencing ada, nak terberak ada, macam nak terberanak pun ada jugak tau..punya la rayu kalo tak boleh nak isi data hari ini juga nak buat macam mana..alahai, YA ALLAH..TOLONG LA HAMBAMU INI..
cg. cd siap call PPD namun PPD pun tengah bengang, rupanya PPD pun tak boleh online jugak..apa daa..entah2,dorang pun tengah kena marah dgn kementerian jugak eh.. takpe2 buat hati2, slow n steady..hahah.ALHAMDULILLAH..BERJAYA..!!!BEERRJAAYYAAAA..!
HAHAHAHA...suara cg CD seronok la gelak..
ALHAMDULILLAH, BARAKALLAH...SYUKUR....... YA ALLAH ..
mama cuba call balik en Z.....namun tak diangkat. takpe lah..dah selesai.
kepada 'yang berkenaan' tu..watchout you eh..
pasni takde tangguh2 lagi kerja..mesti up-to-date..!!
sayang la, orang muda..baru grad, dah ada sikap malas..
kalo nak jd guru, jadilah guru yang berkualiti dan berintergriti tinggi..
bukan kerana nak gaji aje tp keje mcm sampah..!!
tunjukkan dan tonjolkan kualiti diri dan ilmu yang ada di dalam dada tu..
Ada ke jawab, nak bukak portal KPM pun tak tau..hee teruknya..!!
nama aje sekolah tinggi2 kat Universiti Malaya tu..buat malu jerr..
lain la mama ni, dulu2 buat assignment guna mesen taip..
ketuk2 sampai masuk jari2 di celah butang mesen taip tu..
huhh..buka facebook pandai pulak, chating YM boleh pulak..
nak bukak portal KPM tak pandaiii..?? memang pembohong, penipu..dan bodoh betul la
mama kena 'betulkan kepala otak budak ni'..
dia nak jd cg ke nak makan gaji buta ke..
ingat kita di luar bandar ni,
sangat2 harapkan tenaga muda ni bertugas dengan ikhlas bukan pemalas..
hmm aduhai..la sayang,
mama tak marah pun pada 'yang berkenaan' ni..tp mama akan sentiasa pastikan beliau akan berada di landasan yang betul demi anak didik yang ada..mama doakan beliau berjaya di masa akan datang dan akan dapat belajar 'sesuatu' dan dapat 'pengalaman berharga' pd hari ini..
takpe..it's ok..it's alright..remeh je tp masih teringat2 kata2 pedas, pedih menusuk kalbu sanubari suara terjah tengking herdik en Z.....tu..
cg CD kata, kalo la en Z..... ni nampak camne wajah mama ni, tentu dia tak jd marah punya..alahai..kessiiaaannn.. :) hehe..
apa2 pun, ini lah rencah asam garam kehidupan dunia guru..
ada kala kita marah orang bawah, ada kala kita pulak kena marah dgn orang atas..
tp hari ni bukan PPD atau JPNJ..
dengan Kementerian terus..:)hehe
namun..ini lah memori yang akan menjadi kenangan indah mama..
astarghfirullah..100x
No comments:
Post a Comment