Monday, September 5, 2011

Ani, oh Ani...Alahaiii..Ani..huhu :'(

salam semua..

Pagi tadi, ketika saya sedang menjalankan tugas..Ani mengendap-ngendap saya. Ani ni memang suka mengendap saya tau,suka mencuri dengar ketika saya mengajar.. kalo bagi dia kertas peksa tentu Ani boleh dapat 100% ek..:D hehe.. Tentu dia nak mengadu apa2 pada saya, tak syak lagi ni..Segala kisah hidupnya memang tersimpan kemas dalam memori saya..

Tapi, pagi tadi Ani macam sakit la, macam tak larat je..dah kenapa dia ni, tentu mood raya tak habis lagi tu..haha malas la tu..haish, nak kena ni..

Siapa Ani ni pada diri saya..??

Oh, Ani ni salah seorang kawan baik saya, tempat saya bersembang ber'aku' 'engkau' dengan dia, seorang ibu kpd anak didik saya, juga seorang ibu tunggal,seorang yang sentiasa sedia menerima apa2 jua segala pakaian anak2 saya dah taknak,seorang yang sanggup melalui derita dan pengorbanan demi masa depan anak2nya..wah, dah meleret2 pulak ni..Ani adalah 'cleaner'di sekolah saya tapi saya senang dengan dia. Kami bertugas di lokasi yang sama.

Saya senang bersembang 'aku''engkau' dengan dia, takde formal langsung walaupun sebelum ini bahasa saya sangat tertib..ber'puan' dan ber'tuan'..hehe ceh..!!macam skema sangat ek..

Saya memang peminat setia kek kukus kakak dia tau..hmm, takleh citer memang enak..seminggu sebelum raya, saya soh la Ani tanya kakak dia ..boleh tak buatkan saya kek kukus, saya nak 4kg..fuh !! dasyat tu..sebenarnya saya dah pun minta isteri PK KOKU buatkan saya 2 buku kek kukus jugak..hai memang hantu kek kukus la saya ni ek..

Bukan apa, sebenarnya..

1kg utk puteri sulong n 1kg lagi utk putera kedua saya, 1kg lagi utk adik2 kesayangan saya, hanya baki 1kg tu je utk guna makan2 raya..1 buku yang saya oder dgn isteri PK KOKO tu pulak, dah habis sapan sebelum raya lagi..anak2 di rumah ni makan mcm makan roti je..huhu (tak kisah la..)Ada lagi 1 buku kena simpan utk open house..hmm, nasib baik lagi 1 ni, dia bagi selepas naik sekolah..hai apa nak buat ek,hihi

Berbalik kisah kek kukus kakak Ani ye..

Saya dapat 3kg kek kukus pada hari Jumaat 26hb n baki lagi 1 pulak Ani akan hantar ke rumah hari Sabtu or Ahad, tak kisah la bila kau senang, Ani..
Saya naik risau sampai malam raya, Ani masih tak hantar kek kukus kakak dia tu.. hmm, takpe la..tentu Ani busy masak rendang ayam dia tu ek..ala resepi Rendang Ayam Ani tu la...:D hehe

Bila tiba Hari Raya..Semua orang bergembira..(ikut irama Black Dog Bone.. :D) Saya dah terlupakan kek kukus yang Ani janji nak hantar. Lepas Zohor tetiba Ani datang kelam-kabut nak cepat2 ( nak p mana tah) sampai cakap pun tercungap2 mcm baru lepas berlari 100m je gayanya..dak Ani ni taknak masuk rumah saya pun..
mm..takpe lah, dah Ani nak cepat, tak kan nak tarik paksa2 dia masuk rumah saya ek..hmm, Ani..Ani..selalu gopoh gapah la dia ni..

Adik2 saya n keluarga masing2 datang memeriahkan suasana di rumah saya. Masing2 dok citer tentang sebuah kereta terbalik 4-4 tayar ke atas, orang penuh dok ada lagi dalam keta tu..Saya tak bape peduli, bior kan la dorang semua sembang tu..

balik kisah Ani pagi tadi pulak ek..

Saya tanya dia..kau ni mengendap aku, ada apa hal..? Saya juga ucap terima kasih banyak2 sebab semua kek kukus di rumah dah habis semuanya..Alamdulilah..
Wajah Ani terus masam sambil memicit2 bahu dan seluruh lengan kirinya..Kenapa Ani? Dia mengadu, bahwa sebaik sahaja hantar kek kukus ke rumah saya tu, hajat nak p beraya ke rumah pakcik di JB tapi baru je sampai kat selekoh tangki air, tetiba kakak Ani ter dongak ke arah atas tangki air tu..dia nampak ada orang sedang tunduk ke bawah menengok kakak Ani yang sedang memandu keta ni..

Tangki air ni memang besar, ye lah..tangki yang bekalkan air kepada seluruh penduduk kampong tentu lah besar ek..tapi siapa lah yang nak naik atas tangki tu raya-raya pertama pulak tu..hai macam-macam aje..

Kakak si Ani ni drive keta memang la slow tak berani nak laju2..org pompan, dah warga emas ni mana boleh bawak keta laju2..dia punya lah terkejut bila ternampak makhluk yang memandang ke arahnya ni..apa lagi terpaut stereng keta ke kanan n terlanggar longgokan batu2 di bahu jalan depan klinik di sebelah kanan. Keta tu terpusing2 beberapa kali sebelum terbalik 4-4 tayar ke atas..kesian Ani.Tentu pening kepala dia, tah tertonggeng macam mana la tu ek..

Habis teruk ranap keta kakak Ani ni, aduhai..takleh nak beraya la tu, dah fobia, sakit segala anggota tubuh badan..Ani kata mcm dok dlm mesih basuh, terpusing2.. Anak bongsu Ani cakap kat saya, 'asib aik mak tak ati ek'..hish..!! budak ni apa la yang dia tau.. hai, patut la Ani mengendap saya, nak mengadu badan dia sakit, takleh nak buat kerja kuat2 la tu..hmm, hari ni takpe la Ani, kau rehat je la ya..Esok, kau buat kerja elok2 la ye..

Esok, kita ada tetamu..kau taknak la ngendap2 aku lagi yek.. :D

Kesiannn..Ani. Sempat juga saya usik Ani, kau pakai seluar dalam wane apa masa tu ek..:D hehe..Ani senyum sambil terkebil2 mata, tak tau nak cakap apa la tu..
Tu la, kalo kau masuk rumah aku.. makan2 ketupat rendang dulu, tentu kau tak apa2 ek..Alahai, benda dah nak jadi, tu la namanya 'malang tak berbau'

hmm..semoga Ani lebih berhati-hati selepas ini, taknak gopoh2 lagi yek..

Saya suka nak nasihat sikit, keluar rumah tu.. baca la doa sikit dan berzikir la sepanjang perjalanan hingga sampai ke destinasi..
InsyaALLAH, dirimu akan sentiasa di dalam peliharaanNYA..

Sayang, hati2 drive ye..
hati2 jaga diri walau di mana dirimu berada..
InsyaALLAH, barakallah buat dirimu..





No comments: