Tuesday, September 6, 2011

Kau datang jua..akhirnya..!!

Nazir..OOHH.Nazir..!!
Kau Datang Jua...

Salam semua,

Pengalaman semalam adalah guru terbaik untuk hari ini dan seterusnya hari-hari yang mendatang..Sungguh indah pabila dikenang dan amat pahit tika melaluinya, aduhai..!!

Seawal bulan Ogos, kami yang berada di Zon Kukup ni telah maklum bahwa phak nazir akan datang untuk memantau Program Linus. hmm, sebelum tu lagi,pada bulan April pihak sekolah telah mendapat surat daripada Kementerian memaklumkan 2 orang pegawai atasan ingin melawat dan membantu guru berkenaan berkaitan dengan Program yang sedang dilaksanakan.

Ini bermakna, bahwa..

Kami semua telah benar2 bersedia dengan kedatangan mereka. Pihak pengurusan sekolah telah pun menghantar pelan lokasi perjalanan agar mereka boleh sampai dengan mudah ke sekolah kami, yang berada di daerah luar bandar ni..wah, berkobar-kobar sangat nampak..!! ceh,macam dah ready sangat..

Namun..

Tunggu punya tunggu..macam tunggu buah tak gugur-gugur..apa la..
Sampai kami semua leka dan alpa..dah diaorang yang tak datang, takkanlah kita nak jemput, nak call p tanya kenapa tak datang..hai lorat sangat dah tu.. kita semua meneruskan tugas dan program macam biasa dengan selesa, malah sangat selesa berada di zon selesa..hahah!!(Lawatan tersebut dah cancel,JU dah datang buat pemantauan bagi pihak Nazir.. kalo diaorang nak datang, akan dimaklumkan sekali lagi..Yahoo..tak jadi datang..)

Cempedak dah jadi nangka, memang tak sangka..

Naik cuti raya, saya hanya kemaskini sikit2 fail2 berkaitan program..tak kemas sangat pun..ala, dah dapat info bahwa sekolah yang telah mendapat surat konfem dari Kementerian sahaja akan di datangi Nazir..jadi, dengan senang hati dan lapang dada..urusan sekolah berjalan seperti biasa.PnP berjalan lancar.

Saya siap bawa anak bongsu p jalan2 beli-belah barang keperluan harian lepas balik sekolah. tetiba dapat mesej usik2 dari rakan2 beritau nazir nak datang sekolah saya..haha buat la lawak..saya senyum je, malas nak balas mesej, biorkan.

Jam 9:30 malam,selalu saya dah naik atas katil(sambil membaca) saya dapat mesej tidak bernama.. meminta saya bersedia dan lengkapkan segala butiran yang diminta agar bersedia ( 6 kriteria patut ada) dengan kehadiran rombongan para Nazir pada esok pagi..saya rasa macam semuanya dah ada je, apa yang mereka nak ni..tah la

Wah..boleh dapat sakit jantung ni..!! gila apa..!!

Malam-malam dapat mesej dari siapa ni..?? melompat macam kucing nak beranak saya dibuatnya..nak buat apa ek..?? nak beritau siapa ek? nak call GB ke..atau PK 1 ke..alahai..tetiba otak saya boleh jemm ni, tak boleh fikir pulak ni..aduhai, dah la Rekod PnP saya tak bawak balik rumah...memang esok saya nak ajar anak didik saya dengan didik hibur ( seronoknya menyanyi-nyanyi dengan bebudak ni)sambil tu nak bagi bebudak ni kuih2 raya lak tu..alahai, nak teruskan ke PnP saya ni..buntu, buntu...

Saya minta suami buatkan solat hajat agar hati saya dan diri saya dalam keadaan terurus dan mantap (steady je walaupun macam nak pecah dada saya sepanjang hari)
Sepatutnya saya la yang lakukan sendiri ek..:D hehe (Sayang en.abang saya ni..)

Tepat jam 8:00pagi, wah rombongan (4 orang) para jemaah Nazir datang dengan gaya yang cukup hebat dan nampak berkarisma tinggi..wow..!! Saya selaku salah seorang pihak pentadbir menjemput dan mengalu-alukan kedatangan mereka..( adoi..habis la saya )Mereka memperkenalkan diri masing2 yang nampak kacak dan bergaya.. maklumkan ketua kanan Nazir la katakan..menyatakan tujuan dan objektif mereka, serta 6 instrumen pemantauan..( adoi..istighfar je banyak2 ye..)

Ucapan pembukaan je, GB saya dah kantoi..(adoi..!!) takleh cakap ke ? hish, Azmi pun sibuk2 sediakan data yang perlu GB sebut depan jemaah nazir ni..Memang nampak sangat para Nazir tak puashati dgn GB..takpe cg, saya dan cg2 lain akan bersedia dengan PnP kami dan cuba lakukan yang terbaik sepanjang hari.

Alhamdulillah, Barakallah.. syukur Ya ALLAH..

Sepanjang hari, semua murid memberi respon yang menggalakkan dan PnP semua guru yang di observe berjaya dijalankan dengan cemerlang..wah, seronok giler rasanya..
Mereka puashati dengan semua program n xtvt yang telah dijalankan dan mengikut takwim (yang tak berapa nak betul sebenarnya..:D hehe salah saya la tu..)kiranya, segala kehendak mereka, sekolah kami ada jalankan walaupun bilangan pelajar kami sangat sedikit ( maklum la sek kampong..)seperkara yang mereka agak kagum ialah, kami para Penolong Kanan sanggup mengajar Kelas LINUS ni, program yang berkait rapat dengan NKRA..(hai,tengok orang le ye :D haha)

Jam 3:00 petang..

kami yang terlibat..berkumpul di bilik mesyuarat untuk 'rumusan dapatan pemeriksaan sekolah'
Ada 6 aspek telah diperincikan, hasil dapatan mereka sepanjang sesi persekolahan hari ini. Segala kekuatan dan kelemahan telah dirumuskan..hasilnya, kami telah mendapat banyak ucapan tahniah daripada mereka walaupun ada beberapa kelemahan yang perlu dibaiki dan dikemaskinikan di masa akan datang..InsyaALLAH, akan lakukan sebaik mungkin demi anak didik saya..

Syukur, Alhamdulilah..

Sebelum mereka balik, segala rumusan telah di printkan untuk simpanan dan rujukan serta sebagai kenang-kenangan untuk kami yang terlibat dari mereka yang entah bila nak datang lagi menjenguk kami di daerah sini..haha suka sangat ke diaorang ni datang? hish,kalo boleh taknak le :D

kepada En. Ketua Rombongan Jemaah Nazir Negeri Melaka (Nazir jemputan je,sebenarnya)
Terima kasih kerana sudi membantu dan menerangkan segala info bagi melengkapkan kekurangan agar kami dapat menjadi lebih baik di masa akan datang..Kebaikan dan keramahan En. Ketua sangat-sangat saya sanjung tinggi.

Selamat Hari Raya, maaf zahir batin ye EN KETUA ROMBONGAN.. :D

Fuhh..kenangan yang indah bersama Jemaah Nazir..
yang saya tak jangka dan tak sedia langsung kedatangan diorang..
alahai..:D

kami senang hati, mereka puas hati..

Alhamdulillah..Barakallah..

amin, amin, amin
Ya Rabbal alamin..

No comments: