Thursday, September 30, 2010

ingin mencuba..?? oohhh tidakkk..!!

salam semua..

perasaan ingin tahu, ingin mencuba, ingin nampak hebat dan macho..

ohh..anak..

kenapa dan mengapa la kamu sekalian (hanya mereka yang terlibat) ingin tahu dan ingin mencuba perkara yang tidak elok..?? bukankah telah banyak dan melambak atau berlambak iklan di dalam tv, majalah malah di kotak '.....'  itu sendiri pun terpampang gambar kesan dan akibat nya..

ngeri dan geli..eeeiiiyyy taksuka..taksuka..!!

adoiii..

anak2 didik ku ..

kalian masih lagi anak2 kecil malah alam persekolahan masih lagi jauh perlu kalian lalui..
mengapa lah perkara dan perlakuan yang tak elok ini, yang ingin kalian ketahui, ingin mencuba dan merasa..??

aduhai anak..

tindakan drastik harus saya lakukan demi masadepan anak2 didik saya..ibubapa mereka perlu di'ajar'..perlu di'sekolah'kan oleh saya..(hoho..dasyatnya bunyi ayat..!!) namun saya tidak boleh terlalu emosi, siasatan harus dijalankan dengan teliti dan adil.(sebenarnya ,kesian sangat pada bebudak ni..)

oohhh..

adakah tindakan saya ada rasionalnya..?? buat seketika saya harus dalam keadaan stabil, tidak emosional dan tidak terburu-buru..saya serahkan kepada 'mereka-mereka' untuk jalankan siasatan sebelum anak2 ini diserahkan kepada saya untuk menerima 'hukuman'..

fuh..!! lega..

saya mempunyai orang2 kepercayaan yang benar2 berjaya menjalankan penyiasatan..kalian memang benar2 hebat..!! tahniah dan barakallah buat kalian semua..syukur..alhamdulillah

anak2 yang 'terlibat' diserahkan kepada saya pada jam 12:00 tengahari setelah memberi keterangan dan bertemu guru disiplin..saya dan En F yang begitu terserlah ketokohannya akan membuat tindakan terakhir..dalam hati saya tetap beringat..mesti dalam keadaan tenang dan tidak emosi..

Saya mencari rekod disiplin dan meneliti apakah tindakan yang perlu di ambil dan meneliti surat pekeliling ikhtisas yang berkaitan dan  telah menalipon para bapa kepada anak2 ini..

dan akhirnya..

mereka yang dijemput, hadir ke pejabat saya.. segala masalah anak2 ini dijelaskan dengan panjang lebar dan kata sepakat telah dicapai demi masa depan anak2 didik saya dan yang penting sekali perbuatan /perlakuan buruk anak2 ini,  yang tidak diingini seterusnya dapat dicegah.

tidak ada tindakan buang sekolah atau gantung sekolah atau rotan apa tah lagi sepak terajang terhadap anak2 didik saya ini..hanya kata2 bernada lembut tapi menusuk kalbu sanubari menyebabkan air mata kesal membasahi wajah setiap anak yang terlibat..(dalam hati, jadi lah korang anak2 yang cemerlang di matahati ibubapa kalian..)

Saya merasa telah mendapat kekuatan dan kepuasan apabila para bapa yang hadir berterimakasih dan berjanji akan sentiasa peka terhadap anak2 ini di rumah..( padahal saya telahpun menyediakan surat akujanji ibubapa dan akujanji murid, juga amaran pertama kepada anak2 ini) namun melihatkan kesungguhan para bapa ini berjanji akan sama2 bertanggungjawab, saya hanya memberi amaran 'keras' sahaja walaupun nada saya tetap lembut..

saya juga telah menyiapkan surat kuasa kepada guru disiplin untuk 'merotan' yang disahkan oleh gurubesar..namun surat tersebut tetap dok diam dalam fail saja..saya tidak gemar dengan pendekatan rotan tapi lebih suka dengan kata2 berunsur nasihat yang boleh mencairkan perasaan anak2 didik saya..(saya kan seorang ibu, emak, mama. makcik, maklong  dan juga nenek kepada anak2 didik saya..hehe sukati apa saja anak2 ini nak gelar saya tak kisah pun..)

aduhaii..

kekadang saya rasa sangat relak berada di 'zon selesa' hingga 'terlupa' dan 'alpa' bila diterjah dengan masalah disiplin yang tetiba kronik begini..ohh..tak sanggup rasanya nak memasukkan 'noda hitam' dalam rekod disiplin yang sememangnya 'putih dan bersih' selama ini..

pengajaran hari ini akan dijadikan pelajaran dan ingatan di hari muka..

semoga kalian berjaya  menjadi 'orang yang berguna kepada dirimu sendiri dan kepada ibubapamu sekalian..'

insyaALLAH

Saturday, September 18, 2010

salam aidil fitri

salam semua..

SELAMAT TINGGAL PADA SEMUA...

BERPISAH KITA SELAMAA NYAAA...

( rehat seketika ....

         jika ada kesempatan bertemu lagi..)