Showing posts with label sayur. Show all posts
Showing posts with label sayur. Show all posts

Monday, August 5, 2013

Sayur Masak Lodeh

 
Bahan-bahan ( 10 orang )
  • Bahan yg dikisar halus * :-
  • *10 tangkai cili kering
  • *2 biji bawang besar
  • *2 ulas bawang putih
  • *1 jari kunyit hidup
  • *1 hiris halia
  • *2 sudu udang kering
  • *2 sudu ikan bilis
  • *sedikit belacan - jika suka
  • *2 sk jintan kasar - sangar
  • 2 batang serai - dititik
  • 4 helai daun salam
  • 1/2 jari lengkuas - diketuk
  • 200 g udang hidup yg dikupas kulit
  • Bahan sayur di potong kecil ikut cara masing2 :-
  • 1/2 biji kobis
  • 8 batang kacang panjang
  • 1 batang lobak merah
  • 1 biji sengkuang kecil
  • 1 biji terung panjang
  • 1 keping tahu kering - rendam
  • 4 biji kentang
  • 4 keping tauhu - di potong kecil dan goreng
  • 4 keping tempe - dipotong dan digoreng
  • 2 ikat su'un - direndam
  • lada merah dan hijau - dipotong serong
  • 2 ltr santan pekat dan cair - drpd 3 biji kelapa
  • air secukupnya
  • garam secukup rasa
  • 1/4 cawan minyak utk menumis

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dlm periuk dan tumis bahan2 kisar dan serai hingga wangi.Masukkan udang dan tumis lagi dan masukkan santan,daun salam,lengkuas dan masak hingga mendidih.
  2. Masukkan sayur2an bermula dgn yg keras dulu dan tambah air secukupnya hingga sayur tenggelam. Bubuh garam secukup rasa dan masak lagi hingga mendidih dan sayur lembut.
  3. Lontong_batang
    Hidang sayur lodeh dgn lontong,ketupat atau nasi himpit dan juga sambal tumis dan serunding.

Friday, July 30, 2010

kailan goreng ikan masin

bahan

1 ekor ikan masin (potong kecil)
400 gm sayur kailan (basuh & potong)
3 camca besar sos tiram
2 camca teh sos cilli
6 bijji cili padi (hiris)
4 ulas bawang putih-blend
3 ulas bawang merah-blend
2 cm halia muda-blend
2 cm belacan-blend
50gm udang kering-blend
sedikit minyak
100ml air
gula & serbuk perasasecukup rasa

cara

1. tumiskan semua bahan yang telah di blender, cili api da ikan masin hingga naik
baunya..
2. masukkan sos cili, sos tiram, gula, serbuk perasa, batang kailan dan air.
3. akhir sekali, masukkan daun kailan dan biarkakn hingga mendidih.
4. angkat dan hidangkan..


hmm hmm senang je kan..
masak sendiri lebih afdhal utk santapan suami..

sila la cuba ye..