Monday, April 26, 2010

kek coklat lembab

bahan

4 biji telor
100 gm serbuk koko

bahan A

200ml minyak jagung
150ml susu pekat manis
400ml susu cair
200gm gula kastor

bahan ayak bersama
150gm tepung gandum
1 sudu teh bikarbonat
1 sudu teh serbuk penaik

cara

1. masukkkan gula kastor, susu pekat manis, susu cair dan minyak jagung ke dlm
periuk.
2. panaskan sehingga gula hancur dgn api perlahan.
3. ketepikan dan biarkan sejuk.
4. di dalam bekas lain,pukul telor sehingga kembang.
5. kemudian masukkan adunan telor ke dlm adunan A yang telah sejuk.
6. kacau rata.
7. masukkan serbuk koko dan gaul rata.
8. masukkan adunan ke dlm loyang
9. kukus selama 45 minit ( sehingga masak)

waktu penyediaan : 20 minit
waktu memasak : 45 minit

sebenarnya kek coklat ni mama ada banyak versi resepi..
rasa semua lebih kurang sama je..
:)hehe

sila la ye..sila..

MEE PUTIH MAMA

bahan

1 biji bawang besar - blend
4 biji bawang merah - blend
3 biji bawang putih - blend
1 inci halia - blend
1 sudu besar lada hitam - blend
2 sudu besar udang kering / ikan bilis - blend

2 biji tomato
2 tangkai sawi
1 batang karot ( potong 1 inci - memanjang mcm btg mancis)
2 keping tahu ( potong dadu - goreng )
garam secukup rasa

1 bunkus mihun ( rendam dgn air panas hinggga lembut - tos )
sedikit minyak utk menumis

cara

1. tumis bahan yang telah dikisar
2. masukkan karot, tunggu hingga naik bau..
3. masukkan garam, sawi, tahu goreng..
4. masukkan mihun yang dah lembut
5. gaul rata dan angkat
6. hidang dgn hirisan daun sup dan lada merah
7. makan dengan hirisan bawang besar dan cili api berkicap..

emmm...yani ada call mama minta resepi mee ni..
mama bagi resepi dlm masej nfon je..
ni mama baru teringat nak tulis..

salin dan cuba buat la ye.. :)
air tangan isteri buat suami ye..

SUP TAHU MAMA .. :)

bahan A

2 keping tahu - belah 4
2 biji tomato - belah 4
100gm su'un
100gm tahu kering ( fucuk)

bahan B

80ml air
2 biji bawang besar - hiris
6 ulas bawang putih - hiris
3cm lengkuas - hiris
3cm halia - hiris
3 biji cili padi - ketuk
garam secukup rasa

cara

1. masukkan semua bahan B ke dalam periuk.
2. rebus sehingga mendidih.
3. kemudian masukkan pula semua bahan A ke dalam rebusan tadi.
4. Biarkan mereneh selama 5 minit sebelum di masukkan garam secukup rasa.
5. matikan api. angkat.
6. senduk ke dalam mangkuk..tabur dgn daun sup (jika suka)
7. sedia untk dihidangkan..
8. taadaaa..makannn...hmmm utk hani...!! :)

hmm..hani suka sangat sup tahu ni..
tahu ni lembut dan segar dimakan ketika hani balik dari sekolah agama..
hani suka su'un dlm sup ni..dia kata ada mee.. :) hehe
srrruuuppp...hirup sup tu..hey gelojoh betul..

buat sup tahu ni senang dan terlalu mudah..
tahu ada banyak protin..hmm bagus utk hani..

ROTI CANAI - HJ ZAKARIA B AHMAD

bahan

1 kg tepung gandum
1 biji telur
2 sudu besar minyak sapi QBB
5 sudu besar susu pekat
1/2 sudu besar garam
3 cawan air suam

cara

1. campur semua bahan
2. uli sebati - hingga tidak melekat di tangan ( hingga adunan licin )
3. perap 1/2 jam
4. bulat2 kan dan sapu margerin - simpan 5 jam
5. tebar hingga nipis - renjis minyak
6. kalo tak pandai tebar guna je belakang dulang.. guna teknik sendiri
7. goreng hingga garing
8. tepuk roti canai ketika masih panas
(bukan tepuk pengakap tau..hahah :) )

hmm..sedap dimakan dgn kuah kari / dalca / sambal tumis..
dgn gula pasir pun blh jgk..

kenapa roti canai ni nama dia ada hj zakaria ye..??
:)hehe..sebab mama belajar buat roti canai ni dgn hj zakaria la..

dah 2 kali hj zakaria buat kan fre je utk mama..
kali ni baru dapat resepinya..
ye la..kalo semua pandai buat sendiri..tutup la bisnes dia ek..

haha :).. ada ilmu ni tak yah la nak lokek2 ek..
tak ke mana pun.. kongsi2 la kan..

hmm..akhirnya mama dapat jua..
..dapat resepi roti canai yang begitu enak dan lembut...
dapat hajat yang di hati..

terima kasih banyak ye..
tn hj zakaria b ahmad

Saturday, April 24, 2010

masak lemak cili api = ikan masin sepat + nanas moris

bahan

5 ekor ikan masin sepat
1 biji nanas moris ( yg ni manis ye)
1 kotak santan
20 biji cili api
1 batang serai
1 helai daun kunyit
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
2 keping asam gelugur

cara

1. bersihkan ikan masin sepat..buang sirip atas, bawah dan tepi ( guna gunting je)
2. rendam agar tidak masin sangat.
3. tumbuk lumat cili api, bawang putih, bawang merah, kunyit.
4. kupas nanas dan potong ikut suka..( nipis / memanjang pun boleh)
5. bahan yang telah di tumbuk lumat dan nanas yang telah di potong nipis di
masukkan ke dalam periuk bersama air sama paras nanas.
6. rebus.
7. masukan serai dan daun kunyit serta asam gelugur.
8. bila mendidih, masukkan ikan masin sepat dan santan 1 kotak dan air 1 mangkuk.
9. biar mendidih sekali lagi..
10. taknak masukan garam sebab ikan masin dah rasa masin..
11. jika nak masukkan garam juga ( ikut suka la ye..)


hmm...teringat sgt ikan masin masak lemak campur nanas ni di Mekah..
MasyaALLAH, sape sangka balik dari masjidil haram..
tetiba mulut papa tersebut nak makan ikan masin dgn nanas..
sampai hotel terus naik dewan makan..ooohhhh..!!

MasyaALLAH..Barakallah..Alhamdulillah..YA ALLAH..!!!

Benar..benar..masakan ikan masin dengan nanas terhidang..!!

Syukur..Ya Allah..

nak menitis air mata..
namun makan tetap dgn tertib wp terpaksa bangun 2 kali sebab nak tambah nasi dan lauk tu..rindunya masakan feveret ni..

begitu la ye..
kenangan menggamit memori

semalam mama masak ikan masin sepat cmpur nanas moris..
emm seeeddaaappp..!!
jempol..!! :)hehe

sayang, cuba la ye,
senang je ni..

Sunday, April 18, 2010

HATI SEORANG IBU...

SALAM SEMUA..

ANAK-ANAKKU, DENGARKAN HARAPAN MAMA...

Dunia memang sudah akhir zaman!1 macam-macam perkara pelik yang terjadi di dunia hari ini. Kadang-kadang perkara yang tidak kita duga akan terjadi di alam nyata atau sekadar dongeng semata. Sebagai seorang ibu yang mempunyai 3 orang anak remaja lelaki, seorang anak perempuan telah berumah tangga dan seorang anak perempuan yang masih belom akhil baligh..mama cukup takut jika apa yang banyak dipaparkan di media massa hari ini terjadi ke atas diri mama! minta simpang malaikat 44..!!

Setiap kali menatap cerita2 mengenai anak-anak yang sanggup mengabaikan ibu atau bapa mereka membuatkan hati keibuan mama cukup tersentuh!! Oh Tuhan! Mengapa seorang anak sanggup berlaku kejam begitu? Mengapa begitu keras hati mereka? Orang yang telah membawa mereka ke dunia,yang menjaga mereka dan memberi sepenuh kasih sayang dan perlindungan. Apabila dewasa dan sudah mampu hidup sendiri, insan-insan mulia itu dibuang umpama kucing kurap..?!

Selama ini, kisah ini hanya berlaku di dalam filem atau drama tv saja..'Kisah Anak Derhaka' Mama pernah terbaca dalam majalah kisah penghuni di rumah orang -orang tua. Air mata mengalir laju melihatkan wajah tua berkedut seribu terbaring lesu di atas katil. Antara jawapan yang diberikan kerana tidak mahu menyusahkan anak-anak yang sudah punya keluarga sendiri. Aduhai... Teringat arwah nenek mama yang telah memilih mama untuk menjaganya..dan papa yang sanggup berkorban kerjaya kerana mengikut pilihan mama untuk menetap di daerah ini. Semata-mata untuk menjaga serta merawat ayah dan ibu papa serta nenek mama di daerah luar bandar ini. Tinggalkan kesenangan dan kemewahan duniawi demi orang-orang tua yang kami cintai..kini ketiga-tiga meraka telah kembali ke rahmatullah. Puas..(tidak terucap dgn kata2) kerana sbg anak yang telah terpilih untuk menjaga orang tua, insyaALLAH.. ALLAH jua yang maha adil lagi mengetahui seluruh kejadian alam..barakallah, alhamduilillah.

Anak-anakku,

Mama sentiasa berdoa, supaya kalian tidak melupakan mama dan papa setelah kalian dewasa kelak. Bukanlah mama pinta wang ringgit atau harta menimbun. Cukuplah diberikan perhatian dan kasih sayang seperti mana yang kami berikan kepada kalian selama ini. Taknak kalian menganggap kami sebagai beban yang ditolak ke sana dan ke mari. Jangan..! Mama dan papa cuma mengharapkan usia tua kami nanti dikelilingi oleh anak dan cucu yang menyayangi kami sepenuh hati. Yang dapat membantu menjaga kami sepenuh hati ketika kami uzur dan terlantar menunggu panggilan Ilahi. Yang mambantu menyempurnakan jenazah kami setelah kami dipanggil menghadap-NYA. Yang mendoakan kesejahteraan kami di akhirat..tetapi, mampukah kalian..??

Anak-anak mama,

Dengan didikan agama yang diberikan, kalian dapat membezakan apa yang baik dan apa yang buruk. Betapa besarnya dosa anak-anak yang meminggirkan ibu bapa mereka. Mama tak ingin kalian menjadi anak-anak yang berdosa!

Anak-anak yang mama sayangi,

Contohilah apa yang mama dan papa lakukan kepada kedua orang tua kami. Bukanlah mama katakan kami anak yang terbaik, tetapi sedaya mungkin mama dan papa sentiasa menjaga hati dan membahagiakan kedua ibu bapa kami. Walau pun kami sedar pengorbanan mereka tak mampu kami balas.

Anak-anak mama,

Sebab itu jiwa mama cukup tersentuh jika kalian tidak mahu mendengar nasihat mama. Membangkang kata-kata mama. Sedangkan itu semua demi kebaikan kalian sendiri. Ya, mungkin juga kalian masih muda remaja dan masih belum matang berfikir. Bagi kalian, itu perkara biasa. Krisis ibu dan anak. Tetapi terus terang, sedikit demi sedikit, ia mencetuskan ketakutan dalam diri mama.

Anak-anak mama, jadikan apa yang berlaku di sekiling kita sebagai pengajaran dan sempadan. Mama sangat sayangkan kalian dan mama berdoa supaya perhubungan kita akan kekal mesra dan bahagia selamanya..Semoga silaturrahim kita sekeluarga sentiasa didalam ukhwah yang utuh..serta semoga berakhirnya kehidupan kita sekeluarga juga di dalam keadaan husnul khatimah..insyaALLAH..

AMIN YA RABBAL ALAMIN..

Friday, April 16, 2010

Kastad Karamel

karemel

120 g (1/2 cawan) gula pasir
1/2 cawan air

kastad

2 1/2 cawan susu
1/2 cawan air
6 butir telor
1/2 cawan gula
1 1/2 camca teh esen vanila

cara

karemel

1. masukkan gula dan air dlm periuk. kacau atas api perlahan sehingga larut.
2. didihkan tanpa dikacau sehingga ceaair berwarna perang muda.
3. tuang segera ke dalam loyang dan lenggang-lenggokkan dgn cepat sehingga bhg bwh loyang bersadur dgn karemel. karemel mengeras dgn segera.

kastad

1. panaskan susu dan air d dlm periuk yg digunakan utk memasak gula tadi.
2. taknak sampai mendidih.
3. pecahkan telur di dlm mangkuk pengadun, masukkan gula dan putar sedikit.
4. masukkan susu suam dan esen vanila.
5. tapis ke dlm loyang bersadur gula hangus (karemel)
6. kukus 45 minit atau kastad membeku.
7. dinginkan dalam peti ais, sebaik-baiknya semalaman.
8. keluarkan kastad dgn menyusupkan pisau pelapa di sekeliling kastad.
9 terbalikkan pinggan penghidang di atas mangkukkastad dan dengan perlahan2
terbalikkan kastad di atas pinggan penghidang.
10. gula hangus (karemel) akan mengalir di tepi-tepi kastad.
11. hidangkan dingin.
12. jika suka hias dgn potongan-potongan pic..


persediaan : 15 minit
kukus : 45 minit

TIMBANGAN DAN SUKATAN

Semua sukatan adalah rata kecuali jika dinyatakan

1 cawan tepung 120 g 4 oz
1 cawan gula 225 g 8 oz
1 cawan cecair 225 ml 8 oz cecair
1 cawan minyak 225 ml 8 oz cecair
1 camca besar tepung 30 g 1 oz
1 camca besar penuh 30 g 1 oz
1 camca besar mentega 30 g 1 oz

Monday, April 12, 2010

talam sri muka

lapis bawah

400gm beras pulut
12 oz santan cair
1/2 sudu teh garam

cara

1. rendam pulut 1/2 jam.
2. toskan.
3. masuk ke dalam loyang, tuang santan dan garam - kukus 1/2 jam.
4. tekan padat dalam loyang.

lapis atas

1 cawan tepung gandum
2 biji telor
3 cawan santan pekat
1/2 sudu teh garam
10 oz gula pasir
1 sudu kecil tepung beras
* perwarna hijau

cara

1. kacau semua bahan di atas api hingga naik wap.
2. tuang ke atas pulut yang telah di tekan rata tadi.( lapisan bawah)
3. kukus selama 30 minit..

* selamat mencuba anak ku..
kuih seri muka ini ada memori indah buat dirimu kan sayang..
mama harap air tangan mu akan membahagiakan suamimu yang sangat mengasihi
dirimu itu..

* hahah..cooking with love ya.. :)
sayang, kalo tak jadi taknak nangis ye..cuba lagi dan terus mencuba..

* menantu mama,
sila la jamah masakan isterimu dengan senyum manis walau apa pun hasil
masakannya ye.. :)

Thursday, April 8, 2010

permata hatiku - jangan ambil mudah bila anak cirit-birit 8.4.10 khamis

pagi tadi, mama hanya sempat buat telor 1/2 masak shj..milo dan roti.. semua taknak makkan nasi..em, dah lama tak makan telor, hani nak makan 2biji tau mama dgn kicap.. okey sayang, no problemnya..papa pun nak dua jugak. mama dan akmal makan 1 je cukup la..makan sarapan pagi adalah wajib tepat 6:30 setiap pagi hari persekolahan. papa balik masjid kami semua pasti dah siap sedia untuk bersarapan..

satu hal yang menarik, hani akan sergah papa di pintu setiap kali papa nak masuk rumah, balik dari masjid. sesuatu yang sangat bahagia bila dengar hani gelak gembira, papa terkejut( hmm kadang2 papa sengaja buat2 terkejut tu..)

namun selepas 2 sesi pembelajaran berlangsung,hani masuk ke pejabat cari mama. nape sayang..?? mama risau lihat muka dia menahan kesakitan, ma hani sakit perut ni..mama sapu minyak cap kapak, buat milo dan biskut soh dia makan. baring kejap kat kerusi.. ajak p makan kat kantin tp hani nak masuk kelas. mama rasa dia dah okey la tu..masa rehat mama cari hani takde dia p library pinjam buku cerita..tp kejap lagi 2 orang murid cari mama. cikgu2..hani buat "kek dalam kain"..hah!! mama punya la terkejut dengar "buat kek dalam kain" alahai..anak aku buat pulak la..

mama berkejar cari hani di toilet, takde. eh mana pulak anak kecil ini menyorok ye..
mama jerit kuat, HANI..HANI DI MANA..!! rupanya dia ada di bawah tangga dah basah kain dgn "kek dalam kain" tu..air mata meleleh la..tak leh nak cakap. takpe2 sayang, mari kita balik, mandi pastu salin baju bersih.

mama pecut kete, 5 minit dah sampai rumah. mandikan dia, salin baju dan soh dia minum air panas, sapu minyak kat perut dan belakang badan. pegi sekolah semula..bawak tuala dan baju seluar spare sekali..petang tak p sekolah gama, tidur. kol 3:00 ptg amek akmal kat sekolah..dia pun ngadu sakit perut jugak, 3x p tandas. kenapa ye..?? tak pernah terjadi mcm ni..mama terpikir2 kenapa ye..?? sarapan mama tak menepati piawaian kot..ada keracunan pd kicap kot atau roti dah expired ke..??

mama dapat info ttg cirit-birit..:-

cirit-birit adalah sejenis penyakit yang sering kali dihidapi oleh anak-anak kecil. sejumlah besar kematian anak kecil di kawasan luar bandar adalah disebabkan oleh penyakit ini.

punca

makanan yang tidak seimbang, tidak sesuai dgn anak atau jangkitan kpd saluran penghadaman. lalat juga membawa bakteria. sekiranya menjangkiti saluran penghadaman, ia boleh menyebabkan ceret-beret.

kesan buruk buat anak

anak akan kehilangan banyak air. anak boleh mendapat demam.

tanda awal dehidrasi

kehilangan berat badan
kehausan
mata yang cengkung
mulut kering

tanda-tanda berbahaya

air kencing sedikit
ubun-ubun tenggelam
kulit kurang kenyal

* segera ke klinik berdekatan..dapatkan ubat.
hari ni..akmal dan hani hanya makan roti dan minum air je..tak lalu makan nasi.
mama dan papa pun tak makan nasi juga, takde selera..ikan duri masak asampedas
simpan dlm freezer..:(

Wednesday, April 7, 2010

demimu..putera-puteriku..

sepanjang minggu lepas, mama sibuk berkursus dan bermesyuarat..namun segala persediaan di rumah tetap mama juga yang lakukan..

mama mcm biasa tetap bangun pagi, masak utk sarapan pagi dan utk tengahari sekali..segala barang sekolah utk puteri bongsu mama ni pun mama kene siapkan jugak..alahai sayang, cepatlah diri mu pandai berdikari ye.."mama, barang hani semua dah ada dalam beg ke..? tudung sekolah gama dah gosok..?? " itulah ayat glamer dari mulut comel puteri bongsu mama ni setiap pagi dan setiap hari..sampai mama dah hafal ayat tu, bila dia stat buka mulut, semua dah siap sayang tp jawab dlm hati je..dah malas nak jawab..hani hanya perlu lihat senyuman mama je tanda semua di tanggung beres..tiap pagi nak gerak ke sekolah macam orang nak balik kampung..!! beg sekolah pagi, beg sekolah agama,baju n tudung sek agama,beg mama, laptop mama, handbag mama, beg bekal nasi mkn tghr hani, botol air pagi dan ptg.. wah, banyak betul nak bwk..!! adoi..namun demi kamu peteriku..

hmm..bila waktu malam terasa semua urat2 dan tulang2 anggota badan mama ni sengal2 dan bisa. agaknya banyak sangat minun ais. bawak bekal air mineral 2 bolol besar , rehat minum milo ais, masuk bilik kak siti buat air sirap limau ada ais juga..lepas mesyuarat ada jamuan air pun teh ais jugak..em asyik ais je..adoi, dah sakit sana sini pulak ni..mama ni mudah migrain, cuaca panas di luar dan aircorn di dalam..huh memang cepat sakit kepala..nasib baik papa seorang yang prihatin lg penyayang, selalu akan memicit kepala mama tanpa di pinta..terima kasih, sayangku..

hani sedih keluar air mata bila dengar mama beristighfar berlagu2 dan mendayu2 semasa memandu kete balik sekolah, mama bukan apa malas nak dengar radio.. baik mama berzikir dan boleh rasa tenang waktu tengahari yang panas ni..teringat cite cg shikin, dia kata cuaca di mekah 51 darjah..hah..!! masyaALLAH.., panasnya.!! YA ALLAH..YA ALLAH. sesungguhnya aku takut siksa api neraka mu..ya allah...!! dan sesungguhnya aku tak layak ke syurgamu ya allah...ampuni la segala dosa2 ku....mama selalu merintih2 gitu bila beristighfar..tak sangka pulak bila toleh sebelah..hani puteri bongsu mama ni tengah berjurai air mata tersedu2 menangis..eh nape nangis ni sayang..?? demam ke..?? banyak kerja sekolah ye..?? ala nanti mama tolong ajar eh...hmm..tak nak nangis la..

rupanya..hani sedih. dia sangka mama sakit pulak. nape mama..?? mama sakit ke..?? kalo mama pening kepala cane nak balik rumah ni..berhenti dulu la tepi jalan ni eh..mama senyum dan rasa sangat dihargai..anak sekecil ini begitu prihatin tentang kesihatan mama..demi mu puteriku..mama akan jaga kesihatan sebaik mungkin..YA ALLAH..ku pohon kepadamu pinjamkan lah diriku ini umur agar dapat diriku menjalankan dan menjaga amanah mu ini dengan sebaik mungkin..ya ALLAH

waktu malam, mama terjaga kerana ingatan yang teramat sangat kepada puteri sulung mama.. padahal bukan mama tak biasa berjauhan tapi kerana telah melepaskan tanggungjawab kepada orang yang lebih berhak iaitu suaminya...semoga puteri sulung mama menikmati kebahagiaan dan sentiasa di dalam barkah ALLAH selagi ada usia di kandung badan..semoga menjadi isteri yang soleh dan sentiasa menjadi menyejuk hati suaminya di setiap waktu.. kini mama tak bimbang lagi dengan sape dan ke mana dirinya berada sebab telah ada orang yang lebih layak menjaganya..mama hanya akan tetap mendoakan dirimu sentiasa beroleh kejayaan dan kebahagiaan dunia hingga akhirat..kini dirimu telah pun terlepas dari kehidupan masalalu mu, teruskan dengan kehidupan masa akan datang mu dengan sebaik mungkin. jadilah isteri solehah dan juga sahabat sejati kepada suamimu..insya ALLAH..kasih mama tidak berhenti di sini tp berterusan spt air sungai yang mengalir..

di tengah malam ini jugak. mama renung wajah kecil puteri bungsu mama ni..alahai si kecil ini pun dah semakin besar.. ohh mama rasa dah tua dan banyak kerenahnya mama tak terlayan..dia lah teman dan penghibur mama masa kini dengan keletah dan telatah murainya itu..terima kasih ya tuhan kerana memberi puteri kecil ini di usia awal 40 an ku..kini dialah pengganti kepada puteri sulungku, pengubat rindu kepada si sulung yang semakin sibuk dengan dunia barunya..

agaknya beginilah perasaan seorang ibu bila anak daranya disunting sang teruna..rasa kehilangan dan keseorangan,rasa seperti hilang seorang kawan baik yang selalu mengadu dan bergaduh,yang selalu merajuk dan suka dipujuk,yang celotahnya tak habis walau 2 hari bercakap tanpa henti,yang pakaian luar dan dalamnya semua mama yang setelkan..hari ini semua tugas tu, dah beralih kepada sang suami..harap sangat menantu mama dapat nenerima dan melayan puteri mama dengan seikhlas hati.jaga la puteri mama ini seperti kamu menjaga nyawa dirimu sendiri..mama dah free, dah tak tau nak buat apa ibarat kata mcm dah selesai tugas, dah takde lg masej2 dan panggilan suara manja darinya..mama redha dan ikhlas,semoga dirimu sentiasa di dalam redha ALLAH jua anakku..

rindu pada anak teruna yang membawa hati yang lara dan merana sampai membawa diri entah ke mana, sanggup tinggalkan pekerjaan, rumah dan keluarga di sini.doa mama tidak pernah luput..andai dirimu di dalam kesusahan, pulang lah anakku. mama dan papa menunggu dirimu di sini..semoga cepatlah ALLAH sembuhkan hatimu yang luka itu dan tutuplah segala rasa sedih yang menguasai diri..

sesungguhnya, doa dan ingatan seorang ibu tetap utuh kepada setiap anak wp tak pernah diucapkan. doa mama buat putera-puteri mama tiap solat 5waktu..tak pernah terlupa termasuk menantu mama.. semoga putera-puteri serta menantu mama semua di dalam lindungan ALLAH hendakNYA tak kira di mana jua..semoga kalian sentiasa di dalam kesihatan yang baik,di berikan ilmu yg bermunafaat dan di murahkan rezki yg melimpah ruah, insyaALLAH. AMIN..YA RABBAL ALAMIN..

kebelakangan ini..rindu mama pada rumah ALLAH sangat mendalam..ya ALLAH kau jemput lah aku ke sana sekali lagi..kau berilah daku kecukupan utk segalanya..setiap manusia punya impian dan cita2..inilah impian mama utk ke baitullah sekali lagi..insyaALLAH bersama putera-puteri dan menantu mama..demimu putera-puteriku akan ku jaga kesihatan diri sebaik mungkin..ALLAH MAHA MENGETAHUI SEGALANYA..
ADIL LAGI SAKSAMA..insyaALLAH.

begini la adanya..agak emosi sikit diary mama kali ini..siap meleleh air mata kerinduan kepada sang anak..:(

begitu la..hati perempuan..agaknya hormon tak balance kot..tah la, emm..

Tuesday, April 6, 2010

Integriti.. 5.4.2010

salam semua.. :)

hmm...seronok betul semalam mama p seminar ..tajuk fuh..!! memang gempak ..Integriti tu...dengar tajuk je, macam dah nak ngantuk je dengar, tu belum lagi duduk dalam dewan. haha..jangan main tau..dewan jubli intan lagi tu..wah macam hebat je mama ni ek..tengok kaki la beb..!! hehe, mama ni saje je buat2 low porfile tp tengok sape tu kawan2 mama ni..haha para2 pengetua, guru2 besar tak lupa juga guru2 yang berbadan besar..hehe jangan terasa lak ko zawiah dan juga foziah..hehe kenyataan per..ahakz.

pagi2 p hantar hani kesayangan buah hati pengarang jantung dan bujang jambu ke sekolah dulu..pastu bawak bespren kak foziah ke jubli intan tepat 7.30 pagi..seminar kol 7.45 pagi..tu ada integriti ke tu..?? hehe adala gak'y 50% integriti dlm diri..huh hampeh je ek.apala nak jadi PK ni ek..haha nasib bek org tak tau apa tu integriti..ho hoiii..hahah..

sesampai je kat dewan jubli intan tu..2x kene round apa lagi cari parking la..dah lambat nak park kat depan2 mana de ek..tp memang betul la..kalo keluar rumah dgn zikrullah..ALLAH pasti bersama walau dimana jua ek..hehe..macam di sedia2 je 1 park kosong utk mama, betul2 depan dewan dan memang muat2 je kete kecik mama ni masuk.. barakallah..alhamdulillah..haha kesian diorang tu sume sampai parking depan pejabat pos tu..siap dapat surat saman wane merah lagi dari MDP..takpe2 boleh klem dgn JPNJ nanti..

dah la daftar lambat, tengok jadual..fuh punya la dasyat..!! takde rehat tu..huhu :(
takpe2 apa2 hal, kita minum dulu..cari teh dan 3biji kuih..umph buat alas perut.. buatnya lapo jap g..ha sape nak jawab ek..em, buat muka cantik je makan minum tu..nak wat cane..kesihatan diri sendiri kene jaga ni..

tepat 8:00 pagi, ceramah 1 terus mula..dasyat tu bukan calang2 orang semua pengarah2 ni nak bercakap. prngarah IIM,pastu kaunselor dari kementerian pastu pengarah BPG..tepat kol 1:00 terus balik-bersurai..wah,memang boleh pecah kepala la!!

hmm..dapatan yang mama perolehi dari seminar tu ialah mama dapat keyakinan yang jitu untuk memperbaiki mutu perkhidmatan mama dan akan cuba sentiasa dalam keadaan betul agar mereka yang di bawah pengawasan mama berada di landasan yang betul..insyaALLAH

"di kaki langit, sang pohon bertarung dengan sang ribut yang semberono. sang angin mencabarnya, tetapi menghilang sekelip mata,putus asa sebab bertembung dengan keutuhan dan ketinggian sang pohon. pokok itu kekal berdiri, seraya matahari terbenam ke bumi. malam dan siang silih berganti,tiada apa dapat menewaskan pokok ini"

insan yang berintegriti berdiri teguh umpama pokok ini. bertunjangkan nilai-nilai murni, insan ini tidak akan tunduk kepada desakan dunia. sifat-sifat yang dipupuk dengan prinsip2 mulia, dan keyakinan untuk melakukan perkara yang betul menjadikan mereka stabil dan selamat dalam apa jua keadaan sukar yang datang melanda..

integriti bagaikan pokok yang berdiri teguh di hutan.akarnya dalam, menunjangi yakni menyokong batang pokok yang besar lagi tinggi yang mempunyai rimbunan dedaun menghijau bagai mahkotanya. Ia berbunga bersama buah-buahan yang merimbun, dengan warna cantik berkilat, ranum dan sedia menaburkan benihnya. unggas dan haiwan lain mencari tempat yang selesa di dahannya yang selamat..

'ukuran muktamad bagi seorang insan bukan terletak pada bagaimana pendiriannya tatkala dia mengalami keadaan selesa dan mudah, tetapi pendiriannya ketika saat yang mencabar dan penuh kontroversi.'

selepas menghadiri seminar ni..otak mama kembali positif dgn anak2 murid yang miskin dan daif lagi naif ni..keadaan ibubapa mereka yang memang tidak mampu untuk menyediakan peralatan dan kemudahan bg anak2 ini..juga tentang disiplin guru2 muda yang mendapat posting di daerah luar bandar sebegini..tentang ketidak ikhlasan mereka mengajar mencurahkan ilmu dan bakti demi anak didik nusa bangsa ini..tentang berkiranya mereka guru2 baru dan muda ini untuk mengajar kelas2 tambahan di waktu petang..apalagi jika tiada sebarang imbuhan..huh alangkah ruginya negara melatih para guru yang hanya berkira tentang imbuhan, bagaimana nak kenang jasa guru jika guru sendiri tidak ada keikhlasan di hati..?? mama memang emosi kalo lihat guru baru yang tiada wibawa dan tiada ketokohan langsung..!! huh..mcm hampeh kalo lembek, kawal kelas tak tau..disiplin diri pun tak terjaga, datang lambat balik cepat, banyak masalah peribadi, takde komitmen pada tugas, buku rekod mengajar tak buat dgn alasan tak tau dan tak diberitahu..hoho memang boleh naik darah la..asyik menyalahkan orang laaaaaainn je tahunya..

itula namanya takde integriti diri..ewah2 dah berleter la pulak ek..hehe

jadi nak ada integriti dalam diri, keluarga dan komuniti..ibarat pohon,kene la jaga dari akar hingga ke buahnya..

begitu la..adanya..insyaALLAH..