Thursday, June 24, 2010

sakit hati..?? kan ada ALLAH..!!

salam semua..

MERINTIH PADA TUHAN....

waktu kita kecil dulu, selalu ada ungkapan. 'kan ada mak...'

hari ini kita mesti mempunyai ungkapan yang harus didengungkan bila-bila dan di mana-mana saja. ketika susah mahu pun senang, mestinya kita mengatakan ..
'kan ada Allah..'

saat kita disakiti, saat kita marah, saat kita dikhianati, segera katakan, 'kan ada Allah..' siapa lagi yang boleh membalas dengan adil kalau bukan ALLAH..?? siapa lagi yang boleh meredakan marah kita kalau bukan ALLAH..?? siapa lagi yang selalu bersedia menerima keluhan, rintihan, sungutan, bebelan kita, bila-bila dan di mana-mana saja kalau bukan ALLAH..

ayuh, daripada ngomel-ngomel sendiri, segeralah katakan, 'kan ada ALLAH..!!

BAGAIMANA NAK MENGURUSKAN RASA SAKIT HATI,,??

Allah dan Rasul-nya telah mengajar kan cara-cara tersendiri yang boleh menjadi penawar apabila diamalkan..

1. MUHASABAH ( PERIKAS DIRI BETUL ATAU TIDAK )

2. MENJAUHKAN DIRI DARIPADA SIFAT IRI, DENGKI DAN BERCITA-CITA

3. MENJAUHKAN DIRI DARIPADA SIFAT AMARAH DAN KERAS HATI

4. MENUMBUHKAN SIFAT PEMAAF

5. BERPRASANGKA BAIK

6. BERSIKAP IKHLAS

tidak kira siapa pun kita, peguam, guru, profesor, tukang kebun, ahli muzik, saintis dan sebutlah siapa saja..kita semua tentu pernah mengalami sakit hati dalam hidup ini. baik dalam keluarga, berteman mahupun masyarakat. sama seperti sifat sedih dan gembira, rasa yang satu ini adalah suatu kewajaran dalam kehidupan sebagai manusia. apalagi, mengingatkan manusia ialah makhluk sosial, yang dalam setiap interaksinya tidak terlepas daripada melakukan kesilapan..

ISLAM punya kaedah jitu untuk meredakan amarah. jika marah dalam keadaan berdiri, segera duduk. jika saat duduk, segera berbaring. jika masih marah, ambil wuduk. kalau masih juga marah, solat dua rakaat dan tumpahkan sakit hati pada ALLAH saja..


insyaALLAH..ALHAMDULILLAH.


sekian..

* sayang..

taknak marah2 ye..:)

Sunday, June 20, 2010

saya kah yang bersalahh..??

salam semua..

hari ini saya mendengar suatu berita dan cerita yang begitu menyedihkan serta mengguris hati saya yang paling dalam...

aduhai..

mengapakah setelah begini lama dan dah terlalu lama, baru hari ini saya mengetahuinya.

masih segar di dalam memori saya, ketika menjaga arwah emak di HSA.. saya bergilir-gilir bersama ayah dan 3 orang adik2 perempuan saya.. saya mengambil giliran menjaga sebelah petang hingga malam. keesokan pagi saya akan ke sekolah tempat saya bertugas seusai solat subuh. ketika itu puteri sulung dan 3 adik nya, saya titipkan di rumah pengasuh.

urusan rumahtangga saya kongsi bersama suami yang begitu prihatin dan bertanggungjawab menggalas tugas yang tidak dapat saya penuhi. begitu juga kpd anak-anak yang saban malam terpaksa tidor dgn papa mereka. setiap pagi papa mereka akan hantar ke rumah pengasuh. puteri sulong saya juga akan diurus oleh pengasuh ke sekolah pagi dan sekolah agama.

saya memang seorang yang dominan, senang cerita -kena ikut ckp saya la-
adik2 saya semua memang menjadikan diri saya bagai dahan yang kukuh tempat mereka berpaut. malah ayah saya juga bergantung kepada semangat yang kuat dalam diri saya.sehinggakan tiap kali berjumpa dgn doktor ttg perkembangan kanser arwah emak pun ayah mesti ajak saya bersama. pendek kata saya lah kekuatan utk ayah dan adik2 semua.

sebenarnya, saya sangat ikhlas dan sangat kasih kpd emak. apa pun saya sanggup lakukan untuk emak. semasa pembedahan pertama emak, ayah minta kptsn saya walhal sepatutnya ayah lah lebih berhak buat kptsn..ayah akan ikut apa pun cakap saya. saya memang permata hati ayah dan emak berbanding anak2 yang lain. sehinggakan ketika emak menutup mata selepas azan zohor, ayah tiada di sisi emak hanya saya dan anak2 di kiri kanan emak..

saya buat keputusan tidak mahu emak diuruskan pihak HSA, saya nak emak diuruskan oleh ahli keluarga dan rakan2 masjid di balai dakwah..saya sendiri hubungi pihak polis merayu membawa jenazah emak ke pontian. ayah di mana ketika itu..?? adik2 di mana ketika itu..?? kawan2 dan sedara mara emak semua akur dgn keputusan saya. adakah saya pentingkan diri sendiri..?? saya juga minta saudara tua agar menyiapkan segala urusan pengkebumian di pontian.

segalanya berjalan dgn teratur dan molek, suasana tenang dan lancar. ayah dah tiada teman di sisi. adik2 menangis sedih hanya saya begitu tabah. saya mohon cuti 3hari dan mc 2hari.sesungguhnya hati saya begitu hancur dan luluh.saya tiada teman untuk mengadu lagi..saban malam saya menangis hiba sambil mengalunkan bacaan al-quran utk emak namun siang hari saya seperti sedia kala.. agak lama saya merana begini.

kehidupan harus diteruskan, saya berulang-alik ke pontian setiap hujung minggu. saya mempunyai suami yang sangat memahami diri saya. saya juga membawa 2 adik kecil bersama. saya berazam utk menjadikan meraka 'orang yang berguna'..

alhamdulillah, barakallah..kini adik2 saya telah punya kerjaya dan keluarga masing2. sehingga kini kesemua mereka masih berkongsi suka duka cerita kehidupan kpd saya. saya bahagia begini..bukan wang ringgit atau pun harta, hanya sedikit ingatan mereka buat diri saya dan saya sangat mengambil berat ttg mereka agar ukhwah antara saya dan adik2 semua sentiasa erat..

namun,
rasa bahagia saya sedikit tergugat dengan berita dan cerita setelah ayah kembali ke rahmatullah..
saya dituduh terlalu dominan.. oh, benarkah..??

oh, ayah...sesungguhnya rasa rindu di hati ini masih lagi berbekas..
saya menyimpan rasa rindu ini dari mula ayah nikah utk kali ke-2..ayah meminta izin saya utk menikah lagi..salah kah saya mengikut kemahuan ayah..?? adakah saya penting kan diri sendiri..?? saya dikata dah tak sanggup utk menjaga ayah..

aduhai...hati saya rawan tiada siapa yang tahu..

saya dikatakan terlalu dominan..adik2 terlalu mengikut segala kata2 saya..
benarkah..?? benarkah begitu..?? adik2 saya selalu datang mengujungi dan bertanya khabar berita kesihatan diri saya..kami terlalu rapat..tiada sebarang cacat cela mereka di mata saya..mereka ikhlas datang menjenguk saya di sini, tiada paksaan dari sesiapa pun..tiada sengketa antara kami..

namun, mengapa ada yang hasad dan dengki kepada tali persaudaraan antara kami ni..?? mengapa kah saya yang dipersalahkan..?? adakah kerana dominan diri saya ini menyakitkan hati dan mata orang yang memandang..?? saya kah yang bersalah..??

sesunguhnya, saya sangat ikhlas dan berharap ukhwah antara kami sekeluarga sentiasa utuh dan erat sehingga saya meninggalkan dunia yang fana ini..saya selalu mendoakan agar berakhirnya kehidupan kami sekeluarga di dalam husnul khatimah..insyaALLAH.

beristighfar la selagi boleh bernafas lagi..
sebagai hamba kepada tuhannya, pohonlah ampun setiap hari..

alangkan nabi, yang benar pasti syurga tempatnya.. beristighfar 70x sehari..
apalagi kita yang serba kekurangan dan daif imannya ini..sekurang2nya 100x la ye..

aduhai insan..

JAGA LAH HATI kita supaya ia bersih dpd perasaan yang tidak baik.

insaf lah..

Wednesday, June 9, 2010

tart telur

pastri

3 oz mentega
2 oz gula kastor
1/2 canca teh esen vanila
1 biji telur, dipukul sedikit
5 oz tepung gandum- ayak
1 oz tepung naik sendiri - ayak

cara

1. pukul mentega, gula kastor dan esen sehingga ringan dan berkrim.
2. masukkan telur yang sudah dipukul sedikit. pastu pukul lagi kuat2
( hehe :)
3. ayak tepung ke dalam adunan.
4. kacau dan balikkan dengan cermat dengan menggunakan senduk kayu.
5. dgn menggunakan hujung jari, perlahan2 gaul adunan sehingga menjadi
doh yang licin.
6. masukkan doh dlm beg politin dan dinginkan selama 1 jam.
7. torak adunan dan terap bulat dan muatkan ke dalam acuan tart.
( em, wan dan su dah tengok kan camana acuan tu.)
8. cucuk dasar dan dgn garpu utk mengelak pastri dari naik mengambang semasa di
bakar.
9. bakar 12-15 minit seh
ingga perang. sejukkan sebelum di keluarkan dari acuan.
10. masukkan inti dalam acuan pastri.
11. bakar 5 minit lagi..( kalo tak nak bakar pun boleh terus simpan dlm peti sejuk)

inti krim pastri

2 biji kuning telur
4 oz gula kastor
2 oz tepung gandum
2 caan susu
1/2 camca teh esen vanila

cara

1. pukul kuning telur dan gula kastor hingga putih.
2. masukkan tepung yang sudah di ayak.
3. didihkan susu dgn perlahan2. masukkan ke dalam adunan kuning telur.
4. masukkan vanila.
5. masukkan adunan susu dan kuning telur ke dlm periuk dan kacau atas api sederhana
panas sehingga adunan mendidih dan pekat.
6. sejukkan..

em..resepi tart telur ni permintaan wan dan isterinya suraya..

haii..bila si isteri mengandung..
si suami pulak yang sibuk cari resepi yek..
macam2 ragam dunia pasangan muda ni..
boleh pulak wan yang nak masak benda2 mcm ni ek..
:) hehe

sukati korang la yek..
yang penting, bahagia..bahagia..

seronoknya lihat pasangan bahagia..
hmm...