Wednesday, June 13, 2012

Sheperd Pie Mok De

Bahan inti (bawah)
1 bungkus daging cincang (pastikan HALAL)
1 tin kecil tomato puri
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3 sudu besar sos cili
1 cawan mix vagetable
secubit garam dan gula
serbuk lada hitam
serbuk oregano

Cara membuat
1.  Potong dadu bawang besar dan bawang putih.
2.  Basuh dan toskan daging cincang.
3.  Tumis bawang yang telah dipotong dadu hingga naik bau.
4.  Masukkan tomato puri, sos cili, mix vagetable dan daging cincang.
5. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk oregano, secubit garam dan gula.
6. Kacau hingga daging masak.
7. Ratakan di dalam loyang @ corning ware.
8. Biarkan sejuk.

* Boleh juga gantikan tomato puri dengan Prego (jika suka)

Bahan lapis atas
5 biji kentang US (RM2.00)
cheese mozarella
cheese parmesan

cara membuat.
1.  Potong dadu dan rebus kentang hingga empuk.
2.  Angkat dan toskan.
3.  Lecek kentang hingga hancur.
4.  Masukkan sedikit cheese mozarella.
5.  Gaul sebati.
6.  Tabur cheese mozarella di atas kentang.
7.  Tabur cheese parmesan memenuhi semua ruang atas mozarella tadi.
8.  Ratakan di atas daging cincang tadi..tutup semua permukaan inti daging tu..
9.  Bakar 180C selama 10-15 minit @ kekuningan..
10. Siap untuk dihidangkan bersama kopi panas..
11. Hidangan ringkas kudapan petang..

* jika nak guna cheesedale yang keping2 tu pun boleh juga..
   potong jalur2 pastu susun ikut suka di atas kentang..
   pun sedap juga..

   Sayang..
   sila la cuba ye..
   pasti menjadi punya.. :) hee

Thursday, June 7, 2012

Seri Kaya Pandan Mama

bahan

10 biji telur
800 gm gula
2 biji santan pekat (pati)
5 helai pandan (ikat)

Cara membuat
1.  gaul sebati gula dan telur.
2.  kukus @ masak secara double boil hingga pekat.
3.  masukkan pati santan dan daun pandan .. kacau.
4. kukus lagi @ masak secara double boil n kacau hingga pekat..
5.Tuang dalam  botol n sejukkan (gunakan kipas angin..cepat sikit..:D haha )
6. Taa..daa.. dah siap..!!
7. hmm..hmm..senang je ek..:D
8. makan le dengan roti naik gebu mama tuu..

pasni..takyah le beli kat kedai ye..
senang je kalau nak buat sendiri ,kannn.. :D
hmm..ingat,
air tangan isteri yang penuh kasih sayang buat suami n anak2 ye..

selamat mencuba..!!


Roti Manis Gebu

Bahan A
2 biji telur
1 cawan gula pasir
2 cawan air suam
1/4 cawan susu pekat
1 bungkus mauripan

Bahan B
1 cawan mentega
1 kilogram tepung gandum

Cara membuat
1. Putar telur dan gula hingga kembang.
2. Masukkan susu pekat dan air suam. putar lagi.
3. Masukkan mauripan.
4. Dalam mangkuk adunan, masukkan tepung gandum.
5. Masukkan mentega, gaul dan ramas hingga rata.
6. Masukkan bahan A ke dalam adunan tepung.
7. Uli hingga menjadi doh dan tidak melekat di jari.
8. Tutup mangkuk adunan hingga doh naik sekali ganda.
9. Uli lagi dan tutup semula.
10. Ulang proses 4 kali..
11. Bakar 170C selama 20 minit..
12. Keluarkan dari oven..sapu mentega n tabur gula pasir
13. Taa..daa..ready to eat..
14. sabar..panas tu..taknak gelojoh ye.. :D hehee..
15. sejuk kan dulu..

Selamat mencuba..

InsyaALLAH.. pasti menjadi..
Roti naik ni tahan selama 4 hari..
Sedap dimakan begitu sahaja..
nak sedap lagi, sapu la dengan sekaya perisa pandan..
hmm..hmm..memang sedap n menjilat jari.. :D

Sayang..
cuba la buat ye..
air tangan isteri,
buat penambat kasih suami dan anak..