Saturday, June 15, 2013

creamy mushroom soup

Bahan-bahan ( dapat 1 periuk besar.periuk nasi 6pot )

  • 2cwn tpg jagung
  • 2/3 kiub ayam (1kpg dada ayam direbus dgn sedikit air dan garam-isi ayam disiat2)
  • 1cwn jus saleri (btg sup yg besar)
  • 1 tin susu cair
  • cendawan btg fresh/kering/tin (blh juga gunakan cdwn lain spt tiram-diptg dadu)
  • air ikut kepekatan (agak2)
  • *jika suka boleh tambahkan bwg besar,sosej yg didadu kecil,sayur campur 

Cara-cara

  1. masukkan kesemua bahan kecuali susu cair
  2. didihkan dgn api yg perlahan.kacau untuk elakkan tepung berketul/berkerak di bahagian bwh
  3. akhir sekali masukkan susu cair.biarkan mendidih
  4. sedia dihidang...boleh dimakan bersama roti/dimakan begitu sahaja

    # anak2 suka sangat sup ni..
       saya suka masukkan makaroni dalam mushroom soup ni..
       saya juga suka masukkan kepingan cheese..
       rasanya lebih creamy dan ummphhh..!!

Roti Jala Pak Hamid

Bahan-bahan 

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 camb minyak masak
  • 1 camt garam
  • sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 3 cawan air/santan/ susu segar

Cara-cara

  1. Blendkan semua bahan di atas hingga sebati.
  2. Kalau nak tahu adunan dah boleh jala ke belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.
  3. Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.
  4. Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah dal atau kari ayam. Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak. Cubalah.

    # sebenarnya setiap pagi sabtu, saya selalu berdating  dengan kekasih halal di gerai Pak Hamid.. :)
       buat apa..??
       menikmati sarapan pagi, menu roti jala dia laa... :D he he

karipap pusing

Bahan-bahan ( menghasilkan lbh kurang 60 biji )

  • *Doh berminyak* :
  • 150 gm (margerin + shorterning atau2 apa jenis minyak sayur) ** saya dah removed bhn crisco
  • 300 gm tepung gandum
  • ....................................
  • *Doh biasa*:
  • 700 gm tepung gandum
  • satu sudu kecil garam
  • air (anggaran dlm 2 cawan, klu doh lembik tambah sdkt tepung )

Cara-cara

  1. Sila lihat gambar langkah demi langkah di bawah.
  2. Karipap1
    Step 1 : margerine + shorterning, di uli dgn 300 gm tepung .. uli hingga doh licin dan tidak melekat.
  3. Karipap2
    Uli doh sampai seolah2 berminyak. Klu penat nak uli yg doh besar uli yg kecik2 lg cepat. Klu tak uli dgn betul nanti doh seolah2 pecah tu bila goreng nanti doh karipap jd mcm berderai. Jadikan kepada 8 doh.
  4. Karipap3
    Step 2 : 700 gm tepung gandum + air + air garam.
  5. Karipap4
    Uli hingga licin juga ikut spt step 1 dan bhgkan kpd 8 doh.
  6. Karipap5
    Step 3 : Ambil doh biasa canaikan sedikit jgn besar sgt dan letakkan doh berminyak di atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar.
  7. Karipap8
    Step 4 : Ambil doh yg telah di jadikan satu tersebut dan terap/canai hingga nipis saiz seperti saiz roti canai(lihat gambar dibawah). Belah tengah dan ambil satu bahagian kemudian golong seperti menggulung tikar. 
  8. Karipap10
    Step 5 : Setelah itu, anda akan dapat 2 doh golongan tikar. Ambil satu doh golong tikar dan canai/terap lagi dalam keadaan melonjong hingga nipis dan berhati2 semasa mencanai ni.. biarkan btknya lonjong )spt gambar dibawah), kemudian golong semula spt gulungan tikar dan ikut langkah seterusnya . (Proses menggolong adalah sbyk 2 kali di sini).
  9. Karipap12
    Step 6 : Doh yg telah di gulung kali kedua kemudian di potong kpd 4 bhgn. Terpulang kepada masing-masing hendak potong berapa bahagian, bergantung kpd saiz doh yg telah di gulung.
  10. Karipap13
    Setelah doh di potong, canaikan semula (seperti cara membuat karipap biasa) dan letakkan inti karipap. Kemudian klim seperti biasa.
  11. Dah siap dan nampaklah jalur gemilang karipap tu. Boleh di simpan di dalam peti sejuk selama seminggu.
#  saya adalah peminat tegar karipap pusing ni.. :) he he
    dah dapat resepi ni..
    apa lagi..
    cuba laa..

Friday, June 14, 2013

Mee Rebus Johor

http://www.eresepi.com/wp-content/uploads/2011/03/meerebusjohor.jpg 
Bahan-Bahan
1 kilogram mee kuning dan dicelur
300 gram taugeh
2 tangkai daun sup dan dihiris
2 tangkai daun bawang dan dihiris
8 biji cili merah dan dihiris
4 keping tauhu goreng dan dihiris
Sedikit bawang goreng
6 biji telur dan dibelah
6 biji limau kasturi dan dibelah
Bahan Penumis Dikisar
2 sudu besar ketumbar
8 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
18 tangkai cili kering
1 sudu kecil jintan kasar
1 sudu kecil jintan manis
Bahan Kuah
300 gram daging dan dicincang
200 gram tetel dan direbus
300 gram keledek dan direbus
250 gram udang basah
5 sudu besar taucu
1 cawan kacang tanah dan ditumbuk halus
1 batang serai dan diketuk
2 sentimeter lengkuas dan diketuk
½ cawan minyak masak
Garam, gula dan air secukupnya
Cara Penyediaan
  • Panaskan minyak masak dalam periuk.
  • Tumiskan bahan penumis hingga garing.
  • Masukkan daging cincang, tetel dan udang.
  • Gaulkan supaya bercampur rata.
  • Masukkan kacang tanah, air, garam, gula dan taucu. Kacau selalu supaya tidak hangit.

kek kukus horlick

Bahan-bahan ( ada guna loyang kecil )

  • mentega 250gm
  • telur 5 biji
  • esen vanilla sedikit
  • seri kaya 120 gm
  • susu pekat 1 tin
  • serbuk susu horlick 100 gm
  • tepung gandum 200 gm
  • dua pewarna

Cara-cara

  1. Pukul mentega dengan susu pekat.
  2. Telur pukul berasingan.
  3. Masukkan telur ke dalam mentega.
  4. Tepung dengan serbuk horlick digaul.
  5. Masukkan kaya dan esen vanila ke dalam mentega.
  6. Masukkan tepung dan serbuk susu horlick ke dalam adunan.
  7. Kacau adunan hingga sebati.
  8. Bahagikan kepada tiga bahagian dua warna yang berlainan.
  9. Pict0456

Mee Rebus

Bahan-bahan ( 6-8 orang makan )

  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 10 tangkai cili kering
  • 1/2 kilo ubi keledek
  • 1 cawan kacang tanah
  • 2 sb sos tomato
  • 2 sb cuka makan
  • 1/2 kilo daging tetel
  • 1/2 kilo tulang daging
  • 2-3 biji ubi kentang
  • 2 sb kicap lemak manis
  • gula, garam, perisa

Cara-cara

  1. rebus daging dan tulang hingga empuk
  2. rebus keledek hingga empuk , sejukkan kejap kemudian blender.
  3. ubi kentang potong 2 , hiris nipis2
  4. tumis bawang merah, putih dan halia yg dikisar halus, lepas naik bau masukkan cili kering yg telah diblender.
  5. setelah pecah minyak , masukkan daging , tulang dan air rebusan sekali. masukkan juga keledek, kacang tanah dan ubi kentang.
  6. biar mendidih seketika, dan masukkan kicap, sos tomato, cuka, gula, garam dan perisa.
  7. kepekatan kuah terpulang, jika nak cair ckit tmbah air. gula kena lbh ckit, kuah nie rasa manis baru sedap.
  8. mee kuning celur dulu baru letak kuah
  9. bhn hiasan:- telur rebus, taugeh celur, sawi celur, tauhu goreng , bawang goreng, cili merah dan limau kasturi/nipis.

Mee Rebus Tulang

Bahan-bahan ( ramai2 leh makan )

  • @@ Utk Mee @@
  • Sekilo Mee kuning
  • Taugeh, lobak merah, putik jagung, daun sup + daun bwg, cili hijau
  • 4 keping Tauhu putih (digoreng)
  • 4 biji Telur rebus
  • ## Utk Kuah ##
  • 1/2 kilo tulang lembu
  • 1/2 kilo daging lembu (campur yg berlemak sket)
  • Sekilo keledek sayur (warna kuning~rebus dan lenyek)
  • 2 labu bawang besar (ditumbuk)
  • 5 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 5 batang serai (guna lebih sebab kat umah ade byk)
  • Seinci lengkuas (diketuk)
  • 3 sudu besar serbuk kari daging
  • 3 sudu besar taucu (x letak pun xpe)
  • 3 sudu besar udang kering
  • Minyak untuk menumis
  • Gula merah atau gula melaka
  • garam secukup rasa
  • 2 keping asam gelugor/keping

Cara-cara

  1. Rebus tulang dan juga daging sehingga empuk dengan menggunakan api yg perlahan dan air sebanyak 2 liter
  2. Didalam kuali yg berasingan, tumis bahan2 tummbuk sehingga wangi dan kekuning2an. Selepas itu masukkan serbuk kari, taucu dan juga udang kering. Tumis sehingga menjadi paste
  3. Campurkan paste ke dalam periuk rebusan daging dan tulang tadi. Masukkan keledek yg telah siap dilenyek dan juga asam keping. Perasakan dengan garam dan gula merah.
  4. Bila nak makan tu. celurkan dulu mee kuning. Masukkan bahan2 sampingan yang kite suka tadi tu. Letak le seberapa byk kuah dan juga isi2 yg kite mau. Lupa la... Jgn lupa taburkan bawang goreng utk lebih bau dan rasa yg enak. Selamat Menjamu Selera