Showing posts with label Persiapan Kahwin. Show all posts
Showing posts with label Persiapan Kahwin. Show all posts

Wednesday, February 10, 2010

telor pindang johor

bahan
telor ( ikut suka brp biji )
ketumbar - blend
jintan manis/putih - blend
garam kasar
kicap pekat
asam keping/gelugor
kulit bawang merah + putih
lengkuas
serai
daun serai
daun jambu batu
daun salam ( org johor je yang tau..)
daun betik
daun manggis
daun senduduk
daun lengkuas

cara
1.  basuh telor bersih2.- buang najis yang melekat pd kulit telor tu..
2.  susun semua daun2 yang ada selapis demi selapis.
3.  susun telor 'berdiri' di atas lapisan daun2 tadi higga penuh periuk.
4.  tabur asam keping, ketumbar jintan yang telah di blender serta garam.
5.  susun lagi daun2 di atas telor sehingga menutupi seluruh ruang
6.  ulangi proses sehingga memenuhi permukaan periuk.
7.  akhir sekali tuang kicap pekat dan tabur daun2 sehingga habis.
8.  tuang air hingga penuh.
9. rebus telor dengan api besar..
10.  setelah air rebusan panas, slow kan api kerana dikhuatiri telor akan pecah..
11. biar kan api slow sehingga pukul 12 mlm..jika mula pukul 10pg la..
12. matikan api.
13. esok pagi selepas subuh, hidupkan api semula, slow je tau..biar hingga 12 mlm jgk..
14. ulangi proses hingga 3 hari..


* papa dan anak2 mama semua suka sangat telor pindang ni, kalo buat sambal tumis telor pindang..alahai
   memang ummph..!! sedap sangat tau..
   pagi tadi, telor pindang mama dah naik atas api pukul 10 pg..pukul 9mlm tadi, mama dah try ambil sebiji
   nak tengok cane telor pindang mama tu..hmm, berebut2 yani dan hani nak cuba rasa..sedap tak, mama..??
   hmm..okey la ni sedap kan hani..kaklong rasa dulu yek.. emm..bau rempah dan aroma daun2 tu memang 
   menyelerakan..yummy..!!

* yani bimbang keluarga suaminya nanti kata..mama buat telor busuk la..hey ni bukan busuk ye nak..tp bau
   rempah la sayang..

* hey..pengantin takleh makan telor pindang banyak2 ye..hehe nanti keluar angin bau bucuk tau..haha hehe..

* merebus telor pindang ni memang unik sikit, sebab kene susun telor tu 'berdiri' tau..haha tentu takleh nak
   bayangkan cane tu..?? em kata nabil..' lu pikir la sendiri..' yek..pastu kene lapis dgn daun2 pulak, pastu
   susun lg telor, pastu susun lg daun, pastu telor..begitulah..hingga habis telor dan penuh periuk...hmmm adoi..

* InsyaALLAH..semua tetamu mama akan dapat telor pindang air tangan mama dan yani ni nanti..em sila la
   rasa takyah malu2..

Tuesday, February 9, 2010

persiapan kawin yani..

7.2.2010 ahad

salam..

SUBHANALLAH.. YA ALLAH..ASTARGFIRULLAHH....MASYAALLAHHH...

dah seminggu cuaca sangat menyengat..panas..!! masyaALLAH..astargfirullah.. hal azim.. al lazi la.. ila ha illa.. hu wal hayyul qayyum wa atu.. bu il lai yii..

banyak la berzikir ye..cuaca panas ni ujian kecik je ni..zikir..zikir..!! alhamdulillah hari ni hujan melimpah ruah..barkahnya bumi pontian ni..sejuk sikit cuaca, sesejuk rumah dan ahli rumahtangga mama..

kawan2 baik mama datang bersihkan keliling rumah dan lapangkan beranda depan rumah ni..pakcik dari kampong peradin dah datang pagi2 nak gali lubang untuk buang sisa sampah sarap nanti..maklumlah kenduri di kampung ni kena la buat persediaan dan persiapan yang lebih detail sebab majlis daerah pontian(MDP) tak datang kutip sampah kat kampung..taknak lah nanti banyak lalat berterbangan kerana bau sisa makanan..

banyak perkara dah dibereskan..alhamdulillah. seperkara lagi mama dah serah orang2 tertentu menjaga beberapa bahagian, senang kata macam jawatankuasa kerja la..hmm..nanti taknak la kecoh di sana sini..

8.2.2010 isnin

balik sekolah, mama yani n hani pusing2 bandar pontian lagi bak kata hj ipin..selagi belom selesai majlis, ada je kekurangan yang perlu dibereskan. singgah kedai azie ambil baju nikah yani..fuh..!!cantiknya..wow macam model tu..alahai memang comel anak dara mama tu yek..hehe :) ingat nak p tempah baner/banting tapi yani tu rasa tak selesa le pulak..em malu la tu nak letak gambo..hmm mama tak kisah. nampaknya mmg nak buat cara org kampung je le..letak bunga manggar dan arrow dan lokasi rumah pengantin di simpang jalan..xpe la ek, boleh je..

sampai rumah, nampak lori pak seli dah ada nak hantar periuk dan peralatan memasak..alhamdulillah. em, pastu fatah dan razak lak sampai hantar barang2 masak..wah hari ni mama rasa seronok je..senyuman tak lekang di wajah ni..:)

selepas isyak pulak, sebuah van lak hon..pon..pon..eh sape le bising tu.. eh, eh, anak2 buah amril la..hai apa hal nya..?? hmm..rupanya nak hantar barang2 pelamin..mama pandang yani..?? yani angkat bahu..tak tau..!!

jap g 'noni' pun keluar la suara jantan ala2 manja..kitorang nak pasang pelamin la kaklong..:)  hmm..mcm awal sangat la pulak..tp bior le..tak  basi pun..pok pek pok pek..dgn bebudak tu sambil mama jahit langsir mama ni..kol 11:00 malam siap la pelamin 'noni' tu..eh lom siap lagi..ada lagi suprise yang patut di buat esok malam..sebelum balik sempat lagi nak ambil ukuran body yani..eh mama la yang ambil ukuran tu..malam ni gerenti noni tak tido sebab nak jahit baju sanding yani..noni kata jangan risau gerenti ' meletup punyer' ..untuk anak buah first ni, memang special..ingat dah nak tido..jap g ada lagi bunyi pon..pon..eh, eh..nordin pulak..nak apa la nordin ni..esok pagi je la ko datang ye nordin..akak dah ngantuk ni..:)

ingat nak tido tp mama , papa dan yani nak test duduk atas kerusi pengantin tu dulu..haha :) teringat masa dulu2 duduk bersanding dgn papa.. hey rasa teruja la..

9.2.2010 selasa

hari ni hujan lebat sikit dari semalam..wp sekejap, lebatnya menakutkan. nordin dah datang pagi tadi. nasib baik yani buka pintu..kalo tak alamat la ko nordin, kena denda la tunggu kat luar. nasib nordin bawa isterinya..ha boleh la yani buka grill tu ek..haha..pernah kawan mama dulu datang rumah, yani tak buka pintu..

janji nak keluar lagi petang ni tp mcm malas la pulak. posmen datang hantar hadiah kawin utk yani dan jani..zahar, kak siti, ani dan ita pun datang jugak..wah diorang bawak hadiah utk mama la pulak..adoi.. nak soh mama melaram la tu dgn pakaian baru..hmm, apa2 pun terima kasih ye, kawan2..

ye zahar datang ni nak tengok lokasi tempat letak p.a system.ala amril soh guna microfon la masa acara akad nikah tu..hmm, semua nak dengar lafaz nikah suara macho menantu mama ni nanti..terima kasih kepada ajk keraian sekolah mama..sukarela melantik diri sendiri..juga kepada gubesor sekolah mama tu..makasih cikgu :)

ada lagi yang belom siap ni..bilik pengantin yang serba pink tu..hmm, semua orang suka ke warna pink..?? mama memang suka warna pink ni..warna kegemaran nabi..lembut, sejuk je..hati dan mata, romantik tu.. yani tu memang anak mama yang baik, dia betul2 suka ke warna pink..? atau putih..? hmm, mama yang tentukan langsir dan perabot di biliknya..kejam kah mama? alahai sayang..sori kalo sayang tak suka ye..mama tengok sayang ni seorang yang lembut, cantik, comel dan cengeng lagi..jadi sesuai la warna pink ni kn..hmm..esok lusa nak bawa pengantin mama ni buat special treatment..hehe..

esok pagi2 nak basuh telor yang kotor dulu..pastu orang2 pak seli nak pasang kemah masak dan orang2 amril pun nak pasang kemah tetamu..mama dah tentu la cuti sekolah sampai 18hb..hmm..rebus telor pindang kebanggaan orang johor. tentu orang perak kata kenapa telor ni warna coklat ek..bau rempah lagi, rebus selama 3hr baru sedap dan mesra rasanya..

eh, eh..ada lagi la. esok petang kena ikut yani p utm la pulak..ada majlis nak meraikan pembantu felo di kolej baru nya tu..em, mama rilek kat bilik dia je lah..alahai..terpaksa la jadi pembantu felo sampai bulan april je ye pastu dah nak ikut suami tercinta la pulak..selamat berbahagia anak ku..jadi lah isteri yang menyejukkan hati suami semasa dia suka dan semasa dia berduka..sentiasa menjadi isteri yang dirindui suami ye..

"  SELAMAT PENGANTIN BARU..SEMOGA BER OLEH KEJAYAAN DAN KEBAHAGIAAN 
    DUNIA DAN AKHIRAT..
                                              BARAKALLAH..
                                                                        INSYAALLAH..
                                                                                              AMIN YA RABBAL ALAMIN.."

* doa mama sentiasa mengiringi perjalanan hidup kalian berdua..

Thursday, January 21, 2010

memang berbaloi..alahai..

salam,

hari ni rabu 20.1 2010..cuaca sangat panas dan menyengat sungguh teriknya mentari. alhamdulilah kepada ALLAH yang mencerahkan cuaca dan memberi angin bayu yang menyegarkan..hani buat hal sakit perut pulak sebab tandas berbau..jadi alasan tak nak p sekolah agama. mama beri izin hani guna tandas guru..wah dasyatnya anak murid pinjam tandas guru la..anak mama la tu..hmm, ada2 ..aje..dulu, akmal tak leh masuk tandas sebab takde tandas duduk ha..hari ni hani pulak takleh buang air sebab tandas berbau..alahai anak2 mama, macam2 la..

hajat hati, hari ni nak p klinik. sakit kepala dari pagi sampai balik sekolah tak hilang la..emm sampai rumah pasang kipas dok dpn tv terus tertido sampai kol 2.30 ptg..bangun tido makan nasi dan minum jus jambu rasa segar dan bertenaga pulak. papa amek hani dari sekolah agama , terus mama ajak papa buat urusan persiapan kenduri puteri mama.

first sekali p kedai barangan plastik jalan parit masjid, beli barang keperluan..dah penuh keta. part yang paling penting jumpa hj ripin. buat pesanan barang2 keperluan memasak dari list yang tok latip dah buat..mama pilih beras basmathi maharani monghul dgn harga yang berpatutan..alhamdulilah segalanya mudah dan tiada sebarang halangan..insyaALLAH fatah akan hantar semua barangan tersebut pada 7.2.2010 ni..oh mama terlupa nak pesan pulut hitam 8 kg la...em esok kena cal fatah masuk dlm list dia tu..

balik rumah hantar barang2 dari kedai plastik, keluar semula p rumah hj rahmat pulak sebab nak tempah rempah baryani dan rempah dalca..insyaALLAH akan disiapkan dan boleh diambil pada 11.2.2010 nanti.
tak lupa bagi kad jemputan kepada hj rahmat sekeluarga..

emm..papa ajak mama p spg renggam nak amek nanas..rasa jauh sgt la..nape papa taknak amek kat area permas je ek..kawan mama ada kat sana..dekat je dan badan pun tak penat. takpe la sebab pelajar papa yang ada ladang nanas tu dan papa pun dah terima offer dari dia..taknak la nanti ada yang terusik hati pulak..em, mama minta tempoh untuk amek nanas tu pada 11.2.2010 je la..adoi penatnya pada 11.2.2010 tu nanti..

mama rasa bertuah sesangat sebab punya ramai kawan yang sangat2 baik hati dan sudi menghulur bantuan tenaga..itu la yang buat mama rasa terhutang budi la pulak..ini lah realiti masyarakat kampong yang masih memiliki nilai murni dan hubungan yang erat sesama insan..orang kata ikatan ukhwah yang kuat..

ye la kan..mama ni mana ada mak sedara atau pak sedara sebelah mak..sebelah ayah pun ada la 3 kerat..huhu bila nak kawinkan anak baru ingat mama ni dah takde sedara mara la..yela diorang semua dah kembali ke rahmatullah..harap adik2 mama je la nanti...hmm tak leh lari la dorang tu..hehe

papa pulak, keluarga semua bersepah seluruh semenanjung..alahai rasa melampau la kalo nak minta tolong tenaga ek..jadi tetamu je la..tu pun takpe asal boleh meriahkan majlis pun dah cukup mama bersyukur kepada ALLAH..semoga semua family papa sihat dan dpat hadir pada hari majlis walimah yani nanti..

eh takpe2..jiran sekampong yang baik lagi erat ni la yang membawa berkat..tupun yang mama papa betul2 percaya la..orang2 yang mama dan papa berurusan pun adalah orang2 yang sentiasa menjaga solatnya..alhamdulillah, semoga majlis ni nanti di dalam barkah ALLAH. insya ALLAH....

harap semua doakan yek agar majlis mama ni nanti berjalan dengan meriah dan segalanya lancar..insyaALLAH. doakan jugak agar kebahagiaan pengantin berkekalan sepanjang hayat..

insyaALLAH..

Friday, January 15, 2010

diary mama 15.1.10 jumaat

salam..

hari ini jumaat, hari last untuk minggu ni..esok cuti. mama dah janji dengan yani nak amek petang, nak p angsana. hari sabtu dah janji dengan kak siti dan ani soh datang rumah nak clean semua sampai beres..malam ahad dah janji dengan nek minah nak confirm tentang kendarat dan ketua majlis khatam. hari ahad petang nak p angsana semula nak amek tempahan tudung special untuk majlis akad nikah yani. pastu hantar terus balik utm..selesai semua janji dan insyaALLAH semua janji dapat ditunaikan..

alhamdulillah..urusan dengan  tukang masak dah beres, InsyaALLAH.  minggu depan papa dan mama dah boleh buat tempahan barang2 kering kepada hj ripin. emm lagi seminggu sebelum majlis semua barang akan sampai rumah. alhamdulillah, syukur kepada ALLAH, barakallah..!! hj kamarudin telah pun hantar sejumlah air mineral dan sanggup menunggu mama selesai semua urusan. terpaksa la dia berjalan2 mencari teh sampai ke kukup. alahai ..malu la ..hmm, tak sangka pulak hj kamarudin nak bagi hadiah sejumlah air mineral sebegitu banyak..alhamdulillah..rezeki anak dara mama la tu..eh2 rezeki kedua mempelai..:)

hmm..urusan pinggan periuk kemah masak dan peralatan orang dapur juga telah papa dan mama serah kepada pak rosli yang handle. jd, apa2 hal yang berkaitan, pak seli la yang urus..no hal katanya..macam tak biasa lak..haha bukan orang lain,

kendarat pulak, nek minah dah siap dengan orang2nya seramai 22 orang. nak pakai baju pink jalur2..em sukati la.hehe sebenarnya suka sebab sama dengan warma tema :)  orang kendarat muda boleh datang lewat sikit tapi yang tua mesti datang awal terutama nek minah la..sebab dia akan ketuai majlis khatam yani..hehe ada jgk majlis khatam utk yani..wp dah berkali2 khatam quran. nak bagi pulut kuning dan bunga telor serta hadiah kpd tetamu yang hadir majlis khatam quran..lebih kurang 25 orang je..

untuk majlis nikah, mama dan papa dah sepakat nak soh semua adik2 mama masak dengan di ketuai oleh tukang masak pro, joe dan ina..ha tunjukkan la kepakaran korang ye..enab wati..jep dan man..haha korang pun handal2 di dapur kn..keluarkan semua ilmu memasak korang yek..mak pengantin tak leh dok dapur dah..boleh order je..:) oh ye..tak lupa tukang masak jemputan..nak buat roti jala dan kari daging..ngah taman kenanga..memang ummph..!! walahh..

joe dan ina memang mama dah serah diaorang berdua masak utk keluarga bakal menantu mama. ketika keluarga dari jauh ni sampai ke rumah hj arshad, makan tghr, esk pagi dan sebelum berangkat pulang ke perak..tetamu dari jauh ni..tak nak la ada hati yang terusik..semua harus happy..joe dan ina ni juga kena masak utk malam nikah, hidangan raja sehari maintable-makan beradab. orang kanan mama ni terutama urusan dapur..biasanya tanggung beres..

urusan menjemput orang lelaki datang rewang pun papa dah serah pada pak seli..hmm beres..!! pak seli akan urus tu..emm mama kena jumpa cik ros jugak ni nak soh cik ros jemput orang pompuan datang rewang gak..
mama akan soh kak siti dan ani datang ptg jumaat utk masak pulut kuning dan orang kg timur laut datang ptg sabtu utk kupas bawang dan lain2 yang berkaitan utk bantu tok latip n nek rohaya..nampaknya mama masih tak cukup tangan ni..kene amek mak ode jgk ni utk buat kuih2 tradisional nak hidang kpd mereka yang datang rewang..atau senang order je la ek..hmm tgk la..

urusan barang2 hantaran pulak..dah booking adik mama yang paling comel dan alahai tangan macam magik maa..sentuhannya ok la..dah banyak pengantin dapat sponsor dari dia ni..baik hati beb..tak penah mintak byrn..fmly n kwn2 dia je..dia akan siapkan semua gubahan :) ko la adik ku yang paling lembut, kak..

setakat hari ni..semuanya berjalan seperti yang diharapkan tanpa ada sebarang halangan. alhamdulillah, insyaALLAH sehingga pada hari bersejarah dalam hidup anakku majlis akad nikah, majlis khatam dan majlis gemilangnya sempurna di mata dan di hati sekalian yang hadir..amin ya rabbal alamin..

oh ye..cd dah siapkan lom tentatif tu ye..

takpe2..slow and steady..

wassalam..

Friday, January 8, 2010

persediaan majlis kawin

salam semua,

pagi tadi mama dah lantik cg cd jadi personal assistant mama. dia kene buat senarai tentatif utk keluarga pihak lelaki..sebab dia tunjuk mama satu contoh tentatif kawan dia, pastu mama pun soh la dia buat kan untuk mama pulak..

dah la cg cd ni juru foto bg pihak keluarga mama kena pulak jadi PA mama..tak pe cg shikin ok pe..dia pun  kena tolong sama nanti..hehe gunakan je la diaorang ni suami isteri yek..hmm..tengah fikir nak bagi tugas apa pada cg shikin ni..

hari ni mama nak kemas semua bilik anak2..nak kosongkan sebuah bilik utk buat bilik operasi bag2 goodies.
yani dah ajak kawan2 baik dia utk tolong mama isi bag2 goodies ni..em  kena buat betul2 ni..semua tetamu adalah special, harus dapat ole2 dari pengantin kami ni..

bekas2 telor hasil tangan mama adalah yang paling istimewa..sebab tangan mama sendiri yang membuatnya..nak sapu shelek dulu..baru berkilat dan bubuh bunga ros..em sangat menarik..pada pandangan mama je la ni..rasanya kawan2 mama je yang dapat kot..kawan2 yani pun boleh dapat juga ..kira 1st come 1st serve la ek..barang terhad la katakan..

mama nak  p spg renggam nak p beli kerepek..tengok la kalo cuaca mengizinkan esok boleh p shoping kerepek la pulak..tapi tak terlalu awal ke.??emm ok kot..sebab nak paking lagi..

oh ye, mama nak soh hj kamaarudin hantar air meneral, nak confirm dgn pak shuib tentang buah, dengan hj senah kuih baulu dan kuih goyang juga..emm..insyaALLAH semua dapat di siapkan pada cukup bulan ni..
hari ni tak sempat nak tulis resepi la..jika ada masa terluang nanti la ye..

okey..bye..wasalam.

persediaan majlis kawin

Assalamualaikum..

Setakat hari ni..dah siap beberapa perkara utama. Apa yang utama tu ye..? haha tentu la borang2 untuk nikah dan mencari tok kadi. 

Alhandulillah..bakal menantu dan puteri mama ni sememangnya anak2 yang baik dan mendengar kata..borang2 yang perlu disiapkan awal telah mereka buat..jadi pada hari rabu 6hb jan 2010 lalu anak dara mama telah pergi ke pejabat agama pontian untuk menjalani temubual..hai  maklumlah orang johor kene la temubual ni..orang kata kene soal2 sikit la bab2 agama ni..alahai nak kawin la kata kan..emm soalan kacang je tp kalo tak sekolah gama tak leh jawab jugak tu..eiyy malunye

Pastu..petang semalam pulak mama dan papa pergi ke rumah tok kadi untuk buat appointmen tetap tarikh dan masa untuk nikah. Hmm..cukup puashati la.  alhamdulillah..InsyaALLAH segalanya seperti yang diharapkan.tok kadi tu pun memang free time yang mama nak..mudahnya urusan dan tiada halangan. Orang yang mama papa rancang untuk jadi saksi akad juga disyorkan oleh tok kadi orang yang sama..ohh alhamdulillah..barakallah. Rupanya tok kadi ni pun memilih orang yang menjaga solatnya, yang afdhal menjadi saksi akad nikah. Orang ni bukan orang lain pak sedara mama la..

Emm..pagi tadi pulak, mama dapat call  tentang lembu yang nak dibuat hidangan kepada para tetamu..Alhamdulillah, bapa kepada pelajar papa ni ada ternak lembu.hmm..dia bagi papa harga offer pulak.Hai..tak kan nak tolak..Apa2 pun..segalanya adalah sederhana saja..tak de la berlebihan.InsyaALLAH. Majlis orang kampung je, yang penting meraikan tetamu dalam suasana yang meriah dan ikhlas.

Okey..hari ni, mama nak bagi resepi lauk lah pulak..emm yani, air tangan yani mesti sedap jugak ye..haa cooking with love ya :)

Saturday, January 2, 2010

Hadiah Warisan

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Mama suka memasak dan rajin mengikuti kelas memasak. Ada banyak koleksi resepi dalam simpanan mama dan semua koleksi tersebut hendak diwariskan kepada puteri sulong mama yang bakal mendirikan mahligai pada Februari 2010 ini. Jadi apa salahnya jika anda semua tutur mencuba koleksi peribadi masakan air tangan mama.



Kepada puteri mama terutamanya wajib mencuba buat hidangan suami tercinta dan keluarga mentua. Puteri mama ni masih belajar lagi. InsyaAllah lagi 2 sem tamatlah pengajian masternya. Alahai dah jodoh dia, walaupun tak pandai memasak. Pandai pegang pen dan komputer kesayangan dia je...(",)

Lepas ni mama akan bagi tips untuk menambat hati suami melalui masakan. Lepas ni wajib rajin masuk dapur cari sudip dan kuali pulak ye.


Mulai hari ini, mama akan selalu tulis resepi dalam blog ni. Sebenarnya ketika ini, mama sedang sibuk dengan persiapan majlis kahwin puteri mama.Sekarang ni sudah 50 peratus persiapan sudah siap. Sebelum puteri nak balik ke universiti, mama minta dia murnikan blog mama ini. Wassalam