Showing posts with label ikan. Show all posts
Showing posts with label ikan. Show all posts

Friday, July 30, 2010

ikan pari bakar dengan jus asam boi

bahan

1 kg ikan pari ( potong sederhana)
5 helai daun kunyit
2 camca besar serbuk kunyit
5 ulas bawang merah-blend
4 ulas bawang putih-blend
1 camcateh air asam jawa
2 camcateh serbuk lada hitam
sedikit minyak sapi
gula dan garam secukup rasa

jus asam boi
30gm asam boi merah
4 biji lada merah -blend
2 cm belacan-blend
1/2 keping gula melaka (hancurkan)-blend
2 camcabesar jus limau nipis
gula dan garam secukup rasa

1. gaul ikan bersama bahan yg tlh dikisar,serbuk kkunyit, air asam jawa,serbuk
lada hitam, gula dan garam. biarkan selama 20minit.
2. bungkus ikan dengan daun kunyit, sapukan sedikit minyak sapi dan bakar hingga
masak.
3. campurkan semua bahan utk membuat jus asam boi dan gaul rata.
4. hidangkan ikan bakar bersama jus asam boi tersebut..
5. hmm hmm...jika suka lagi pedas, boleh hiriskan cili padi dlm jus asam boi..

walaupun ringkas dan mudah nak masaknya..
namun pasti tetap menyelerakan..
makan dgn tertib, taknak gelojoh2 yek..

hmm..hani la tu..

sila la cuba ye..

Tuesday, May 4, 2010

ikan keli masak lemak cili padi

bahan

2 ekor ikan keli
7 tangkai cili padi
4 biji bawang merah
1/2 inci kunyit hidup
2 batang serai
1 1/2 mangkuk santan

cara

1. goreng ikan keli dan ketepikan..
2. masukkan bahan-bahan ditumbuk kedalam periuk bersama santan dan masak dgn api
sederhana.
3. setelah kuah mendidih, masukkan ikan keli goreng tadi.
4. masukkkan garam dan perasa..
5. angkat dan hidangkan..

* senang jerr..daan mudah sangat kan.. :D
sila la cuba ye...

Monday, May 3, 2010

kerapu 3 rasa

bahan

300 gm ikan kerapu
5 sudu gula pasir
2 sudu air limau nipis
2 sudu sos cili
2 sudu sos thai
6 tangkai cili padi - cincang halus
1/2 biji bawang besar
1 keping nanas - potong dadu
3 ulas bawang putih - potong dadu
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

cara

1. goreng ikan dan ketepikan seketika
2. sementara itu, tumis bawang putih, sos cili, sos thai dan masukkan gula serta
sedikit air, biarkan seketika.
3. setelah bahan tadi mendidih, masukkan pula cili padi, air limau nipis, nanas,
garam, dan bawang besar.
4. setelah masak, angkat dan curahkan atas ikan kerapu yang siap di goreng tadi..
5. hmmm....dah siap..!! senang je kan..
6. apalagi..makan la dengan nasi panas ye..


alahai..sedapnyeerrr...!!

:)cuba la ye

bawal stim cendawan

bahan

2 ekor ikan bawal
100 gm cendawan
5 cm halia - di hiris
1 biji bawang besar - di hiris
6 biji cili padi - di hiris
2 batang serai - di ketuk
2 sudu sos tiram
2 biji asam boi atau 1 keping asam gelugur
1/2 senduk air
garam dan gula secukup rasa

cara

1. panaskan air dan stim ikan sehingga masak.
2. kemudian, masukkan semua bahan dan biarkan ia sehingga benar-benar masak.
3. sedia dihidangkan..
4. taa daa...senang je
5. sedapp...dan mudahh..

kali ni..mama bagi resepi yang senang2 dan mudah di masak..

cepat di masak dan sedap di makan..

cuba la..

Saturday, April 24, 2010

masak lemak cili api = ikan masin sepat + nanas moris

bahan

5 ekor ikan masin sepat
1 biji nanas moris ( yg ni manis ye)
1 kotak santan
20 biji cili api
1 batang serai
1 helai daun kunyit
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
2 keping asam gelugur

cara

1. bersihkan ikan masin sepat..buang sirip atas, bawah dan tepi ( guna gunting je)
2. rendam agar tidak masin sangat.
3. tumbuk lumat cili api, bawang putih, bawang merah, kunyit.
4. kupas nanas dan potong ikut suka..( nipis / memanjang pun boleh)
5. bahan yang telah di tumbuk lumat dan nanas yang telah di potong nipis di
masukkan ke dalam periuk bersama air sama paras nanas.
6. rebus.
7. masukan serai dan daun kunyit serta asam gelugur.
8. bila mendidih, masukkan ikan masin sepat dan santan 1 kotak dan air 1 mangkuk.
9. biar mendidih sekali lagi..
10. taknak masukan garam sebab ikan masin dah rasa masin..
11. jika nak masukkan garam juga ( ikut suka la ye..)


hmm...teringat sgt ikan masin masak lemak campur nanas ni di Mekah..
MasyaALLAH, sape sangka balik dari masjidil haram..
tetiba mulut papa tersebut nak makan ikan masin dgn nanas..
sampai hotel terus naik dewan makan..ooohhhh..!!

MasyaALLAH..Barakallah..Alhamdulillah..YA ALLAH..!!!

Benar..benar..masakan ikan masin dengan nanas terhidang..!!

Syukur..Ya Allah..

nak menitis air mata..
namun makan tetap dgn tertib wp terpaksa bangun 2 kali sebab nak tambah nasi dan lauk tu..rindunya masakan feveret ni..

begitu la ye..
kenangan menggamit memori

semalam mama masak ikan masin sepat cmpur nanas moris..
emm seeeddaaappp..!!
jempol..!! :)hehe

sayang, cuba la ye,
senang je ni..

Friday, March 5, 2010

ikan panggang sumbat kelapa

bahan
4 ekor ikan cencaru saiz sederhana
1 biji bawang besar
2 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia
5 biji cili merah
1 mangkuk kelapa parut
1 helai daun kunyit dihiris halus
1 inci belacan dibakar
garam secukkup rasa

cara
1.  kisar bawang besar,bawang merah, bawang putih, halia, cili merah dan belacan.
2.  kemudian masukkan bahan di kisar bersama kelapa parut dan hirisan daun kunyit.
3.  gaul semua bahan sebat dan .masukkan garam
4.  bersihkan ikan dan potong belakangnya di bhg tengah
5.  ambil kelapa yang telah digaul tadi dan masukkan ke dalam bahagian ikan yang telah di belah belakangnya
6   panggang ikan sehingga masak..

*  dengan memanggang, ikan lebih berkhasiat dan memberi rasa yang lebih istimewa..wow..wow..!!

    hmm...ala senang je ekk...
    akmal selalu main panggang2 ikan, sotong, udang ...
    yang lain dok tunggu..siap untuk di makan je laa...ea :)

ikan kukus pedas

bahan
1/2 biji bawang besar
3 hiris halia
2 biji cili merah
1 sudu kecil belacan serbuk
2 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
4 sudu besar minyak masak
1 biji telor
3 sudu besar santan
1 helai daun kunyit dihiris
2 helai daun limau purut dihiris
1 cawan isi ikan merah
1 helai daun pisang

cara
1.  tumbuk bawang, halia,cili merah dan belacan sehingga hancur.
2.  campurkan bahan yang ditumbuk tadi dengan serbuk kunyit, garam,gula minyak,
      hirisan daun kunyit dan  daun limau purut serta isi ikan.
3.  gaul rata sehingga mesra.
4.  pecahkan telor dan pukul hingga kembang.
5.  kemudian masukkan ke dalam bahan tadi dan gaul rata sekali lagi.
6.  akhir sekali campurkan santan sedikit demi sedikit- gaul rata.
7.  ambil sehelai daun pisang yang etlah dibersihkan.
8.  letak semua isi ikan di atas daun pisang.
9.  kemaskakn isi ikan tersebut dan lipat daun pisang.
10 sediakan kukus dan kukus bungkusan daun pisang berisi ikan selama 10 minit.

* ikan kukus pedas ini mudah disediakan.  selain itu ia juga enak dimakan begitu sahaja..hehe ratah je..
   oleh itu, bagi sape2 yang tak  makan nasi..ha, boleh la cuba resepi ini...
  
*  dulu2...nenek mama suka buat ikan kukus pedas ni..
    maklum la takut cucu nya ni tercekik tulang...hehe
    nanti mama pun nak buat untuk cucu mama jugak.
    hehe taknak dia tercekik tulang  :)
    boleh gitu..yani..??  jani..??  :)

acar ikan bawal

bahan
1 ekor ikan bawal hitam ( saiz besar)
5 biji bawang merah
1 biji bawang besar
1 biji lobak
1 biji timun
1/2 inci halia
1 biji cili merah (buang biji dan hiris)
1/4 cawan cuka
1/4 cawqan air
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil biji sawi
1 sudu besar gula
1 sudu besar minyak masak

cara
1.  bersihkan ikan kemudian panggang sehingga setengah masak.
2.  angkat dan ketepikan.
3.  potong bawang besar menjadi 4 bahagian sementara bawang putih dan bawang merah tidak perlu di hiris
     sebaliknya biarkan sebiji2.
4.  halia pula dihiris memanjang.
5.  buang kulit lobak merah dan potong bbrp bhg, kemudian potong  memanjang.
6.  begitu juga dgn timun, buang empulurnya dan potong memanjng sama mcm lobak merah.
7.  panaskan kuali dan tumis biji sawi, bawang putih, bawang merah dan bawang besar menggunakan minyak
     yang sedikit.
8.  setelah bahan ini separuh layu, masukkan cuka, air dan gula.  Kacau sehingga gula hancur.

9.  masukkakn lobak merah dan biarkan separuh masak.
10 akhirsekali, masukkan cili, timun dan serbuk kunyit.
11. kacau hingga rata dan sehingga sayur-sayuran tadi sedikit empuk tetapi taknak sampai terlalu empuk.
12. masukkan ikan dan biarkan sebingga ikan masak.
13. angkat dan hidangkan..

ha..resepi berasaskan ikan ini memang baik utk kesihatan tau..
rendah kolestrol , kaya omega-3 tu..
sebab itu kita digalakkan agar memakan pelbagai jenis ikan terutama ikan yang mengandungi banyak asid lemak omega-3 seperti makeral, ikan bilis, salmon,sea bass dan halibut secara kerap, sekurang2nya dua kali seminggu

ceh..ceh..cehhh..mama ni mcm cikgu ERT pulak ehh..

Friday, January 8, 2010

KARI KEPALA IKAN

A  :  1 biji               kepala ikan jenahak
        2 potong        isi ikan

B  :  Tumis:
        1 sudu besar   minyak masak
        1 biji              tomato merah -dipotong dadu
        4 ulas             bawang merah -mesin
        4ulas              bawang putih - mesin
        1 tangkai        daun kari (em petik je kat tepi rumah tu..)
         1 sudu kecil   halba campur ( ni kene beli kat kedai mamak tau..)

C  :  campur dan sebatikan
       4 sudu besar    rempah kari daging (apa2 jenama tak kesah la)
       3 ulas              bawang merah-mesin
       3 ulas              bawang putih
       2 cawan          air

D  :  10 batang       kacang bendi (cari yang muda- kalo  hujung boleh patah,  ha muda la tu)
        3 biji              tomato merah
        3 cawan         santan sederhana ( tak pekat sangat la..)
        1 cawan         air asam jawa
        1 batang       daun bawang
        1 sudu kecil  garam
        
Cara
1.  Panaskan minyak masak.  Tumis tomato merah, masak sehingga lembut. Masukkan bawang merah, bawang putih daun kari dan halba, biar garing.
2.  Masukkan bahan C yang telah dicampur, masak sehingga hilang bau rempah.
3.  Masukkan air asam jawa dan santan sederhana.
4.  Bila mendidih, masukkakn kepala ikan jenahak dan isi ikan.
5.  Masukkan kacang bendi, tomato merah dan daun bawang.
6.  Masukkan garam dan gula.
7.  Masak sehingga pecah minyak.
8  Siap unutk dihidang.