Friday, March 5, 2010

acar ikan bawal

bahan
1 ekor ikan bawal hitam ( saiz besar)
5 biji bawang merah
1 biji bawang besar
1 biji lobak
1 biji timun
1/2 inci halia
1 biji cili merah (buang biji dan hiris)
1/4 cawan cuka
1/4 cawqan air
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil biji sawi
1 sudu besar gula
1 sudu besar minyak masak

cara
1.  bersihkan ikan kemudian panggang sehingga setengah masak.
2.  angkat dan ketepikan.
3.  potong bawang besar menjadi 4 bahagian sementara bawang putih dan bawang merah tidak perlu di hiris
     sebaliknya biarkan sebiji2.
4.  halia pula dihiris memanjang.
5.  buang kulit lobak merah dan potong bbrp bhg, kemudian potong  memanjang.
6.  begitu juga dgn timun, buang empulurnya dan potong memanjng sama mcm lobak merah.
7.  panaskan kuali dan tumis biji sawi, bawang putih, bawang merah dan bawang besar menggunakan minyak
     yang sedikit.
8.  setelah bahan ini separuh layu, masukkan cuka, air dan gula.  Kacau sehingga gula hancur.

9.  masukkakn lobak merah dan biarkan separuh masak.
10 akhirsekali, masukkan cili, timun dan serbuk kunyit.
11. kacau hingga rata dan sehingga sayur-sayuran tadi sedikit empuk tetapi taknak sampai terlalu empuk.
12. masukkan ikan dan biarkan sebingga ikan masak.
13. angkat dan hidangkan..

ha..resepi berasaskan ikan ini memang baik utk kesihatan tau..
rendah kolestrol , kaya omega-3 tu..
sebab itu kita digalakkan agar memakan pelbagai jenis ikan terutama ikan yang mengandungi banyak asid lemak omega-3 seperti makeral, ikan bilis, salmon,sea bass dan halibut secara kerap, sekurang2nya dua kali seminggu

ceh..ceh..cehhh..mama ni mcm cikgu ERT pulak ehh..

No comments: