Friday, March 5, 2010

ikan kukus pedas

bahan
1/2 biji bawang besar
3 hiris halia
2 biji cili merah
1 sudu kecil belacan serbuk
2 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
4 sudu besar minyak masak
1 biji telor
3 sudu besar santan
1 helai daun kunyit dihiris
2 helai daun limau purut dihiris
1 cawan isi ikan merah
1 helai daun pisang

cara
1.  tumbuk bawang, halia,cili merah dan belacan sehingga hancur.
2.  campurkan bahan yang ditumbuk tadi dengan serbuk kunyit, garam,gula minyak,
      hirisan daun kunyit dan  daun limau purut serta isi ikan.
3.  gaul rata sehingga mesra.
4.  pecahkan telor dan pukul hingga kembang.
5.  kemudian masukkan ke dalam bahan tadi dan gaul rata sekali lagi.
6.  akhir sekali campurkan santan sedikit demi sedikit- gaul rata.
7.  ambil sehelai daun pisang yang etlah dibersihkan.
8.  letak semua isi ikan di atas daun pisang.
9.  kemaskakn isi ikan tersebut dan lipat daun pisang.
10 sediakan kukus dan kukus bungkusan daun pisang berisi ikan selama 10 minit.

* ikan kukus pedas ini mudah disediakan.  selain itu ia juga enak dimakan begitu sahaja..hehe ratah je..
   oleh itu, bagi sape2 yang tak  makan nasi..ha, boleh la cuba resepi ini...
  
*  dulu2...nenek mama suka buat ikan kukus pedas ni..
    maklum la takut cucu nya ni tercekik tulang...hehe
    nanti mama pun nak buat untuk cucu mama jugak.
    hehe taknak dia tercekik tulang  :)
    boleh gitu..yani..??  jani..??  :)

No comments: