Saturday, June 18, 2011

rasa-rasa..jom la..

SPAGETI OLIO UDANG

1 paket spageti
1 biji lada merah - cincang
1 labu bawang putih - cincang
1 mangkuk udang [ ikut suka nak banyak mana ]
10 biji tomato kecik - belah dua
air bikabonat perisa lemon

cara

* masak air 1/2 periuk, masuk garam n minyak hingga mendidih.
* masukkan spageti-rebus hingga 15 minit
* angkat n toskan- basuh dgn air paip.
* tuang sedikit minyak- gaul supaya spageti tidak melekat.

1. tumis bawang putih dan lada cincang.
2. masuk garam dan gula.
3. masukkan udang, gaul hingga 1/2 masak.
4. masukkan spageti, gaul rata.
5. tuang air bikabonat perisa lemon-agak2 1/2 botol.
6. spageti akan menyerap air bikabonat itu.
7. angkat dan hidangkan
8. hmm..hmm..boleh la cuba ya.. :)

sos keju

2 1/2 sudu butter
2 1/2 sudu tepung gandum
1 liter susu
12 keping keju keping
4 sudu teh garam
1 sudu besar serbuk cili
sedikit lada puith
hirisan daun bawang

cara
1. masukkan butter dan tepung gandum dlm periuk.
2. kacau hingga keduanya cair dan sebati.
3. masukkan susu- kacau sebati.
4. masukkan garam, serbuk cili dan lada putih.
5. kacau gunakan pemukul telor hingga mendidih dan agak pekat.
6. masukkan 12 keping keju [ dgn cepat takut hangit ]
7. angkat dan tuang ke dalam mangkuk besar.
8. hias dengan hirisan daun bawang di atas sos.
9. sos akan pekat bila sejuk.
10. hmm..hmm..memang sedap sebagai pencicah..
11. cicah dengan kerpok udang atau keropok ikan atau apa saja..
12. sila la cuba ye.. :)


moktail buah naga

1 biji buah naga - cincang dadu
1 botol air bikabonat perisa apel
1 gelas air batu

cara
1. blender air bikabonat dgn air batu hingga hancur.
2. tuang ke dalam jag bersama buah naga cincang
3. taa..da.. dah siap..!!
4. :D haha senang sangat kan..!!
5. jom rasa..hmm..sangat segar..!!
6. sila la cuba ye..

kesemua menu di atas memang sedap dan senang ..
terutama sos keju tu..hani suka sangat..cicah mencicah..

sila la cuba.. :)

Friday, June 17, 2011

kek coklat kukus

bahan A
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikabonat

 bahan B
1 cawan susu cair
2 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
2 biji telor

bahan C
1 cawan air panas

cara membuat
1.  satukan bahan A
2.  masukkan bahan B ke dalam blender. Kisar hingga sebati.
3. masukkan bahan yang telah di kisar ke dalam bahan A.
4. gaul rata.
5.  masukan air panas 1 cawan..gaul rata..
6.  kukus 1/2jam..
7.  matikan api. sedia dimakan..
8.  hidang bersama milo panas..

* hmm..hmm..sedap di makan petang2 sambil tengok tv..

resepi kek coklat kukus ni..permintaan dari anak buah kesayangan nina nabila..
cubaan 1st try mesti buat bersama mama ye.. :D
kukusan mestilah dah panas betul, baru boleh masukkan acuan kek ke dalam periuk kukus tu..

ingat ye, hati-hati bila berada di dapur..
barang-barang yang telah digunakan, mesti lah dicuci setelah digunakan..

selamat mencuba, ye sayang.. :)
pastikan kemas semula semua alatan..