Saturday, January 23, 2010

diary mama 23.1.10 sabtu

salam

hari ini berita sedih utk seluruh rakyat negeri johor..berita kemangkatan sultan johor..usia 77 tahun.  tengku ibrahim ismail telah di lantik menggantikan ayahandanya..menjadi sultan ke 5 bagi negeri johor..hm nampak anaknya tengku ismail ibrahim yang sama2 belajar dgn adik bongsu mama abd hanan..nampak begitu sedih dia..ye lah cucu kesayangan sultan...mengalir je air mata dia..dan dia lah juga yang begitu berhempas pulas di pusara nendanya di liang lahad sehingga selesai acara pengebumian..al fatihah, semoga roh sultan johor di tempatkan di kalangan orang2 yg soleh..amin ya rabbal alamin..

syukur juga kepada ALLAH kerana mama memang dah takde mood nak p mesyuarat hari ini, ada kokurikulum juga hari ini. tak tau la mama rasa sakit hati je pd seseorang..astargfirullah..hasbiallah..!! mama dah pun tulis di buku panggilan mesyuarat tu tak dapat hadir, masalah peribadi.. alih2 dapat pulak cuti khas ni..rasa syukur lah :) tak yah p sekolah..hehe akmal pun mama soh tido balik lepas subuh tadi..hmm

pastu papa dapat msj dari kak siti dan ani, dorang kata nak datang tolong mama kemas stor..alhamdulillah..syukran2..rasa terhutang budi betul la di hati ini.. pukul 9.30 pagi dua sahabat ni dah sampai..terus basuh beranda di belakang dan kemas semua barang2 dlm stor tu..ada beberapa barang yang mama bagi hadiah kepada mereka berdua ni..dpd di buang baik beri kepada yang memerlukan yek..

hilang rasa marah mama kpd seseorang tu..terubat hati ini bila tgk semua bahagian rumah dah bersih betul, cukup puas hati..longkang2 keliling rumah semua dah di bersihkan oleh 2 sahabat ni termasuk bantuan dari azri dan akmal..

alhamdulillah, barakallah  ..!! azri telah masak air dan buat teh susu yang begitu lazat berkrim..ada umphh..!! tak lupa juga jemput2 bawang azri yang lembut tp besar mcm penumbuk stonecool tu..hehe  emm..makan 3 biji dah kenyang betul..siap sendawa..ahaks, ups..tu la azri kata makan sampai kenyang baru puas hati.. kaksiti dan ani serta anak2 punya la puji azri buat teh dan jemput2 tu..hai boleh la..makcik siti jahit kan seluar abangcik yek..!! hehe ada udang di sebalik batu rupanya..nak minta jahit kan seluar ...ooo !! haha..

esok hari rehat mama..yani  pun nak balik utm, semoga beres semua urusannya..em, esok mama nak buat laksa nyonya dan piza..insyaALLAH kalo tak malas.

malam ni nak tulis kad jemputan kepada semua kawan2 mama dan papa..minggu depan semua kad harus diedarkan kepada kalian semua..insyaALLAH..

JEMPUT DATANG YE ..

Friday, January 22, 2010

laksa penang mama

50 tangkai lada kering- buang biji + rebus
10 biji bawang merah
1 ketul belacan

1 kilo ikan kembong - rebus dgn segengggan asam keping+ segenggam garam-sejukkan
3 bungkus mee laksa beras

timun
lada merah
daun salad
bawang
limau kasturi

cara
1.  kisar lada kering, bawang merah dan belacan..
2. tuang dalam periuk dan letak atas api..biar hingga agak kering- tujuannya agar matikan pedas lada.
3. kisar isi ikan kembung, masukan ke dalam periuk lada tadi.
4. masukkan sekali air rebusan ikan tadi..air rebusan telah sedia masam dan masin.
5.  tulang2 ikan di kisar juga, tapis..masukan ke dalam periuk lada tadi..
6. tambah air jika nak kuah cair..
7. masukan bunga kantan 2 kuntum dan rebusan asam keping..
8. biar hingga mendidih..jika tawar tambah garam la yek..

p/s mama belajar laksa penang ni dari kak yam abg raman..
     emm, sayang kat dorang ni..dah mcm adik beradik tu..
     masa tu, kita duduk kuarters polis..
     anak2 panggil dorang ni mak n abah..
     kak yam org mersing, abg raman org penang..
   

laksa nyonya moksu

bahan A
4 biji bawang merah
1 bawang putih
1/2 inci lengkuas
100gm udang kering
10 tangkai lada kering

bahan B
5 keping tahu
10 biji fishball / sotongball - apa2 ball pun boleh lah
3 keping tahu - potong kecik2
isi ayam- ikut suka

bahan C
1 kotak kecik santan M&S- lain2 pun boleh
1 tin susu cair + 1 tin air
daun kesum
2-3 kuntum bunga kantan

mee laksa nyonya - cari kat ekonsave yek :)

cara
1. kisar semua bahan A.
2. Tumis bahan A sampai naik bau..emm, wanginya..:)
3. masukan kan santan kotak + susu  cair + air.
4. masukan semua bahan B hingga mendidih..masuk garam.
5. masukkan daun kesum dan bunga kantan.
6. masuk garam..bila mendidih, angkat dan sedia di hidang.
7. celur mee nyonya- toskan kan.
8.  sedia utk dihidang dan makan la..

p/s..time kasih pd moksu..dia ni isteri ucu mama..
      dia ni cg bhs inggris..em, pandai masak beb..
      anak2 semua pompuan ..cun2 belaka tu..hehe

lapis nyonya

4 oz tepung gandum
10 oz tepung beras
10 oz gula
1 sudu besar garam
30oz santan pekat
30oz santan cair
1 sudu besar esen ros
pewarna merah
daun pandan

cara
1. masak santan bersama gula, garam dan daun pandan.
2. sejukkan..
3. setelah itu, bancuh semua bahan laian ..tapis
4.  bahagi 2 bahagian
5. satu bahagian warna merah
6. satu bahagian lagi biar warna asal..
7. kukus selapis, selapis selama 5 minit
8. lapisan akhir kukus selama 25-30minit.
9. lapisan akhir tambah warna merah- nampak pekat sikit..

emm..mak mentua mama suka buatkan lapis nyonya ni utk mama..
dia suka masak apa yang mama suka..
hmm..puas makan air tangan ibu mertua ku :)
mama suka belajar masak makanan kegemaran papa dari mak mentua mama ni..
pastu, papa suka makan masakan dari air tangan mama pulak..hehe

talam keladi

lapisan bawah
20 oz santan cair
200gm keladi - potong dadu, rebus 1/2 masak
4 oz tepung beras
1 sudu teh garam

cara
1. campurkan semua bahan
2. kacau di atas api hingga pekat
3. masukkan keladi. setelah rata tuang ke dalam loyang.
4. kukus selama 15 minit.

lapisan atas
20oz santan pekat
4 biji telor
3oz tepung gandum
1/2 sudu teh garam
10oz gula
pewarna ungu

cara
1. santan bersama gula, garam dan pandan di masak hingga mendidih.
2. sejukkan, satukan semua bahan dan di tapis
3. tuang ke atas lapisan pertama
4. kukus selama 30 minit..

p/s..biasa nya kalo orang yang 1st time cuba buat semua resepi talam mama ni gerenti tak jadi punyer...
       nape ye..?? hmm..resepi talam ni rumit sikit sebab lapisan atas dan bawah ni..masa bancuh takleh terus  
       masuk loyang tp kene masak dulu atas api..baru tuang ke dalam loyang.. kukus lama gerenti tak basi.

bingka ubi

1650gm ubi (parut dulu baru timbang - toskan)
25 oz santan pekat-1 1/2 biji kelapa
1 senduk susu cair - 200 ml
13 oz gula + 1 keping gula melaka - 2oz
pewarna kuning
2 biji telor
1 sudu teh esen ros

cara
1. ubi yg telah diparut ditoskan sebentar.
2. gaul semua bahan hingga rata.
3. tuang ke dalam loyang 11 x 11 x 2 yg telah di sapu tebal margerin.
4. bakar hingga masak
5. setelah masak sapukan sedikit marjerin atau minyak sapi di atasnya.

dulu2 mama suka buat bingka ubi ni malam2 sebab boleh buat sarapan waktu pagi..
anak2 suka bawak p rumah pengaasuh ( anak2 panggil mak.. )

sayur bening betik muda

ikan bilis- buang tahi
bawang merah
bawang putih
lada hitam
1 biji betik muda
daun selasih.
daun kunyit

cara
1.  tumbuk bawang merah, bawang putih lada hitam dan ikan bilis. taknak terlalu lumat. kasar2 je pun ok
2. rebus dalam 2 mangkuk air hingga mendidih.
3. mauskkan betik yang telah di potong nipis. mesti buang  kulit ye :)
4. masukkan sekali daun kunyit dan daun selasih.garam pun jgn lupa..
5. sedap di makan ketika cuaca panas2 ni..menyegarkan..
6. sedia utk di hidang..

kalo lauk kampong mcm ni..akim anak buah mama tu suka sangat..
emm, sedap lah sup mak long ni ekk..hehe ada betik tu..
ada pulak ikan masin pekasam..adoi..!! tak sedar dah tambah nasi 3 pinggan..
haha..akmal la tu..nabila pun sama ngeh3..

Thursday, January 21, 2010

memang berbaloi..alahai..

salam,

hari ni rabu 20.1 2010..cuaca sangat panas dan menyengat sungguh teriknya mentari. alhamdulilah kepada ALLAH yang mencerahkan cuaca dan memberi angin bayu yang menyegarkan..hani buat hal sakit perut pulak sebab tandas berbau..jadi alasan tak nak p sekolah agama. mama beri izin hani guna tandas guru..wah dasyatnya anak murid pinjam tandas guru la..anak mama la tu..hmm, ada2 ..aje..dulu, akmal tak leh masuk tandas sebab takde tandas duduk ha..hari ni hani pulak takleh buang air sebab tandas berbau..alahai anak2 mama, macam2 la..

hajat hati, hari ni nak p klinik. sakit kepala dari pagi sampai balik sekolah tak hilang la..emm sampai rumah pasang kipas dok dpn tv terus tertido sampai kol 2.30 ptg..bangun tido makan nasi dan minum jus jambu rasa segar dan bertenaga pulak. papa amek hani dari sekolah agama , terus mama ajak papa buat urusan persiapan kenduri puteri mama.

first sekali p kedai barangan plastik jalan parit masjid, beli barang keperluan..dah penuh keta. part yang paling penting jumpa hj ripin. buat pesanan barang2 keperluan memasak dari list yang tok latip dah buat..mama pilih beras basmathi maharani monghul dgn harga yang berpatutan..alhamdulilah segalanya mudah dan tiada sebarang halangan..insyaALLAH fatah akan hantar semua barangan tersebut pada 7.2.2010 ni..oh mama terlupa nak pesan pulut hitam 8 kg la...em esok kena cal fatah masuk dlm list dia tu..

balik rumah hantar barang2 dari kedai plastik, keluar semula p rumah hj rahmat pulak sebab nak tempah rempah baryani dan rempah dalca..insyaALLAH akan disiapkan dan boleh diambil pada 11.2.2010 nanti.
tak lupa bagi kad jemputan kepada hj rahmat sekeluarga..

emm..papa ajak mama p spg renggam nak amek nanas..rasa jauh sgt la..nape papa taknak amek kat area permas je ek..kawan mama ada kat sana..dekat je dan badan pun tak penat. takpe la sebab pelajar papa yang ada ladang nanas tu dan papa pun dah terima offer dari dia..taknak la nanti ada yang terusik hati pulak..em, mama minta tempoh untuk amek nanas tu pada 11.2.2010 je la..adoi penatnya pada 11.2.2010 tu nanti..

mama rasa bertuah sesangat sebab punya ramai kawan yang sangat2 baik hati dan sudi menghulur bantuan tenaga..itu la yang buat mama rasa terhutang budi la pulak..ini lah realiti masyarakat kampong yang masih memiliki nilai murni dan hubungan yang erat sesama insan..orang kata ikatan ukhwah yang kuat..

ye la kan..mama ni mana ada mak sedara atau pak sedara sebelah mak..sebelah ayah pun ada la 3 kerat..huhu bila nak kawinkan anak baru ingat mama ni dah takde sedara mara la..yela diorang semua dah kembali ke rahmatullah..harap adik2 mama je la nanti...hmm tak leh lari la dorang tu..hehe

papa pulak, keluarga semua bersepah seluruh semenanjung..alahai rasa melampau la kalo nak minta tolong tenaga ek..jadi tetamu je la..tu pun takpe asal boleh meriahkan majlis pun dah cukup mama bersyukur kepada ALLAH..semoga semua family papa sihat dan dpat hadir pada hari majlis walimah yani nanti..

eh takpe2..jiran sekampong yang baik lagi erat ni la yang membawa berkat..tupun yang mama papa betul2 percaya la..orang2 yang mama dan papa berurusan pun adalah orang2 yang sentiasa menjaga solatnya..alhamdulillah, semoga majlis ni nanti di dalam barkah ALLAH. insya ALLAH....

harap semua doakan yek agar majlis mama ni nanti berjalan dengan meriah dan segalanya lancar..insyaALLAH. doakan jugak agar kebahagiaan pengantin berkekalan sepanjang hayat..

insyaALLAH..

diary mama 18.1.10 isnin

salam..

pagi tadi hani bangun lewat..tah nape hani susah nak bangun pagi hari ni..akmal pun siap lambat juga..emm, mama lewat ke sekolah pagi td..sampai kol 7.16 pagi, biasa 6.50 mama dah gerak ke sekolah..em tak sarapan pagi sama2 pun, papa siapkan sarapan dan makan sorang2 hmm, kesian papa.

perhimpunan pagi berjalan sangat lancar, cg nazariah ingatkan murid2 dgn nada yang sungguh lembut..hai boleh tertawan mendengarnya :) ustaz bercakap bagi pihak mama..wah nampaknya ustaz dah amek semua skill mama bagaimana nak kendalikan murid2 ni..hmm dlm hati mama berkata.."hmm, nampaknya dah ada orang yang boleh diharapkan utk mengawal disiplin sekolah..bagus, syabas, makbul jgk doaku selama ini.." tapi ustaz guna semua cara mama ni..tak best laa..nanti murid boleh kata ustaz ni nak tiru cg zaiton kn..

takpe2..asalkan ustaz masih nak pegang jawatan guru disiplin pun dah ok..rasanya ada lg sorang dlm perhatian mama tp takpe lah, biarlah rahsia..

hari ni, kesihatan mama tak begitu baik la..tah nape rasa mood not so good..rasa moody je..gubesor pun sibuk nak masuk bilik mama, asyik2 tanya printer ok ke, wayar cable panjang sangat la, bilik mesy tak de letrik la..hai sibuk je..mama nak siapkan tampal gambar dlm buku latihan murid pun jd tergendala sebab nak jwb soalan2 mengarut dia tu..malas nak jawab..menyampah

data2 utk sistem maklumat murid semua dah dapat balik..alhamdulillah semua murid serah kembali mengikut tarikh yang ditetapkan. insyaALLAH dapat dihantar ke PPD pd awal bulan februari nanti..emm..fail2 rasmi masih lg terbengkalai la..lalalala alahai...hehe

hmm...bye

Monday, January 18, 2010

trifle

1 tin susu cair
4 sudu tepung kastad
2 biji telur
2 senduk gula
2 biji kek swissroll
1 tin cocktail
3 kotak jeli nona
perasa rasbery
esen

cara
1. masak susu-api kecil
2. tepung bancuh dengan sedikit susu cair + telur + esen
3. masuk ke dalam susu yang di masak atas api kecil tadi.
4. tuang ke dalam bekas
5.potong kek swissroll. susun atas kastad.
6. air cocktail siram atas kek.
7.buah cocktail susun atas kek.
8. masak jeli nona. apabila telah menggelegak tuang atas cocktail hingga habis..

p/s resepi ni mama dapat dpd ketua waden asrama teknik pontian. dulu dia waden asrama sek dato pggwa
      barat..eh sbuk je nak cite hal org pulak ek..sori2
      kak zainab ni isteri gubesor mama la..dia ni suka bawak kan bekal utk suaminya..
      yang bestnya..gubesor mama ni akan soh semua guru2 makan hasil tangan isteri yang sgt rajin ni..
      yang best lagi..siap bagi resepi tu..
      haha jadi tak heran la mama dapat kencing manis ek..
    

kek karot berempah/kek lobak kayu manis

A.  4 biji telor gred A
      220gm gula kastor
      1/2 sudu garam

B  200gm minyak jagung daisy
     200gm lobak merah - diparut kasar
     60 gm walnut dicincang kasar

C  300gm tepung naik sendiri
     1 sudu kecil serbuk penaik
      1/2 sudu kecil serbuk penaik
      1/2 sudu kecil soda bikarbonat
      1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis

frosting keju
1 sudu  kecil minyak jagung daisy
250gm keju krim
80gm lemak sapu farmcowa
50gm gula aising
2 sudu besar jus oren
12-15 biji marzipan lobak merah

cara
1. putar telur selama 2 minit, masukkan gula kastor sikit sikit - putar 3 minit.
2. masukkan garam- putar kelajuan sederhana.
3. masukkan minyak jagung daisy sikit2, putar lagi 1 minit.
4. masukkan lobak merah dan walnut.perlahankan mesin, masukkan bahan C, kacau sebati.
5. tuang adunan ke dalan acuan kek dan bakar 170C selama 40-50 minit- sejukkan
6. ubtuk mambuat frosting keju, putar keju krim dan lemak sapu farmcows selama 2 minit. masukkan gula aising- putar lagi 3 minit.
7. akhir sekali masukkan jus oren dan minyak jagung daisy - sebatikan.
8 hias kek lobak merah dengan frosting keju dan letakkan marzipan lobak merah sebagai hiasan.

p/s mama selalu makan kek ni tengahari kat sekolah..:)
     mama bawak bahan2 and then soh pengasuh pra sekolah buatkan utk mama..
     bila bunyi loceng tengahari, semua murid dah balik..
     mama dan kawan2 duduk makan kek lobak merah ni..
     hmm..nyum3..jangan lupa teh O panas.
     itaaa...len kali buat lagi yek..:)

Sunday, January 17, 2010

asam pedas tumis mama

bahan a
50 tangkai lada kering
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 cm halia
1 cm kunyit
sedikit belacan
2 senduk minyak masak 

bahan b
1 kg ikan/ ayam
1 bungkus sawi jeruk
daun kesum
10 batang kacang bendi
1 mangkuk air asam jawa

cara
1. bled semua bahan a
2. panaskan minyak, tumis bahan yang telah di blender hingga naik bau.
3. masukkan sawi jeruk.
4. masukkan air asam jawa,jangan banyak sangat nanti terlalu masam- biar mendidih
5. masukkan ikan, kacang bendi dan daun kesum
6. masukkan garam.- biar mendidih
7.angkat dan sedia di hidang..

asam pedas rebus papa

50 tangkai lada kering
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 cm halia
1 cm kunyit
sedikit belacan
1 cawan air
1 kg ikan parang ( ikut suka)
1 mangkuk air asam jawa
1 sudu garam
1 sudu gula
daun kesum
bunga kantan( jika ada )

cara
1.  blend semua bahan di atas.
2.  masukkan ke dalam periuk bersama 1 cawan air- api kecil
3.  bersihkan ikan parang. potong lebih kurang 4 inci lebar.
4.  basuh bersih ikan bersama air asam jawa.
5.  masukkan ikan,daun kesum dan bunga kantan ke dalam periuk tadi- api sederhana.
6. masukkan air asam jawa, garam dan gula.
7. biar mendidih- angkat - hidang la
8. emm..rasa la masam masin dan manis tau..
9. papa suka asam pedas ni masak pekat2 dan pedas2..macam org bugis

Saturday, January 16, 2010

nasi bukhari

bahan 960 gm beras basmathi
1.25 liter air
1 tin susu cair
150 gm tomato puri
6 gm jintan putih
2 sudu makan rempah kari daging
90gm badam-tumbuk halus
100gm gajus-tumbuk halus
3 biji tomato-belah 4
100gm bawang besar
5gm daun pudina
5gm daun pandan
30gm biji gajus-utk hiasan
20gm bawang gorenh-utk hiasan

bahan kisar
40gm bawang merah
10gm halia
3gm jintan manis
3gm jintanputih
3gm kayu manis
3gm buah pelaga

cara
1. basuh beras bersih dan toskan
2. panaskan minyak sapi dan tumis bahan kisar hingga naik baunya.
3. setelah itu, masukkan tomato puri, bawan besar, serbuk jintan putih dan rempah kari daging. biarkan sedikit garing.
4. masukkan badam dan gajus yang ditumbuk halus. biarkan seketika.
5. kemudian tuangkan air bersama susu cair dan juga tomato.  kacau rata.
6. masukkan beras. kacau rata.
7. biarkan hingga mendidih dan taburkan dengan daun pudina dan juga daun pandan
8. apabila masak, angkat dan hias dengan bawang goreng serta biji gajus.

p/s penggunaan gajus dan badam yang di kisar memberikan rasa enak pada basi bukhari.
     saiz hidangan untuk : 10 orang

nasi tomato

bahan
960gm beras basmathi
1.25 liter air
1 tin susu cair
1 sudu makan serbuk pati ayam
5 sudu pes tomato
4 biji tomato masak/ tanpa biji
4 sudu makan minyak sapi
5gm kulit kayu manis,bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga
1 helai daun pandan
3 helai daun pisang/utk menutup nasi kering
3 sudu makan garam
2 sudu makan gula

bahan kisar
10 gm halia
15 gm bawang putih
20 gm bawang besar

cara
1. basuh bersih beras basmathi dan toskan airnya.
2. panaskan minyak sapi dan masukkan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang.
3. masukkan bahan kisar bersama tomato dan biarkan hingga naik baunya.
4. masukkan air bersama susu cair, beras dan pes tomato secukupnya.
5. kacau rata dan perasakan dengan serbuk pati ayam, garam dan sedikit gula. kacau sebati.
6. akhir sekali masukkan daun pandan dan biarkan hingga nasi masak.
7. apabila nasi sedikit kering, tutupkan dengan daun pisang dan tutup dgn penutupnya..

p/s saiz hidangan untuk  :  10 orang makan
      jika tidak mahu guna minyak sapi, boleh guna minyak jagung.

kuih tako

lapisan bawah
1 cawan gula
3/4 bahagian tepong hong kwee
3 cawan air
5 biji sengkuang cina

cara
bancuh tepung, gula air
kacau di atas api
masukkan sengkuang cina
setelah pakat, curah adunan ke dalam kotak pandan.

lapisan atas
1/4 bahagian tepung hong kwee
2 1/2 cawan santan pekat
1/2 sudu teh garam

cara
kacau semua bahan di atas api
setelah pekat curahkan ke atas lapisan pertama..
sejukkan..
siap sedia untuk di makan :)

Friday, January 15, 2010

diary mama 15.1.10 jumaat

salam..

hari ini jumaat, hari last untuk minggu ni..esok cuti. mama dah janji dengan yani nak amek petang, nak p angsana. hari sabtu dah janji dengan kak siti dan ani soh datang rumah nak clean semua sampai beres..malam ahad dah janji dengan nek minah nak confirm tentang kendarat dan ketua majlis khatam. hari ahad petang nak p angsana semula nak amek tempahan tudung special untuk majlis akad nikah yani. pastu hantar terus balik utm..selesai semua janji dan insyaALLAH semua janji dapat ditunaikan..

alhamdulillah..urusan dengan  tukang masak dah beres, InsyaALLAH.  minggu depan papa dan mama dah boleh buat tempahan barang2 kering kepada hj ripin. emm lagi seminggu sebelum majlis semua barang akan sampai rumah. alhamdulillah, syukur kepada ALLAH, barakallah..!! hj kamarudin telah pun hantar sejumlah air mineral dan sanggup menunggu mama selesai semua urusan. terpaksa la dia berjalan2 mencari teh sampai ke kukup. alahai ..malu la ..hmm, tak sangka pulak hj kamarudin nak bagi hadiah sejumlah air mineral sebegitu banyak..alhamdulillah..rezeki anak dara mama la tu..eh2 rezeki kedua mempelai..:)

hmm..urusan pinggan periuk kemah masak dan peralatan orang dapur juga telah papa dan mama serah kepada pak rosli yang handle. jd, apa2 hal yang berkaitan, pak seli la yang urus..no hal katanya..macam tak biasa lak..haha bukan orang lain,

kendarat pulak, nek minah dah siap dengan orang2nya seramai 22 orang. nak pakai baju pink jalur2..em sukati la.hehe sebenarnya suka sebab sama dengan warma tema :)  orang kendarat muda boleh datang lewat sikit tapi yang tua mesti datang awal terutama nek minah la..sebab dia akan ketuai majlis khatam yani..hehe ada jgk majlis khatam utk yani..wp dah berkali2 khatam quran. nak bagi pulut kuning dan bunga telor serta hadiah kpd tetamu yang hadir majlis khatam quran..lebih kurang 25 orang je..

untuk majlis nikah, mama dan papa dah sepakat nak soh semua adik2 mama masak dengan di ketuai oleh tukang masak pro, joe dan ina..ha tunjukkan la kepakaran korang ye..enab wati..jep dan man..haha korang pun handal2 di dapur kn..keluarkan semua ilmu memasak korang yek..mak pengantin tak leh dok dapur dah..boleh order je..:) oh ye..tak lupa tukang masak jemputan..nak buat roti jala dan kari daging..ngah taman kenanga..memang ummph..!! walahh..

joe dan ina memang mama dah serah diaorang berdua masak utk keluarga bakal menantu mama. ketika keluarga dari jauh ni sampai ke rumah hj arshad, makan tghr, esk pagi dan sebelum berangkat pulang ke perak..tetamu dari jauh ni..tak nak la ada hati yang terusik..semua harus happy..joe dan ina ni juga kena masak utk malam nikah, hidangan raja sehari maintable-makan beradab. orang kanan mama ni terutama urusan dapur..biasanya tanggung beres..

urusan menjemput orang lelaki datang rewang pun papa dah serah pada pak seli..hmm beres..!! pak seli akan urus tu..emm mama kena jumpa cik ros jugak ni nak soh cik ros jemput orang pompuan datang rewang gak..
mama akan soh kak siti dan ani datang ptg jumaat utk masak pulut kuning dan orang kg timur laut datang ptg sabtu utk kupas bawang dan lain2 yang berkaitan utk bantu tok latip n nek rohaya..nampaknya mama masih tak cukup tangan ni..kene amek mak ode jgk ni utk buat kuih2 tradisional nak hidang kpd mereka yang datang rewang..atau senang order je la ek..hmm tgk la..

urusan barang2 hantaran pulak..dah booking adik mama yang paling comel dan alahai tangan macam magik maa..sentuhannya ok la..dah banyak pengantin dapat sponsor dari dia ni..baik hati beb..tak penah mintak byrn..fmly n kwn2 dia je..dia akan siapkan semua gubahan :) ko la adik ku yang paling lembut, kak..

setakat hari ni..semuanya berjalan seperti yang diharapkan tanpa ada sebarang halangan. alhamdulillah, insyaALLAH sehingga pada hari bersejarah dalam hidup anakku majlis akad nikah, majlis khatam dan majlis gemilangnya sempurna di mata dan di hati sekalian yang hadir..amin ya rabbal alamin..

oh ye..cd dah siapkan lom tentatif tu ye..

takpe2..slow and steady..

wassalam..

Wednesday, January 13, 2010

kek coklat kukus comel hani

2 cawan gula halus
2 biji telor
1 cawan koko
2 cawan tepung gandum
1 camca teh baking powder
1 camca teh bicarbonate of soda
1 cawan minyak masak ( sedap minyak jagung)
1 cawan air panas
1 cawan susu cair

cara

1. pukul gula dantelur hingga kembang.
2.  campur semua bahan di atas..tak kisah nak masuk apa dulu..yang penting semua sekali ye..
3.  guna acuan kuih lompang..sapu minyak sikit ye..comel je atau loyang pun boleh gak la..
4.  kukus 1 jam..

hani selalu tolong mama pukul telor dan masukkan semua bahan di atas..
nanti yani bangun tido, taa daa..dah siap dah kaklong..hani yang buat ni tau..

hehe..:)

broniess mama ( feveret yani )

2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula halus ( gula pasir pun boleh gak)
3/4 cawan koko ( mama suka van houten)
4 biji telor
250gm butter

cara
1. pukul butter, koko dan gula hingga kembang. kalo malas tak kembang pun tak pe..
2.  masuk telor satu-satu hingga habis.
3.  masuk tepung gandum..
4.  tuang dalam loyang yang telah di sapu marjerin atau pan mate
5.  bakar 180c

brownies ni, tak naik sebab tak guna baking powder..
adunan brownies ni boleh guna gula pasir no problem nya..
jika suka nak tabur kacang atau badam ke pun boleh gak..

mama suka simpan brownies ni dalam peti sejuk sebab brownis ni nanti akan lembut atasnya..
emm..rasa coklat yang menggiurkan..( telan air liur sikit..ceh..!!)
yani ngan bangah sangat suka brownies ni masa kecik2 dulu..sampai masuk SSI tiap minggu mama bekalkan brownies ni..

cuba la buat ye..senang sangat ni

murtabak krim kraker lapis

 1 kati daging kisar ( timbangan org dulu kala..hehe)
1 paket rempah kari
1 kati bawang besar (potong dadu)
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 inci halia
1 senduk minyak utk menumis
45 keping biskut krim kraker
1 tin susu cair
3 gelas santan (dari 1 biji kelapa)
RM 1.00 daun sup
RM 1.00 cili merah
4 biji telor ayam
4 sudu besar marjerin
sedikit garam

cara
1.  panaskan minyak masak.
2.  masak santan dan susu cair hingga mendidih - masukkan garam.
3.  angkat dan rendamkan biskut separuh dulu hingga 1/2 kembang- bukan jadi lembik yee..
4.  atur/susun sebanyak 9 keping, 3 keping sebaris ke dalam loyang yang telah di sapu marjerin
5.  taburkan daging rata2, diikuti daun sup dihiris, cili merah serta telur yang telah dipukul sedikit.
6.  atur biskut seperti lapisan pertama tadi, ulang proses hingga menjadi 5 lapis.
7.  akhir sekali tuangkan santan lebihan rendaman biskut, rata2 ke dalam loyang.
8.  BAKAR..

* dading cincang tu lebih kurang sama cara mcm daging macaroni cheese..
hmm..kenyang makan petang2 dengan milo suam..pastu huuaa...ngantuknya...hehe

Tuesday, January 12, 2010

MACARONI CHEESE PANGGANG

300gm macaroni di rebus hingga kembang dan tos,
2 sudu makan susu tepung
1 sudu makan mentega
10 biji telor + garam = pukul kembang
1/2 bungkus kraft cheese di parut panjang

Lauknya
300gm daging cincang
3 sudu rrempah kari
1 sudu makan lada putih
20sen daun sup dan daun bawang di hiris
2 biji lada merah dihiris
2 biji lada hijau dihiris
2cm halia ditumbuk
3 biji bawang putih ditumbuk

cara
panaskan kuali, tumis bawang putih dan halis yang telah ditumbuk.  Masukkan rempah kari dan lada putih.
nasukkan daging cincang, garam dan perasa. Masaklah hingga kering. Masukkan lada yang telah dihiris dan daun sup.

susunan nya
1.  alas loyang 9 x 9 x 2 dengan kertas timah. sapu mentegs
2.  masukkan macaroni
3. tabur kan daging cincang (lauk)
4. taburkan cheese yang di parut panjang
5. tuang telor rata2 hingga tenggelam daging cheese
6. bakar hingga masak. oven 180c bakar selama 45 minit..

resepi ni senang di buat tau dan rasanya memang ummph..!!sedaaappp...
mama sure menantu mama gerenti suka makan kalo yani yang masak ni..
ha..yani sudi2 kan la manjakan diri kat dapur pulak ye..

Monday, January 11, 2010

diary mama 11.1.10 isnin

pagi tadi ada perhimpunan pagi..biasa la hari isnin. Hari ni gubesor takde..mama terpaksa iring PK 1 menyampaikan sijil perlantikan pengawas, upacara ikrar pengawas dan ikrar murid dijalankan sekali.  Mama punya la membebel sebab lama tak bercakap kat perhimpunan..huh.macam patung semua murid ,cg zaiton dah mengomel..semua mata kene tengok muka cg zaiton ni.. tak bleh goyang2 diri tegak, mulut tutup, telinga dengar..silap2 kene soal lagi..erm begitu la kalo jadi PK HEM ni..kene ingatkan murid ttg keselamatan, kesihatan, disiplin, peraturan dan pok pek pok pek...hai kering lak tekak ek..haha.. LOL ( yani ajar mama makna perkataan ni..)

em  pastu nak buat keje mama..nak masukkan data sistem maklumat murid. sayang seribu kali sayang..data kosong beb..huhu tolong..tolong..!!takpe tetiba teringatkan zawiah, hai engkau la menyelamat laptop ku..sayang kat ko wik..:) kol 8.45pg..bergegas p sk rambah cari cg zawiah. kebetulan dia ada dalam ofis dia tu. zawiah punya la godeh mcm la pandai sangat..(dlm hati riso jgk kalo2 lg jahanam jdnya..) tapi godeh punya godeh ..taa daa..ha..!! keluar la data HEM version 4.0..alahai zawiah, menjadi jugak nujum makrifat ko yek..

balik semula sekolah, dah rehat. hani sibuk cari mama sebab nak makan sama..hai penyakit yani dulu masa tahun 1 jangkit jugak pd adik bongsunya si hani ni..rupanya hani pun susah dalam mencari kawan. dia cari kawan yang betul ngam dengan dirinya aje..hai anak ku..pemalu betul.pada hal didi dh simpan nasi lemak dan milo untuk hani. tiap pagi mama dah booking sepiring nasi lemak dan segelas milo suam untuk makan rehat hani..kalo mama p mesyuarat ke atau p PPD ke..senang la hani tak payah berebut nak beli makanan tapi hani nak jumpa didi pun malu..apa la..adoi..!!

balik sekolah 1.30 tgh..hantar hani p sek agama kol 2.00..balik rumah terus mandi solat zohor.  ada janji dengan bangah dan bangcik kat pontian. yani pulak nak ajak mama pos kad jemputan pd kawan2.  kol 3.30 amek hani terus p pej pos dan jumpa bangah dan bangcik depan tbg hj. setelkan masalah anak2 laki ni dulu..p cari motor la..adoi..!!

akhirnya dapat la motor yang di kehendaki..memang betul pepatah yang mama pegang yek..nak dapat yg di hati tak dapat sesuka hati..hmm pusing2 pontian sampai pekan nanas pusing pontian balik semula..riki2 harga yang senang di hati senang di poket..dapat la 1 sesuai di mata dan di poket..hmm..terpaksa mama jadi gerentor lagi..takpe la anak mama sendiri apa nak kira. dpd susahkan org lain..tak kisah la.. esok petang dah boleh keluar la motor tu..

sebenarnya bangah nak kasi balik wira tu pd kaklong sebelum kaklong balik utm..tapi rupanya kaklong dah taknak bawak keta lagi..wp mama benarkan yani guna wira tu tp dlm hati bimbang keselamatan nya..hai darah tengah manis ni kn..dah dekat nak majlis walimatul urus ni..taknak la apa2 berlaku..mama sentiasa doakn agar segalanya di mudahkan dan lancar segala urusan..insyaALLAH.semoga dirimu disenangi dan di sayangi oleh seluruh keluarga dan seisi keluarga sebelah suamimu sayang.(mudah-mudahan..insyaALLAH) emm..esok kena la yani tunggu mama selesai mesyuarat dulu ye..pastu amek hani dari sek gama..baru la bleh, nak p mana pun boleh..( emm..dengar2 mcm nak ajak mama p angsana je..ada la tu..)

hai..begini la sibuknya mama berurusan dengan client mama..iaitu anak2 mama la..semuanya special di hati mama..kalo semua anak dah ada kehidupan sendiri..cane dunia mama akhirnya yek..?? tentu sunyi dan sepi kn..mama pandang papa je la ..kn. :)hehe takut lak putus urat kat otak mama ni..hmm cane..??

okey la..jap g nak urus homework akmal dan hani lak ni...apa2 hal kita makan dulu..!! eh2  anak2 semua dah solak ke tak ni ye..nak ajar hani mengaji dulu ni..

wassalam..

Sunday, January 10, 2010

kuih bakar labu / keledek / keladi

bahan
300gm labu/keledek/keladi (rebus dan lecek)
200gm tepong gandum
300gm gila melaka
800 ml santan
50gm mentega
2@4 biji telor
bijan utk tabur
pewarna kuning / coklat

Cara
sama seperti kuih bakar jagung..

kuih bakar jagung

bahan
500gm tepong gandum
1/2 sudu teh rrempah kuih
1 1/2 cawan gula
3 biji telor
3tbsp minyak sapi
3cawan santan (1200ml)
1 tin jagung manis
pewarna kuning

cara
pukul telor gula minyak sapi hingga rata, masukkan jagung.
di bekas lain campurkan tepong dan santan. masukkan rempah. kacau rata.
tapiskan ke dalam adunan telor. kacau rata.
tuang ke dalam loyang yang disapu minyak.
bakar sehingga masak

p/s ingat..!!
     sapu margerin hingga rata pada loyang.

loyang 12 x 12 atau 10 x 10 tinggi

cara berlauk

bahan
300gm tepong gandum
2biji telor
1tsp garam
600ml santan
200ml susu cair
1tbsp minyak
pewarna kuning

cara
campurkan semua bahan dan digaul rata.  Tapis.  Masukkan pewarna kuning.  Sapu mentega pada acuan.  Isi adunan, inti dan bahan hiasan. Bakar hingga masak.

Bahan inti
300gm daging cincang
1tbsp rempah kari
minyak untuk menumis
sedikit lada sulah
2biji bawang besar-dipotong dadu

Cara
tumis bawang, masukkan rempah, cili garam gula dan daging.  Masak hingga daging empuk.

Hiasan

daun sup
cili merah

p/s
boleh hidang depan mentua ni..senang dan ringkas..guna acuan tembaga kuih baulu cermai pun boleh jgk

Friday, January 8, 2010

persediaan majlis kawin

salam semua,

pagi tadi mama dah lantik cg cd jadi personal assistant mama. dia kene buat senarai tentatif utk keluarga pihak lelaki..sebab dia tunjuk mama satu contoh tentatif kawan dia, pastu mama pun soh la dia buat kan untuk mama pulak..

dah la cg cd ni juru foto bg pihak keluarga mama kena pulak jadi PA mama..tak pe cg shikin ok pe..dia pun  kena tolong sama nanti..hehe gunakan je la diaorang ni suami isteri yek..hmm..tengah fikir nak bagi tugas apa pada cg shikin ni..

hari ni mama nak kemas semua bilik anak2..nak kosongkan sebuah bilik utk buat bilik operasi bag2 goodies.
yani dah ajak kawan2 baik dia utk tolong mama isi bag2 goodies ni..em  kena buat betul2 ni..semua tetamu adalah special, harus dapat ole2 dari pengantin kami ni..

bekas2 telor hasil tangan mama adalah yang paling istimewa..sebab tangan mama sendiri yang membuatnya..nak sapu shelek dulu..baru berkilat dan bubuh bunga ros..em sangat menarik..pada pandangan mama je la ni..rasanya kawan2 mama je yang dapat kot..kawan2 yani pun boleh dapat juga ..kira 1st come 1st serve la ek..barang terhad la katakan..

mama nak  p spg renggam nak p beli kerepek..tengok la kalo cuaca mengizinkan esok boleh p shoping kerepek la pulak..tapi tak terlalu awal ke.??emm ok kot..sebab nak paking lagi..

oh ye, mama nak soh hj kamaarudin hantar air meneral, nak confirm dgn pak shuib tentang buah, dengan hj senah kuih baulu dan kuih goyang juga..emm..insyaALLAH semua dapat di siapkan pada cukup bulan ni..
hari ni tak sempat nak tulis resepi la..jika ada masa terluang nanti la ye..

okey..bye..wasalam.

UDANG MASALA MAMA

1 kg udang sedang( kalo nak besar pun boleh..)
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
4 cm halia
2 keping asam keping
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil jintas manis
1 sudu kecil jintan hitam
1 tangkai daun kari
1/4 cawan air
10 biji cili api (mama suka pedas)

cara
1.  Basuh udang, buang kepala saja.Toskan.
2.  Goreng separuh masak. ketepikan.
3. Mesin semua bahan.. kalo tak nak pedas kurangkan cili api atau guna cili mereh atau cili kering pun boleh.
4.  Tumis semua bahan, asam keping dan daun kari sampai naik bau, masukkan udang dan 1/4 cawan air.masak hingga sebati. masukkan garam dan gula.
5.  Siap untuk dihidang.

selalu mama masak udang ni tak jadi lauk tapi untuk diratah je..
hmm, pedas manis, masam ummph!!

KARI KEPALA IKAN

A  :  1 biji               kepala ikan jenahak
        2 potong        isi ikan

B  :  Tumis:
        1 sudu besar   minyak masak
        1 biji              tomato merah -dipotong dadu
        4 ulas             bawang merah -mesin
        4ulas              bawang putih - mesin
        1 tangkai        daun kari (em petik je kat tepi rumah tu..)
         1 sudu kecil   halba campur ( ni kene beli kat kedai mamak tau..)

C  :  campur dan sebatikan
       4 sudu besar    rempah kari daging (apa2 jenama tak kesah la)
       3 ulas              bawang merah-mesin
       3 ulas              bawang putih
       2 cawan          air

D  :  10 batang       kacang bendi (cari yang muda- kalo  hujung boleh patah,  ha muda la tu)
        3 biji              tomato merah
        3 cawan         santan sederhana ( tak pekat sangat la..)
        1 cawan         air asam jawa
        1 batang       daun bawang
        1 sudu kecil  garam
        
Cara
1.  Panaskan minyak masak.  Tumis tomato merah, masak sehingga lembut. Masukkan bawang merah, bawang putih daun kari dan halba, biar garing.
2.  Masukkan bahan C yang telah dicampur, masak sehingga hilang bau rempah.
3.  Masukkan air asam jawa dan santan sederhana.
4.  Bila mendidih, masukkakn kepala ikan jenahak dan isi ikan.
5.  Masukkan kacang bendi, tomato merah dan daun bawang.
6.  Masukkan garam dan gula.
7.  Masak sehingga pecah minyak.
8  Siap unutk dihidang.


     

KERUTUB MASALA AYAM

A  :  Tumis
        3/4 cawan        minyak masak
        1 batang           kulit kayu manis
         3 keling           bunga lawang
         3 batang          serai-diketuk hingga hancur
         1/2 cawan       air

B  :  Perap
       1 kg                 ayam
        120gm            rempah kerutub masala
        1/2 cawan       air

B  :  Kisar
        1 biji              bawang besar
         5 ulas            bawang merah
        5 ulas             bawang putih
        4cm               halia
        1 cawan         air

C  :  1/2 kotak       santan M&S (200ml)
        3 keping        asam keping
        2 sudu kecil   garam
        11/2 sudu besar kicap pekat
        1 sudu besar  gula merah

Cara
1.  ayam yang telah dipotong, dicampur dan digaul bersama bahan B dan kemudian di perap selama 10 minit.
     Ketepikan.
2.  Panaskan minyak masak dan masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan serai, tumis hingga naik bau.
3.  Masukkan ayam yang telah diperap tadi, masukkan 1/2 cawan air, kacau sebati dan biar mendidih 
     dengan api sederhana.  Biar sehingga kering sedikit selama 10 minit.
4.  Masukkan bahan C dan masak biar mendidih dengan api yang sederhana. Biar pecah minyak.
5.  Siap untuk dihidang.

hmm..sayang mesti cuba resepi ni tau..umph yummy!!

persediaan majlis kawin

Assalamualaikum..

Setakat hari ni..dah siap beberapa perkara utama. Apa yang utama tu ye..? haha tentu la borang2 untuk nikah dan mencari tok kadi. 

Alhandulillah..bakal menantu dan puteri mama ni sememangnya anak2 yang baik dan mendengar kata..borang2 yang perlu disiapkan awal telah mereka buat..jadi pada hari rabu 6hb jan 2010 lalu anak dara mama telah pergi ke pejabat agama pontian untuk menjalani temubual..hai  maklumlah orang johor kene la temubual ni..orang kata kene soal2 sikit la bab2 agama ni..alahai nak kawin la kata kan..emm soalan kacang je tp kalo tak sekolah gama tak leh jawab jugak tu..eiyy malunye

Pastu..petang semalam pulak mama dan papa pergi ke rumah tok kadi untuk buat appointmen tetap tarikh dan masa untuk nikah. Hmm..cukup puashati la.  alhamdulillah..InsyaALLAH segalanya seperti yang diharapkan.tok kadi tu pun memang free time yang mama nak..mudahnya urusan dan tiada halangan. Orang yang mama papa rancang untuk jadi saksi akad juga disyorkan oleh tok kadi orang yang sama..ohh alhamdulillah..barakallah. Rupanya tok kadi ni pun memilih orang yang menjaga solatnya, yang afdhal menjadi saksi akad nikah. Orang ni bukan orang lain pak sedara mama la..

Emm..pagi tadi pulak, mama dapat call  tentang lembu yang nak dibuat hidangan kepada para tetamu..Alhamdulillah, bapa kepada pelajar papa ni ada ternak lembu.hmm..dia bagi papa harga offer pulak.Hai..tak kan nak tolak..Apa2 pun..segalanya adalah sederhana saja..tak de la berlebihan.InsyaALLAH. Majlis orang kampung je, yang penting meraikan tetamu dalam suasana yang meriah dan ikhlas.

Okey..hari ni, mama nak bagi resepi lauk lah pulak..emm yani, air tangan yani mesti sedap jugak ye..haa cooking with love ya :)

Wednesday, January 6, 2010

TALAM SUJI MAMA

Lapisan bawah
250 gm suji - direndan 1/2 jam
                   - di tos sehingga kering
20 oz santan cair
2 oz gula
1 tps garam
1 tps pewarna kunig

cara
1. campur semua bahan dalam periuk.
2. kacau di atas api hingga pekat.
3. tuang ke dalam loyang 10 x 10 inci
4. kukus selama 15 minit.

Lapisan atas
20oz santan pekat
5 biji telur
3oz tepung gandum
2oz gula melaka
8 oz gula pasir
1/2 tps garam
sedikit pewarna coklat
daun pandan

cara
1. masak santan bersama gula, garam dan daun pandan
2. setelah sejuk bancuh dengan semua bahan lain.
3. kacau di atas api sehingga naik wap
4. tuangkan ke atas lapisan pertama.
5 . kukus selama 30 minit.

TALAM JAGUNG

Lapisan Bawah
30 oz santan cair
 7 oz tepung beras
1 1/2 sudu teh garam
1/2 tin jagung whole kernel-toskan

cara
1. campurkan garam, santan dan tepung beras.
2. wapkan di atas api sehingga setengah masak
3. masukkan jagung kacau hingga pekat.
4. ratakan ke dalam loyang 10 x 10 inci.
5. kukus selama 15 minit.

Lapisan Atas
2 biji telur
700 ml santan pekat
1/2 sudu teh garam
1 oz tepung kastad
150gm tepung gandum
sedikit pewarna kuning
250 gm gula pasir.

cara
1. campurkan semua bahan dan tapis.
2. wapkan di atas api.
3. curahkan di atas lapisan pertama.
4. kukus selama 30 minit.

coretan mama 6.1.10 rabu

Assalamualaikum semua..

 Alhamdulillah..insyaALLAH, perasaan dan mental mama dah semakin ok hari ni. dah 3 hari ayahanda mama kembali ke rahmatullah.(4.1.2010) .kepadaNYA kita datang kepadaNYA kita kembali..semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh..InsyaALLAH...

Dalam masa mama bersedih ni..puteri mama tetap membawa kad jemputan ke rumah ibu saudara mama di mana mama dan adik2 mama berkumpul mengadu dan bertukar cerita..jadi cerita kad jemputan ni dah menukarkan suasana sedih menjadi agak ceria sikit dan melonggarkan ketegangan. Agak kejutan juga kerana semua tak sangka anak perempuan mama yang pemalu yang penuh dengan adab sopan ni.. yang macam budak umur 15 tahun ni dah nak kawin..!! Ye ke..!!

Yang menariknya..kad jemputan adalah tulisan tangan dari puteri mama sendiri ni..tulisan cantik, kemas sekali. Puashati adik2 mama dan semua para sepupu mama ..:) pandai mengubah suasana sedih jadi ceria..hmm tak la stress .mama pun dah semakin tenang dan menerima kesedihan ini dengan hati yang redha.

Okey..skrg mama akan beri resepi feveret mama..himpunan kuih talam..mama belajar dari sedap corner ni..jadi mesti cuba ye, mama gerenti memang sedap. kalo menantu mama makan(tu pun kalo puteri mama ni nak buat la)sure mama lalu belakang dia tak nampak punya lah..

* Sayang..mesti cuba tau.!!.hmm, pi dapur cuba resepi mama ni..

Sunday, January 3, 2010

CILI SOS PAPA


Bahan-bahan:-
cili kering - 1/2 kilo (buang biji)
gula pasir - 2.5 kilo
garam       - 195 gm
bawang putih - 92.5 gm
MCS        - 185 gm (bahan pemekat)
ibu cuka    -  25 ml
air             -  4 liter
sodium bonzoate - 6 gm (ubat tahan)

cara membuat:-
1.  buang biji dan tangkai cili, basuh, rebus..
2.  mesin dgn bawang putih dan 2 liter air.
3.  campurkan garam, gula, mcs dan sedikit air dan kacau sebati.
4.  masak atas api dan 2 liter air.
5.  mendidih - angkat dan masukkan cuka.
6.  isikan ke dalam bekas ketika masih panas lagi.

TAUFU FAH PAPA ( soya panas dengan air gula)


bahan-bahan nya:-
1 kilo kacang soya (yang elok) - direndam 4jam dan buang kulit (taknak buang pun takpe)
50gm tepung jagung - di campur dengan garam siako dan dibancuh dgn sedikit air kacang soya.
30gm garam siako ( beli kat kedai buat kuih)
6 liter air - guna utk kisar kacang
6 helai daun pandan
gula pasir/merah utk dijadikan sirap

cara membuatnya:-
1.  kacang dikisar hanya dengan 6 liter air.
2.  perahkan kacang dn menggunakan kain.
3.  asingkan secawan air soya utk bancuhan tepung( kacau sehingga larut kemudian di tapis)
4.  masukkan ke dalam periuk dan jerang atas api dan masukkan daun pandan, masak hinggga sekali
      mendidih shj.(jgn biar byk kali didih)
5.  sediakan sebuah baldi, masukkan larutan tadi (haha..baldi tu..)
6.  tuangkan air soya tadi sekali gus ke dalam baldi, biarkan sehingga beku.
* JANGAN DIGONCANG BALDI, KERANA AKAN MEROSAKKAN BEKUAN..
7.  hidangkan dengan sirap

(kalau 7 kati soya = 7 liter air)

Saturday, January 2, 2010

Hadiah Warisan

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Mama suka memasak dan rajin mengikuti kelas memasak. Ada banyak koleksi resepi dalam simpanan mama dan semua koleksi tersebut hendak diwariskan kepada puteri sulong mama yang bakal mendirikan mahligai pada Februari 2010 ini. Jadi apa salahnya jika anda semua tutur mencuba koleksi peribadi masakan air tangan mama.



Kepada puteri mama terutamanya wajib mencuba buat hidangan suami tercinta dan keluarga mentua. Puteri mama ni masih belajar lagi. InsyaAllah lagi 2 sem tamatlah pengajian masternya. Alahai dah jodoh dia, walaupun tak pandai memasak. Pandai pegang pen dan komputer kesayangan dia je...(",)

Lepas ni mama akan bagi tips untuk menambat hati suami melalui masakan. Lepas ni wajib rajin masuk dapur cari sudip dan kuali pulak ye.


Mulai hari ini, mama akan selalu tulis resepi dalam blog ni. Sebenarnya ketika ini, mama sedang sibuk dengan persiapan majlis kahwin puteri mama.Sekarang ni sudah 50 peratus persiapan sudah siap. Sebelum puteri nak balik ke universiti, mama minta dia murnikan blog mama ini. Wassalam