Showing posts with label biskut raya. Show all posts
Showing posts with label biskut raya. Show all posts

Saturday, August 21, 2010

biskut cornflakes klasik

bahan A

150 gm tepung gandum
120 gm tepung jagung
1/2 camca teh serbuk penaik

bahan B

180 gm gula halus
250 gm mentega
2 biji kuning telur
2 camca teh esen vanila
180 cornflake (kisar kasar)

cara

1. pukul mentega dan gula hingga ringan dan kembang.
2. masukkan esen dan kuning telur. pukul sebati.
3. kaup dan balik bahan A dgn cornflake
4. bentukkan bebola kecil.letak ceri di atasnya.letas atas dulang pembakar.
5. bakar 180C selama 20 minit atau hingga kuning keemasan..

Friday, July 23, 2010

cornflake madu

bahan

1/2 cawan madu
3/4 cawan gula pasir
1/2 ketul butter
500gm cornflake

cara

1. cairkan madu, gula dan butter dalam kuali hingga mendidih.
2. masukkan cornflake, sira hingga sebati.
3. masukkan dalam cup kecil.
4. bakar 3 minit.
5. simpan dalam bekas kedap.


senang je kan..!!
sedap di makan...
duduk depan tv,
tak sedar dah makan 1 balang..
hehe..

anak-anak mama la tu..

ingatan..!!

jika masukkan lebih gula atau lebih madu, cornflakes akan keras macam batu..

almond london

bahan

1 buku mentega
1 biji kuning telur
3/4 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum - ayak
2 cawan tepung jagung - ayak
badam - panggang 5 minit ( inti)
coating chocolate (tulip)

cara

1. pukul butter dan gula dan gula hingga kembang
2. masukkan tepung yang telah di ayak.
3. gaul hingga jadi doh.
4. masukkan badam di dalam doh dan gentel bulat2 hingga adunan habis.
5. bakar 170 C.
6. sejukkan dulu baru boleh coating.
7. masukkan dalam cup, tabur serbuk badam

mama suka buat biskut ni banyak2 dan simpan kedap.
bila dekat nak raya baru buat coating, sama2 dgn papa :)
anak2 suka coklat2 mcm ni..
hmm hmm ..

sila la cuba ye..

mama caries

bahan

150 gm butter
200 gm tepung
50 gm gula icing
60 gm tepung jagung
1/2 sudu vanila

cara

1. satukan semua bahan, gaul dan ramas hingga lembut.
2. canai dan terap.

topping

bahan
40 gm putih telur
150 gm gula icing
15 gm tepung jagung
esen vanila

cara

1. pukul semua bahan hingga kembang. (boleh jgk guna blender)
2. asingkan sedikit. masukkan warna coklat.
3. sapu atas biskut dan lukis corak ( ikut kreatifivi)
4. bakar 180 C

biskut ni,
yani paling sabar dan pandai lukis coklat nya ni..
cantik sangat.. :)

pasni, nak ajar hani pulak..
insyaALLAH pasti 'jadi' juga..