Wednesday, February 10, 2010

telor pindang johor

bahan
telor ( ikut suka brp biji )
ketumbar - blend
jintan manis/putih - blend
garam kasar
kicap pekat
asam keping/gelugor
kulit bawang merah + putih
lengkuas
serai
daun serai
daun jambu batu
daun salam ( org johor je yang tau..)
daun betik
daun manggis
daun senduduk
daun lengkuas

cara
1.  basuh telor bersih2.- buang najis yang melekat pd kulit telor tu..
2.  susun semua daun2 yang ada selapis demi selapis.
3.  susun telor 'berdiri' di atas lapisan daun2 tadi higga penuh periuk.
4.  tabur asam keping, ketumbar jintan yang telah di blender serta garam.
5.  susun lagi daun2 di atas telor sehingga menutupi seluruh ruang
6.  ulangi proses sehingga memenuhi permukaan periuk.
7.  akhir sekali tuang kicap pekat dan tabur daun2 sehingga habis.
8.  tuang air hingga penuh.
9. rebus telor dengan api besar..
10.  setelah air rebusan panas, slow kan api kerana dikhuatiri telor akan pecah..
11. biar kan api slow sehingga pukul 12 mlm..jika mula pukul 10pg la..
12. matikan api.
13. esok pagi selepas subuh, hidupkan api semula, slow je tau..biar hingga 12 mlm jgk..
14. ulangi proses hingga 3 hari..


* papa dan anak2 mama semua suka sangat telor pindang ni, kalo buat sambal tumis telor pindang..alahai
   memang ummph..!! sedap sangat tau..
   pagi tadi, telor pindang mama dah naik atas api pukul 10 pg..pukul 9mlm tadi, mama dah try ambil sebiji
   nak tengok cane telor pindang mama tu..hmm, berebut2 yani dan hani nak cuba rasa..sedap tak, mama..??
   hmm..okey la ni sedap kan hani..kaklong rasa dulu yek.. emm..bau rempah dan aroma daun2 tu memang 
   menyelerakan..yummy..!!

* yani bimbang keluarga suaminya nanti kata..mama buat telor busuk la..hey ni bukan busuk ye nak..tp bau
   rempah la sayang..

* hey..pengantin takleh makan telor pindang banyak2 ye..hehe nanti keluar angin bau bucuk tau..haha hehe..

* merebus telor pindang ni memang unik sikit, sebab kene susun telor tu 'berdiri' tau..haha tentu takleh nak
   bayangkan cane tu..?? em kata nabil..' lu pikir la sendiri..' yek..pastu kene lapis dgn daun2 pulak, pastu
   susun lg telor, pastu susun lg daun, pastu telor..begitulah..hingga habis telor dan penuh periuk...hmmm adoi..

* InsyaALLAH..semua tetamu mama akan dapat telor pindang air tangan mama dan yani ni nanti..em sila la
   rasa takyah malu2..

No comments: