Wednesday, June 13, 2012

Sheperd Pie Mok De

Bahan inti (bawah)
1 bungkus daging cincang (pastikan HALAL)
1 tin kecil tomato puri
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3 sudu besar sos cili
1 cawan mix vagetable
secubit garam dan gula
serbuk lada hitam
serbuk oregano

Cara membuat
1.  Potong dadu bawang besar dan bawang putih.
2.  Basuh dan toskan daging cincang.
3.  Tumis bawang yang telah dipotong dadu hingga naik bau.
4.  Masukkan tomato puri, sos cili, mix vagetable dan daging cincang.
5. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk oregano, secubit garam dan gula.
6. Kacau hingga daging masak.
7. Ratakan di dalam loyang @ corning ware.
8. Biarkan sejuk.

* Boleh juga gantikan tomato puri dengan Prego (jika suka)

Bahan lapis atas
5 biji kentang US (RM2.00)
cheese mozarella
cheese parmesan

cara membuat.
1.  Potong dadu dan rebus kentang hingga empuk.
2.  Angkat dan toskan.
3.  Lecek kentang hingga hancur.
4.  Masukkan sedikit cheese mozarella.
5.  Gaul sebati.
6.  Tabur cheese mozarella di atas kentang.
7.  Tabur cheese parmesan memenuhi semua ruang atas mozarella tadi.
8.  Ratakan di atas daging cincang tadi..tutup semua permukaan inti daging tu..
9.  Bakar 180C selama 10-15 minit @ kekuningan..
10. Siap untuk dihidangkan bersama kopi panas..
11. Hidangan ringkas kudapan petang..

* jika nak guna cheesedale yang keping2 tu pun boleh juga..
   potong jalur2 pastu susun ikut suka di atas kentang..
   pun sedap juga..

   Sayang..
   sila la cuba ye..
   pasti menjadi punya.. :) hee

No comments: