Wednesday, June 9, 2010

tart telur

pastri

3 oz mentega
2 oz gula kastor
1/2 canca teh esen vanila
1 biji telur, dipukul sedikit
5 oz tepung gandum- ayak
1 oz tepung naik sendiri - ayak

cara

1. pukul mentega, gula kastor dan esen sehingga ringan dan berkrim.
2. masukkan telur yang sudah dipukul sedikit. pastu pukul lagi kuat2
( hehe :)
3. ayak tepung ke dalam adunan.
4. kacau dan balikkan dengan cermat dengan menggunakan senduk kayu.
5. dgn menggunakan hujung jari, perlahan2 gaul adunan sehingga menjadi
doh yang licin.
6. masukkan doh dlm beg politin dan dinginkan selama 1 jam.
7. torak adunan dan terap bulat dan muatkan ke dalam acuan tart.
( em, wan dan su dah tengok kan camana acuan tu.)
8. cucuk dasar dan dgn garpu utk mengelak pastri dari naik mengambang semasa di
bakar.
9. bakar 12-15 minit seh
ingga perang. sejukkan sebelum di keluarkan dari acuan.
10. masukkan inti dalam acuan pastri.
11. bakar 5 minit lagi..( kalo tak nak bakar pun boleh terus simpan dlm peti sejuk)

inti krim pastri

2 biji kuning telur
4 oz gula kastor
2 oz tepung gandum
2 caan susu
1/2 camca teh esen vanila

cara

1. pukul kuning telur dan gula kastor hingga putih.
2. masukkan tepung yang sudah di ayak.
3. didihkan susu dgn perlahan2. masukkan ke dalam adunan kuning telur.
4. masukkan vanila.
5. masukkan adunan susu dan kuning telur ke dlm periuk dan kacau atas api sederhana
panas sehingga adunan mendidih dan pekat.
6. sejukkan..

em..resepi tart telur ni permintaan wan dan isterinya suraya..

haii..bila si isteri mengandung..
si suami pulak yang sibuk cari resepi yek..
macam2 ragam dunia pasangan muda ni..
boleh pulak wan yang nak masak benda2 mcm ni ek..
:) hehe

sukati korang la yek..
yang penting, bahagia..bahagia..

seronoknya lihat pasangan bahagia..
hmm...

No comments: