Saturday, July 31, 2010

ayam panggang rempah bermadu

bahan

700 gm dada ayam
5 ulas bawang putih-blend
3 ulas bawang merah-blend
2 cm kunyit hidup-blend
3 camca besar ketumbar-blend
4 tangkai cili kering-blend
5 camca besar madu
1 camca teh jus limau nipis
1 camca teh serbuk lada hitam
10 helai daun pandan
garam secukup rasa
sedikit minyak sapi

cara

1. perap dada ayam bersama bahan yang telah dikisar, serbuk lada hitam, garam dan
jus limau nipis. biarkan semalaman.
2. sapukan minyak sapi pada sekitar dada ayam.
3. balut ayam dgn daun pandan dan panggang hingga masak.
4. setelah masak sapukan madu pada keseluruhan ayam panggang tersebut.
5. hidangkan panas-panas..

kalo takde daun pandan nak balut ayam tu,
gunakan je foil paper ala kertas timah tu la..hmm :)

perap lama sikit baru rencah meresap dalam isi ayam yek..

ok sila la cuba ye..

No comments: