Thursday, May 19, 2011

Masakan Kampong

Masak Tempoyak Pucuk Ubi
 bahan-bahan
200gm pucuk ubi
5 batang serai-dihiris halus
4 helai daun kunyit-dihiris halus
5 ulas bawang merah-dihiris halus
100gm udang saiz sederhana
15 tangkai cili padi
sedikit kunyit hidup
250ml santan
2 sudu besar tempoyak
garam secukup rasa

cara membuat
1.  bawang merah,cili padi dan kunyit hidup ditumbuk halus.
2.  masukkan santan dan tempoyak.
3.  masukkan pucuk ubi, daun kunyit dan serai yang dihiris. gaul rata dan biarkan kuahnya mengering.
4.  masukkan udang dan biarkakn udang masak.
5.  masukkan garam sesedap rasa.


Ayam Masak Sambal
bahan

1/2 ekor ayam
5 ulas bawang merah-dihiris
3 ulas bawang putih-ditumbuk
15 tangkai cili merah-ditumbuk
sedikit halia-ditumbuk
minyak masak untuk menumis
minyak masak untuk menggoreng ayam
garam secukup rasa.

cara membuat
1.   goreng ayam separuh masak.
2.  tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili merah yang telah di tumbuk tadi.
3.  masuk garam.
4.  masuk ayam dan kacau hingga masak..
5.  taadaa..haha dah siap..!! senang sesangat je ek.. :) hehe

ala..lauk cam ni je...balik sekolah kelam kabut pun boleh masak..senang sangaat..hehe :)

sila la cuba ye..

No comments: