Friday, September 2, 2011

Rendang Ayam Ani

bahan

1 ekor ayam (potong 10@ikut suka)
1 paket kecil serbuk kunyit
100gm lada kering
20 btg cili api (tambah lagi jika suka pedas)
2 batang serai.
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 sudu kecil ketumbar n jintan
2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
3 paket kecil kerisik
1/2 kilo santan pekat
2 keping asam keping
4 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
garam n gula secukup rasa

cara
1. Basuh dan bersihkan ayam.
2. Gaul garam dan serbuk kunyit.
3. Goreng separuh masak. angkat dan simpan dulu.
4. Blender semua bahan.
5. Tumis hingga naik bau.Masukkan santan. Kacau hingga pekat.
6. Masukkan garam, gula,kerisik dan asam keping.
7. Kacau hingga pekat.
8. Masukkan ayam tadi,daun kunyit dan daun limau purut.
8. Perlahankan api. Tutup kuali hingga ayam benar2 masak.
9. Tambah garam n gula jika perlu..
10.Matikan api, bila rendang dah agak kering.
11. Angkat dan hidangkan.

* resepi ni, mama dapat dpd Ani..
hmm..sedap rendang kau, ani.. :D hehe
senang jer..
insyaALLAH..esok nak bekalkan anak nak balik Perak..

sila la cuba ye.. :D

No comments: