Wednesday, March 3, 2010

kanser

 LAMBAT MERAWAT - punca sel kanser merebak

Kenali Kanser

kanser payudara ialah pertumbuhan sel atau kumpulan sel yang tidak normal (ketumbuhan atau tumor) pada payudara.  sel ini amat berbeza berbanding sel biasa yang sihat kerana sel ini tidak terkawal dan mula menghasilkan tisu tambahan yang disebut tumor.

tumor ini boleh bersifat benigna (bukan kanser) dan maligna (kanser).  sel-sel maligna agak berbahaya kerana boleh terpisah daripada tumor dan beredar ke bahagian tubuh yang lain.  sel kanser payudara boleh merebak ke nodus limfa ketiak (nodus aksilari) atau ke salur darah yang membawanya ke paru-paru, hati, tulang dan lain-lain..

antara mereka yang berisiko menghidap kanser:
*  sejarah kanser payudar individu
*  sejarah kanser payudara dalam keluarga terdekat.
    jika kanser terjadi sebelum putus haid atau terjadi dalam kedua-dua belah payudara
    pada mana-mana ahli keluarga tersebut..
*  mula datang haid pada usia muda
*  mengalami putus haid pada usia lanjut
*  mula hamil selepas umur 30 tahun
* obesiti
* banyak mengambil minuman keras

antara tanda-tanda yang perlu diperhatikan ialah:
*  ketulan atau ketebalan di mana-mana bahagian pada payudara
*  lekukan atau kecutan kulit pada payudara
*  puting yang tertolak ke dalam ( kebiasaannya tidak begitu)
*  lelehan dari puting keluar dengan sendirinya dan meninggalkan tanda pada pakaian
*  terdapat sebarang perubahan pada bentuk, tekstur atau warna kulit

No comments: