Thursday, March 4, 2010

kerabu kacang botor papa

bahan

200gm kacang botor
1 kuntum bunga kantan
2 biji cili benggala (warna kuning/merah)
1 biji bawang besar
1 biji buah tomato

sambal kerabu
3 biji cili merah
1 sudu kecil belacan bakar
2 camca besar udang kering
2 camca besar kerisik
3 biji limau kasturi - amibi airnya
1 camca besar gula dan garam secukup rasa

cara
1.  bersihkan semua sayuran dan tos
     kacang botor dihiris serong, cili benggala dihiris nipis bentuk batang mancis, bunga kantan, tomato dan
     bawang besar di mayang.
2.  basuh udang kering kemudian kisar bersama cili merah, belacan, gula dan sedikit garam.
3.  gaul semua sayuran bersama sambal kerabu, kerisik dan air limau kasturi.
4.  sesuai dihidang bersama nasi putih untuk makan tengahari..

emm...sila la cuba ye..senang je. gaul2  dah boleh pikat selera ni.
kalo kerabu2 ni, selalu mama buat untuk makan berdua dengan papa je..
tak penah hidang untuk anak2..
kacang botor dan bungan kantan ni papa ada tanam depan rumah..
nak makan baru petik terus buat kerabu..hmm, kalo malas buat ulam je cicah budu..

No comments: