Thursday, March 4, 2010

makaroni goreng mama

bahan
1 bungkus makaroni
2 biji bawang besar potong dadu
6 biji bawang putih cincang halus
10 biji cili merah dikisar
1 sudu besar pes tomato
1/2 kiub pati ikan bilis
300gm udang sederhana besar
3 biji tomato di belah 4
100gm brokoli dicelur sekejap
150gm mentega
1 biji telur dadar dan potong nipis untuk hiasan
1 tangkai daun sup/bawaang - dipotong untuk hiasan
sedikit minyak
sedikit garam

cara
1.  panaskan minyak dan letak kan mentega
2.  tumis bawang putih dan goreng hingga naik bau..hmm.. :)
3.  maasukkan pula bawang besar dan biarkan sehingga layu (lembut)
4.  taknak biarkan menjadi garing-hanya layu je ye..
5.  kemudian masukkan cili kisar dan pes tomato, kiub ikan bilis dan garam.
6.  kacau.
7.  masukkan udang dan tomato.
8.  selepas 5 minit, masukkan makaroni, gaukl rata.
9.  akhir sekali masukkan brokoli, kacau supaya mesra..
10..hidang telur dadar dihiris nipis  serta daun sup..

hmm...jani pandai masak makaroni goreng ni..em, sedap jugak..secukup rasa..:)
siap masuk daging cincang lagi ek.. hehe..
sebab tu boleh.....ehem, ehem..haha...  

No comments: