Monday, May 10, 2010

diary mama hari ini..10.5.2010

Salam semua..

HARI IBU SEDUNIA..

Hari Ibu..??

Mama terpanggil untuk meluahkan perasaan keibuan mama..saja je nak luah perasaan :)

Sebenarnya bagi mama hari ibu ni takyah lah nak dirai-raikan sebab hanya akan menyusahkan anak-anak dan diri ibu tu sahaja..apa taknya, anak-anak akan rasa bersalah jika tak berikan hadiah atau ucapan 'selamat hari ibu' kepada ibu,mak, umi,mama,mumy atau apa saja panggilan kepada ibunya. begitu juga kepada si ibu pula, akan merasa sedih andai anak-anak tidak menalipon atau menghantar mesej atau memberi hadiah. malah si ibu akan merasa kecil hati..dikatakan anak dah lupakan dirinya la, sibuk dgn urusan peribadi la..dan mcm2 lagi andaian yang mengganggu fikiran si ibu pula..haha, mengarut je ek..ni semua perayaan omputih la..dlm islam takde ni semua..

bagi mama 'hari ibu' lain la pulak, mengikut persepsi mama la..

setiap tahun mama raikan 'hari ibu' sebanyak 5 kali..

kenapa ye..??

sebab setiap kali ulangtahun anak-anak,itu lah 'hari ibu' bagi diri mama. mama akan bersedekah makanan dan minuman kepada seluruh warga sekolah,murid,guru serta kakitangan sekolah. Mama akan minta ustaz membacakan doa untuk anak yang diraikan ulangtahunnya agar hidup anak mama sentiasa di dalam barkah ALLAH..InsyaALLAH dan pagi Jumaat yang dekat dgn tarikh lahir anak mama..bacaan yasin dan tahlil ringkas diadakan..mama ambil kesempatan ini untuk hadiahkan pahala tersebut kepada anak-anak mama yang diraikan ulangtahunnya..

sebenarnya anak-anak tak tahu mama raikan ulangtahun mereka disekolah bersama warga sekolah mama..jadi dalam setahun 5 kali mama akan bersedekah makanan dan minuman.. sempena ulangtahun anak-anak mama.ini lah cara mama raikan 'hari ibu' mama ..unik kan..untuk tahun 2010 ni, ada tambahan..ulang tahun menantu mama..juga mama buat seperti anak-anak mama yang lain tu..pun tanpa pengetahuan beliau..

bila bersama anak-anak yang diraikan ulangtahunnya di rumah, biasanya hanya ala-kadar dan secara ringkas shj..atau belanja makan di luar mengikut selera masing2.

mama menjadi ibu ialah pada hari mama melahirkan anak sulong mama..
Anak sulong - Nur Iryani 19 April 1987
Anak kedua - Khairul Anwar 10 September 1988
Anak ketiga - Khairul Azri 9 Ogos 1991
Anak keempat- Khairul Akmal 18 September 1995
Anak bongsu - Nur Hani 5 Ogos 2003..

Allah anugerahkan mama gelaran ibu dan hadiah yang tidak terhingga bila anak-anak menyambut ulangtahun kelahirannya setiap tahun..anugerah kesihatan dan keselamatan buat anak-anak mama..

kini
1 anak sulong dah berumur 23 tahun & suami (26 tahun)
2 anak kedua dah umur 22 tahun
3 anak ketiga dah umur 19 tahun
4 anak keempat dah umur 15 tahun
5 anak bongsu dah umur 7 tahun

..syukur alhamdulillah, barakallah

begitu lah cara mama sambut 'hari ibu' mama..
tak perlu nak heboh2 raikan seluruh dunia..
hari lahir setiap anak adalah lebih bermakna bagi mama sebagai ibu..
setiap anak ada keistimewaan masing2 yang tersendiri..
walau sesibuk mana sekalipun,
mama tetap tak pernah lupa hadiahkan kalian..
'alfatihah' 40x setiap hari selepas solat subuh..
anak2 adalah buah hati yang mempunyai tempat tersendiri dalam hati mama..
walaupun kadangkala..
anak2 buat air mata mama mengalir jatuh ke pipi..
itu adalah air mata kerinduan jua..
insyaALLAH..
kalian adalah amanah ALLAH yang perlu mama jaga..

No comments: