Tuesday, May 18, 2010

Tom Yam seafood (menu sihat)

bahan

6 ekor udang sederhana, kupas kulitnya
2 ekor sotong segar, bersihkan dan potong bunga
100gm lala segar, bersihkan
1/2 kg kupang
2 cawan stok rebusan kulit udang
2 ulas bawang merah- belah dua
3 biji tomato ceri - belah dua
2 ulas bawang pitih- ketuk
8 tangkai cili padi- ketuk
2 batang akar ketumbar - hiris
30 gm cendawan tiram - hiris
2 batang serai - ketuk
2 cm lengkuas muda - ketuk
4 helai daun limau purut - koyak
1/2 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu makan nam pla (sos ikan thai)- p cari kat supermarket ye :)
2 biji limau nipis, perah jusnya ( petik je depan rmh mama ye)
sedikit daun ketumbar segar untuk menghias

cara

1. didihkan air di dalam periuk, masukkan bawang merah dan putih bersama serai
lengkuas, cili api, akar ketumbar, daun limau.
2. didihkan diatas api yang kuat untuk aroma yang harum ke dalam
tom yam.
3. masukkan pula makanan laut dan cendawan tiram.
4. tambah tom yam dengan garam, gula dan nam pla, didihkan buat seketika lagi.
5. akhir sekali masukkan tomato ceri.
6. alihkan dari api, perahkan air limau nipos ke dalam tom yam dan hidangkan dalam
mangkuk hidangan.
7. hiaskan dengan daun dan hidangkan ketumbar.
8. hidangkan sewaktu masih panas..

hmm..hmm..ini memang sedap..
masukan nam pla lg sedap ye.. :)
mama sekeluarga memang suka tom yam putih ni dpd tom yam merah..
segar, pedas dan masam..
aroma daun ketumbar yang membangkitkan selera..
hmm..hmm..nyam3.. :)

sila lah cuba dan rasa nikmatnya..

No comments: