Thursday, July 8, 2010

kek lapis masam manis

bahan A

300 gm mentega
3 sudu besar susu pekat
1/2 camca teh esen vanila

bahan B

12 biji kuning telur
4 biji putih telur
170 gm gula kastor
120 gm tepung hong kong
1 camca teh serbuk penaik
64 kepng haw flake

cara

1. pukul bahan A hingga kembang dan ketepikan.
2. pukul kuning telur dgn gula kastor hingga kembang.
3. Masukkan kedua2 jenis tepung dan gaul sebati.
4. pukul putih telur hingga kembang dan gaul dlm adunan tepung tadi.
5. Masukkan bahan A dan gaul lagi hingga sebati.
6. sediakan loyang saiz 7x7x3 inci
7. sukat dua sudu besar dan ratakan.
8. bakar dlm ketuhar hingga kuning.
9. selepas lapisan ketiga, susunkan haw flake dan bakar hingga kuning.
10. ulangi hingga adunan habis..
11. sejukkan, potong ikut suka dan sedia utk di hidang


* mama paling suka kek lapis masam manis yang cikna buat..
hmm hmm skrg ni makteh pun dak ekspet buat kek lapis masam manis ni..

hmm..apalagi soh je makteh buat utk raya nanti yek.. :) hehe..

No comments: