Thursday, July 8, 2010

mi kari

bahan A

50 gm bawang kecil- blend
30 gm bawang putih - blend
1/2 inci halia - blend

bahan B

2 biji bunga lawang
5 biji bunga cengkih
1 keping kulit kayu manis

bahan C

2 sudu besar udang kering - blend
5 - 10 biji buah keras

bahan D

125 gm serbuk kari ikan
1/2 sudu besar serbuk cili
1 camca teh serbuk kunyit
santan segar ( ikut kepekatan yg dikehendaki)
2 helai daun limau purut (jika ada)
sedikit tauge
sawi ( jika suka)

1 kilo mi kuning

cara

1. tumis bahan A dan bahan B hingga naik bau.
2. kemudian masukkan bahan C. kacau sebati
3. masak gunakan api sederhana.
4. masukkan bahan D. kacau hingga terbit minyak.
5. mahu lebih sedap masukkan air rebusan udang(jika ada) atau sedikit air.
6. masukkan santan segar.
7. celur mi kuning dan tauge
8. letakkan mi kuning ke dalam mangkuk, masukkan kuah dan hias dengan tauge.

info~

boleh juga tambah fish ball, fucuk, isi kerang, ayam rebus..
em..boleh juga masukkan udang jika suka..

semua tambahan ini boleh dimasukkan ke dalam kuah kari yang dimasak.
tambahn sayur-sayuran dalam hidangan mi kari lebih menyihatkan ..

* sayang..,

cuba la resepi mi kari yang sangat senang ni ye..
dah pandai masak kari kn..mama beri 5 bintang utk kari ayam kelmarin :)sedap..

No comments: