Wednesday, March 16, 2011

kejutan...ohh, kejutan...

ohh...walaupun cerita ini telah 3 bulan saya tahu tapi ia menghantui fikiran saya..ohh..!!kenapa kejutan seperti ini yang saya dengar...??? rasa sedih dan tak mau..tak mau saya ingatkan..tapi fikiran saya asyik terkenangkan nya..bagaimana saya boleh melupakannya..??ohh..istighfar..istighfar...

majlis reunion suami saya telah menemukan saya dengan jiran2 baik saya..ohh, seronoknya bertemu mereka..dah hampir 11 tahun kami terpisah akibat berpindah tempat kediaman kerana suami masing2 bertukar daerah tempat bertugas, mahupun suami yang bersara samada bersara hakiki ataupun bersara pilihan..

di dewan besar penuh nostalgia itu, saya bertemu kembali kak nah abang hashim, liza bani, zie nik robert, kak yam abang rahman, sapura azman(fizah kata pora mami jarum-ada je), jemey (azman-menantu wak sukiman) ohh, saya jumpa juga emak siti salbiah, anak murid saya zaman huri anak sarjan hassan kak zarah..sekarang di pulai perdana.. wahh..ramai lagi tak tertulis lahh...saya tercari-cari maria mail dan zana azmi.kak timah abang ghafar, awey ros dan murni brahim...kesemua mereka ini adalah jiran2 saya yang sangat rapat dan saling bekerjasama memasak juadah makanan bila nak buat marhaban di bulan syawal..aduhh..!! indahnya kenangan...

ohh..saya juga bertemu dengan kak zai abang hashim..wah memang bergaya betul nenek ni..masih vouge gitu..!! kak zai abang hashim ni la chef yang akan menentukan menu masakan tiap kali marhaban di bulan syawal..menu masakan memang meletop..pasti ramai hadiran dan hadirat yang datang.. apalagi kak yam abang rahman,berpeluk-peluk sedih penuh kerinduan pada anak2 bujang teruna saya..alahai tangkap leleh lah pulak.. hehe memang lah seronok tak terkata dapat bertemu jiran2 lama ni..

kami makan2 dan bertukar2 cerita perkembangan terkini..bertanya khabar anak masing2..mujur saya membawa 3orang anak, jadi dapatlah mereka berjumpa dan berpeluk2 sakan dengan anak2 saya yang sedang meningkat remaja ini..maklumlah semasa kami berpindah dulu saya membawa 4 orang anak tapi kini ada tambahan lagi sorang..hehe..anak lepas pencen dan sesudah menunaikan fardhu haji..

kejutan pertama..abang g dah madukan kak t dengan madu 3..!! MasyaALLAH..bagai bom berdentum di jantung saya..isteri ketiga ini boleh berikan anak pada abang g..aduhaii..kak t begitu steady..

kejutan kedua..m.. a.. juga telah berkahwin dengan wanita seberang (indonesia) yang comey lotey..

kejutan ketiga..m.. a.. telah ceraikan isteri pertamanya..alahai..kenapa, a..buat begini..?? ohh, mentang2 lah gaji dah melebihi 4ribu..boleh buat sesuka hati ye,,??sedih..sungguh sedih..!! a.. ni kawan baik kami..dia memang sorang yang sangat baik, anak2 semua pandai2 belaka..

kejutan keempat..helmi (anak  murid saya) telah berkahwin dengan pompan filipino..tak kisah lah tu..tapi kejutannya ialah dah taknak balik malaysia lagi dah..!! hai, kenapa begitu..?? dah buang semua ahli keluarga.. hai..saya masih ingat lagi kesemua adik2nya ni..semua comel2 dan pandai2..

kejutan seterusnya yang mengganggu fikiran saya ialah b..sedang bercintan cintun dengan sorang awek wpc.. hai memang dah kenapa gaknya ye..??ohh,,sebab pangkat dah besar,gaji pun dah besar, boleh ke ..?? dah lah dah bermenantu, dah bercucu pulak ..memang buang tebiat betol la..saya tercari2 dia tapi sampai balik tak dapat jumpa..nape la dia tak datang yek..?? padahal dia dah tau kami semua pasti akan datang..

hmm..benci lah dengan kejutan2 seperti ini...mengganggu fikiran saya yang waras tau.. saya amat berharap semua kejutan2 di atas adalah fitnah semata-mata..dan iktibar buat diri saya..

tambah terkejut bila liza tunjukkan anak gadisnya yang cantik lagi comel..asyik senyum je bila wajah kami bertemu..namun sedih pulak bila liza kata, anak gadis ini tak boleh bertutur dan tk boleh mendengar.. alahai sayang, nasib baik abang dan kakaknya alia begitiu ekspet menggunakan bahasa isyarat..memang istimewa. saya sangat teruja nak bertemu dengan alia, skrg sdg study berkaitan pendidikan khas..syabas alia!! semoga alia boleh menjaga adik yang istimewa ini dengan sempurna..

hmm..kejutan berikutnya ialah ogen dah jadi pegawai polis..hmm, nape dia pilih bidang ini ye..??dia anak murid saya, namanya ialah ruzaini tapi dah sedap panggil ogen.dia ni suka sukan, olahragawan.. ijat pulak dah nak jadi doktor, hmm sedang hangat bercinta..teruskan jat, semoga berjaya, tak lama lagi mak abah kamu akan ke sana ..tungguuu..

seandainya...semua kejutan tersebut adalah fitnah..sesungguhnya, ALLAH sedang menguji tahap keimanan mereka..bersyukur lah..hanya insan yang terpilih sahaja akan di uji tahap keimanan mereka..


wallahu a'lam..

No comments: