Saturday, March 12, 2011

KHASIAT DI SEBALIK PAHIT PERIA KATAK...

     Peria katak mempunyai kulit yang menggerutu dan berwarna hijau muda, selalunya dimakan mentah..ala ulam laa..peria katak rendah kalori dan mempunyai kandungan serat yang tinggi, kaya dgn besi, beta korina 2 kali ganda dpd brokoli, kalsium 2 kali ganda dpd bayam dan kalium 2 kali ganda dpd pisang..hmmm...

     sayur ini turut mempunyai juzuk fito unik yang disahkan mengandungi kesan hipoglisemik yang dikenali sbg charantin.  selain itu, ia turut mengandungi Polypeptide P yang dikenali sbg pengganti INSULIN bagi sesetengah pesakit DIABETES ( mcm mama ni..)  Insulin Tumbuhan ini amat disyorkan untuk pesakit kencing manis..( mama dah di berhentikan oleh doktor dari mengambil insulin kerana boleh mengawal pemakanan sendiri..)

     Rasa pahit peria katak ini datangnya dari kandungan kuinin yang tinggi.  Peria katak ini juga turut digunakan sebagai pencetus PENGGUGURAN.  Selain itu, ia juga boleh digunakan sbg bahan sapu utk merawat masalah kulit,vaginitis, buasir, ruam gatal,ekzema dan kusta.

     Peria katak turut berguna jika dicampurkan dgn herba lain utk tujuan merawat penyakit.  Antaranya jus peria katak amat berguna utk merawat penyakit darah spt kegatalan berkait dgn keracunan darah.  Cara penggunaannya ialah dengan mencampurkan dua auns jus peria katak dgn sedikit jus limau. Hirup air ini perlahan-lahan sewaktu perut masih kosong setiap hari = 4 hingga 6 bulan.

     Bagi yang mengalami masalah sistem pernafasan, anda boleh lah minum 2 auns jus peria katak yg di campur madu dan sedikit air. Minumlah ramuan ini setiap hari utk memperbaiki masalah asma, bronkitis dan pharyngitis.

     Walaupun terdapat pelbagai khasiat ubatan peria katak ini, penggunaannya perlulah dapatkan nasihat dari orang yang lebih arif..bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari..

     Mama lebih suka peria katak ini dimakan mentah...ye lah sebab pesakit kencing manis perlukan insulin timbuhan yang real..pucuk betik juga pahit ek..hehe
(Ingatan  : orang mengandung takmo makan ulam peria katak ni ye..boleh gugur tau..)

    Ulam-ulaman baik untuk kesihatan  kita semua...



  

No comments: