Monday, March 18, 2013

KAU KEKASIHKU..

Salam semua.. :D

wahh..
seronoknya saya hari ini..

hmm..
sungguh seronok laa..
dalam hati saya berbunga-bunga ..
siap ada rama-rama sekali.. hi hi.. :)
alahaiii...

Sesungguhnya,

saya sangat bersyukur...
Alhamdullillah..Barakallah..
Aminn..

saya dah tak payah lagi nak susah-susah kan kekasih halal saya..hmm,kesian sangat kat dia kerana setiap hari,setiap pagi, dia terpaksa berkejar dengan waktu..seolah-olah larian marathon pulak walaupun dia sukarela malah dia memang suka sesangat menguruskan diri saya dan anak-anak..

kenapa..??

ini adalah kerana  saya dan anak2 memerlukan khidmat dia untuk menghantar kami ke sekolah dan ke tempat kerja kami, masing2 nak punch card awal sebelum jam 7:00 a.m

Memang la tiap pagi, dia akan menunaikan solat subuh di surau berdekatan dengan rumah, balik je terus tukar baju dan seluar pastu kena hantar anak p kerja yang punch card nya mesti 6 :45 pagi tak boleh lewat..seterusnya hantar saya ke sekolah yang punch card saya pula 7:00 pagi..pastu baru lah dia boleh pergi kerja..yang kesiannya ialah dia tak sempat nak duduk makan bersarapan pagi bersama kami di rumah..dia terpaksa makan sendiri sambil drive ketika menghantar kami semua..selalunya sandwich telur dan cheese. walaupun saya rasa kesian kat dia tapi apakan daya saya..terpaksa lah buat2 tak peduli..namun salam peluk cium dari anak2 dan saya sendiri sebelum turun dari kereta dah boleh membuatkan kekasih halal saya ni tersenyum ikhlas..selalunya semasa saya cium tangan dia, saya akan ucap 'terima kasih, abang..' dan semasa cium pipi kiri ,kanan dia..dia akan bisik ' hati2 jaga diri, sayang..'

seronoknya mencipta bahagia..
 hati dibuai-buai perasaan indah..
tersenyummm :D

selalunya..nak turun kereta ..ini lah adegan wajib saya dan anak2 tiap hari..salam dan cium pipi kiri kanan..pasni tiada lagi dahh..sebab saya dah boleh pergi sendiri dan anak pun dah tak perlu susahkan ayahnya lagi..ini adalah kerana kami (saya dan anak bujang ni ) dah miliki kenderaan sendiri.. rasa tak perlu lagi nak berkejar dengan masa..selalu rasa 'hot'..pagi2 dah berebut-rebut sebab nak ready sebelum azan subuh..lepas breakfast tepat jam 6:20 mesti dah gerak keluar rumah..

kini..

semua adengan tersebut perlu di laksanakan sebelum masing-masing bergerak keluar rumah..kekasih halal balik surau..jam 6:30 pagi kami akan bersarapan pagi bersama..anak bujang dah boleh pergi kerja selepas bersarapan pagi bersama..saya pula 6:50 saya pula dah boleh gerak ke sekolah..apatah lagi en kekasih halal saya, dia masih boleh bersantai selepas sarapan kerana pada jam 7:30 atau 8:00 baru pergi kerja..

semoga,
selepas ini keadaan terus bertambah baik..

insyaALLAH..Barakallaaah..buat saya sekeluarga dan anda sekalian juga..
Cipta la bahagia, berfikiran positif dan sihat ceria selalu..

No comments: