Tuesday, August 13, 2013

Talam Cendol


Bahan (lapis bawah)
100 gm cendol
200 gm tepung suji
1 sudu makan tepung jagung
400 ml air
300 ml santan pekat
170 gm gula
1/2 sudu teh garam

Bahan (lapis atas)
150 gm tepung gandum
300 ml santan pekat
4 biji telur
1/2 sudu teh garam
250 gm gula kabung
50   gm gula kastor
500 ml air

Cara membuat
1.Untuk lapisan bawah, masukkan tepung suji, tepung jagung, santan pekat dan air di dalam periuk dan
   adun sebati.
2.Masukkan pula garam dan gula. Kacau sebati. Masak hingga naik wap dan tutup api.
3.Angkat dan masukkan cendol dan gaul sebati. Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus selama 25 atau
   30 minit (hingga masak)
4. Selepas masak, cakar bahagian atas kuih dengan garpu, ketepikan.
5. Untuk lapisan atas, cairkan gula kabung dengan gula kastor bersama air di dalam periuk. Sejukkan.
6. Setelah itu, masukkan tepung gandum, telur, santan pekat dan garam. kacau sebati. Masukkan perwarna
    coklat.Masak hingga naik wap dan tutup api.
7. Tuang adunan ke atas lapisan pertama tadi dan kukus selama 20 hingga 25 minit.
8. Selepas masak, biarkan sejuk dan barulah dipotong.
9. Hidangkan dan sedia dinikmati..

pssttt..!!
potong kuih talam ni setelah betul sejuk yee.. :)

Cuba la ye.. :D
Selamat menikmati talam yang lembut dan enak ni..

Selamat mencuba Doktor Linda..

No comments: