Nasi tiruan? Tengok gambar nampak macam nasi
kan? Bagi mereka mengalami penyakit manis atau sesiapa yang ingin
menurunkan berat badan, nasi tiruan ni adalah sajian paling sesuai untuk
menggantikan nasi dalam hidangan Melayu.
Bahan-bahannya:
Separuh bunga kobis sederhana besar (lebih kurang 250gm)
kelapa parut (setengah biji )
Air mendidih
1 sudu teh mentega (jangan digantikan dengan majerin kerana tujuan utama disini adalah menggunakan lemak asli)
secubit garam
lada putih
Caranya
Sebaiknya gunakan bunga kobis yang
benar-benar segar kerana lebih segar lebih mudah disagat. Dengan
menggunakan sagat yang kasar, parut bunga kobis kesemuanya termasuk
bahagian batang di tengahnya. Masukkan kesemua bunga kobi dalam periuk
dan curahkan air mendidih agak-agak separas dengan bunga kobis. Tutup
dan rebus dengan api kuat selama lima minit. Saring dalam tapisan,
pastikan air rebusan benar-benar tuntas. Masukkan semula bunga kobis ke
dalam periuk tadi. Panaskan. Masukkan mentega. Campurkan kelapa parut,
garam dan lada putih. Gaul sebati.
Hidangkan panas-panas bersama lauk-pauk Melayu.
* terima kasih maklong..saya akan cuba, saya adalah pesakit kencing manis..
No comments:
Post a Comment