Wednesday, March 31, 2010

barah rahim & pap smear

pap smear ialah satu ujian yang boleh mengesan penyakit barah rahim dan lebih khusus lagi barah pintu rahim atau cancer of the cervix..

penyakit ini kalau dibiarkan sehingga peringkat barah akan memaksa pembedahan membuang rahim (hysterectomy) dibuat dan kemungkinan pula perlu disusuli dengan rawatan ridioterapi. kalau tidak dirawat, ia akan membawa maut..

pap smear boleh mengesan perubahan sel pada peringkat awal iaitu 5-15 tahun sebelum sel itu menjadi barah..

barah pintu rahim ini hanya menyerang wanita-wanita yang telah mengalami persetubuhan sahaja dan tidak pula menyerang anak gadis. boleh juga terjadi kepada wanita yang mendapat anak pertamanya umur 20 tahun.

kajian menunjukkan salah satu sebab utama perkaitan barah ini dengan menghisap rokok dan dengan penggunaan ubat-ubat pencegah hamil dan juga kepada bilangan anak yang telah dilahirkan..

sejenis virus yang terdapat pada manusia iaitu Human Papilloma Virus (HPV) virus ini dijangkiti melalui persetubuhan. ada 20 jenis HPV hanya dapat dikesan dengan pap smear sahaja (tidak semestinya akan menyebabkan barah)

HPV mempunyai kemungkinan mengalami perubahan pada sel-sel pintu rahim mereka yang membawa kepada barah sekiranya jumlah sejenis vitamin B kompleks yang diambil iaitu asid folik adalah rendah.

asid folik adalah vitamin yang penting sewaktu kehamilan untuk membina sel otak anak. oleh itu adalah wajar sekali bagi wanita mengamalkan asid folik sebagai makanan tambahan sewaktu hamil.

jauhkan diri dari barah pintu rahim ini. jagalah kebersihan diri, keselamatan anak serta keluarga dan jangan melakukan perhubungan jenis yang tidak terkawal..

MENGENALI SERVIKS

servik bermaksud leher iaitu pintu rahim seorang wanita.

servik berfungsi untuk membantu seseorang wanita itu hamil dan servik juga menjaga kehamilan itu. sel-sel yang menjadi pelapik kepada lubang servik itu mengeluarkan lendir dan pada suatu waktu lendir ini pekat dan berfungsi untuk menahan bakteria daripada masuk ke dalam rahim.

apabila telur perempuan menetas dari ovum, lendir ini menjadi lebih cair semacam putih telur untuk membolehkan benih lelaki memasuki rahim melalui pintu rahim ini.

biasanya lubang ini kecil. jari kelengkeng pun tidak boleh menembusinya. tetapi sewaktu sakit bersalin pintu ini akan kembang dan terbuka untuk membolehkan bayi dilahirkan.

serviks ini ialah penjaga rahim, tetapi ia sendiri ada kelemahan. sel-sel lemah iaitu yang menjadi pelapik lubang serviks dan sel-sel yang diluarnya. disinilah biasanya berlaku perubahan sehingga menjadi barah yang akan mula tumbuh dan merebak..

TERIMA KASIH KEPADA :-

DATO' DR NOOR LAILY DATO' ABU BAKAR

No comments: