Wednesday, March 31, 2010

yang elok itu budi..doa untuk suami..

sayangkan anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayangkan suami dibawa ke mati. kasih sayang suami isteri dalam sesebuah rumah tangga bersifat subjektif. ada pelbagai cara orang meluahkan kasih sayang. ada yang begitu menonjolkannya dengan kata-kata indah pagi, petang, siang dan malam dan ada juga yang menyimpannya sendiri di dalam hati. bagi orang seperti ini, kasih sayang bukan terletak pada kata-kata tetapi bukti rasa kasih itu yang penting.

namun lumrahnya bagi seorang wanita, kasih sayang suami biar jelas, yakni melalui perbuatan dan kata-kata. namun berbeza bagi kebanyakan lelaki. bagi mereka, kata-kata cinta adalah mainan bibir untuk menyedapkan hati. apa yang penting tanggungjawab untuk melunaskan cinta itu. inilah dilema yang sering 'memerangkap' sebuah hubungan dalam perkahwinan. bila cinta tidak terluah dan bila doa tidak kesampaian..

taknaklah terlalu mengikut kata hati, kerana syurga seorang anak di bawah telapak kaki ibunya dan syurga seorang isteri ada di bawah naungan kasih seorang suami..

tanggungjawab seorang isteri memang besar kerana ditangannya terletak sumber kebahagiaan sebuah rumahtangga. doa ikhlasnya yang tanpa jemu mudah dimakbulkan. apatah lagi jika doa itu untuk kebaikan suami dan anak-anak. kerana itu, wanita dan isteri solehah boleh memilih pintu syurga yang mana ingin dimasukinya, setelah berjaya menjalani amanah yang terpikul di bahu..

untuk itu, selagi ada kasih di dada seorang isteri untuk seorang suami, berdoalah kerana doa seorang isteri cepat didengar ALLAH..BARAKALLAH..INSYAALLAH..

No comments: